rph thn 6 en.razak

25
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kecergasan Tajuk : Kelenturan Sub tajuk : Membongkok dan mengilas Tarikh / Hari : 13 April 2015 (ISNIN) Masa : 8.15 – 8.45 pagi Tahun : 6 Cerdik Bilangan murid : 16 orang (5L , 11P) Pengalaman dan Pengetahuan lepas : Murid pernah membuat aktiviti kelenturan semasa di rumah dan di sekolah.

Upload: mayure-balakrishnan

Post on 14-Sep-2015

250 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tahun 6 rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjang : KecergasanTajuk: KelenturanSub tajuk: Membongkok dan mengilasTarikh / Hari: 13 April 2015 (ISNIN)

Masa: 8.15 8.45 pagi Tahun: 6 CerdikBilangan murid: 16 orang (5L , 11P)Pengalaman dan Pengetahuan lepas: Murid pernah membuat aktiviti kelenturan semasa di rumah dan di sekolah.Objektif pembelajaran: Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :Psikomotor: Melakukan aktiviti kelenturan dengan betul sekurang-kurangnya 5 daripada 8 percubaan.Kognitif: Menyatakan dua bahagian sendi yang terlibat semasa melakukan aktiviti membongkok dan mengilas.Afektif: Menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan yang menjuarai permainan kecil.Penerapan nilai: Mematuhi arahan dan semangat berpasukan.KBKK: Membandingbeza aktiviti membongkok dan mengilas.Penggabungjalinan: Gimnastik PendidikanKesepaduan: Matematik Mengira dalam aktiviti regangan.Bahan bantu mengajar: Bil.Bahan bantu mengajarJumlah

1. Pundi kacang12

2. Gelung 7

3. Bola baling2

4. Skital6

Strategi pembelajaran: Teori kecerdasan pelbagai.

Bahagian / MasaAktivitiFokus PembelajaranOrganisasiCatatan

Permulaan

(5 minit) Memanaskan badan Meningkatkan KDN.

Permainan kecil.Burung terbang petang

Regangan

-

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A berada dalam sebelah bahagian yang dinamakan zon selamat yang dibatasi dengan gelung. Kumpulan B berada di luar zon selamat.

Kumpulan A akan memainkan peranan sebagai burung. Kumpulan B akan memainkan peranan sebagai musang. Kumpulan A akan berada dalam zon selamat. Apabila wisel pertama dibunyikan, kumpulan A akan keluar dari kawasan zon selamat untuk mencari makanan. Apabila wisel kedua dibunyikan, musang akan mencari mangsa iaitu burung. Burung akan cuba selamatkan diri ke zon selamat. Burung yang lambat sampai ke zon selamat akan mati. Tukar peranan.

Peluk lutut Berdiri di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri, rapatkan ke dada. Tangan kiri pegang lutut kiri, tangan kanan pegang buku lali kiri. Menjinjit di atas kaki kanan. Jatuhkan kaki kiri dan ulang untuk kaki kanan.

Regangan kaki lurus Bergerak ke depan sambil kaki dihayun lurus ke depan. Sentuh hujung kaki dengan pasangan tangan berlainan.

Sentuh belakang ( butt kick) Dengan setiap langkah, bengkokkan kaki ke belakang sehingga menyentuh punggung.

Lutut tinggi Dengan setiap langkah, angkat lutut setinggi mungkin. Gerakkan tangan berasingan ke depan apabila lutut diangkat.

Zon selamat

G

G

.

Strategi:

Teori kecerdasan pelbagai: - kinestetik

Alatan:

Skital - 6Gelung - 4

Perkembangan

Langkah 1

( 8 minit )

Langkah 2

(8 minit)Gerak kerja kelas

Aktiviti 1: Kilas Pinggang

Membongkok

Aktiviti 2:

Kilas pinggang berpasangan (tanpa alatan).

Membongkok ke hadapan (tanpa alatan).

Gerak Kerja Kumpulan

Aktiviti Berstesen

1. Kilas pinggang ke kanan dan ke kiri dengan bola.

2. Membongkok ke hadapan dengan gelung.

- Guru membuat demonstrasi sambil diikuti oleh murid.

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Tangan di pinggang. Kilas pinggang ke kanan. Kembali semula ke tempat asal Kilas pinggang ke kiri. Lakukan lima kali ulangan.

Berdiri dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan kekal di sisi. Kedudukan badan 90 darjah.

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Tangan di pinggang. Kilas pinggang ke kanan. Kembali semula ke tempat asal Kilas pinggang ke kiri. Lakukan lima kali ulangan.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kiraan 1 dan 2. Kumpulan 1 dan 2 akan berbaris melintang dengan menghadap satu sama lain. Setiap pasangan dalam setiap kumpulan perlu membelakangkan satu sama lain.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kiraan 1 dan 2. Kumpulan 1 dan 2 akan berbaris melintang dengan menghadap satu sama lain. Setiap pasangan dalam setiap kumpulan perlu membelakangkan satu sama lain.

Berdiri dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan badan ke hadapan Kedudukan badan 90 darjah. Pastikan tapak tangan pasangan bersentuhan antara satu sama lain.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan A, B, C dan D. Murid kumpulan A dan B akan membuat aktiviti mengilas pinggang dengan bola.

Murid kumpulan C dan D akan melakukan aktiviti membongkokkan badan ke hadapan dengan gelung.

Tukar peranan.

Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Pegang bola dihadapan dengan kedua-dua belah tangan. Kilas pinggang ke kanan dan hantar bola kepada rakan. Penerima akan menyambut bola dan melakukan pergerakan yang sama hingga murid terakhir. Perlakuan yang sama diulangi pada sebelah kiri.

Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Pegang gelung dihadapan dengan kedua-dua belah tangan. Lentikkan badan ke hadapan dan badan menghadap rakan. Masukkan gelung ke dalam badan rakan dengan meluruskan kaki. Penerima akan mengangkat gelung dan mengulangi pergerakan yang sama. Perlakuan diteruskan dengan 3 gelung hingga murid yang terakhir.

G

G

G

G

BA

CD

Teori Kecerdasan Pelbagai :

Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Visual-Ruang

Nilai : Kerjasama Mematuhi arahan

Alatan : Bola - 2 Gelung - 3

Kemuncak

( 5 minit )Permainan Kecil

Permainan Bongkok dan tangkap.

Pegang pundi kacang menggunakan kedua- dua belah tangan. Berdiri dalam keadaan sedia. Buka kaki seluas bahu. Bongkokkan badan ke bawah. Kedudukan badan 90 darjah. Baling pundi kacang ke arah rakan yang berada di belakang. Rakan tersebut akan menyambut pundi kacang tersebut dengan menggunakan kedua- dua belah tangan. Murid terakhir akan berlari ke hadapan sambil membawa pundi kacang. Ulang langkah menggunakan 3 pundi kacang. Kumpulan yang paling pantas menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang. Murid masih dalam 4 kumpulan seperti yang sebelumnya. Murid- murid akan membuat barisan lurus ke belakang mengikut kumpulan masing- masing. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan.

G

Nilai : Kerjasama Mematuhi arahan

BBM :

Pundi kacang- 12

Penutup(4 minit)Gerak kendurtangan dan lengan

Gerak kendur pinggang

Gerak kendur kaki dan tarik nafas

Kesimpulan - Sesi perbincangan

Murid-murid berdiri dalam bentuk U menghadap guru. Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu. Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan. Tolak tangan lurus kehadapan sambil membongkok 90 darjah. Kira dengan kiraan 10. Ulang sebanyak 3 kali.

Berdiri seperti kedudukan diatas. Tangan lurus di atas kepala. Bengkokkan badan ke sisi kanan, tahan dengan kiraan 10. Ulang aktiviti ke sisi kiri. Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.

Kaki dilunjur kehadapan, sisi dan belakang. Aktiviti dilakukan dengan kiraan 10. Tarik nafas dan tahan dalam kiraan 5. Tarik nafas sebanyak 3 kali. Akhir sekali sebut hurray. Hembus.

Murid-murid duduk secara berselerak menghadap guru

Lembaran kerjaNyatakan sendi yang terlibat semasa melakukan aktiviti membongkok dan mengilas?Jawapan :1. Sendi lesung2. Sendi engsel

G