refleksi shera - etika meja makan

3
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) ETIKA MEJA MAKAN PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013 NAMA: NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZI KAD PENGENALAN: 930202-02-5320 Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan PISMP Pendidikan Khas dan Bahasa Inggeris Semester Tiga telah berjaya mengadakan Seminar Etika Meja Makan yang bertempat di Dewan Srikandi IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk melatih dan mendedahkan kepada siswi guru mengenai adab dan etika makan semasa menghadiri majlis rasmi. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan usaha ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan

Upload: fazarul-ernieza

Post on 05-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

G

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) ETIKA MEJA MAKAN

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) ETIKA MEJA MAKAN

PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013

NAMA: NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZIKAD PENGENALAN: 930202-02-5320

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan PISMP Pendidikan Khas dan Bahasa Inggeris Semester Tiga telah berjaya mengadakan Seminar Etika Meja Makan yang bertempat di Dewan Srikandi IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk melatih dan mendedahkan kepada siswi guru mengenai adab dan etika makan semasa menghadiri majlis rasmi. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan usaha ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri.

Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan siswi guru dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan mereka. Saya bersyukur kerana kami dapat melaksanakan semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan.

Sepanjang seminar ini berlangsung, banyak ilmu berguna yang telah saya perolehi dan pastinya dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Antaranya adalah Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui asas etika di meja makan.

2. Penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak dalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan. Kutleri bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi tertentu. Kutleri bagi sajian Cina ataupun Melayu adalah berbeza. Ianya bergantung terhadap pihak penganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam suatu majlis jamuan rasmi.

3. Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting. Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri sekiranya sajian makanan Melayu dihidangkan. Memegang pisau disebelah kanan dan garpu disebelah kiri untuk sajian makanan Barat. Chopstick di sebelah kanan untuk sajian makanan Cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang yang kidal.

4. Mengetahui gelas minuman yang betul juga boleh menyelamatkan keadaan. Gelas minuman kita adalah di sebelah kanan kita. Jangan sampai tersalah gelas, kerana akan menyebabkan salah seorang daripada tetamu yang duduk semeja bersama tidak dapat minum.

Kesimpulannya, seminar ini telah berjaya memberi ilmu tambahan kepada siswi guru di samping memupuk nilai-nilai murni sepanjang mengendalikan seminar ini.

Disediakan oleh,

................................................

(NOOR SHAHIRA BINTI MOHD ROZI)