rph gimnastik edit

Upload: lidyamundugayu

Post on 07-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

q

TRANSCRIPT

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (GIMNASTIK) Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 9 September 2015 Tunjang : Kemahiran Masa : 7.30pagi - 8.00pagi Tajuk : Gimnastik Irama Tahun : 5 Cemerlang Sub Tajuk :Imbangan V atas punggung Bilangan murid : 40 orang Standard Kandungan : Berkebolehan mengaplikasi konsep kawalan badan dan sokongan dalam pergerakan. Standard Pembelajaran : 2.2.2 Mengenal pasti jenis-jenis imbangan yang digunakan dalam rangkaian imbangan 5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan 5.4.3 Membimbing ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pebelajaran, murid dapat: Psikomotor: Melakukan aktiviti imbangan V atas punggung sebanyak 3 kali daripada 5 percubaan dengan teknik dan kemahiran yang betul Kognitif : Menyatakan elemen penting bagi pergerakan gimnastik irama iaitu imbangan V atas punggung. Afektif : Menunjukkan sikal berkerjasama dalam melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan gimnastik irama. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan: Berani tanggung risiko Kemahiran berfikir : Membuat analisis mengenai pergerakan yang lancar untuk dilakukan secara rangkaian untuk membuat aktiviti gimnastik. Pengalaman lepas : Murid telah mempelajari dan mengetahui kesan graviti terhadap sesuatu di atas lantai. Penerapan nilai: Mematuhi arahan, berkerjasama, bertolak ansur Penggabungjalinan:.Matematik pengiraan saat ketika melakukan aktiviti imbangan. Muzik penggunaan muzik semasa aktiviti rangkai gimnastik irama dilakukan. Kesepaduan: Daya tahan otot Bahan bantu mengajar : tilam, muzik, pembesarsuara, gambar

Fasa/MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasiCatatan

SET INDUKSI(5 minit )Aktiviti pemeriksaan : -Memeriksa kehadiran dan pakaian murid.

Aktiviti memanaskan badan :Music Freeze

Aktiviti regangan :Dilakukan dengan bimbingan guru

Regangan tengkuk

Regangan tangan

Regangan tangan

Regangan kaki

Set Induksi :

V.

Guru memeriksa kehadiran murid. Guru memeriksa kekemasan pakaian murid . Murid-murid berdiri membuat satu bulatan. Permainan akan diteruskan sehingga masa tamat. (3 minit Pelajar akan dimainkan dengan muzik. -Pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang disediakan. -Guru akan memulakan muzik perlahan terlebih dahulu . -Pelajar harus berhenti bergerak apabila muzik dihentikan.

Pelajar akan bergerak kembali apabila muzik dimainkan oleh guru. Rentak muzik akan menjadi semakin laju. Kawalan pergerakan akan dikawal dengan telefon bimbit, pembesar suara tanpa wayar dan wisel guru Berdiri lurus dengan buka kaki seluas bahu. Guru - Rapatkan kedua-dua tapak tangan dan bawa ke bawah dagu. Murid - Buat tolakan ke sisi kanan dan kira sebanyak 8 kali. Ulangkan perlakuan di atas dengan membuat tolakan ke sisi kiri.

Berdiri lurus dengan buka kaki seluas bahu. Luruskan kedua-dua tangan ke depan dada dengan tapak tangan menghala ke luar. Silangkan jari-jemari kedua-dua tangan. Buat tolakan ke hadapan dan kira sebanyak 8 kali. Ulangkan perlakuan di atas dengan membuat tolakan ke atas kelapa, ke sisi kanan dan ke sisi kiri. Berdiri tegak dengan buka kaki seluas bahu. Luruskan tangan kanan ke hadapan. Gunakan tangan kiri bersilang dengan tangan kanan di bahagian siku dan membawanya mendekati badan. Kekalkan pergerakan ini dalam kiraan 8 kali. Ulangi pergerakan ini dengan tangan sebelah.

Berdiri lurus dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Jarak antara kaki lebih kurang 1 m. Rendahkan badan dan berikan tekanan pada kaki belakang. Tahan pergerakan ini dalam kiraan 8 kali. Ulangi perlakuan ini dengan kaki sebelah.

Murid-murid dikehendaki duduk dalam bentuk ladam kuda. Guru menunjukkan gambar V dan menyoal murid soalan berikut.Guru menyoal murid : Apakah pergerakan yang anda boleh lakukan dengan mencontohi huruf V ?J: Imbangan V atas punggung Guru mengaitkan jawapan murid dengan imbangan V atas punggung yang akan dijalankan.

Murid G

GGuru Kawasan selamat Murid - Alatan : Skitel, Wisel

Murid

GGuru

Alatan : Wisel

Murid

GGuru

Alatan : Wisel

Murid

GGuru

Alatan : WiselGambar V

Murid

GGuru

PERKEMBANGAN(15 minit )Penerangan dan demostrasi guru

Imbangan V atas punggung

Gerak kerja kumpulan

1. Guru membuat demostrasi dengan memberi penerangan yang jelas mengenai butir-butir yang patut dititik berat : Duduk tegak dengan membengkokkan lutut dan mendepakan tangan. Angkat kedua-dua belah kaki serentak ke atas secara pelahan-lahan. Imbangkan badan atas punggung. Turunkan kedua-dua belah kaki serentak secara pelahan-lahan.

2. Murid-murid dikehendaki berdiri dalam bentuk ladam kuda dengan 5 orang dalam 1 kumpulan. 3. Murid-murid dikehendaki menjalankan aktiviti imbangan V atas punggung berdasarkan butiran yang diajar oleh guru semasa sesi demostrasi.4. Guru membuat pemantauan di kalangan murid untuk memberi tunjuk ajar terhadap murid yang gagal melakukan pergerakan imbangan V atas pungung.Guru - Murid - Demostrasi :

Alatan : Wisel, tilam

Murid

GGuru

KEMUNCAK(10 minit )Aktiviti kumpulan

Mereka cipta rangkaian pergerakan yang kreatif dan laksanakan

1. Murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan memberi penerangan mengenai aktiviti kumpulan. Murid-murid dikehendaki mereka cipta rangkaian pergerakan gimnastik irama dengan kemahiran yang dipelajari iaitu imbangan V atas punggung. Rangkaian pergerakan dilakukan bersama dengan iringan musik yang disediakan. Masa persembahan adalah dua minit untuk setiap kumpulan.Penerangan :

Guru -

Murid -

Alatan : wisel, tilam

Murid

GGuru

Tapak persembahan :

PENUTUP (5 minit )Menyejukkan badan.

Penggulungan Bersoal jawab Murid dikehendaki lari bebas seperti kapal terbang serta melonggarkan sendi-sendi tubuh. Murid diminta tarik dan hembus nafas sebanyak 5 kali. Murid-murid dikehendaki berbaris dalam bentuk ladam kuda. Guru menyoal murid:

1. Apakah elemen yang terlibat bagi aktiviti gimnastik irama imbangan V atas punggung. J : imbangan, ketangkasan, daya tahan otot, koordinasi, kekuatan otot

Murid - Guru - Alatan : Wisel, tilam

Murid

GGuru

16