refleksi tugas

3
REFLEKSI (AIMAN IZZUDDIN BIN MOHD AMIRULLAH) م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م ا س بSegala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya Aiman Izzuddin bin Mohd Amirullah telah berjaya menyempurnakan Sambutan Maulidur Rasul pada 14 Januari tahun 2014. Tanpa hidayah dan pertolongan dari Allah S.W.T mungkin saya tidak dapat melaksanakan tugasan kerja kursus yang telah diberi oleh Ustazah Dr.Sharifah Fatimah binti Wan Jamel. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa aktiviti. Ini merupakan pertama kalinya saya merancang aktiviti yang akan dijalankan pada Sambutan Maulidur Rasul tersebut. Sebelum ini, saya tidak pernah mengendalikan sebarang program mahupun aktiviti yang akan dijadikan program tahunan IPG Kampus Batu Lintang. Saya berasa sangat terharu dan pada masa yang sama, saya amat gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan. Pada mulanya, saya sudah dikhabarkan oleh abang-abang senior mengenai program-program yang bakal kami laksanakan pada semester-semester yang akan datang sejak di semester pertama lagi. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif dengan bertanya kepada abang- abang senior berkaitan dengan aktiviti yang biasanya dilakukan pada Sambutan Maulidur Rasul.

Upload: abdul-karrim

Post on 09-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

maulidur rasul

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI tugas

REFLEKSI

(AIMAN IZZUDDIN BIN MOHD AMIRULLAH)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah

bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya Aiman Izzuddin bin Mohd Amirullah telah berjaya

menyempurnakan Sambutan Maulidur Rasul pada 14 Januari tahun 2014. Tanpa hidayah dan

pertolongan dari Allah S.W.T mungkin saya tidak dapat melaksanakan tugasan kerja kursus

yang telah diberi oleh Ustazah Dr.Sharifah Fatimah binti Wan Jamel. Saya telah dilantik

sebagai ahli jawatankuasa aktiviti. Ini merupakan pertama kalinya saya merancang aktiviti

yang akan dijalankan pada Sambutan Maulidur Rasul tersebut. Sebelum ini, saya tidak pernah

mengendalikan sebarang program mahupun aktiviti yang akan dijadikan program tahunan IPG

Kampus Batu Lintang. Saya berasa sangat terharu dan pada masa yang sama, saya amat

gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan. Pada mulanya, saya sudah dikhabarkan oleh

abang-abang senior mengenai program-program yang bakal kami laksanakan pada semester-

semester yang akan datang sejak di semester pertama lagi. Oleh itu, saya telah mengambil

inisiatif dengan bertanya kepada abang-abang senior berkaitan dengan aktiviti yang biasanya

dilakukan pada Sambutan Maulidur Rasul.

Sebelum diberikan tugasan, kami telah diagihkan kepada beberapa biro iaitu ahli

jawatankuasa protokol dan Publisiti, ahli jawatankuasa peralatan dan siaraya, ahli jawatankuasa

makanan, ahli jawatankuasa persiapan pentas, ahli jawatankuasa cenderahati, ahli

jawatankuasa kebersihan dan ahli jawatankuasa aktiviti. Saya telah dimasukkan ke dalam ahli

jawatankuasa aktiviti. Diantara ahli kumpulan saya ialah Abdul Karrim bin Abdul Ghani, Izzati

Syamimi binti Salim dan Nur Sai’dah Saffa’ binti Muhammad Saufi. Kami telah didedahkan oleh

Ustazah Syarifah Fatimah binti Wan Jamel tentang gambaran perjalanan program dari awal

sampai akhir yang boleh diaplikasikan ke atas program yang bakal kami jalankan. Selain itu,

saya dan kawan-kawan juga telah didedahkan mengenai pengendalian dan contoh kertas-

kertas kerja yang dihasilkan oleh abang-abang senior. Dari situ, saya telah mendapat pelbagai

idea untuk dimasukkan ke dalam aktiviti yang akan kami rancangkan.

Page 2: REFLEKSI tugas

Apa yang saya perolehi melalui contoh kertas-kertas kerja tersebut, saya dapat

memahami dan mempelajari banyak teknik-teknik untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti sesebuah

program. Ia juga mampu melatih saya untuk sentiasa berfikiran kreatif, kritis dan secara tidak

langsung membantu saya dalam menghasil kerja yang berkualiti. Selain daripada itu, sebagai

ahli jawatankuasa aktiviti agak mencabar bagi saya kerana saya dan rakan-rakan perlu

menyediakan peralatan-peralatan untuk kegunaan semasa aktiviti dijalankan. Cabaran tersebut

telah mengajar saya agar menjadi lebih tabah dan bertanggungjawab ke atas tugasan yang

diberikan. Bukan itu sahaja, program ini juga mengajar saya sifat tolong-menolong dalam

kalangan rakan kerana sifat tersebut merupakan sifat yang terpuji yang kita boleh ambil ketika

kita bergelar sebagai guru nanti.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Dr.Sharifah

Fatimah binti Wan Jamel kerana telah memberikan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya

dalam menjayakan Program Sambutan Maulidur Rasul. Tidak lupa juga, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana turut membantu saya dan memberi

semangat kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus yang diberikan. Saya akan

menggunakan ilmu yang telah saya pelajari untuk kegunaan pada masa akan datang. Syukran

jazilan…