refleksi waj 3112 olahraga

4
REFLEKSI Subjek olahraga disediakan kepada setiap peringkat murid sama ada sekolah rendah, sekolah menegah mahupun university. Sebjek ini tidak ketinggalan kepada bakal guru yang sedang diberi latihan di IPG. Para guru-guru pelatih diberi pededahan dalam WAJ 3112 – olahraga. Subjek ini telah disediakan kepada guru-guru pelatih bertujuan membantu guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran asas dan mengenali beberapa acara yang biasa dilakukan dalam sekolah khususnya Hari Sukan. Antaranya, lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Berdasarkan konteks tugasan, saya perlu mengumpul beberapa jenis maklumat yang berkaitan sejarah olahraga, kemahiran asas dan KOAM. Maka, tugasan ini membawa banyak manfaat kepada saya untuk bersedia menjadi seorang guru sukan yang mahir di sekolah pada masa hadapan. Dalam kuliah WAJ 3112, saya dapat mempelajari dan mengenali kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam beberapa acara seperti lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya. Contohnya, acara lompat jauh mempunyai empat fasa yang perlu diketahui iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui acara-acara tersebut dari segi beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang diguna, sejarah acara dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknik yang digunakan untuk menjalani sesuatu aktiviti sukan. Umpamanya, terdapat beberapa jenis teknik boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi seperti teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya

Upload: albert-sia

Post on 03-Jan-2016

1.068 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Waj 3112 olahraga

REFLEKSI

Subjek olahraga disediakan kepada setiap peringkat murid sama ada sekolah

rendah, sekolah menegah mahupun university. Sebjek ini tidak ketinggalan kepada

bakal guru yang sedang diberi latihan di IPG. Para guru-guru pelatih diberi

pededahan dalam WAJ 3112 – olahraga. Subjek ini telah disediakan kepada guru-

guru pelatih bertujuan membantu guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran

asas dan mengenali beberapa acara yang biasa dilakukan dalam sekolah

khususnya Hari Sukan. Antaranya, lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru,

lompat tinggi dan lompat jauh. Berdasarkan konteks tugasan, saya perlu mengumpul

beberapa jenis maklumat yang berkaitan sejarah olahraga, kemahiran asas dan

KOAM. Maka, tugasan ini membawa banyak manfaat kepada saya untuk bersedia

menjadi seorang guru sukan yang mahir di sekolah pada masa hadapan.

Dalam kuliah WAJ 3112, saya dapat mempelajari dan mengenali kemahiran-

kemahiran asas yang terdapat dalam beberapa acara seperti lompat jauh, lompat

tinggi dan sebagainya. Contohnya, acara lompat jauh mempunyai empat fasa yang

perlu diketahui iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa

pendaratan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui acara-acara tersebut dari

segi beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang diguna,

sejarah acara dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknik

yang digunakan untuk menjalani sesuatu aktiviti sukan. Umpamanya, terdapat

beberapa jenis teknik boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi

seperti teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya pana dan sebagainya.

Teknik-teknik yang diamalkan bergantung kesesuaian diri sendiri.

Pengajaran-pengajaran para pensyarah yang melatih kami telah banyak

membantu kami untuk membetulkan kesilapan yang lakukan saya semasa melatih

kemahiran-kemahiran asas tersebut. Kandungan yang dimasukkan dalam nota-nota

bukan sahaja dalam bentuk tulisan, tetapi juga bentuk gambar-gambar yang jelas.

Maka, saya dapat meneliti fasa-fasa sesuatu acara berpandukan gambar.

Tambahan pula, saya juga dapat mengesan kesilapan yang lakukan apabila melihat

gaya yang terdapat dalam gambar tersebut. Justeru, saya dapat memahami proses

menjalani sesuatu acara dan mempelajari gaya yang betul.

Pada permulaan kuliah ini, kami telah didedahkan pelbagai ilmu tentang

sejarah olahraga. Kami telah mengeksplotasi ilmu melalui proses pengumpulan dan

Page 2: Refleksi Waj 3112 olahraga

penapisan maklumat, saya dapat membaca dan mengumpul isi-isi penting menjadi

sebuah nota yang berkualiti. Di samping itu, saya juga membuat graf yang tersusun

bagi memudahkan pembacaan. Ironinya, saya dapat mengetahui sejarah

perkembangan olahraga daripada Greece Kuno sehingga masa kini dengan

menganjurkan pelbagai kejohanan dan pertandingan seperti Sukan Olimpik, Sukan

Komanwel dan Sukan Asia. Tambahan pula, undang-undang yang ditetapkan oleh

KOAM juga diketahui secara mendalam dan teliti bagi menjadi seorang guru sukan

yang bertanggungjawab terhadap murid-murid.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui format penulisan kertas kerja

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Saya dapat mengetahui beberapa ahli

jawatankuasa yang penting bagi program tersebut. Misalnya, jawatankuasa teknikal,

jawatankuasa pertandingan, jawatankuasa kepegawaian, jawatankuasa siaraya dan

sebagainya. Di samping itu, terdapat aspek-aspek yang lain juga perlu diperhatikan

seperti susunan AJK yang teratur, pembahagian ahli-ahli Jawatankuasa, penentuan

tarikh dan objektifnya yang ingin dicapai. Maka, saya dapat belajar menulis satu

kertas kerja yang bersistematik dengan mahir. Di samping itu, saya juga

memperoleh pengalaman yang berharga dalam penganjuran KOT. Anjuran ini

penting sebagai kemahiran dan pengalaman untuk menjalani pertandingan sukan di

sekolah-sekolah pada masa hadapan. Bagi program ini, saya sebagai ahli teknikal

yang bertanggungjawab menghitamkan garisan padang, membuat padang bagi

acara-acara, menyediakan alatan sukan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran telah dihadapi saya untuk

melaksanakan tugasan tersebut. Penggunaan masa untuk menghasilkan tugasan ini

adalah terhad. Hal ini disebabkan kesibukan tugasan-tugasan lain serta penglibatan

aktiviti yang banyak. Ironinya, kualiti tugasan tersebut akan dipengaruhi dan

kemungkinan mengabaikan isi-isi penting. Oleh itu, pengurusan masa yang

sistematik perlu diamalkan saya dengan menyediakan jadual tugasan harian

ataupun menetapkan matlamat kepada saya dalam jangka masa tertentu. Tindakan

ini dapat membangkitkan semangat belajar dan berupaya menghasilkan tugasan

dengan lancar.

Cabaran yang seterusnya adalah bilangan sumber rujukan yang terhad.

Walaupun, pelbagai maklumat telah dikumpul dan diperoleh, tetapi kebanyakannya

berasal daripada laman web. Justeru, saya berusaha mencari sumber buku yang

berkaitan di pusat sumber ataupun artikel-artikel yang sesuai dimasukkan dalam

Page 3: Refleksi Waj 3112 olahraga

nota-nota yang hendak dihasilkan. Di samping itu, masalah penapisan dan pemilihan

maklumat juga dihadapi saya. Hal ini disebabkan maklumat yang diperoleh dalam

jumlah yang banyak, maka, saya sukar menapiskannya dalam jangka masa yang

pendek kerana skopnya agak luas. Seterusnya, skop tugasan yang luas

terutamanya penjelasan acara-acara olahraga seperti lompat tinggi, lompat jauh dan

sebagainya telah menyukarkan saya. Hal ini disebabkan maklumat bagi setiap acara

hendak meliputi beberapa aspek seperti padang, alatan, pakaian, peraturan, teknik

bermain, fasa-fasa acara dan sebagainya. Maka, proses penapisan maklumat

adalah sukar dan mengelakkan isi-isi penting tidak berulang-ulang. Oleh itu, saya

berbincang dengan ahli kumpulan dan seterusnya membahagikan tugasan kepada

beberapa sub bagi mempercepatkan pelaksanaan tugasan serta mengurangkan

bebanan masing-masing.

Akhir kalam, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran asas yang penting kepada seseorang guru sukan untuk mendidik murid-

murid sekolah. Maka, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk

menguasai teknik-teknik yang betul serta mengetahui fasa-fasa bagi setiap acara. Di

samping itu, semangat kesukanan juga dapat dirasai dengan menyediakan program

KOT dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, hubungan antara ahli-ahli kumpulan

juga dapat dirapatkan lagi bagi mempertingkatkan kualiti tugasan yang

dilaksanakan. Akhirnya, hasilan tugasan ini dapat disimpan dan digunakan sebagai

bahan nota yang berkualiti kepada saya.