refleksi unit pdm unit 1-4

13
REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT TAJUK 1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Secara keseluruhannya pada tajuk ini saya telah mempelajari tentang bagaimana sistem pendidikan di Malaysia era sebelum penjajahan inggeris sehingga era millennium dilaksanakan . Sistem pendidikan di negara telah mengalami beberapa perubahan sebelum mengecapi sisitem pendidikan yang sistematik dalam mewujudkan masyarakat yang berdaya saing tinggi kearah pembangunan negara. Melalui tajuk ini, kita dapat mengetahui sejarah tokoh –tokoh pejuang yang pernah berjuang untuk memperkembangkan sisitem pendidikan ketika itu. Hal ini bukan saja dapat menanamkan semangat patriostisme dalam diri kita malah dapat menghayati pengorbanan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan di negara kita . Melalui system pendidikan masa kini, kita juga akan mendapati keseimbangan pendidikan untuk semua kaum di Malalaysia bukan sahaja membawa keharmonian kepada negara tetapi juga menyumbang kepada pembangunan negara kita. Walaubagaimana pun kita dapati era pendidikan masa kini menghadapi cabaran – cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)l. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan

Upload: pokchart

Post on 22-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pdm

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

1PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Secara keseluruhannya pada tajuk ini saya telah mempelajari tentang bagaimana sistem pendidikan di

Malaysia era sebelum penjajahan inggeris sehingga era millennium dilaksanakan . Sistem pendidikan di negara

telah mengalami beberapa perubahan sebelum mengecapi sisitem pendidikan yang sistematik dalam

mewujudkan masyarakat yang berdaya saing tinggi kearah pembangunan negara. Melalui tajuk ini, kita dapat

mengetahui sejarah tokoh –tokoh pejuang yang pernah berjuang untuk memperkembangkan sisitem pendidikan

ketika itu. Hal ini bukan saja dapat menanamkan semangat patriostisme dalam diri kita malah dapat menghayati

pengorbanan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan di negara kita . Melalui system pendidikan

masa kini, kita juga akan mendapati keseimbangan pendidikan untuk semua kaum di Malalaysia bukan sahaja

membawa keharmonian kepada negara tetapi juga menyumbang kepada pembangunan negara kita.

Walaubagaimana pun kita dapati era pendidikan masa kini menghadapi cabaran –cabaran baru kesan

daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK)l. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan

sesuatu pembangunan. Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama

di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu

yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran

tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu

berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,

mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Kita dapat melihat kepetingan pendidikan dalam pembangunan negara di dalam tajuk ini. Peranan

sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Sistem pendidikan negara

memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan

kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani

cabaran-cabaran abad ke-21. Oleh itu, sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan

perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan

pantas.

Page 2: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

Pada kesimpulannya, saya boleh rumuskan dari tajuk ini ialah sistem pendidikan pada masa kini

mengutamakan keseimbangan pendidikan semua rakyat agar pembangunan dan perpaduan negara dapat

dicapai. Ini adalah sejajar dengan konsep ‘Satu Malaysia” yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri

Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak.

Page 3: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

2.0 Konsep-konsep

1. Falsafah pendidikan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2. Sekolah vernacular

Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil.

3. Dimensi intrinksik

Demensi intrinksik iaitu pendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia. Pendidikan dari sudut dimensi intrinksik bertujuan mendidik ke arah melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri hingga seterusnya dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

4. Dimensi sosial

Dimensi sosial iaitu sumbangan seseorang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Tegasnya pendidikan adalah untuk pembangunan insan dan seterusnya pembangunan Negara. Individu yang terdidik perlu mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai keimanan dan kepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya

5. Pembangunan Negara

Pembangunan untuk negara boleh dilihat daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat kepada negara. Pendidikan perlu membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati diri yang tingg ndidikan perlu ke arah melahirkan rakyat yang yang mempunyai kualiti keterampilan diri yang tinggi untuk pembangunan negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) melalui pendidikan

Page 4: Refleksi Unit PDM Unit 1-4
Page 5: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK):HURAIAN DAN PENGHAYATAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini, banyak dibincangkan tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan.

Secara keseluruhannya, saya dapati tajuk ini banyak memberi panduan dan juga kesedaran

dalam diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang iaitu seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Di dalam tajuk ini kita mengenali perkataan falsafah, istilah falsafah ini berasaldaripada

dua patah perkataan Yunani, iaitu perkataan philos yang memberi maksudmencintai dan

Sophia bermaksud kebijaksanaan. Kita boleh simpulkan bahawa maksud falsafah ialah cinta

akan kebijaksanaan. Terdapat banyak ahli-ahli yangterkenal seperti Socrates, Plato, Aristotle

dan sebagainya. Tugas utama mereka ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia

dengan cara menganalisis danmemberi interpretasi, kemudian mencari rumusan yang boleh

membawa taksiransecara keseluruhan terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan

kehidupandan pengalaman manusia. Penemuan mereka adalan berguna, dan telah

menjadipedoman kepada kita untuk mencari kehidupan yang sempurna atau

menentukanhaluan untuk pembangunan dan kemajuan Negara.

Di negara kita,satu jawatan kuasa diwujud untuk mengkaji sistem pendidikan negara iaitu

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Hasil dari laporan tersebut maka terhasil lah

pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah dimurnikan dari semasa

kesemasa Secara keseluruhan huraian yan terkandung dalam FPK adalah merupakan satu

usaha dalam melahirkan insan yang baik, seimbang dan harmonis serta mencerminkan

individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi

mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. . Justeru itu,

rakyat Malaysia hendaklah berkebolehan dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran

serta sentiasa rajin berusaha untuk meningkatkan kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat

Malaysia juga hendaklah mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, saling hormat

menghormati dan berkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan

negara.

Page 6: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

1.0 KONSEP-KONSEP

1. Falsafah

Falsafah bermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran

dengan menggunakan kebijaksanaan. Oleh itu, dalam berfalsafah memerlukan

ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai agar dapat memberi

penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana.

2. Metafizik

Metafizik bermaksud „beyond the physical‟ Metafizik ialah cabang falsafah yang

membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan.

Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan

secara saintifik seperti tentang hakikat realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan

yang ada tetapi tidak dapat dilihat

3. Epistemologi

Epistemologi merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang teori

ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperinci segenap proses

untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana

seseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya.

4. Potensi individu

Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang

individu.

5. Intelek

Intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya

fikir yang dimiliki oleh seseorang.

Page 7: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

REFLEKSI UNIT PELAJARANUNIT TAJUK

3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

2. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Di dalam Unit 2 ini, kita akan dapat mempelajari segalanya tentang perguruan dan keguruan. Cabaran dan profesionalisme keguruan juga telah dibincangkan dan ia juga merangkumi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang akan menentukan bentuk proses dan matlamat pendidikan serta Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang merupakan halatuju dalam pembentukan watak guru dari segi pemikiran dan alaman. Ini telah membuktikan bahawa kedua-dua falsafah ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Berdasarkan FPG yang telah digubal, terdapat sembilan perkara yang bagi membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan yang perlu dijadikan panduan guru-guru dalam menjadi sorang pendidik yang berjaya dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Watak guru yang perlu berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan. Selain dari itu, pendidikan guru merupakan suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru yang menjadi panduan pendidik adalah teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia. Ia di dibentuk untuk memertabatkan profesion keguruan ke tahap antarabangsa dan sentiasa mementingkan kualiti untuk mencapai standard tersebut. Ia akan melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran. FPG dan SGM yang dijadikan guru sebagai panduan akan memberikan implikasi terhadapetika professional, ilmu dan kemahiran, tanggungjawab dan penanggungjawaban, kepenggunaan ilmu dan kemahiran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu.

Page 8: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

2.0 Konsep-konsep

Perguruan - semua hal yang berkaitan guru dan proses menyediakan guru

Keguruan - keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau profesion guru.

Profesionalisme - Profesional adalah pekerjaan atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dan menjadi sumber penghasilan kehidupan yang memerlukan keahlian, kemahiran atau kecakapan yang memenuhi standard mutu atau norma tertentu serta memerlukan pendidikan khusus.

Standard - Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

Kompetensi - Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: Refleksi Unit PDM Unit 1-4

3. Pilih 5 Konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

KONSEP PENJELASAN

1.

2.

3.

4.

5.

4. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisma Keguruan anda.