swot big 5&6

26
ANALISIS SWOT (PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK GURU CEMERLANG) KEKUATAN Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang telah mendapat kebenaran dan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah iaitu SK Air Merah. Walaupun guru cemerlang yang dipilih bukanlah di kalangan guru sekolah tersebut,namun pihak sekolah dengan rela hati menerima kedatangan kami untuk menjalankan program BIG Fasa 6 ini iaitu PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK GURU CEMERLANG .Kerjasama daripada rakan-rakan guru juga dilihat sebagai kekuatan dalam menjayakan aktiviti ini. Walaupun semua rakan berbeza sekolah, namun dapat juga menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Selain itu, guru cemerlang yang dijemput iaitu Pn.Hjh Masyany Binti Hj Musa yang merupakan Pegawai SIC plus dari PPD Seberang Perai Selatan amat memahami dan berusaha meluangkan masa untuk membantu menjayakan program. Dalam program ini, kami dapat melahirkan unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan yang kelihatan dalam setiap slot iaitu ceramah dan juga bengkel yang dianjurkan.. Beliau juga berbesar hati berkongsi dan memberi idea -idea yang bernas kepada kami. Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal hingga akhir program. Mereka menyediakan bilik yang dilengkapi

Upload: angah-lina

Post on 13-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: SWOT BIG 5&6

ANALISIS SWOT

(PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK GURU CEMERLANG)

KEKUATAN

Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang telah mendapat

kebenaran dan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah iaitu SK Air Merah.

Walaupun guru cemerlang yang dipilih bukanlah di kalangan guru sekolah

tersebut,namun pihak sekolah dengan rela hati menerima kedatangan kami untuk

menjalankan program BIG Fasa 6 ini iaitu PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN

TERBAIK GURU CEMERLANG .Kerjasama daripada rakan-rakan guru juga dilihat

sebagai kekuatan dalam menjayakan aktiviti ini. Walaupun semua rakan berbeza

sekolah, namun dapat juga menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Selain

itu, guru cemerlang yang dijemput iaitu Pn.Hjh Masyany Binti Hj Musa yang

merupakan Pegawai SIC plus dari PPD Seberang Perai Selatan amat memahami

dan berusaha meluangkan masa untuk membantu menjayakan program.

Dalam program ini, kami dapat melahirkan unsur-unsur seperti kerjasama,

tolong menolong dan juga keikhlasan yang kelihatan dalam setiap slot iaitu ceramah

dan juga bengkel yang dianjurkan.. Beliau juga berbesar hati berkongsi dan memberi

idea -idea yang bernas kepada kami. Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga

memberikan sepenuh kerjasama dari awal hingga akhir program. Mereka

menyediakan bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin walau bilik tersebut

masih dalam proses penyelenggaraan,namun dengan kemudahan itu kami dapat

menjayakan aktiviti tersebut. Selain itu, pihak kantin sekolah juga memberikan

kerjasama yang baik dalam penyediaan makan dan minum kami walau kami telah

menyediakan sarapan sendiri. Program ini dikendalikan dengan pendekatan

bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental,

intelektual dan fizikal. Maka, semua guru akan lebih mengetahui kelemahan dan

kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Guru

memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap percambahan serta

perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah. Maka, program perkongsian amalan

terbaik guru cemerlang ini merupakan suatu program susulan untuk meneruskan

Page 2: SWOT BIG 5&6

kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru

PPG untuk berjaya dalam profesion keguruan.

Selain itu, pengalaman sedia ada guru juga membantu dalam melaksanakan

program ini dengan jayanya. Contohnya selain daripada input-input yang diberikan

oleh penceramah, rakan-rakan PPG juga turut berkongsi idea masing-masing. Kami

juga amat bertuah kerana terdapat rakan PPG yang terdiri daripada penolong kanan

di sekolah yang sentiasa berhubung dengan pihak PPD.. Beliau yang menguruskan

dan menjemput guru cemerlang tersebut untuk menjayakan program ini.

Kami juga mempunyai kekuatan dari segi sumber kewangan dalam

menjayakan program ini. Semua peserta turut menyumbangkan sejumlah wang

seperti yang telah dipersetujui. Wang yang mencukupi telah dapat digunakan untuk

menampung keperluan bagi program ini seperti bayaran penceramah, cenderahati

kepada sekolah dan perbelanjaan makan dan minum pada hari tersebut. Secara

ringkasnya, program perkongsian amalan terbaik guru cemerlang ini mempunyai

beberapa kekuatan. Program ini mendidik sikap kerjasama antara raka-rakan PPG.

Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang

membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh,

dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan MTE C, kami telah berjaya

merancang dan melaksanakan program dengan baik sekali. Setiap ahli memahami

dan melaksanakan tugasan masing-masing.

KELEMAHAN

Setiap program yang dijalankan pasti terdapat juga kelemahan. Antaranya

tempat yang dipilih iaitu SK Air Merah telah menyebabkan beberapa orang rakan

telah tersilap jalan. Ada yang menyangka sekolah tersebut terletak di Seberang

Perai Tengah dan ada juga yang tersesat kerana lokasi sekolah tersebut. Oleh

sebab itu, ada rakan yang tiba sedikit lewat kerana masalah tersebut.

Page 3: SWOT BIG 5&6

Seterusnya adalah kekangan masa. Kekangan masa dan komitmen tugas

memerlukan pengorbanan dari semua peserta. Sebagai contoh, ada guru yang

terlibat dengan LDP dan mesyuarat pada hari tersebut. Namun hasil perbincangan

dan tolak ansur dari pihak pentadbiran sekolah, guru tersebut dapat juga

menghadirkan diri. Memandangkan tarikh yang dipilih merupakan cuti akhir tahun,

semua guru berkorban menangguhkan dahulu waktu bercuti bersama keluarga demi

menjayakan program ini.

Program ini juga, dirancang dalam tempoh yang agak singkat

memandangkan semua peserta terlalu sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang

banyak bagi semester yang akan datang. Berdasarkan kelemahan ini, kami

merasakan pengurusan masa kami perlu diperbaiki.

Kelemahan seterusnya ialah suasana di dalam Bilik Mesyuarat yang dalam proses

penyelenggaraan di mana tiada kemudahan skrin putih. Slaid hanya dipancarkan

oleh LCD ke dinding . Ini menyebabkan slaid yang ditayangkan oleh penceramah

kurang jelas untuk dilihat oleh kami. Memandangkan program ini berlangsung

sehingga petang, ramai peserta kelihatan agak letih dan mereka kurang memberi

tumpuan semasa sesi bengkel. Ada yang kelihatan sudah mengantuk.

PELUANG

Hubungan yang baik antara guru dengan pentadbir merupakan satu peluang

bagi kami menjayakan program ini. Contohnya, hubungan baik salah seorang ahli

kami dengan pihak Sekolah SK Air Merah telah membolehkan kami menjalankan

program ini di sekolah tersebut. Selain itu, hubungan baik peserta dengan sekolah

masing-masing telah membolehkan mereka mendapat pelepasan walaupun pada

hari yang sama pihak sekolah mengadakan LDP.

Sifat keprihatinan dan kejujuran pihak pentadbir SK Air Merah amatlah

dihargai. Walaupun di kalangan kami, tiada yang berkhidmat di sekolah tersebut,

Guru

Page 4: SWOT BIG 5&6

Besarnya berbesar hati membenarkan kami menggunakan bilik mesyuarat mereka

bagi menjayakan program ini. Kami juga turut menggunakan perkhidmatan kantin

sekolah tersebut bagi menyediakan makan dan minum kami sepanjang program

berlangsung.

Sokongan moral dan kewangan dari semua peserta juga merupakan peluang

yang baik. Tiada masalah yang timbul mengenai kewangan. Semua peserta

bersedia memberi sumbangan. Sokongan moral antara satu sama lain merupakan

nadi kejayaan program yang dianjurkan.

Memandangkan semua peserta sudah berpengalaman dan sudah biasa

menganjurkan program di sekolah masing-masing, ini merupakan satu peluang bagi

kami. Masing-masing sudah faham dengan tugas masing-masing. Sebelum, semasa

dan selepas program program berlangsung, semuanya dapat melaksanakan tugas

dengan baik.

ANCAMAN

Terdapat beberapa ancaman dalam melaksanakan program Perkongsian

Amalan Terbaik Guru Cemerlang. Antaranya, walaupun perancangan telah lama

dibuat kami menghadapi masalah dalam menentukan tarikh dan tempat yang

sesuai. Ini berlaku kerana kami perlu mengambil kira kesesuaian masa dan tempat

supaya semua ahli MTE C dapat turut serta.

Seterusnya adalah faktor bertindih tugas. Contohnya pada hari yang sama

terdapat program lain di sekolah yang memerlukan kehadiran guru tersebut. Selain

itu, program ini juga tidak dapat dilaksanakan pada hari persekolahan kerana tidak

mendapat pelepasan dari pentadbir sekolah.

Program dijalankan pada waktu cuti sekolah supaya tidak mengganggu waktu

untuk peserta bersama keluarga. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan

oleh peserta. Selain itu waktu yang panjang (hingga sesi perbengkelan)

menyebabkan peserta keletihan dan hilang tumpuan.

Page 5: SWOT BIG 5&6

ANALISIS SWOT

(PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)

Kekuatan :

1. Tenaga pengajar yang berpengalaman

Sekolah Kebangsaan Air Merah mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman

dalam membantu murid-murid menguasai tahap kemahiran yang dipelajari. Antara

tenaga pengajar yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Guru Cemerlang Bahasa

Inggeris. Guru ini mempunyai kepakaran dalam bidang beliau.

2. Peningkatan akedemik 100%

Sekolah ini mempunyai peningkatan akademik yang tinggi pada tahun 2013 iaitu

UPSR 100%. Ini merupakan usaha yang di buat melalui aktiviti kelas intensif yang

bermula seawal 7.15 pagi dimana sesi persekolahan belum bermula. Daripada

usaha ini GPS 1.78 adalah pada keputusan yang cemerlang pada tahun tersebut.

3. Komitmen pihak luar

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) memberi kerjasama dalam setiap program yang

dijalankan. Terdapat juga antaranya ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam

bidang masing-masing memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

4. Sikap kerjasama dari rakan-rakan PPG

Rakan-rakan guru dari Program Pensisiwazahan Guru dapat menghadirkan diri pada

waktu program ini dijalankan merupakan satu komitmen yang tinggi kerana rakan-

rakan PPG mempunyai komitmen yang tinggi di sekolah masing-masing. Walaupun

peserta PPG tinggal berjauhan dengan SK Air Merah,namun ianya bukan alasan

untuk datang lewat.

Page 6: SWOT BIG 5&6

5. Banyak kejayaan yang diperolehi

SK Air merah telah menempah banyak kejayaan untuk mendapat gelaran

sekolah berprestasi tinggi.Kejayaan yang diperolehi adalah dari semua sudut iaitu

dari segi kurikulum mahupun ko kurikulum.

Kelemahan

1. Lokasi lawatan yang jauh

Sekolah Kebangsaan Air Merah berada di kawasan yang agak jauh dan majoriti

tempat bertugas adalah berbeza. Ini agak sukar bagi kami mencari lokasi sekolah

tersebut. Malah ada peserta yang sesat.namun dengan bantuan rakan-rakan

akhirnya semua sampai pada masa yang dirancang.

2. Kriteria bagi Lawatan Penanda Aras.

Bagi mengadakan lawatan ini, kami perlu mengkaji kriteria sekolah yang hendak

dipilih sama ada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Seperti yang sedia maklum

sekolah dalam ketegori ini tidak banyak di negeri Kedah. Kebanyakkan sekolah ini

berada di kawasan yang agak jauh dari tempat kami bertugas. Oleh itu agak sukar

memilih sekolah yang berhampiran dengan kawasan.

3. Jadual yang padat

Sekolah berprestasi tinggi kebiasaannya mempunyai jadual tugas yang padat. Ini

kerana program yang di rancang harus dilaksanakan mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Begitu juga dengan program lawatan ini, kami perlu membuat

perancangan dengan teliti bagi menetapkan tarikh yang sesuai dan tidak

mengganggu program sekolah tersebut. Ini kerana kami perlu menunda kepada

Page 7: SWOT BIG 5&6

tarikh yang lain sebanyak dua kali. Ini disebabkan masa yang padat bagi sekolah SK

Air Merah dengan program yang telah di atur.

Peluang

1. Mengetahui prosedur sekolah berprestasi tinggi

Lawatan penanda aras yang dilaksanakan oleh kami, secara tak langsung

mendedahkan kepada kami kriteria-kriteria yang perlu diambil oleh guru apabila

sesebuah sekolah dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Ini memudahkan

kami membuat persediaan apabila sekolah kami dicalonkan sebagai sekolah

berprestasi tinggi kelak.

2. Mendapat maklumat mengenai program yang dianjurkan oleh SK Air Merah.

Apabila kami melaksanakan lawatan penanda aras, maka kami dapat

maklumat dan pengalaman mengenai program yang dianjurkan oleh SK Air Merah.

Antara program yang dianjurkan oleh SK Air Merah ialah program peningkatan

akademik UPSR, program pusat sumber sekolah, program peningkatan sahsiah,

program peningkatan kokurikulum, program inovasi dan bermacam-macam lagi.

3. Kecekapan pentabdiran

SK Air Merah mempunyai pentadbiran yang cekap dan dibantu dengan guru-

guru, staf sokongan dan pekerja bagi mendapat anugerah sekolah berprestasi tinggi.

Kecekapan ini merupakan satu peluang yang baik kepada SK Air Merah untuk

menjadi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum

.

4. Kerjasama dengan pihak sekolah

Semasa lawatan penanda aras yang dilaksanakan oleh kami ini telah

mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah ini. Ini kerana

semasa kami mengadakan lawatan penolong kanan telah menunggu untuk

menyambut ketibaan kami. Selepas itu, diadakan sesi perjumpaan dengan guru

Page 8: SWOT BIG 5&6

besar. Kami berasa berbesar hati kerana pihak sekolah sanggup meluang masa

mereka untuk program yang kami jalankan.

5. Kerjasama yang baik dengan guru-guru PPG

Untuk melaksanakan lawatan penanda aras, kami telah bergerak dalam satu

kumpulan iaitu MTE C. Oleh itu, kami telah mengagihkan tugasan sama rata antara

ahli-ahli kami. Tanpa kerjasama dan komitmen antara ahli kumpulan menyukarkan

kami untuk melaksanakan lawatan penanda aras ini.

Page 9: SWOT BIG 5&6

Ancaman

1. Masa pelaksanaan lawatan penanda aras.

Masa lawatan penanda aras terpaksa kami laksanakan pada waktu cuti

sekolah kerana disebabkan kesukaran kami untuk meninggalkan sekolah pada

waktu persekolahan. Ini merupakan satu ancaman kepada kami semasa

melaksanakan lawatan penanda aras ini.

2. Kesukaran melihat bilik-bilik khas

Oleh kerana lawatan penanda aras ini dilaksanakan pada waktu cuti sekolah,

maka menjadi kesukaran kepada kami untuk melihat bilik-bilik khas kerana pada

masa tersebut semua guru telah bercuti. Selain itu pada masa lawatan kami,banyak

bilik khas dalam proses penyelenggaraan.

.

3. Tidak berpeluang bertemu dengan guru SK Air Merah sepenuhnya

Ancaman yang dihadapi ialah kami tidak berpeluang untuk menemuramah

guru-guru SK Air Merah kerana semasa kami tiba kebanyakan guru telah bercuti.

Oleh itu ini merupakan satu ancaman untuk kami mendapat maklumat melalui guru-

guru sekolah ini.

Page 10: SWOT BIG 5&6

Minit Mesyuarat

Lawatan Penanda Aras dan Guru Cemerlang BIG Fasa 5 dan 6

Tarikh : 19 Okt 2013 ( Ahad )

Masa : 2.00 petang – 3.00 petang

Tempat : Bilik Kuliah IPG Kampus Pulau Pinang

Kehadiran : 22 orang guru (PPG-MTEC)

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa.

Tindakan :

Makluman

2. Perkara – perkara yang dibincangkan

2.1 Tarikh lawatan telah ditetapkan pada 24 Disember 2014

2.2 Bengkel ini melibatkan guru-guru PPG Ambilan Jun 2011 seramai 22

orang

Page 11: SWOT BIG 5&6

guru.

2.3 Masa yang ditetapkan adalah bermula pada pukul 2:30 ptg – 5:30 ptg

selama 3 jam.

Tindakan : Semua Ahli

Jawatankuasa

3. Hal – hal lain

3.1 Para guru harus bekerjasama berkumpul maklumat untuk mengadakan

bengkel pada perjumpaan akan datang.

4. Penutup

4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kehadiran setiap ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________ _____________________

( Roslina Hasan) ( Mohd.Aswad b.Mohd.Saad )

Setiausaha Pengerusi

Page 12: SWOT BIG 5&6

1

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS

SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

LAPORAN SEBELUM

1. Makluman BIG Fasa 5 kepada guru besar.

2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Fasa 5.

3. Perbincangan, mesyuarat dan permuafakataan dalam mengenal pasti beberapa

perkara penting sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.

4. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

5. Menyediakan kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak

sekolah untuk tujuan kelulusan.

6. Memilih dan menentukan lokasi dan tempat aktiviti

7. Merancang pengisian aktiviti semasa program

8. Merancang perbelanjaan.

9. Mengedarkan surat kepada semua guru yang terlibat untuk mendapat persetujuan

dan keizinan daripada Guru Besar sekolah masing-masing.

Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2014, semua pelajar PPG Semester 7- ambilan Jun

2011, telah diberi taklimat bagi menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) oleh

Jabatan Gerko IPG Kampus Pulau Pinang. Program BIG ini adalah Peringkat 4,

Fasa 5 dan Fasa 6. Bagi Fasa 5, ia adalah berkaitan dengan Lawatan Penanda Aras

dan Fasa 6 adalah berkaitan dengan Guru Cemerlang. Pelajar-pelajar telah

Page 13: SWOT BIG 5&6

diberikan panduan tugasan bagi menjayakan program tersebut dan dikehendaki

menghantar laporan kepada pensyarah masing-masing sebelum 31 March 2015.

Setelah mendapat maklumat daripada Jabatan Gerko IPG Kampus Pulau Pinang,

saya dan rakan-rakan telah memberitahu perancangan dan jadual pelaksanaan BIG

Fasa 5 kepada guru besar sekolah masing-masing. Satu Mesyuarat Perancangan

Pelaksanaan BIG Peringkat 2

Page 14: SWOT BIG 5&6

4 telah diadakan di Blok Akademik Bilik G3, IPG Kampus Pulau Pinang. Dalam

mesyuarat tersebut, kami telah sepakat memilih dan menubuh jawatankuasa kerja

supaya semua pelajar mengambil bahagian dan mengetahui peranan dan tugasan

masing-masing bagi memastikan program ini berjalan lancar. Di samping itu, kami

juga turut merancang pengisian aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan

tersebut dijalankan. Segala perbelanjaan diambilkira dan dimasukkan dalam

perancangan kewangan. Ini termasuklah peralatan, makan minum dan cenderahati

kepada pihak sekolah.

Kami sepakat untuk mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Jawi kerana ia

merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (Kluster). Oleh yang demikian, satu

kertas kerja telah disediakan dan dikemukan kepada pihak Sekolah Kebangsaan

Jawi. Bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah, kami telah

menelefon dan bertanya akan kebenaran dan kelulusan bagi lawatan tersebut.

Selepas mendapat kelulusan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Jawi, semua

pelajar yang terlibat dalam program ini telah memaklumkan kepada guru besar

masing-masing untuk memberitahu tempat dan program BIG Fasa 5 ini yang akan

kami jalankan.

Semua pelajar PPG yang terlibat sentiasa bekerjasama membuat perbincangan

melalui telefon bimbit, e-mel, “facebook” dan “Whatapps” dari semasa ke semasa

untuk menjayakan Program Lawatan Penanda Aras ini. Kami seringkali berhubung

di antara satu sama lain bagi memastikan perjalanan program ini berjalan seperti

yang dirancangkan. 3

Page 15: SWOT BIG 5&6

LAPORAN SEMASA

Seperti yang telah dirancang, pada hari Isnin, 5 November 2014, kumpulan kami dari

PPG IPG Kampus Pulau Pinang, kumpulan MTE-B Ambilan Jun 2011 seramai 22

orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 bersama guru-guru dan

pentadbir SK.Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Tepat pukul 2.00 petang, semua peserta telah mendaftarkan diri di Sekolah

Kebangsaan Jawi. Peserta berkumpul di Bilik Mesyuarat SK Jawi untuk diberi sedikit

maklumat tentang pengurusan sekolah. Pengerusi majlis telah mengucapkan jutaan

terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada peserta

PPG untuk mengadakan Program di SK Jawi. Ucapan terima kasih juga dikalungkan

kepada peserta PPG yang telah berusaha untuk datang tepat pada waktu yang telah

ditetapkan. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh pengerusi program iaitu Pn. Noraini

bt Asri. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas daripada Pn. Zubaidah binti Jaafar

selaku Guru Besar SK Jawi. Beliau telah mengalukan kedatangan kami serta

berharap semoga ia menjadi satu program yang dapat memberi manfaat kepada

semua pihak.

Seterusnya kami telah diberi taklimat berkenaan pengurusan sekolah yang

membawa kepada penganugerahan Sekolah Kluster yang disampaikan oleh En.

Mohamed Jamal bin Kamithi.Sesungguhnya untuk mencapai kejayaan sebegitu

rupa, prestasi sekolah mestilah seimbang dari segi sistem pengurusan, kurikulum

dan juga kokurikulum.Kami juga telah diberi penerangan dan dipamerkan dengan

slaid-slaid tentang kejayaan–kejayaan SK Jawi dari segi kurikulum dan juga

kokurikulukm. Kami juga telah diperkenalkan dengan kebitaraan SK Jawi iaitu Kelab

Hijau dan juga Kelab Doktor Muda. Kebitaraan ini juga merupakan salah satu

pendorong utama bagi kejayaan SK Jawi.

Disamping itu, Sekolah Kebangsaan Jawi telah menjalankan beberapa program

untuk meningkatkan pencapaian sekolah mengikut bidang-bidang yang tertentu.

Contohnya Program Peningkatan Akademik (UPSR) yang lebih memfokuskan

kepada kurikulum. Antara program-program dalam bahagian itu ialah Program Pagi,

Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Program Kami Prihatin dan juga Kelas

Tambahan. Bagi Program Peningkatan Sahsiah (HEM) pula, program yang

dijalankan ialah Program 3K, Sudut Informasi di Kantin, Laluan Putih 4

Page 16: SWOT BIG 5&6

Kuning, Program Sisa Sifar dan Latihan Kawad Kecemasan. Manakala Program

Peningkatan Kokurikulum pula termasuklah Klinik Bola Sepak, Bola Baling, Bola

Jaring dan Sofbol, Perkhemahan Unit Beruniform, Hari Anugerah Kecemerlangan

Kokurikulum, Larian Mesra 10 000 Langkah serta Program motivasi murid. Melalui

program-program yang dirancang dan dilaksanakan itu, kemenjadian murid menjadi

lebih berkesan. Justeru itu, wajarlah sekolah tersebut mendapat pengiktirafan

daripada pihak KPM.

Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian dalam penganugerahan untuk sekolah

ialah semua maklumat tiga tahun yang lepas mestilah disimpan dengan penuh

sistematik. Ini adalah salah satu kriteria pemilihan yang perlu diikuti, contohnya sijil-

sijil pencapaian murid mestilah buat salinan dan disahkan salinan sebenar dan

disimpan oleh pihak sekolah. SK Jawi juga telah menyimpan semua gambar

berkenaan kejayaan mereka dalam sebuah komputer khas yang telah ditempatkan

di dalam sebuah bilik yang khas.

Keistimewaan SK Jawi yang lain ialah menerima beberapa anugerah inovasi

antaranya ialah Inovasi Bunga Teja, Inovasi membuat sabun dan digunakan oleh

semua warga sekolah dan dijadikan sebagai bahan cenderamata kepada para

pengunjung atau tetamu. SK Jawi juga telah mengadakan Program Jaringan Jalinan

Antarabangsa yang telah mengundang tetamu dari luar negara contohnya pelajar

dan tetamu dari Negara Thailand.

Kami telah dibawa melawat ke semua bilik khas yang terdapat di SK Jawi.

Berdasarkan pemerhatian yang kami buat sememangnya persekitaran SK Jawi amat

ceria dan kondusif serta amat sesuai untuk semua murid. Setiap sudut-sudut penuh

dengan maklumat untuk bacaan dan renungan murid. Banyak panduan yang dapat

kami ambil daripada taklimat dan lawatan ke bilik-bilik tersebut.

Segala maklumat yang telah kami perolehi amat berguna serta berinovasi untuk

kami jadikan pedoman dan merealisasikan hasrat Visi dan Misi Kementerian

Pelajaran Malaysia iaitu Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Manakala Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk

membangunkan Potensi Individu bagi memenuhi Aspirasi Negara. 5

Page 17: SWOT BIG 5&6

LAPORAN SELEPAS

1. Membuat refleksi / laporan pelaksanaan BIG PPG

2. Menyediakan dokumentasi audio / video untuk tujuan pelaporan dan penilaian

3. Menyiapkan portfolio

4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG

5. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik.

6. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program

BIG PPG.

7. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti pelaksanaan BIG dihantar kepada

pensyarah berkenaan di IPG masing-masing.

Selepas program dijalankan, saya dan rakan-rakan PPG telah mengadakan

mesyuarat post mortem untuk membuat penambahbaikan program BIG Fasa 5 yang

telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah berbincang dan

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang dijalankan.

Bagi memenuhi kehendak IPG, kami telah menyiapkan laporan dan penilaian kendiri

mengenai program yang telah dijalankan. Kami juga telah menghasilkan sekeping

CD atau DVD yang mengandungi gambar dan video berpandukan perisian “ Movie

Maker ”. Selepas itu, setiap pelajar PPG mendapatkan borang penilaian daripada

guru besar sekolah masing-masing.Selepas semua laporan, DVD dan borang

penilaian berkaitan dengan BIG Peringkat 4 ini siap semuanya, kami pun

menghantar tugasan dalam bentuk portfolio kepada pensyarah di Unit Kokurikulum

IPG Kampus Pulau Pinang untuk disemak dan dibuat penilaian.

Page 18: SWOT BIG 5&6

1

Laporan Perkongsian Amalan Terbaik

Guru Cemerlang Matematik Sebelum

Pemberitahuan perancangan dan jadual

pelaksanaan BIG Fasa 6 kepada Guru

Besar sekolah masing-masing.

Mengadakan mesyuarat di Blok

Akademik Bilik G3, Institut Pendidikan

Perguruan Kampus Pulau Pinang untuk

membincangkan Program Perkongsian

Amalan Terbaik Guru Cemerlang Matematik

yang akan dijalankan.

Pengagihan jawatan dan tugas

dijalankan supaya semua guru (22 orang)

dapat melaksanakan tugas masing-masing

dengan penuh tanggungjawab.

Tetapkan tarikh, masa, tempat program

dan sasaran guru cemerlang dalam aktiviti

yang dirancang.

Menaip surat dan kertas kerja untuk

Page 19: SWOT BIG 5&6

mendapat kelulusan dan pengesahan

daripada Guru Besar SK Titi Teras.

Menaip surat permohonan untuk

mendapat kelulusan daripada Guru Besar

SK Bandar Tasek Mutiara supaya

menjemput guru cemerlang Encik Khairul

Anuar Bin Hamzah memberikan

perkongsian ilmu dan kemahiran dalam

subjek matematik.

Mengedarkan surat kepada semua guru

yang terlibat untuk mendapat persetujuan

dan keizinan daripada Guru Besar sekolah

masing-masing.

Menghantar surat kepada pensyarah

untuk memaklumkan tarikh, masa dan

tempat yang akan menjalankan Program

Perkongsian Amalan Terbaik Guru

Cemerlang Matematik.

Menyediakan peralatan seperti projektor

LCD, komputer riba, kamera digital, alat tulis

dan bahan-bahan yang diperlukan.

Semua guru bekerjasama membuat

perbincangan melalui telefon bimbit, e-mel,

“facebook” dan “Whatapps” dari semasa ke

semasa untuk menjayakan Program

Perkongsian Amalan Terbaik Guru

Cemerlang Matematik