refleksi video sains

Upload: huda-mokhtar

Post on 01-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keselamatan makmal dan pengurusan

TRANSCRIPT

REFLEKSI VIDEO

NAMA: NUR HIDAYAH HUDA BINTI MOKHTARNO. MATRIK: 0611/2529Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak perkara yang saya pelajari. Saya akui, tugasan ini tidaklah semudah yang difikirkan. Tambahan pula berlaku pertindihan kerja dengan tugasan tugasan lain, telah menambah masalah kepada kami. Namun, itu bukanlah alasan untuk kami bersungut, jauh sekali untuk lari daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan. Setiap hari kami pasakkan ke fikiran bahawa, kami perlu bijak mengatur masa. Hasil pemikiran tersebutlah yang membantu saya dan rakan - rakan kekal positif dalam melaksanakan tugasan tugasan yang diberikan. Terutama sekali dalam pembahagian masa, saya sering menghadapi masalah dalam memberikan komitmen terhadap tarikh menyiapkan tugasan. Pembahagian masa sangat penting supaya tugasan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Meskipun telah berbincang sebelum ini bahawa tugasan ini perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, namun sikap culas saya yang tebal sukar untuk dikikis. Oleh kerana itulah saya sering terburu buru menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga tidak mampu untuk memberikan hasil yang terbaik pada tugasan yang diamanahkan. Selepas ini, saya akan lebih komited dalam melakukan tugasan agar tidak membebankan rakan rakan sekumpulan yang lain. Kekuatan yang dapat saya kongsikan mengenai video kami ialah pengguanaan grafik dan gambar gambar yang pelbagai dan mendatangkan keseronokkan kepada murid murid. Aplikasi penghasilan video ini juga jarang digunakan oleh guru dan hakikatnya ia memudahkan dan dapat memeberikan keseronokkan kepada murid ketika menontonnya. Selain itu juga, dengan menggantikan video sebenar kepada gambar gambar grafik yang berwarna warni, murid akan lebih bersemangat untuk menepati peraturan peraturan yang telah dinyatakan. Kelemahan yang saya pelajari dalam menyiapkan tugasan ini adalah kekangan masa, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Malah, kami juga kurang berkomunikasi dengan pensyarah pembimbing dalam pembikinan tugasan ini. Mungkin akan ada kelemahan kelemahan yang nyata gara gara kesilapan tidak berinteraksi secara kerap dengan pensyarah pembimbing, InsyaAllah pada masa akan datang saya akan cuba perbaiki kelemahan kelemahan ini. Selain itu, saya juga akan mengambil ilmu-ilmu yang saya pelajari semasa melaksanakan tugasan ini untuk tugasan-tugasan yang datang. Saya berharap agar tugasan yang saya telah lakukan ini dapat diterima baik oleh pensyarah dan mampu untuk memuaskan hati beliau.