refleksi tentang penggunaan ict dalam p

Upload: josan85

Post on 13-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ict

TRANSCRIPT

Refleksi tentang Penggunaan ICT dalam P&P

Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap pengajaran pembelajaran menggunakan ICT, banyak perkara yang boleh kita kongsikan bersama.

KEKUATAN1. Proses P&P berada dalam suasana yang menarik dan tidak membosankan khususnya pelajar merasa sangat teruja dengan paparan laman-laman web tertentu.2. Kita sebagai guru pun merasa sangat bersemangat untuk menjalankan proses P&P.3. Penggunaan ICT juga sangat menjimatkan masa dalam penyedian BBM kepada pelajar kerana segalanya boleh kita perolehi di dalam laman-laman web tertentu.4. Penggunaan ICT merupakan kaedah yang paling berkesan dan bersistemKELEMAHAN1. Kadangkala kita tidak dapat melayari internet disebabkan gangguan-gangguan teknikal.2. Perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar boleh mengundang kepada penerokaan laman-laman web yang tidak sepatutnnya sehinggakan kita sebagai guru tidak dapat mengawal pergerakan mereka semasa P&P.3. Terdapat juga sesetengah pelajar yang hilang tumpuan semasa proses P&P disebabkan leka meneroka laman-laman web lain selain yang kita sarankan.4. Makmal komputer yang terdapat di sekolah sangat terhad penggunaannya walaupun saya berada di sekolah berasarama penuh

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

1. Peningkatan kadar perkhidmatan internet di kawasan sekolah oleh pihak pengurusan sekolah.2.Guru hendaklah mengawal tingkah laku pelajar semasa proses P&P dengan memberi amaran dan nasihat yang sewajarnya3. Penggunaan makmal komputer yang terancang oleh pihak penyelia makmal.4. Penggunaan wireless terutamanya di dalam kelas agar memudahkan guru untuk melayari internet5. Guru hendaklah sentiasa peka terhadap tumpuan yang diberikan oleh para pelajar. Lakukan sebarang aktiviti yang lebih memberangsangkan agar pelajar tidak hilang tumpuan.

BATASAN DAN KEKANGAN1. Tingkah laku pelajar yang sukar untuk diduga2. Tiadanya kerjasama yang erat dan padu di antara pihak pentadbir dan para guru.3. Sikap negatif guru itu sendiri terhadap P&P menggunakan ICT.