refleksi swot roszita

7

Click here to load reader

Upload: roszita-tamyiz

Post on 03-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Pada tanggal 20 April 2014, pelajar PPG semester 6 yang terdiri dari opsyen Matematik, Sains dan Prasekolah serta PJK semester 5 telah berganding bahu dan bekerjasama bagi menganjurkan Karnival Permainan Tradisional yang dewasa ini makin dilupakan oleh masyarakat kita. Karnival ini berlangsung di Padang IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Permainan yang telah dipersetujui adalah batu seremban, dam haji, congkak, konda kondi, teng teng dan galah panjang.Sesungguhnya saya banyak belajar sesuatu yang baharu dalam pengurusan dan pengelolaan carnival permainan tradisional ini yang boleh saya bawa ke tempat saya mengajar.

KEKUATAN

Dengan menganjurkan Karnival permainan tradisional ini, terdapat banyak kelebihan yang kami perolehi sepanjang proses perlaksanaannya. Antaranya ialah sepanjang karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur. Permainan yang dijalankan juga adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan sentiasa menunjukkan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara permainan tradisional. Selain itu, karnival permainan tradisional ini juga sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia. Justeru dengan penglibatan semua guru PPG semester 6 dalam karnival ini, ia dapat memupuk semangat kesukanan serta jati diri setiap guru.

Seterusnya melalui perlaksanaan karnival permainan tradisional ini juga dapat memberi gambaran serta pengalaman kepada guru PPG semester 6 mengenai cara bermain, peraturan permainan dan alatan permainan yang digunakan dalam setiap permainan tradisional yang diadakan. Oleh itu, secara tidak langsung karnival ini dapat menyemai sikap menghargai warisan permainan tradisional dengan memastikan permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi masa kini. Karnival permainan yang diadakan ini juga melibatkan semua jenis bangsa iaitu melayu, india, cina, iban dan sebagainya.

Oleh itu, melalui penganjuran karnival permainan tradisional yang telah dilakukan bersama-sama, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru tanpa mengambil kira perbezaan bangsa atau budaya. Malah guru juga didedahkan dengan permainan tradisional bangsa-bangsa lain iaitu guru berbangsa India dan Cina mempelajari permainan tradisional kaum Melayu. Secara keseluruhannya, Karnival Permainan Tradisional ini memberi banyak kelebihan kepada setiap guru dan dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalahgunaan bahan.

Setiap AJK yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat memberi kerjasama yang padu. Setiap unit berganding bahu antara satu sama lain. Masa pelaksanaan carnival adalah mengikut jadual yang dirancang. Kerjasama dan bimbingan dari pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani turut membantu kelancaran carnival. Para pensyarah tidak jemu memberi pandangan , nasihat dan sokongan kepada setiap unit dalam menjalankan tugasan yang diberi. Pendedahan yang saya terima sebagai salah seorang AJK promosi semasa cuba menghebahkan carnival ini kepada masyarakat sekelilng dan warga IPG pastinya memberi pengalaman baharu yang sangat unik untuk saya. Pengalaman semasa mengelolakan carnival ini dapat saya gunakan dalam pengajuran sesuatu program di sekolah saya kelak.

KELEMAHAN

Kelemahan yang paling ketara dalam pengurusan AJK Publisiti , Seranta dan Sumbangan adalah masalah jarak antara kami yang tinggal berjauhan terutama bagi yang tinggal di Johor. Walaupun kami mempunyai kumpulan Whatsapp yang kami bentuk, namun ada segelintir dari kami yang tidak mempunyai internet dalam telefon yang menyebabkan informasi yang diterima agak lambat.

Bagi permainan konda kondi, pihak penganjur telah menyediakan 4 buah gelanggang. Bilangan gelanggang adalah mencukupi namun kedudukan antara satu gelanggang terlalu dekat yang menyebabkan pukulan kayu anak memasuki kawasan gelanggang lain dan ini tentunya mengganggu pertandingan. Kerap kali pemain dari 2 gelnggang ini bertembung antara satu sama lain ketika cuba menyambut anak kayu.

Hakim yang dilantik bagi mengadili setiap pertandingan juga perlu diwakili oleh setiap unit bagi mengelakkan ketidakpuasan hati di kalangan peserta. Keputusan yang lebih telus dan tidak berat sebelah. Mungkin peraturan permainan difahami terlebih dahulu oleh setiap hakim dengan lebih mendalam kerana saya dapati ramai pemain yang tidak membaca peraturan sebelum pertandingan. Soal jawab dengan hakim yang kurang arif telah mengambil masa yang agak panjang.

PELUANG (OPPORTUNITIES)

Peluang yang kami boleh dapatkan ialah ilmu dan pengalaman penganjuran permainan tradisional yang mungkin tidak dimainkan lagi dewasa ini . Kanak-kanak sekarang lebih gemar pada permaianan yang menggunakan gajet berteknologi masa kini seperti PS2, Tab, permainan computer dan sebagainya. Penganjuran acara ini boleh diadakan di sekolah saya. Maka, pengalaman dan ilmu yang ada ini perlu direbut dan dikumpul secukupnya. Penggunaan muzik berkonsep tradisional dan pembesar suara juga boleh digunakan. Apabila terdapat muzik, permainan menjadi lebih menarik dan suasana lebih rancak.

Pemilihan jenis permainan tadisional dari setiap kaum mungkin dapat memberi pengalaman baharu kepada kaum lain. Rakyat Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk mempunyai pelbagai kebudayaan yang berbeza dan pastinya menarik sekali. Sebagai contoh kita boleh cuba permainan Kabaddi dari masyarakat India atau permainan sumpit dari kaum Iban. Kepelbagaian permainan dari kaum-kaum di Malaysia, pastinya akan membuka minda peserta dan mengeratkan hubungan masayarakat yang berbilang kaum.

ANCAMAN (THREAT)

Terdapat ancaman yang boleh mengganggu perjalanan carnival ini. Contoh paling jelas ialah cuaca. Cuaca buruk boleh merencatkan perjalanan karnival. Selain itu, peralatan yang rosak juga boleh menyebabkan permainan yang dianjurkan menjadi tidak selamat. Maka, langkah berjaga-jaga sepatutnya boleh diambil terlebih dahulu seperti menyediakan tapak permainan alternative dan menyemak atau menyelenggara peralatan terlebih dahulu sebelum memulakan karnival.

Kekurangan peruntukan kewangan turut menjadi satu kekangan dalam pelaksanaan karnival ini. Kewangan yang tidak mencukupi sering menimbulkan masalah kepada pihak penganjur dalam merancang dan menguruskan carnival. Guru-guru PPG yang sentiasa sibuk dengan beban tugas disekolah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran dan pengurusan carnival.

Ancaman yang sering timbul dalam sesuatu pertandingan ialah ketidkpuasan hati pemain. Ada sebahagian pemain yang tidak menghormati keputusan hakim. Ada yang membantah keputusan hakim. Malah mereka menimbulkan pertelingkahan kecil yang sedikit sebanyak telah mencacatkan kelancaran pertandingan. Para guru sepatutnya dapat mengawal emosi.

PENAMBAHBAIKAN

Beberapa penambahbaikan yang saya cadangkan dibawah ini mungkin dapat membantu pengelolaan carnival dengan lebih lancar. Seperti yang kita sedia maklum sebilangan besar guru PPG merupakan guru wanita terutama bagi opsyen Prasekolah. Kekurangan guru lelaki menyebabkan ketidakseimbangan jumlah peserta mengikut jantina. Bagi pertandingan Galah panjang dan Konda kondi yang memerlukan ketangkasan, kekuatan fizikal dan taktikal pastinya menjadikan perlawanan berat sebelah. Mungkin dengan pembahagian 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru wanita mewakili setiap unit dapat menyeimbangkan mutu permainan. Ini kerana pungutan mata amatlah jauh sekiranya 4 orang guru wanita melawan 4 orang guru lelaki.

Semasa undian yang menentukan bagi kumpulan dan lawan, adalah lebih baik sekiranya diwakili oleh setiap unit yang bertanding. Undian kumpulan telah ditentukan terlebih dahulu tanpa ada wakil untuk undian dari unit yang bertanding. Dengan adanya wakil setiap unit keputusan undian adalah lebih telus.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, carnival ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program dengan lancar. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu En. Ramle b. Taib yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan carnival permainan tradisional ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berganding bahu untuk carnival permainan tradisional ini. Karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan rakan-rakan lain terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang melibatkan penglibatan ramai peserta.Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi.

2

ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)