rph bm2

5
RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR (BAHASA MELAYU) Nama Cikgu Awang Bahasa. Kursus Sarjana Muda Sastera Pendidikan. Tarikh 11 November 2010 Masehi Hari Khamis. Masa 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas / Tahun Tahun 6A. Bilangan Pelajar 20 orang. Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Tajuk Pelajaran Tatabahasa (Kata Ganda). Alat Bantu Mengajar Komputer. Alat pembesar suara. Tetikus. Pengetahuan Sedia Ada Pelajar sudah mengetahui tentang pembentukan kata, golongan kata, frasa dan ayat dalam Bahasa Melayu. Selain daripada itu, pelajar sudah mempelajari tentang kata ganda sebelum. Objektif Am Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis kata ganda seluruh yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Selain daripada itu, pelajar dapat membina

Upload: h

Post on 05-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rph bm2

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR (BAHASA MELAYU)

Nama Cikgu Awang Bahasa.

Kursus Sarjana Muda Sastera Pendidikan.

Tarikh 11 November 2010 Masehi

Hari Khamis.

Masa 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Kelas / Tahun Tahun 6A.

Bilangan Pelajar 20 orang.

Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk Pelajaran Tatabahasa (Kata Ganda).

Alat Bantu

Mengajar

Komputer.

Alat pembesar suara.

Tetikus.

Pengetahuan Sedia

Ada

Pelajar sudah mengetahui tentang pembentukan kata, golongan kata, frasa dan ayat dalam Bahasa Melayu. Selain

daripada itu, pelajar sudah mempelajari tentang kata ganda sebelum.

Objektif Am Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis kata ganda seluruh yang terdapat dalam tatabahasa

Bahasa Melayu. Selain daripada itu, pelajar dapat membina ayat yang betul dengan menggunakan kata ganda

seluruh.

Objektif Khas Pada penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran :

1. Pelajar dapat menyebutkan definisi kata ganda seluruh.

2. Pelajar dapat menyenaraikan jenis-jenis kata ganda seluruh.

Page 2: rph bm2

3. Pelajar dapat membandingkan keempat-empat jenis kata ganda seluruh.

4. Pelajar dapat membina ayat dengan kata ganda seluruh.

Penyerapan Nilai Kepekaan terhadap penggunaan blog.

Penyerapan Ilmu Teknik analisis.

Teknik quiz.

Teknik perbincangan.

Pendekatan Pendekatan Induktif.

Kaedah Kaedah Eklektik (Kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri atau tugasan dan kaedah berfokus).

Teknik Teknik quiz, soal jawab, teknik analisis, teknik penerangan dan teknik perbincangan.

Aktiviti Aktiviti inkuiri-penemuan dalam menyelesaikan latihan yang diberikan.

Rujukan _____________, (2000). Rujukan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Menengah Bawah, Negara Brunei Darussalam : Jabatan Perkembengan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir : Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kertas Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR)Gabung Jalin Menulis, mendengar, berfikir, mentafsir dan bertutur.

Kemahiran berfikir.

Kemahiran menganalisis.

Kemahiran lisan.

Page 3: rph bm2

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknik PenyampaianABM/ABBGURU PELAJAR

Pendahuluan(1 minit)

Membaca doa sebelum memulakan pembelajaran.

Guru memberi salam dan membaca doa (Surah Al-Fatihah) beramai-ramai.

Pelajar menjawab salam dan membaca doa (Surah Al-Fatihah) sebelum belajar.

Induksi Set(5 minit)

Klip video “Mari Bersiap Sedia” yang berkaitan dengan kata ganda.

Guru menyuruh pelajar untuk melihat klip video “Mari Bersiap Sedia”.

Guru akan mengaitkan klip video tersebut dengan isi pelajaran yang akan diajarkan.

Para pelajar memasuki ruang blog tersebut “Mari Bersiap Sedia”.

Teknik quiz. Teknik soal jawab. Teknik analisis.

Langkah 1Penerangan

(10 minit)

Penerangan ringkas tentang isi pelajaran (Kata Ganda).

Guru meminta pelajar memasuki ruangan “Jom Belajar Bersama Awang Bahasa” bagi mengikuti sesi penerangan tentang kata ganda.

Para pelajar akan memasuki ruangan “Jom Belajar Bersama Awang Bahasa” untuk mendengar sesi penerangan.

Teknik penenerangan. Komputer. Tetikus. Alat pembesar suara.

Langkah 2Aktiviti

(30 minit)

Aktiviti 1 –Mencari kata ganda seluruh dalam sebuah karangan pendek.

Aktiviti 2 –

Guru meminta pelajar untuk memasuki ruangan latihan dan membaca arahan yang terdapat di dalam ruangan tersebut.

Guru mengarahkan para

Pelajar akan mengikut segala arahan daripada guru.

Teknik analisis. Teknik penerangan. Komputer. Alat pembesar suara. Tetikus.

Page 4: rph bm2

Memilih jenis kata ganda seluruh berdasarkan contoh ayat.

Aktiviti 3 – Membina ayat dengan kata ganda seluruh.

pelajar untuk membuat latihan A iaitu mencari kata ganda seluruh dalam sebuah karangan pendek.

Setelah para pelajar selesai membuat latihan A, guru akan mengarahkan para pelajar untuk membuat latihan seterusnya iaitu latihan B (memilih jenis kata ganda seluruh) dan kemudian latihan C (membina ayat dengan kata ganda seluruh).

Langkah 3Peneguhan

dan penilaian(10 minit)

Sekiranya pelajar dapat menyelesaikan semua latihan A, B dan C maka guru akan memberikan latihan seterusnya iaitu latihan D.

Penilaian terhadap pencapaian objektif bagi pengajaran hari ini akan dilihat melalui aktiviti pelajar.

Langkah 4Kesimpulan

(3 minit)

Rumusan isi pelajaran.

Guru mengulang isi pelajaran secara ringkas.

Pelajar mendengar dan menumpukan perhatian kepada penerangan guru.

Penutup(1 minit)

Membaca doa selesai pembelajaran.

Guru menutup pengajaran dan pembelajaran dengan menyuruh para pelajar bersama-sama membaca doa (Surah Al-‘As).

Pelajar membaca doa selesai pembelajaran beramai-ramai.