analisis wacana bm2 kump7

Upload: sinar91

Post on 13-Oct-2015

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bn

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU 2 ANALISIS WACANA

BAHASA MELAYU 2ANALISIS WACANA

PENSYARAH: EN.SHARI BIN YUSOFF

PEMBENTANG:MUHAMAD HIRZANAHMAD SYAFIQ

Beberapa prinsip kajian wacana ini seperti yang berikut:

1) teks dan tuturan sebenar 2) konteks 3) wacana sebagai tuturan 4) wacana sebagai latihan sosial ahli 5) kategori ahli 6) urutan 7) binaan 8) aras dan dimensi 9) makna dan fungsi10) rumus11) strategi12) kognisi sosial PRINSIP ANALISIS WACANATEKS DAN TUTURAN SEBENARKajian wacana berfokus kepada penggunaan data dan teks yang sebenar. Hal ini berbeza dengan kajian sintaksis formal yang boleh menggunakan teks rekaan,misalnya karangan naratif.

KONTEKSWacana dikaji daripada konteksnya yang lokal dan global serta konteks sosial dan budaya. Teks perbualan dapat memperlihatkan konteks secara relevan. Antara ciri konteks itu seperti pengetahuan sosial yang relevan, norma dan nilai, institusi atau struktur organisasi.

WACANA SEBAGAI TUTURANKajian wacana zaman awal tertumpu kepada teks bertulis seperti teks kesusasteraan. Tapi analisis wacana kini meliputi interaksi verbal dalam perbualan dan dialog formalWACANA SEBAGAI LATIHAN SOSIAL AHLIWacana tuturan dan bertulis ialah satu bentuk latihan sosial dalam konteks sosiobudaya. Pengguna bahasa bukan semata-mata sebagai seorang individu, malahan sebagai ahli kumpulan atau budaya tertentu. Melalui tuturan, mereka boleh mengadakan,bersetuju atau berhujah tentang struktur sosial dan politik.

KATEGORI AHLIDalam menganalisis pertuturan, kita perlu menghormati cara ahli masyarakat itu menginterapsikan, menyesuaikan dan mengkategorikan ciri dunia sosial ke dalam wacana itu sendiri. Pengkaji perlu membina teori yang dapat dikaitkan dengan wacana sebagai prakits sosial

URUTANWacana dilihat sebagai berurutan, baik dari segi pelahiran mahupun pemahaman. Pada peringkat pelahiran, unit struktural seperti preposisi hendaklah dijelaskan dan diinterapsikan bagi memperlihatkan tautannya. Interapsi yang dilakukan perlu mengambil kira preposisi yang sebelumnya.BINAANWacana terbina daripada unit yang digunakan untuk fungsi yang difahami atau dianalisis sebagai unsur yang lebih besar.Ia menghasilkan struktur yang berhieraki, dan ia bukan sahaja berlaku kepada bentuk, bahkan pada makna dan interaksi.

ARAS DAN DIMENSIAras mewakili jenis fenomena yang berbeza yang terdapat dalam wacana seperti bunyi, bentuk, makna dan tindakan. Pengguna bahasa terlibat dengan pelbagai aras dan dimensi wacan pada satu-satu masa.

MAKNA DAN FUNGSIKajian wacana mencari makna dan fungsi unsur yang terlibat sehingga dapat diberikan alasan.

RUMUSWacana mempunyai rumus baik secara tatabahasa, tekstual, komunatif mahupun interaksional.

STRATEGIPengguna bahasa menggunakan strategi yang bersifat mental dan interaksional untuk memahami wacana untuk tujuan komunikatif dan sosial.

KOGNISI SOSIALKognisi sosial melibatkan peranan kognisi, iaitu proses mental dan representasi dalam penghasilan dan pemahaman tentang wacana.Konsep subjek dapat dibahagikan kepada tiga dengan berdasarkan fungsi dan maknana dalam sesuatu klausa.KONSEP SUBJEKBermaksud sesuatu yang dipredikatkan. Ia dinamakan subjek tatabahasa kerana konstruksi subjek dan predikat dilihat semata-mata sebagai hubungan tatabahasa formal.Ia dilihat sebagai yang menentukan fitur tatabahsa seperti kata nama atau kata ganti nama dengan yang berfungsi sebagai objek, keserasian antara orang dan bilangan dengan kata kerjanya dan tidak mempunyai makna tertentu.

Contoh : Nini ialah subjek tatabahasa1 Nini menjemur bajuSUBJEK TATABAHASA (ST)Bermaksud yang menjadi fokus amanat.Ia dinamakan SP kerana penutur menetapkannya dalam fikiran sebagai yang awal apabila menghasilkan klausaJika ayat 1 diambil sebagai contoh, maka Nini sebagai subjek tatabahasa di atas boleh juga menjadi subjek psikologis seperti dalam ayat 2 dibawah

2 Nini menjemur baju (ST) (SP)SUBJEK PSIKOLOGIS (SP)Diertikan sebagai pelaku tindakanIa mempunyai hubungan antara benda, bukan sebaliknya seperti subjek tatabahasa yang mempunyai hubungan antara lambang. Contoh, Nini dalam ayat (1) boleh juga menjadi subjek logis seperti dalam ayat (3) berikut:

3 Nini menjemur baju (ST) (SP) (SL)SUBJEK LOGISDalam ayat (3), Nini berfungsi sebagai subjek tatabahasa,subjek psikologis dan subjek logis secara serentak. Walaubagaimanapun, subjek tersebut boleh dipisah-pisahkan dan dianalisis mengikut konsep masing-masing seperti contoh berikut :

4 Baju dijemur oleh Nini. (ST) (SL) (SP)

Dalam ayat (4), Nini tidak lagi berfungsi sebagai subjek tatabahasa dan subjek psikologis, tetapi kekal sebagai subjek logis. Ini kerana subjek logis merujuk kepada pelaku tindakan dan dalam ayat itu subjek yang boleh melakukan tindakan ialah Nini. Sebaliknya baju pula menjadi subjek tatabahasa dan subjek psikologi.5 Oleh Nini, baju dijemur. (SP) (ST) (SL)Dalam ayat 5 pula,Nini sebagai subjek psikologis dan subjek logis, manakala baju pula dikatakan sebagai subjek tatabahasa.

6 Baju, Nini dijemur oleh emak. (SP) (ST) (SL)

Dalam ayat 6 menunjukkan kedudukan masing-masing tidak sama, iaitu Baju sebagai subjek psikologis, Nini sebagai subjek tatabahasa dan emak sebagai subjek logis.

Subjek psikologis : Tema (T)Subjek tatabahasa : Subjek (S)Subjek logis : Pelaku (P)Dengan mengambil ayat (1) sebagai contoh,gambaran tentang kedudukan tema, subjek dan pelaku dapat diperlihatkan dalam ayat (7)

7 Nini menjemur baju. (T) (S) (P)

8 Baju, Nini dijemur oleh emak (T) (S) (P)

Ayat 7 merupakan bentuk biasa kerana Nini sebagai unsur berfungsi sebagai tema, subjek dan pelaku pada masa yang sama. Namun, ayat 8 menunjukkan bentuk yang kurang lazim kerana unsur tema,subjek dan pelaku berada ditempat yang berasingan.Tema berfungsi sebagai amanat, yang menjadi tumpuan dan sebagai titik tolak yang hendak dituturkan oleh penuturSubjek pula berfungsi sebagai pertukaran dan menjadi unsur yang dipertanggungjawabkan pada kejayaan klausa dalam sesuatu fungsi bahasa.Pelaku berfungsi dalam klausa sebagai representasi sesuatu proses dan merupakan peserta aktif yang melakukan tindakan.Struktur Tema Terdiri daripada tema (T) dan rema (R)

(Struktur Tema =T+R )

Tema bertindak sebagai titik mula amanat(di hadapan) dan menjadi fokus perhatian dalam klausa

Rema pula berada di kedudukan selebihnya daripada amanat

Lihat contoh ayat di bawah :

1) Ali makan durian (T) (R)2) Durian dimakan oleh Ali (T) (R)3) Ali yang makan durian (T) (R)4) Durian yang dimakan Ali (T) (R)5) Yang dimakan Ali durian (T) (R)

Kelima-lima ayat diatas jika dilihat sepintas lalu seolah-olah mempunyai makna yang sama, namun demikian jika diteliti struktur tema ia akan memberikan perbezaan dari segi makna.Tema tidak semestinya terdiri daripada kumpulan namaan sahaja contohnya seperti Ali , Durian, dan Yang dimakan Ali

Tema boleh terdiri daripada kumpulan kata yang lain contohnya kumpulan sendi nama, kumpulan keterangan dll.

Contoh tema kumpulan sendi nama :

Di hospital dia dilahirkan . (T) (R)

Contoh tema kumpulan keterangan :

Akhirnya, dia berjaya . (T) (R) Contoh tema kumpulan namaan majmuk :

Tengku dan Ahmad pergi ke sekolah . (T) (R)

Contoh tema kumpulan namaan sendi nama majmuk :

Dari rumah ke rumah dia mencari rezeki . (T) (R)

Terdapat juga tema yang berbentuk ekuatif . Bentuk ini mempunyai dua ciri iaitu menentukan tema dan rema & membawa maksud hanya itu sahaja yang benar dan tidak ada yang lain. Lihat contoh ayat dibawah :

Apa yang jelas Ali benar . (T) (R)

Tema juga ditentukan berdasarkan suasana. Contoh ayat :

Orang yang datang itu guru saya . (T) (R)

(T) Telah menunjukkan pengasingan daripada orang yang sedia ada atau orang yang duduk sebagai (R) .Tema boleh terdiri daripada unsur klausa tanya . Contohnya :

Siapakah yang menyuruh awak? (T) (R)

Kesimpulannya Struktur tema dapat memudahkan kita menganalisis ayat yang lebih panjang daripada ayat-ayat biasa .Struktur maklumat Menurut Brown dan Yule (1983:153) struktur maklumat dilihat sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan sebagai unit lokalyang kecil pada peringkat frasa atau klausa.

Struktur maklumat merupakan sumber kepada penutur atau penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status maklumat.

Status maklumat terdiri daripada dua iaitu maklumat lama (ML) dan juga maklumat baharu (MB) .

Maklumat lama dijangka oleh penutur bahawa pendengar sudah mengetahuinya, manakala maklumat baharu merupakan maklumat yang belum diketahui oleh pendengar. Struktur maklumat berperanan bagi membina unit maklumat (UM)

Dapat didefinisikan sebagai organisasi teks atau wacanaberdasarkan fungsi (ML) & (MB)

Unit maklumat merupakan struktural yang terdiri daripada maklumat lama dan juga maklumat baharu seperti berikut ;

UM = ML + MB

Maklumat lama bersifat pilihan dimana jika penutur menganggap pendengar sudah memiliki maklumat lama itu bermakna dia tidak perlu mengujarkannya lagi.

Dalam setiap unit maklumat penutur akan menetapkan satu fokus maklumat atau selebih-lebihnya dua.

Halliday (1985:271-86) mengatakan maklumat lama tidakditandai dengan nada tinggi manakala maklumat baru ditandai dengan nada tinggi. Contoh ;

Saya guru.(ML) (MB)

Guru saya.(MB) (ML)

Bapa saya, dia seorang yang kuat bekerja. (ML) (MB)

Untuk contoh yang lebih lanjut berdasarkan ayat di atas, Bapa saya merupakan (ML) manakala dia seorang yang kuat bekerja. merupakan (MB) dimana maklumat baru yang tidak dapat dijangka oleh pendengar.BIBLIOGRAFI