rph 6

11
Rancangan Pengajaran Harian (Matematik) Mata Pelajaran : Matematik Kelas : Tahun 3 Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat) Masa : 7.50-8.50am (50 minit) Bilangan Murid : 20 orang Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi Tajuk Pembelajaran : 5.0 Bahagi Standard Kandungan : 5.3 Menyatakan operasi bahagi secara spontan. Standard Pembelajaran : (i) Menyatakan operasi bahagi secara spontan dengan tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, 100 dan 1000 mengikut: (a) tertib menaik, (b) rawak, (c) salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu. (ii) Membahagi dengan menggunakan abakus 4:1. Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan operasi bahagi berpandukan jadual sifir. 2. Menyatakan operasi bahagi secara spontan dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 mengikut rawak, dan salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi 1

Upload: hongyu-hui

Post on 10-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian (Matematik)Mata Pelajaran :Matematik

Kelas:Tahun 3

Tarikh:24 April 2015 (Jumaat)

Masa :7.50-8.50am (50 minit)

Bilangan Murid:20 orang

Bidang Pembelajaran:Nombor dan Operasi

Tajuk Pembelajaran:5.0 Bahagi

Standard Kandungan:5.3 Menyatakan operasi bahagi secara spontan.

Standard Pembelajaran:(i) Menyatakan operasi bahagi secara spontan dengan tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, 100 dan 1000 mengikut:(a) tertib menaik,(b) rawak,(c) salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu.(ii) Membahagi dengan menggunakan abakus 4:1.

Objektif Pembelajaran:Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:1. Menyatakan operasi bahagi berpandukan jadual sifir.2. Menyatakan operasi bahagi secara spontan dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 mengikut rawak, dan salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu.

Pengetahuan Sedia Ada:1. Melengkapkan ayat matematik yang melibatkan tiga, enam, tujuh, lapan dan sembilan berpandukan garis nombor.2. Melengkapkan ayat matematik yang melibatkan tiga, enam, tujuh, lapan dan sembilan, 100 dan 1000.

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranLANGKAHFasaTAJUK AKTIVITIFOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARANCADANGAN KOMUNIKASICATATAN

Set induksi( 5 minit )Persediaan

Mengimbas kembali darab 100 dan 1000

1. Guru memberitahu murid magik sifir 100 iaitu semua nombor yang darab 100 akan menjadi nombor tersebut dan 2 sifar diikuti di belakangnya.

2. Guru memberi 3 contoh, iaitu 100, 300 dan 700. 3. Guru memberi peluang kepada murid untuk melengkapkan ayat matematik untuk sifir 100 sekiranya murid tahu jawapan.4. Guru menerangkan magik sifir 1000 di mana semua nombor yang mendarab 1000 akan menjadi nombor tersebut di nilai tempat ribu dan diikuti oleh 3 sifar.

5. Seorang murid diminta untuk melengkapkan satu ayat matematik yang melibatkan sifir 1000. 6. Murid yang lain menyemak kebetulan jawapan. Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan murid serta-merta.1. Siapa ingin cuba melengkapkan ayat matematik sifir 100?2. Sila lengkapkan ayat matematik sifir 1000 ini.3. Murid yang lain tolong semak jawapan.Kaedah / Teknik: -Berpusatkan Murid.

Kemahiran berfikir: Pemerhatian, Menghubungkait,Analisis

BBM : -

Nilai: yakin

Langkah 1 ( 23 minit )ImaginasiMelengkapkan jadual sifir

Penggunaan sifir darab untuk menjalankan operasi bahagi

Penyelesaian soalan alternatif

Kesimpulan kecil mengenai kaedah bahagi berpandukan sifir darab

1. Guru menampal 1 jadual sifir (kad manila) yang belum habis diisi di papan.2. Guru mengagihkan jadual sifir yang belum habis diisi kepada murid (rujuk lampiran 1).3. Murid perlu mengisi petak kosong pada sifir 100 dan 1000 dalam 3 minit.4. Selepas 3 minit, guru melengkapkan jadual sifir di papan dengan bertanya jawapan murid. 5. Guru menjelaskan cara menggunakan sifir darab untuk mencari hasil bahagi. Murid perlu memilih lajur atau baris yang diperlukan. 6. Sebagai contoh, soalan diberi

Murid perlu memilih lajur ketiga seperti di bawah.36

136

2612

3918

41224

51530

61836

72142

82448

92754

7. Guru bertanya sebab memilih lajur ketiga dan menerangkan kepada murid sekiranya tiada murid yang boleh menjawab dengan betul.8. Guru menunjuk ajar cara mendapatkan hasil bahagi, iaitu melihat kepada baris yang ada nombor 18. Jawapan ialah 3.9. Murid menentukan lajur lain yang boleh dipilih untuk soalan tersebut.36

136

2612

3918

41224

51530

61836

72142

82448

92754

10. Guru memberi penerangan sekiranya tiada murid dapat mencari lajur yang lain untuk menyelesaikan soalan tersebut.11. Guru membimbing murid membuat kesimpulan kecil, yakni murid harus mencari nombor 18 dalam jadual sifir dahulu dan seterusnya lihat pada lajur dan baris nombor 18 itu berada.12. Satu contoh lagi diberikan supaya mengukuhkan konsep atau pengetahuan murid. contoh soalan: 13. Murid menampilkan diri untuk menyelesaikan soalan menggunakan jadual sifir di papan.14. Guru membimbing dan membetulkan kesilapan. 1. Isi petak kosong dalam 3 minit.2. Bolehkah kamu baca nombor yang berada di lajur 100 dan 1000?3. Cari di mana 18 berada.4. Lihat pada lajur dan baris 18 berada.5. Adakah nombor 6 wujud di baris atau lajur tersebut?6. Apa nombor yang kamu jumpa di baris tersebut?7. Siapa boleh beritahu cikgu petak lain yang boleh dipilih untuk dapatkan jawapan?8. Cari nombor 18 dalam jadual sifir dahulu.9. Seterusnya lihat pada lajur dan baris nombor 18 berada.10. Jawapan terletak di situ.Kaedah/ Teknik: -Berpusatkan guru.- Berpusatkan murid. - Berpusatkan media-Soal jawab

Kemahiran berfikir: analisis, menjana ideaBBM:Jadual sifir

Nilai: - yakin

Langkah 2( 12 minit )Perkembangan

Lembaran kerja

1. Guru memberi kertas soalan (rujuk lampiran 2) kepada murid supaya murid mahir membuat operasi bahagi berpandukan jadual sifir. Contoh soalan seperti berikut:a) b) c) 2. Masa yang diberikan ialah 7 minit.3. Murid dibenarkan untuk menanya soalan (kepada guru atau kawan di sebelah). Guru menerapkan sikap saling membantu dalam kurikulum Matematik.4. Guru memantau semasa murid menjawab soalan. 5. Murid yang telah menyiapkan kerja menjadi guru kecil untuk menolong kawan yang lebih lemah.6. Guru dan murid membincangkan jawapan.1. Siapkan soalan bahagi dalam 7 minit.2. Kamu boleh tanya kawan sekiranya bermasalah.Kaedah/ Teknik:- Berpusatkan murid. - Berpusatkan media-Perbincangan-Penyelesaian masalah Kemahiran berfikir:menganalisis, menghubungkaitBBM: Lembaran kerjaNilai: mendengar arahan, saling menolong

Langkah 3( 15 minit )Tindakan Pertandingan bahagi cepat 1. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli.2. Guru mengambil satu kad soalan dan menunjukkannya kepada murid. 3. Setelah guru mengetuk meja 2 kali, murid boleh mengangkat tangan. Guru akan memilih murid yang paling cepat mengangkat tangan untuk menjawab. 4. Syarat pertandingan ialah ahli yang telah menjawab tidak boleh menjawab soalan lagi.5. Sekiranya murid berjawapan salah, peluang akan diberikan kepada kumpulan lain.6. Setiap jawapan yang betul akan menyumbang 5 markah kepada kumpulan sendiri.7. Jumlah markah setiap kumpulan dikira sama-sama.8. Tepuk-tepuk bravo diberikan kepada kumpulan yang menang.9. Pertandingan dijalankan dalam tempoh masa 10 minit.1. Setelah cikgu ketuk meja 2 kali, baru kamu angkat tangan.2. Lepas angkat tangan, tunggu cikgu panggil nama, kamu menjawab.3. Cikgu akan pilih orang yang paling cepat mengangkat tangan.4. Siapa yang sudah jawab tidak boleh jawab lagi.5. 1 jawapan yang betul ada 5 markah.Kaedah/ Teknik:-Pertandingan-Berpusatkan murid

Kemahiran berfikir:Berkomunikasi

BBM:Kad soalan

Nilai: Bekerjasama, yakin, berdisiplin

Penutup ( 5 minit )TindakanRumusan dan Peringatan1. Guru mengingatkan murid bahawa (i) Cari nombor yang perlu dibahagi dalam jadual sifir dahulu.Seterusnya lihat pada lajur dan baris nombor itu berada.2. Guru meminta murid untuk membuat muka surat 55 dan 56 buku aktiviti KSSR Matematik Tahun 3 SK (rujuk lampiran 3) sebagai kerja rumah.1. Siapkan muka surat 55 dan 56 buku aktiviti (rujuk lampiran 3).Kaedah/ Teknik:- Berpusatkan guru, media BBM: Lembaran kerjaNilai: Mendengar arahan

Pentaksiran:1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid (dalam langkah 2) untuk mereka mencuba menjawab soalan. 2. Semasa membuat pertandingan, guru memantau jawapan penyelesaian yang diberikan oleh murid.3. Guru memberi pemerhatian berterusan terhadap respon setiap orang murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyoalan.4. Guru menggunakan hasil kerja rumah murid sebagai indikator pencapaian standard pembelajaran.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)

:1) Nilai-nilai murni: Bekerjasama , berdisiplin, mendengar arahan, yakin, saling menolong2) Kemahiran berfikir: Pemerhatian, menghubungkait, menganalisis, menjana idea, berkomunikasi

Strategi:Berpusatkan guru, murid dan media

Bahan bantu mengajar (BBM):Jadual sifir, lembaran kerja, kad soalan

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:Penilaian melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan latihan.

9