rph kump 1

Upload: virgo-christopher-wong

Post on 14-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURTEMAPERPADUAN

TAJUKJiran Baharu

STANDARD PEMBELAJARAN1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai berdasarkan sesuatu situasi secara bertatasusila.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i. berbual tentang jiran baharu menggunakan tiga kata panggilan hormat yang sesuai berdasarkan sesuatu situasi secara bertatasusila.ii. melengkapkan dialog dengan tiga kata panggilan yang sesuai berpandukan gambar.

AKTIVITI1. Murid menonton video.2. Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan video. (kemahiran mendengar dan bertutur)(SP1.4.2)3. Murid diminta membaca dialog yang diberikan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.4. Murid dan guru bersoal jawab tentang kata panggilan hormat yang terdapat dalam dialog. (peta buih)5. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.6. Setiap kumpulan diberikan sekeping gambar (lampiran 1).7. Dalam kumpulan, murid diminta meneliti gambar yang dan mengisi dialog dengan kata panggilan hormat yang sesuai dalam gambar yang diberikan.(KBAT mencipta)8. Murid melakonkan dialog ringkas yang dibina. (kemahiran mendengar dan bertutur)(SP1.4.2)

Pemulihan: Murid berbual tentang gambar dengan kata panggilan hormat yang sesuai. (lampiran 2)

Pengayaan: Murid berbual dan melengkapkan dialog dengan kata panggilan hormat yang sesuai. (lampiran 3)

PENGISIAN KURIKULUMi. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivikii. Nilai : Kerjasama, hormat-menghormati, semangat kejirananiii. EMK : Kreativiti dan Inovasi, TMKiv. KBT : KP, KB, BCB

SISTEM BAHASAi. Tatabahasa : Ayat tunggal, ayat majmukii. Kosa kata : berpindah, menyiram, melawat, menjemput, mengecatiii. Sebutan dan intonasi

BAHAN BANTU BELAJARvideo dan teks dialog, lembaran kerja

PENILAIAN P&PMurid berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai berdasarkan sesuatu situasi secara bertatasusila.

REFLEKSI12 daripada 13 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan.Seorang murid diberi bimbingan khas selepas di luar waktu PdP.