resepi kek gula hangus

3
1 1/4 cawan gula halus 1 cawan air panas 125gm butter (mentega) 4 biji telur A 1/4 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla Cara – Cara Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus. Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul- ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus. Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul- betul sejuk dan mencapai suhu bilik. Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Upload: muhammad-syafiq

Post on 03-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ini adalah resepi kek gula hangus yang sedap dimakan bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

TRANSCRIPT

Page 1: resepi kek gula hangus

1 1/4 cawan gula halus1 cawan air panas125gm butter (mentega)4 biji telur A1/4 cawan susu pekat manis1 cawan tepung gandum2 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu teh esen vanilla

Cara – Cara

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.

Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentegaKemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rataKemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)Kemudian kacau rata perlahan aje

Page 2: resepi kek gula hangus

Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Ita tambahkan esen vanillaKemudian ayakkan tepung dan sodaKacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangusDan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butterKemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam

Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.Bakar selama 45 minit5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redaiTunggu kek sejuk sebelum di potong.