ringkasan pedagogi dalam pdp

Upload: mahenthiran

Post on 09-Mar-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pedagogi

TRANSCRIPT

Ringkasan Pedagogi Dalam PdP

RINGKASAN PEDAGOGI DAN PENDEKATAN DALAM PdPBILPEDAGOGIMAKSUDCONTOH AKTIVITI PDP

1KonstruktivismeMurid dapat menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi.Aktiviti PdP yang melibatkan pemasalahan dan penyelesaian oleh pelajar dengan apa jua cara.

2

Pembelajaran KonstektualKaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian.Berkaitan dengan aspek persekitaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja

atau kehidupan harian.

3

Kajian Masa DepanPembelajaran yang membolehkan murid sedar tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.Aktiviti PdP yang melibatkan persoalan Apa?, Bagaimana? dan Dimana?.

4Kemahiran BerfikirKebolehan murid menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya agar dapat membuat keputusan yang bijaksana dan menyampaikan idea melalui kreativiti tersendiri.Kemahiran berfikir kreatifStrategi berfikirKemahiran berfikir menaakul

5

Belajar Cara BelajarAktiviti-aktiviti yang memberi satu idea atau maklumat baru kepada murid.Cara Mendengar, Membaca, Menulis, Mencatat Nota, Mengingat

6

Kecerdasan PelbagaiKebolehan murid mengaplikasikan kecerdasan pelbagai yang ada melalui bakat semulajadinya seperti mengumpul, mengelas dan menyusun maklumat dan data, melukis peta, rajah dan jadual, serta mempersembahkan laporan dalam bentuk lisan dan tulisan. (Kepelbagaian cara pembelajaran)Ada 8 jenis kecerdasan :Verbal linguitstik, Logik-Matematik, Visual Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis.

7

Theory Of Constrains (TOC)TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang berdasarkan pemikiran logik dan sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit.Aktiviti perbincangan yang berkaitan isu sebab akibat dan kesan sesuatu aktiviti.

8

Pembelajaran MasteriMerupakan suatu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Hasil pembelajaran perlu ditentukan dan membuat penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) iaitu ujian berasaskan objektif yang dirancang oleh guru.

9

Pembelajaran Akses KendiriSatu kaedah yang memberi peluang kepada murid mengakses maklumat dan bahan sendiri.Apa saja aktiviti pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.

BILPENDEKATANMAKSUDCONTOH AKTIVITI PDP

1

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan PemudahcaraanPenggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara terancang dapat menjadikan pengajaran dan pemudahcaraan lebih menarik dan berkesan.ICT sebagai :1. Alat tutorial

2. Alat aplikasi

3. Alat penerokaan4. Alat pemudah komunikasi

2i-ThinkProgram i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada peta pemikiran yang digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

Program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir dan yang terakhir adalah Peta Titi.

3Frog VLEPersekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE (Virtual Learning Environment)ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.