up1 2015 bm2

13
SULIT Bahasa Melayu Penulisan Tahun 4 Mac 2015 1 Jam 15 Minit SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR, 41200 KLANG, SELANGOR. UJIAN SUMATIF 1 2015 BAHASA MELAYU TAHUN 4 MASA : 1 JAM 15 MINIT Nama : …………………………………… Kelas : ………………….. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN : 1) Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2) Jawab semua bahagian. Untuk Bahagian B, anda boleh memilih sama ada ingin menjawab Soalan 1 atau Soalan 2. 3) Jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang telah disediakan. Disediakan oleh: ………………………………….. (PN. NURANIZA BT HASSAN) GURU BM TAHUN 4 Disemak oleh: ……………………………………. (PN. ABDU AINI BT MD JIDON) KETUA PANITIA BM SKKP Disahkan oleh: …………………………………………... (PN. NOOR AINI BT MOHD TAHRIM) GPK 1 SKKP

Upload: azniliza

Post on 30-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Karangan

TRANSCRIPT

Sebelum kita melakukan aktiviti senaman, apakah yang perlu kita lakukan

SULIT

Bahasa MelayuPenulisan

Tahun 4Mac 20151 Jam 15 Minit

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR,41200 KLANG, SELANGOR.UJIAN SUMATIF 1 2015

BAHASA MELAYUTAHUN 4MASA : 1 JAM 15 MINITNama :

Kelas : ..

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHUARAHAN :

1) Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.2) Jawab semua bahagian. Untuk Bahagian B, anda boleh memilih sama ada ingin menjawab Soalan 1 atau Soalan 2.3) Jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang telah disediakan.Disediakan oleh:

..(PN. NURANIZA BT HASSAN)

GURU BM TAHUN 4Disemak oleh:

.(PN. ABDU AINI BT MD JIDON)

KETUA PANITIA BM SKKPDisahkan oleh:

...(PN. NOOR AINI BT MOHD TAHRIM)

GPK 1 SKKP

Tandatangan ibu bapa / penjaga : Bahagian Markah

A/ 20

B/ 30

JUMLAH/ 50

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

BAHAGIAN A (20 Markah)Baca petikan-petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.Petikan 1

Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India. Seni ini dikatakan berasal dari negara India. Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India.

Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan. Pergerakan ini dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata. Senjata yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan sebagainya.

Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata. Kemahiran ini digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan. Seseorang yang benar-benar mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh.

Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan. Silambam dapat mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang air besar, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai boleh membantu menaikkan selera makan.1) Apakah maksud silambam?

2) Bagaimanakah pergerakan silambam dibuat?

3) Apakah senjata yang biasa digunakan dalam silambam?

4) Apakah kegunaan kemahiran dalam silambam?

5) Berikan contoh seni mempertahankan diri yang kamu ketahui selain daripada silambam.

(10 markah)

Petikan 2Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan pemandangan waktu pagi. Di situlah ayah dan ibu memerah keringat mencari rezeki. Aini kecewa dengan keputusan SPM yang diterimanya. Keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Yang pasti Aini berazam untuk mengikuti kelas malam. Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki teksi yang menunggu. Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan keluarga, bisik Aini kepada ibunya. Di Kuala Lumpur, Aini disambut oleh sepupunya. Kini, bermulalah rutin hidup Aini sebagai pembantu kedai di sebuah kedai buku. Aini beruntung kerana dapat membaca buku-buku untuk SPM. Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan belajar pada malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut. Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup bersedia untuk menduduki peperiksaan. Oleh itu, dia lebih yakin apabila memasuki dewan peperiksaan untuk kali keduanya. Aini berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini lebih cemerlang. Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan. Aini gembira kerana memperoleh keputusan yang cemerlang daripada keputusannya tahun lepas. Air mata kegembiraan sudah tidak dapat ditahan lagi. Aini menyampaikan berita gembira itu kepada ibunya. Hadiah untuk ibu, bisik Aini.1) Mengapakah Aini berasa kecewa?

2) Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?

3) Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Aini di Kuala Lumpur?

4) Mengapakah Aini tidak dapat menahan air mata kegembiraannya?

5) Berikan pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan di atas.

(10 markah)

BAHAGIAN B (30 Markah)Arahan: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berpandukan rangka karangan yang telah diberikan. 1. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan gambar di bawah.

Pendahuluan aku dalam perjalanan pulang dari sekolah nampak asap hitam di udara orang ramai berlari-lari

Isi-isi Penting 1 ada sebuah rumah terbakar api menjulang tinggi di udara ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran

2 orang ramai turut membantu pasukan bomba situasi itu amat menakutkan aku

3 berjaya memadam api rumah tinggal rangka tiada kemalangan jiwa berlaku

4 kebakaran itu berpunca daripada ubat nyamuk

Penutup

ibu bimbang kerana aku pulang lewat menceritakan kepada ibu tentang kejadian itu

ATAU

2. Kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan bersih menjadi harapan semua guru dan murid. Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

Pendahuluan kawasan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria menjadi idaman semua warga sekolah

banyak cara yang dapat dilakukan untuk menjadikan kawasn sekolah bersih dan ceria

Isi-isi Penting 1 sampah mestilah dibuang ke dalam bakul dan tong sampah jangan membuang sampah merata-rata tempat menjaga kebersihan kantin, tandas dan bilik darjah2 mengadakan kegiatan gotng-royong dapat memupuk kesedaran saling membantu

antara satu dengan yang lain

3 membina landskap di kawasan yang sesuai menanam pokok bunga membina kolam ikan menceriakan suasana

4 melukis mural pada dinding bangunan mengecat bangunan agar kelihatan baharu

bekerjasama pada setiap masa

Penutup

sekolah yang bersih dan ceria perlu diberikan perhatian yang sewajarnya

menghayati slogan Sekolahku Syurgaku

- KERTAS SOALAN TAMAT -KERTAS JAWAPAN

3. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pendahuluan :

Amir berminat untuk mempelajari seni anyaman tikar mengkuang

hasratnya itu tidak begitu disenangi oleh ibu bapanya

Isi-isi Penting :

1 mempelajari teknik anyaman tikar daripada datuknya di kampung berikrar untuk meneruskan usaha datuknya datuknya bersetuju untuk meurunkan ilmu kepada Amir

2 belajar dengan tekun membaiki segala kesilapan yang dilakukan tidak jemu-jemu bertanya jika tidak faham

3 akhirnya berjaya menguasai seni anyaman tikar mengumpulkan modal membina kilang perusahaan tikar

4 mengupah beberapa orang pekerja - memasarkan tikar ke serata negeri berjaya menjadi usahawan kraf terkenal

Penutup :

ibu bapa turut merasa bangga melihat kejayaannya

percaya bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan