refleksi tokiap

3
REFLEKSI Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya akhirnya dapat saya menyelesaikan tugasan SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat ini. Banyak ilmu pengetahuan baru dan pengalaman baru yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Perkara utama yang telah saya lakukan adalah mengumpul maklumat berkaitan tugasan ini. Saya telah membuat rujukan bermula daripada pengumpulan bil-bil elektrik dan air yang diperolehi dari pihak pentadbiran sekolah. Maklumat ini sangat penting dalam memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui pencarian untuk mendapatkan maklumat ini, saya telah mendapat ilmu yang lebih mendalam mengenai tentang peri pentingnya melestarikan sekolah ke tahap yang lebih baik tanpa pembaziran yang serius. Ilmu ini penting kepada saya dalam membentuk diri saya sebagai rakyat Malaysia yang berkualiti dan menyumbang dalam pembangunan teknologi di Negara kita. Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan sedikit kajian tindakan kecil bagi menghuraikan isu berkaitan dengan Sains dan masyarakat. Isu yang telah diterima adalah kaedah melestarikan sekolah dalam konteks penjimatan penggunaan elektrik dan air di sekolah. Melalui pembacaan buku dan internet, banyak ilmu baru yang saya peroleh berkenaan dengan isu ini. Terdapat pelbagai isu antaranya adalah tentang pembaziran yang berlaku akibat dari sikap warga sekolah itu sendiri yang tidak peka kepada

Upload: atsani-katmin

Post on 21-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi tokiap

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya akhirnya dapat saya

menyelesaikan tugasan SCE 3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat ini. Banyak ilmu

pengetahuan baru dan pengalaman baru yang saya peroleh sepanjang menyiapkan

tugasan ini.

Perkara utama yang telah saya lakukan adalah mengumpul maklumat berkaitan

tugasan ini. Saya telah membuat rujukan bermula daripada pengumpulan bil-bil elektrik

dan air yang diperolehi dari pihak pentadbiran sekolah. Maklumat ini sangat penting

dalam memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui pencarian untuk

mendapatkan maklumat ini, saya telah mendapat ilmu yang lebih mendalam mengenai

tentang peri pentingnya melestarikan sekolah ke tahap yang lebih baik tanpa

pembaziran yang serius. Ilmu ini penting kepada saya dalam membentuk diri saya

sebagai rakyat Malaysia yang berkualiti dan menyumbang dalam pembangunan

teknologi di Negara kita.

Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan sedikit kajian tindakan kecil bagi

menghuraikan isu berkaitan dengan Sains dan masyarakat. Isu yang telah diterima

adalah kaedah melestarikan sekolah dalam konteks penjimatan penggunaan elektrik

dan air di sekolah. Melalui pembacaan buku dan internet, banyak ilmu baru yang saya

peroleh berkenaan dengan isu ini. Terdapat pelbagai isu antaranya adalah tentang

pembaziran yang berlaku akibat dari sikap warga sekolah itu sendiri yang tidak peka

kepada kelestarian sekolah mereka. Maklumat ini dapat membuka minda saya untuk

memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil secara oleh proaktif oleh pihak sekolah

untuk memastikan tiadanya pembaziran tenaga elektrik atau bekalan air di premis

sekolah. Oleh yang demikian, pada pandangan peribadi saya melalui tugasan ini nilai-

nilai murni juga dapat diterapkan agar kita tidak mementingkan diri sendiri sahaja.

Selain itu, pendedahan kepada isu-isu ini juga memberikan kesedaran kepada

saya untuk lebih mencintai dan menghargai alam. Kesedaran ini penting kepada semua

individu agar mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik. Sehubungan

dengan itu, saya juga boleh menerapkan nilai ini dalam anak murid saya nanti agar

Page 2: refleksi tokiap

saya dapat lahirkan individu yang peka dan mencintai alam sekitar yang diciptakan oleh

Tuhan.

Walaupun tugasan ini merupakan tugasan individu, kami telah melakukan inisiatif

sendiri dengan menubuhkan kumpulan kami sendiri. Kumpulan yang diwujudkan ini

bertujuan untuk memastikan perjalanan kajian saya berada di atas landasan yang

betul. Perbincangan yang dilakukan, kritikan dari rakan kumpulan sangat penting dalam

menjayakan dan menyiapkan tugasan ini. Kami telah membahagikan tugas secara adil

dalam mencari maklumat tambahan untuk dijadikan bahan pertukaran sesama kami.

Oleh yang demikian, setiap orang ahli kumpulan telah memberikan sumbangan bagi

melengkapkan tugasan ini. Apabila semua ahli kumpulan bekerjasama, maka kerja

yang banyak dapat diringankan. Bak kata pepatah berat sama dipikul, yang ringan

sama dijinjing.

Secara keseluruhannya, melalui tugasan kerja kursus ini telah memberikan

banyak faedah dan ilmu pengetahuan kepada saya dan membuatkan saya lebih

mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk

menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan bangsa Malaysia yang

bersemangat, kreatif, inovatif dan produktif.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik

Tokiap Bin Tokimin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan

sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan dan dorangan kepada saya

dalam menyiapkan tugasan ini.