sejarah pdm

90
TAJUK : PERKEMBANGAN PENDIDKAN 1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kemerdekaan 1.1.1 Sistem pendidikan sebelum kedatangan Inggeris (1400-1786) di Tanah Melayu 1.1.2 Sistem pendidikan pada zaman Inggeris a) Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua Selepas Perang Dunia Kedua b) Di Sabah Sebelum Perang Dunia Kedua

Upload: abi-mizan-humaira-iman

Post on 03-Oct-2015

185 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Sejarah PDM

TRANSCRIPT

UNIT 1

TAJUK

: PERKEMBANGAN PENDIDKAN

1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kemerdekaan

1.1.1 Sistem pendidikan sebelum kedatangan Inggeris (1400-1786) di Tanah Melayu

1.1.2 Sistem pendidikan pada zaman Inggeris

a) Di Tanah Melayu

Sebelum Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Keduab) Di Sabah

Sebelum Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua

c) Di Sarawak

Sebelum Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua

1.2 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Sehingga Masa Kini

1.2.1 Sistem pendidikan ke arah kebangsaan

a) Penyata Razak 1956

b) Laporan Rahman Talib 1960

c) Laporan Aminuddin Baki (1964)

d) Rancangan Malaysia

Pertama 1966-1970 (Ordinan Pelajaran 1967)

Kedua 1971-1975

Ketiga 1976-1980

e) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

f) Akta Pendidikan 1995 dan 1996

1.3 Pendidikan Masa Kini1.3.1 Sekolah Bestari

1.3.2 Pendidikan Jarak Jauh/Universiti Terbuka

1.3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK/ICT)

INPUT 1

1.1 Sistem Pendidikan Sebelum Kemerdekaan(1400-1786)

1.1.1Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu

Sejak zaman kesultanan Melaka, pendidikan telah menjadi amalan utama masyarakat. (Rujuk: Sejarah Melayu)

Penekanan pendidikan adalah kepada pengajaran agama.Sistem Pendidikan Agama

Sistem pendidikan agama terus berkembang dalam bentuk sistem pondok di negeri-negeri Melayu hingga ke zaman penjajahan Inggeris.

Mata pelajaran agama diajar lebih mendalam

Tafsir, Tauhid, Tasawwuf, Hadis, Fiqah, Nahu dan Bahasa Arab

Bahasa pengantar Bahasa Melayu

Pendidikan agama terus berkembang dalam bentuk pendidikan formal melalui sistem madrasah pada zaman Inggeris di Negeri-negeri Selat

Asas kehidupan Kesejahteraan Hidup Dunia dan Akhirat

Guru Imam

Amalan hidup Ustaz

Murid kanak-kanak 6 tahun ke atas

Fardu Ain

Fardu Kifayah Selepas Subuh

Mengaji Al-Quran Zohor

Mengkaji Hadis Maghrib

Surau Masjid Pondok

1.1.2Sistem Pendidikan Pada Zaman Inggeris

(a)Tanah Melayu

Sebelum Perang Dunia Kedua(1786-1941)

Selaras dengan amalan pecah dan perintah sistem pendidikan zaman Inggeris berlaku secara terpisah mengikut kaum

dikenali sebagai pendidikan vernakular.

Pendidikan berlaku dalam 4 saluran utama:

Pendidikan Inggeris

Kebanyakan sekolah Inggeris dibina dan diuruskan oleh persatuan Mubaligh Kristian.

Penang Free School (1816) berupa sekolah Inggeris pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British atas inisiatif R.V. Hutchings, ketua paderi Negeri-negeri Selat. Free bermaksud untuk semua kaum

Sekolah Free yang menyusul Melaka Free School 1826

Singapore Free School 1834 bertukar kepada Raffles Institution 1863

Victoria Institution KL 1894

Sekolah King Edward VII Taiping 1906

( Malay College Kuala Kangsar 1905 khusus untuk anak-anak kerabat diraja bagi tujuan menyediakan bakal pegawai kerajaan.

Ciri-ciri Pendidikan Inggeris1. Terbuka untuk semua kaum

2. Terletak di kawasan bandar.

3. Berbentuk bantuan kerajaan dan bukan bantuan kerajaan (mubaligh)

4. Kurikulum British rendah/menengah

5. Peperiksaan kawalan pusat (Cambridge)

6. Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di United

KingdomPendidikan Melayu

Wujud atas inisiatif penjajah Inggeris.

Matlamatnya:

Memberi pendidikan asas 3M

Menjadikan anak petani yang lebih baik daripada bapanya

Mengekalkan orang Melayu di kawasan kampung/pertanian

Keperluan guru - Guru agama mengajar bahasa Melayu ( petang )

Ciri-ciri Pendidikan Melayu1. Khusus untuk anak Melayu

2. Terletak di kawasan petempatan Melayu (kampung) kawasan pertanian dan perikanan.

3. Berbentuk bantuan kerajaan4. Pendidikan peringkat rendah sahaja5. Kurikulum : Bahasa Melayu

Kemahiran 3M

Perkebunan

Pertukangan

Anyaman

6. Tempoh 4 6 tahun

7. Peluang melanjutkan pelajaran tiada/terhad (ke kelas Special Malay

Class dan maktab perguruan)Pendidikan Cina

Sekolah Cina pertama dibina di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London (1815)

Berkembang pesat pada awal abad 20 dengan kedatangan imigran China ke Tanah Melayu selepas reformasi di negara China gagal.

Pengasas sekolah Cina adalah pemimpin Cina tempatan / pedagang Cina

Matlamat pengekalan budaya dan pegangan masyarakat.

Ciri Pendidikan Cina

i) Khusus untuk anak-anak Cina

ii) Terletak di kawasan Bandar petempatan Cina

iii) Berbentuk sekolah persendirian

iv) Beridentiti negara China

v) Kurikulum gabungan pengajaran Kung Fu Tze dan sains Barat

vi) Guru dibawa masuk dari negara China

vii) Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi ke China dan Taiwan.

Pendidikan Tamil

i) Kaum India dibawa masuk sebagai buruh keretapi dan estet (ladang getah)

ii) Pendidikan Tamil disediakan oleh majikan ( pemilik estet )

Ciri Pendidikan Tamil

Khusus untuk anak India

Terletak di kawasan petempatan India (buruh) estet/keretapi/JKR

Disediakan oleh majikan (tuan punya estet), kerajaan dan persatuan

Beridentiti keindiaan

Peringkat rendah sahaja

Kurikulum bahasa Tamil dan kesihatan

Peluang melanjutkan pelajaran tiada.

(b) Selepas Perang Dunia Kedua/Pra Kemerdekaan (1946 1957)

Usaha ke arah membina sistem pendidikan negara bermula selepas Perang Dunia Kedua. Beberapa perubahan dibuat berdasarkan kajian dan laporan yang dihasilkan.

Rancangan Cheeseman

Cadangan

i) Tempat percuma di sekolah vernakular

ii) Bahasa Inggeris diajar di semua sekolah

iii) Dua jenis sekolah menengah

iv) Pelaksanaan sepenuhnya Laporan Pelajaran 1928 mengenai pendidikan vokasional Laporan Barnes 1950

i) diketuai L.J. Barnes

ii) tujuan memperbaiki sekolah vernakular Melayu

Cadangan Utama

(i) Bahasa pengantar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di semua sekolah

(ii) Bahasa Cina dan Tamil sebagai mata pelajaran sekolah

(i) dan (ii) untuk tujuan integrasi negara )

Cadangan Lain

i) Pembinaan sekolah vokasional moden

ii) Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang sijil persekolahan (SC)

iii) Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan

iv) Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan ( untuk sekolah rendah )

v) Pendidikan percuma sekolah rendah Melayuvi) Peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah Inggeris bagi pelajar sekolah Melayu

vii) Kurikulum menekankan mata pelajaran sains, seni perusahaan dan sains rumah tangga

Laporan Fenn Wu ( 1951 )

i) diketuai Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yau

ii) tujuan mengkaji sekolah vernakular Cina

Hasil Laporan

i) Kesanggupan mempelajari tiga bahasa (Melayu, Cina, Inggeris) hendaklah digalakkan

ii) Sistem pendidikan hendaklah ke arah matlamat membentuk identiti kebangsaan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat

iii) Sebarang usaha memaksa rakyat berbilang kaum mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan persefahaman

iv) Sekolah Cina kekurangan guru terlatih

v) Latihan guru sekolah Cina amat diperlukan penubuhan kolej latihan guru dan kursus dalam perkhidmatan pada hujung minggu dicadangkan

vi) Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah ditambah

vii) Buku teks dari negara China dan Hong Kong hendaklah diselidiki dan dibaiki dengan memasukkan unsur tempatan

viii) Pengajaran Bahasa Cina , Inggeris dan Melayu hendaklah dikemaskan

Ordinan Pelajaran 1952

Penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn Wu

Cadangan

i) Dua jenis sistem persekolahan iaitu bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Inggeris

ii) Mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil diajar jika ada 15 murid ( bahasa Ibunda )

iii) Bahasa wajib Sekolah Melayu Bahasa Inggeris

- Sekolah Inggeris Bahasa Melayu

Kesemua cadangan tidak dapat dilaksanakan atas sebab masalah kewangan

Pendidikan di Sabah

1.1.2(b)Sistem Pendidikan di Sabah

Sistem pendidikan di Sabah sebelum pendudukan Inggeris ( British

Chartered Company ) tidak banyak diketahui ( tiada rekod).

Di kawasan petempatan Islam, pendidikan agama Islam dan al-Quran serta pendidikan Bahasa Melayu diberi penekanan.Sebelum Perang Dunia Kedua

i) Sekolah Inggeris

Dibuka dan dikendalikan oleh Persatuan Mubaligh Kristian ( Katolik dan Protestant )

Dibina di kawasan bandar Labuan 1881

Sandakan 1883 dan 1891

Inobong 1887

-1911 terdapat 13 buah sekolah rendah

-1930 terdapat 6 buah sekolah menengah rendah

- guru-guru terdiri daripada paderi dan rahib Kristian

ii) Sekolah Kerajaan / Sekolah Melayu

dibina oleh pihak kerajaan

bahasa pengantar bahasa Melayu

sekolah pertama 1915

di kawasan bumiputera Sabah/ petempatan Melayu

tujuan penubuhan : mendidik anak-anak ketua tempatan untuk menjadi pegawai kerajaan

kebanyakan sekolah Melayu terbina pada 1920-an

- guru-guru diambil daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu

- 1940-an, guru-guru dilatih di SITC Tg. Malim

iii) Sekolah Cina

dibina oleh pedagang Cina

1911, 8 buah sekolah rendah persendirian dibina

peringkat rendah dan menengah

Jabatan Pelajaran ditubuhkan 1909 untuk mengawal perjalanan sekolah mubaligh dan sekolah Cina.

Selepas Perang Dunia Kedua

i) Rancangan Perkembangan Pendidikan ( 1947 1954 )

Pengarah Pelajaran dilantik oleh kerajaan British untuk menyediakan Rancangan Perkembangan Pendidikan ( 1947 1954 ).

Di bawah RPP ini, polisi digubal:

a) Pendidikan dasar 6 tahun untuk semua kanak-kanak

b) Mata pelajaran utama : bahasa Inggeris, Kesihatan dan Pertanian

ii) Laporan Woodhead ( 1955 )

Kerajaan Sabah dan Sarawak menjemput E.W. Woodhead ( Pengarah Pelajaran Kent, England ) untuk membuat kajian sistem pendidikan.

Syor-syor Laporan Woodhead

penubuhan Lembaga Pelajaran

perlantikan Pengarah Pelajaran

sentralisasi sistem pendidikan

3 jenis sekolah ; Cina, Melayu, Inggeris

latihan perguruan

Kesan Laporan Woodhead ( 1955 )

Pelajaran rendah percuma

Bayaran sekolah tanggungjawab kerajaan

Guru-guru menjadi ahli perkhidmatan perguruan bersatu

Perlantikan, perlucutan dan pertukaran guru adalah kuasa Pengarah Pelajaran

Pembinaan sekolah baru dengan kelulusan kerajaan Kerajaan bertanggungjawab mengadakan pendidikan rendah Melayu, Cina dan sekolah menengah.

Sekolah rendah Inggeris ( mubaligh ) diteruskan.

Pendidikan di Sarawak

1.1.2 (c)Sistem Pendidikan di Sarawak

Sistem pendidikan di Sarawak hampir serupa dengan perkembangan sistem pendidikan di Sabah.

Sebelum Perang Dunia Kedua

i) Sekolah Inggeris

Dibuka oleh mubaligh Kristian.

Sek. St. Joseph, Kuching (1883) sekolah pertama

ii)Sekolah Cina

Dibuka oleh pedagang Cina di kawasan petempatan Cina.

Sek. Cina di Paku (1872) dan di Bau (1874) sek. Cina bantuan kerajaan.

Jabatan Pelajaran Sarawak ditubuhkan pada tahun1924.

Ordinan Pelajaran 1924 menentukan syarat pemberian bantuan kewangan sekolah.

Pendaftaran sekolah dikuatkuasakan mulai 1925.

Perlembagaan sek. Cina dan kurikulum 1930.

Selepas Perang Dunia Kedua

Akta Pelajaran 1950 merangkumi semua aspek pendidikan.

Laporan Woodhead 1955 - Penubuhan Lembaga Pelajaran

- Penubuhan Sekolah Baru

Akta Pelajaran 1956 Sistem Gaji

- semua sekolah rendah(bantuan)

- sebilangan sekolah menengah (bantuan)

- sebahagian kecil sek. Cina kekal persendirian

Laporan Mclellan 1959 - semua sek. menengah menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. - penukaran secara berperingkat-peringkat

- diwujudkan transition class (kelas peralihan)

UNIT 1 INPUT 2

1.2 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Sehingga Masa Kini

Setelah mencapai kemerdekaan, usaha utama adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Usaha ini sesuai dilaksanakan melalui sistem pendidikan.

1.2.1 `Sistem Pendidikan Ke Arah Kebangsaan

Usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan dimulakan sejak negara bergerak ke arah kemerdekaan iaitu dengan adanya pilihan raya pertama 1955.Usaha ini penting bagi melahirkan warga negara yang padu beridentitikan negara merdeka.

1.2.1 (a) Penyata / Laporan Razak 1956

Janji pilihan raya 1955 Sistem pendidikan yang sama untuk semua penduduk

Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan 1956 diketuai Menteri Pelajaran Dato Abdul Razak bin Husin

Syor-syor Laporan Razak

i) Dasar Pelajaran diarahkan Menteri Pelajaran

( pendidikan menengah dan latihan guru)

ii) Pihak Berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjawab bagi pelajaran rendah dan pertukangan

iii) Guru-guru dilatih di bawah rancangan yang sama

iv) Penubuhan Jemaah Nazir Sekolah

v) Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah

vi) Penubuhan satu Perkhidmatan Perguruan

vii) Pembentukan dua jenis sekolah

Sekolah bantuan

Sekolah persendirian

viii) Penubuhan dua jenis sistem persekolahan

Umum - bahasa pengantar Melayu

jenis umum - bahasa pengantar bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggerisix) Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu mata pelajaran wajib di semua sekolah

x) Penubuhan sekolah menengah kebangsaan dan terbuka satu kurikulum sama

xi) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan

xii) Pembentukan Pelajaran Menengah Lanjutan dan Sambilan

xiii) Pembentukan semula pelajaran Teknik

xiv) Saiz sekolah dan bilik darjah dikawal

xv) Sukatan pelajaran bercorak Tanah Melayu dan penjadualan yang seragam

xvi) Pendidikan percuma enam tahun percuma di sekolah umum

Laporan Razak diterima sebagai Ordinan Pelajaran 1957

1.2.1(b) Laporan Rahman Talib 1960

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

Diketuai Menteri Pelajaran Abdul Rahman Talib

Tujuan membentuk satu Sistem Pendidikan Kebangsaan

Syor-syor:

i) Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun

Naik darjah secara automatis

ii) Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan

iii) Latihan Guru separuh masa

iv) Penukaran nama dan status sekolah umum kepada sekolah kebangsaan

v) Pendidikan rendah percuma untuk semua sekolah

vi) Peperiksaan awam dalam bahasa rasmi sahaja ( bahasa Melayu dan Inggeris )vii) Bantuan penuh untuk sekolah menengah kebangsaanviii) Pendidikan agama Islam di semua sekolah bantuan jika jumlah pelajar 15 orang

Laporan Rahman Talib disah dan diterima-pakai sebagai Akta Pelajaran 19611.2.1(C) Laporan Aminuddin Baki 1964

Dibentuk untuk mengkaji pelaksanaan Laporan Rahman Talib( 1961 )

Pengisian kenaikan automatis sekolah menengah

Syor-syor

i)Pendidikan Aneka Jurusan (3 tahun menengah rendah)

Mata pelajaran Akademik dan vokasional

Kurikulum mata pelajaran teras ( akademik )

dan mata pelajaran pilihan/elektif ( vokasional )

ii) Peluang menguasai kemahiran sebagai asas ke peringkat menengah atas dalam bidang teknik dan vokasional atau ke pasaran pekerjaan.

1.2.1 (d) Ke arah Pemantapan Sistem Pendidikan Kebangsaan

Sistem pendidikan kebangsaan terus berkembang mantap selepas penubuhan Malaysia(1963).Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dimansuhkan dan diserapkan secara berperingkat-peringkat.

i) Peperiksaan masuk ke sekolah menengah ( MSSEE ) dimansuhkan 1963 sesuai dengan pelaksanaan Laporan Mengkaji

Dasar Pelajaran 1961.

ii) Pendidikan rendah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris dimansuhkan (1970 )

iii) Penilaian Darjah 5 diperkenalkan 1967

iv) Ujian Diagnostik Darjah 3 1973

v) Penggunaan bahasa pengantar Inggeris di semua sekolah menengah dimansuhkan secara berperingkat mulai 1976

vi) Peperiksaan awam dalam bahasa Melayu sahaja (SRP) 1978 dan SPM (1980)

vii) Penyelarasan sistem pendidikan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mulai 1970

Perubahan pendidikan mulai 1970 dibuat melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia berteraskan Ideologi Negara Rukun Negara ( 1970 )

RANCANGAN MALAYSIAIMPLIKASI PENDIDIKAN

Rancangan Malaysia 1

(1966 1970 ) Memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik

Menyediakan kemudahan pendidikan peringkat menengah

Meluaskan peluang pendidikan ke seluruh negara

Mempelbagaikan kemudahan latihan pertanian, sains perindustrian , teknologi

Mempercepatkan latihan perguruan

Rancangan Malaysia 2

(1971 1975 )

DEB-

1. Menyusun semula masyarakat2. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum

3. Membasmi kemiskinan Peluang pendidikan yang luas

Rancangan pendidikan Melayu / Bumiputera dalam keusahawanan

Kemudahan pendidikan sains dan teknologi

Kemudahan latihan perindustrian

Peralihan bahasa penghantar

Bahasa Melayu

Rancangan Malaysia 3

(1976 1980 )- mengukuhkan DEB Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

Pembentukan peribadi , akhlak, kewarganegaraan

Peluang pendidikan untuk semua

Penyatuan sistem pendidikan

Meluaskan latihan sains dan teknologi

Mengurangkan keciciran

Meningkatkan kebolehan menyelidik

Sistem pendidikan berasaskan ideologi negara berjaya membawa perubahan-perubahan

i) perpaduan dan integrasi negara

ii) memenuhi kehendak guna tenaga

iii) mutu pendidikan ditingkatkan untuk membina masyarakat progresif

iv) pendidikan mengembangkan personaliti, tingkah laku dan sikap kewarganegaraan

Latihan Perguruan

Selaras dengan perkembangan pendidikan sejak zaman Inggeris,latihan perguruan melalui proses perubahan yang pesat.

Latihan Perguruan Sekolah Rendah

i) Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjong Malim untuk melatih guru lelaki Sekolah Melayu (1922)

ii) Penubuhan Malay Women Training College (MWTC) di Melaka untuk melatih guru perempuan sekolah Melayu (1935)

iii) Penubuhan Kota Bharu Training College untuk melatih guru sekolah rendah Inggeris (1954)

iv) Penubuhan Pusat Latihan Harian di seluruh Negara

untuk melatih guru sekolah rendah (1957)

Latihan Perguruan Sekolah Menengah

1. Brinsford Lodge Malayan Teachers Training College ( ditutup 1964 ) melatih guru am sekolah menengah Inggeris.

2. Kirby Malayan Teachers Training College ( ditutup 1962 ) melatih guru bahasa sekolah menengah.

3. Language Institute ( LI ) melatih guru bahasa ( Melayu dan Inggeris )

4. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ( MTC ) maktab pertama tempatan menggantikan MTC di England ( 1959 )

5. Maktab Perguruan Teknik ( 1962 ) melatih guru teknik dan sains pertanian.

6. Guru Sekolah Pelajaran Lanjutan melalui program latihan sambilan ( 3 tahun )

7. Guru Aneka Jurusan melalui program latihan sambilan hujung minggu selama 3 tahun ( 1965)

1.2.1 (e) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada bulan September 1974.

Matlamatnya seperti berikut:

i. Mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

ii. Mengemukakan syor-syor yang sewajarnya.

Syor Jawatankuasa Kabinet:

Sekolah Rendah

1. Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid menguasai bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu.

2. Kurikulum sekarang disusun semula.

3. Cara latihan guru dan jenis perkhidmatan yang diperlukan.

4. Pelan dan reka bentuk perabut sekolah haruslah dikaji.

5. Kenaikan darjah secara automatis dikekalkan.

6. Memperluaskan lagi penggunaan ujian rujukan kriteria.

7. Kaedah dan alat bantu mengajar bagi kelas pemulihan.

Sekolah Menengah Rendah

1. Kurikulum menengah rendah hendaklah merupakan kesinambungan kurikulum asas.

2. Sukatan pelajaran digubal semula bertujuan memberi pendedahan dalam bidang vokasional dan teknik.

3. Perhatian khas kepada jurusan perdagangan.

4. Sistem mencatat pangkat pencapaian diubah.

5. Ujian rujukan kriteria dan pendidikan pemulihan diperkenalkan.

6. Tempoh persekolahan dilanjutkan daripada 9 tahun kepada 11 tahun.

Sekolah Menengah Atas

1. Pendidikan dalam dua jurusan: Akademik dan Vokasional.

2. Bilangan sekolah vokasional ditambah.

3. Jurusan vokasional hendaklah mirip kepada penyediaan pekerja mahir.

4. Latihan amali hendaklah dijalankan di kilang-kilang.

5. Sistem membri gred ditukar kepada sistem pensijilan terbuka.

6. Semua calon layak menduduki SPM selepas dua tahun menduduki SRP.

Syor Tambahan

1. Pendidikan swasta menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan sehingga tingkatan lima.

2. Pendidikan awam seragam.

3. Bilangan politeknik ditambah.

4. Kursus-kursus politeknik dipelbagaikan.

Kesan Pelaksanaan Syor-Syor Laporan Kabinet (1979)

Pendidikan Sekolah Rendah

1. Terbentuk kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) menggantikan kurikulum lama sekolah rendah (KLSR).

2. Pendidikan pemulihan diberi penekanan.

3. Guru-guru dilatih khas.

4. Rancangan pengayaan disediakan untuk pelajar yang cerdas.

5. Wujud corak susunan kerusi meja berkumpulan dalam bilik darjah.

Pendidikan Sekolah Menengah

1. Berbentuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menggantikan kurikulum sedia ada.

2.Perhatian khas kepada jurusan perdagangan.

3.Pelajar sains boleh mengambil mata pelajaran aliran sastera.

4.Guru sains dan matematik dihantar ke sekolah luar bandar.

5.Guru Bahasa Malaysia dilatih khas.

6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dipergiatkan. 7. Pelajaran vokasional tidak terhad kepada satu elektif sahaja (SPVM).

Pendidikan Tinggi

Bilangan kursus-kursus di politeknik, ITM dan Kolej Tunku Abdul Rahman ditambah.

Pendidikan Guru

Latihan perguruan asas 3 tahun diganti dengan Latihan Perguruan Asas Lima Semester untuk mempercepat pengeluaran guru terlatih.

1.2.1 (f)Perkembangan Pendidikan Semasa

Perkembangan pendidikan belaku secara pesat s esuai dengan peredaran masa. Akta pelajaran 1961 tidak lagi dapat memenuhi keperluan perkembangan pendidikan semasa. Perluasan sistem pendidikan meliputi pendidikan pra sekolah, pendidikan swasta, pendidikan khas/inklusif dan pendidikan tinggi sesuai dan selaras dengan kehendak dan falsafah pendidikan negara dan dunia membangun.

Akta Pendidikan 1995

Akta Pendidikan 1995 menggantikan Akta Pelajaran 1961.

Digubal berdasarkan prinsip dan ideologi Penyata Razak, Laporan Rahman Talib dan Falsafah Pendidikan Negara

dan Wawasan negara.

Matlamat :

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Melahirkan rakyat yang dapat memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan cita-cita Wawasan 2020

Perkara penting dalam Akta Pendidikan 1995

Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar utama.

Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib di institusipendidikan berbahasa pengantar lain.

Satu kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh sekolah-sekolah kerajaan dan swasta.

Peperiksaan awam dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Peningkatan pendidikan sains dan teknologi dengan menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik.

Politeknik dibenarkan menganjurkan program berkembar peringkat ijazah dengan institusi pendidikan tinggi.

Peningkatan Pendidikan Islam di semua sekolah/institusi pendidikan jika ada 5 atau lebih pelajar Islam.

Peningkatan mutu pendidikan prasekolah melalui kurikulum prasekolah yang disediakan Kementerian Pendidikan.

Peningkatan program pendidikan guru : peringkat diploma dan ijazah secara berkembar dengan universiti tempatan.

Meluaskan pendidikan khas dan pendidikan inklusif di sekolah rendah dan menengah.

Memansuhkan Lembaga Pengurus Sekolah Kerajaan.

Mengawal selia institusi pendidikan swasta : mesti berdaftar dengan Pendaftar Sekolah dan kurikulum diluluskan Kementerian Pendidikan.

Tiga institusi pendidikan dikekalkan

Institusi kerajaan

Institusi bantuan kerajaan

Institusi swasta

KE ARAH MENGKEBANGSAANKAN SISTEM PENDIDIKAN

Sekolah

Vernakular

R

A

D

N

M

A

S

A

K

I

N

I

REFORMASI

PENDIDIKAN

KE ARAH PEMBENTUKAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

LAPORANKEUTAMAANCADANGANIMPLIKASIHASIL

Barnes

(1950)

Fenn-Wu

(1951)Sekolah Melayu

Sekolah Cina Kebangsaankan semua sekolah

Pengantar

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Kekalkan sekolah Cina

Penguasaan 3 bahasa

Kurikulum unsur tempatan

Guru latihan tempatan

Pendidikan Melayu teras pendidikan kebangsaan

Pendidikan Cina dengan corak tempatanOrdinan Pelajaran 1952

2 bahasa di sekolah Melayu dan Inggeris

3 bahasa di sekolah Cina dan Tamil

Razak

(1956)

Woodhead (1955)

- Sabah

- Sarawak

McLellan (1959)

- SarawakPendidikan Kebangsaan Dasar pelajaran berpusat

Latihan guru seragam

Peperiksaan awam

Pelajaran menengah (teknik, lanjutan,

vokasional)

2 jenis sekolah

2 @ 3 kategori sekolah

kurikulum bercorak Tanah Melayu / tempatan

Jemaah Nazir

Lembaga Pengelola Sekolah

Pihak Berkuasa Pelajaran

Tempatan Dasar Pelajaran Kebangsaan

Dasar Bahasa

Pendemokrasian Pendidikan

Kawalan Mutu Pendidikan

PersekolahanRendah(Umum) percumaKementerian Pelajaran Malaysia

Rahman Talib

(1960)Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

(1959) Pendidikan rendah percuma

Kategori sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan

Umur berhenti sekolah 15 tahun

Kenaikan darjah automatis

Peperiksaan awam bahasa rasmi

Pendidikan agama (15 murid)

Pendidikan lanjutan , teknik, vokasional

pertukangan

Pendidikan akhlak

Pendidikan guru

Peluang pendidikan menengah lebih luas/pelbagai

Pendidikan rendah untuk semua

Menangani masalah keciciran

Kesediaan untuk pasaran kerja

Pemupukan perpaduan negaraAkta Pelajaran 1961

(diguna pakai hingga 1990-an)

Aminuddin Baki

(1964)Pendidikan Aneka Jurusan Menengah rendah pelbagai jurusan

Mata pelajaran teras dan mata pelajaran pilihan Penyediaan tenaga kerja sektor perindustrian/pertanian

Persediaan menengah atas teknik dan vokasional

Perkembangan Selepas 1970

Pengenalan Ideologi Negara

RUKUNEGARA

Rancangan Lima Tahun Malaysia

(RM1,RM2,RM3)Teras Ideologi Negara

Mencapai Matlamat

Dasar Ekonomi Baru ( DEB)

Penukaran aliran (JK) Inggeris kepada aliran kebangsaan

Pembinaan kemudahan sekolah di seluruh negara

Peningkatan kelengkapan sekolah

Peluang melanjutkan pengajian tinggi

Penubuhan institusi pengajian tinggi kemahiran profesional dan keusahawanan

Pembentukan akhlak berteraskan RUKUNEGARA

Kemudahan pendidikan sains dan teknologi Institusi Pengajian Tinggi

ITM, UKM, USM,

Bahasa pengantar Melayu

Peluang melanjutkan pelajaran sistem kuota

Sekolah di laur bandar

Sekolah berasrama penuh/ sekolah rancangan

Kabinet

(1979)Reformasi Pendidikan Perkembangan potensi

Kurikulum bersepadu

menyeluruh

Perkhidmatan keguruan

Pendidikan vokasional/

teknik

Pendidikan tinggi Kurikulum KBSR / KBSM

Penilaian sijil terbuka

Ujian rujukan kriteria

Perkembangan pengajian tinggi( politeknik / maktab perguruan )Akta Pendidikan 1995

- Pendemokrasian

pendidikan

- Kesejagatan

pendidikan

- Pendidikan

swasta/IPTS

- PJJ/universiti

terbuka

INPUT 3

1.3.1 Sekolah Bestari Konsep

Sekolah Bestari ialah satu institusi pembelajaran di mana proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dijalankan secara sistematik untuk menyediakan para pelajar pada zaman teknologi maklumat.

Matlamat

Perkembangan menyeluruh JERI

Memberi peluang untuk mengembangkan kekuatan dan kebolehan

Menyemai dan meningkatkan budaya fikir dan celik teknologi

Pendemokrasian sistem pendidikan

Meningkatkan penglibatan stakeholdersCiri-ciri Bestari

LAN

Luwes

WAN

Ciri-ciri Kurikulum Sekolah Bestari

1. Merangkumi semua perkembangan

2. Integrasi pengetahuan, skill, nilai dan bahasa

3. Integrasi menegak dan mendatar

4. Teknologi maklumat

5. Kokurikulum

Ciri-ciri Pembelajaran Bestari

Bermakna Tanggungjawab sosial Berbilang budaya Reflektif Holistik Bertaraf dunia Terbuka Berasaskan matlamatKomponen Sekolah Bestari

Pengurusan dan pentadbiran

Individu, kemahiran dan tanggungjawab

Polisi

Proses

Teknologi

Pengajaran dan pembelajaran

Cara Pembelajaran

i) Menggunakan courseware interaktif menggunakan CD Rom atau melalui internet sekolah

ii) Networking melalui E-mail kepada pakar atau pihak tertentu

iii) Mendapatkan bahan melalui internet

iv) Berkongsi maklumat dengan rakan lain melalui perbincangan

v) Membuat field trip atau lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai sumber maklumat yang diperlukan

vi) Memperoleh maklumat daripada bahan konvensional seperti buku dan perpustakaan tradisional

1.3.2 Pendidikan Jarak Jauh/Universiti Terbuka

Satu program pembelajaran yang dilaksanakan di luar kampus IPTA/IPTS. Pendidikan Jarak Jauh ( Long Distance Education) dikenali juga sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melalui Siaran.

Pendidikan Jarak Jauh dilaksanakan dengan dua cara:

i) Penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan atau televisyen satelit dan guru tidak perlu bersemuka dengan pelajar

ii) Pengedaran bahan-bahan pengajaran dalam bentuk bercetak , rakaman pita, rakaman video atau menyediakan program dalam bentuk disket komputer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih, pelajar pun boleh dilatih melalui program CAL ( Computer Assisted Learning) di rumahnya.

Dengan adanya alat penghantaran seperti radio dan televisyen atau bahan-bahan bercetak, pelajar yang tidak sempat menghadiri sekolah boleh belajar di rumah mereka sendiri. Dengan kata lain sekolah tidak lagi menjadi satu-satunya tempat untuk mendapat pendidikan formal. Pelajar PJJ mengikuti program pelajaran sesuatu kurikulum, menyiapsediakan kerja-kerja kursus, menduduki peperiksaan, dan jika lulus akan menerima sijil yang diakui.

Ciri-ciri Pendidikan Jarak Jauh:1) Pembelajaran arah kendiri

2) Guru dan pelajar tidak bersemuka

3) Jadual anjal

4) Pembelajaran seumur hidup

5) Belajar sambil bekerja

6) Media adalah perhubungan utama.

1.3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT/TMK)

Sesuai dengan perkembangan era Teknologi Maklumat dan komunikasi melalui penggunaan setalit, perkembangan pendidikan menggunakanmedia elektronik menjadi satu keutamaan.

- Dikenali sebagai e-education (Pendidikan Elektronik)Dengan adanya pendidikan elektronik, perkembangan pendidikan terbuka berbentuk jarak jauh berkembang dengan pesat.

Ciri-ciri Utama Pendididkan Elektronik

Penguasaan Teknologi Maklumat

Komputer

Internet

E-mail

Input melalui media elektronik

Laman web (internet/intranet/LAN/WWW)

Telesidang (Teleconferencing)

Perhubungan e-mail/faksimili

Penggunaan VCD/LCD

Penggunaan komputer multimedia

Perkembangan pendidikan bentuk ini mengutamakan pencarian dan penggunaan maklumat secara efektif tanpa perlu menjelajah ke tempat-tempat tertentu, memadai dengan kemahiran menggunakan komputer, melayari internet dan berkomunikasi secara maya.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAANSOALAN OBJEKTIF

1. Kelemahan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum perang dunia ke-2 berbanding dengan sistem pendidikan sekarang ialah

(A) penumpuan kepada kemahiran asas

(B) pendidikan di bandar lebih diutamakan

(C) kkadar keciciran di sekolah adalah tinggi

(D) dasar pelajaran yang tidak selaras dengan aspirasi rakyat

2. Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekoilah rendah Jenis Kebangsaan

Cadangan ini dikemukakan dalam

(A) Laporan Razak

(B) Laporan Kabinet

(C) Laporan Rahman Talib

(D) Laporan Aminuddin Baki

3. Dalam Laporan Jawaankuasa Kabinet (1979) telah dikemukakan beberapa dapatan tentang kurikulum.

Kenyataan manakah tidak benar tentang dapatan kurikulum?

(A) Kurikulum adalah terlalu akademik

(B) Kandungan kurikulum adalah terlalu padat

(C) Kurikulum terlalu berorientasikan peperiksaan

(D) Kurikulum menitikberatkan penerapan nilai murni

4. Selepas 1969, sistem pendidikan kebangsaan berteraskan ideologi negara yang mementingkan perpaduan. Tujuannya ialah untuk melahirkan warganegara yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Hasrat ini telah dilakukan melalui cara berikut kecuali

(A) Aktiviti kokurikulum , pendidikan khas dan pendidikan kewarganegaraan

(B) Pendidikan Agama Islam/Moral, pendidikan komputer dan pendidikan kewarganegaraan

(C) Pendidikan kewardanegaraan, pendidikan komputer dan pendidikan vokasional

(D) Pendidikan khas, pendidikan pemulihan dan pendidikan pengguna

5. Kebanyakan sekolah sekolah yang wujud dalam zaman sebelum negara kita merdeka dikatakan mempunyai beberapa ciri yang sama.

Manakah antara pernyataan berikut yang tidak menggambarkan ciri pendidikan zaman itu?

(A) Kurikulum berbeza dan tidak sehala.

(B) Setiap sekolah adalah khusus untuk kaum tertantu sahaja.

(C) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan.

(D) Sekolah-sekolahnya terpoisah mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduknya.

6. Penyata Razak merupakan asas kepada reformasi kendidikan negara selepas zaman penjajahan.

Apakah implikasi daripada pelaksanaan penyata tersebut?

(A) Kenaikan kelas secara automatik.

(B) Pendidikan sekolah rendah adalah percuma.

(C) Umur berhenti sekolah dilanjutkan kepada 15 tahun.

(D) Sukatan pelajaran di semua jenis sekolah diselaraskan.

7. Laporan yang telah mencadangkan pembentukan satu sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan ialah Laporan

(A) Razak

(B) Barnes

(C) Woodhead

(D) Cheeseman

8. Di antara berikut kesan yang terpenting hasil pelaksanaan Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah

(A) kenaikan darjah secara automatik.

(B) aspek pemulihan mula dilaksanakan.

(C) aspek pengayaan mula diberi perhatian.

(D) KBSR dan KBSM diperkenalkan di sekolah-sekolah.

9. Perkembangan mutakhir dalam reformasi pendidikan di Malaysia ialah pelaksanaan Sekolah Bestari bermula 1999

Matlamat utama pelaksanaan Sekolah Bestari adalah untuk

(A) membolehkan negara bersaing dengan negara maju.

(B) menyediakan pengurus sekolah untuk menghadapi masalah globalisasi.

(C) memberi peluang individu memperkembangkan kebolehan dan kemampuan.

(D) membekalkan tenaga pekerja yang berdaya fikir dan celik teknologi maklumat.

10.

Melahirkan sebuah masyarakat berfikiran saintifik

Meneruskan dasar desentralisasi dalam pentadbiran

Memperkenalkan pendidikan prasekolah di sekolah-sekolah rendah

Menjadikan Malaysia negara perindustrian dan maju sepenuhnya

Usaha-usaha di atas adalah berkaitan dengan

1) Penyata Rahman Talib.

2) Reformasi Pendidikan..

3) Falsafah Pendidikan Guru.

4) Falsafah Pendidikan Negara.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Selepas pilihan raya 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan.

Huraikan empat syor Penyata Rahman Talib

2. dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak

daripada semua bangsa di dalam negeri ini

( Penyata Razak, Penerangan 12 )

Dengan merujuk kepada syor-syor daripada Laporan Razak, huraikan lima cara tujuan tersebut dapat dicapai.

3. Kebanyakan sekolah yang wujud dalam zaman pra merdeka mempunyai beberapa ciri yang sama.

Apakah ciri-ciri tersebut?

4. Senaraikan cara mencapai perpaduan berdasarkan Laporan Razak 1956

5. Laporan Woodhead mengemukakan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak.

Jelaskan cadangan-cadangan yang serupa dengan cadangan Laporan Razak.

6. Selepas 1969, sistem pendidikan kebangsaan adalah berteraskan ideologi negara yang mengutamakan perpaduan

Jelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.

7.. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengemukakan beberapa cadangan reformasi pendidikan.

Senaraikan cadangan-cadangan yang diulaksanakan.

8. Akta Pendidikan 1995 telah disahkan diterimapakai bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961

Jelaskan perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1995

Bila

Apa

Di mana

Mengapa

Siapa

Pengajaran Agama

Melayu

Cina

Tamil

Laporan Barnes 1950

Laporan Fenn-Wu 1951

Ordinan Pelajaran 1952

Tidak dilaksanakan

Laporan Razak 1956

Ordinan Pelajaran 1957

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

Laporan Rahman Talib 1960

Akta Pelajaran 1961

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Jawatankuasa kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran

1974 -1979

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Akta Pendidikan

1995

P

r

a

KEMERDEKAAN

AWAL

KEMERDEKAAN

Penyelarasan Sistem Pendidikan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung 1970