refleksi sebelum memulakan tugasan

11
Refleksi sebelum memulakan tugasan Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Teknologi Masakan saya. Saya Mohd Aidil B Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak member galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah seperti tidak paham kehendak soalan, tidak tahu mengenai masakan dan kurang pengalaman dalam memasak.Saya tetap mencuba walupun tidak tahu apa-apa tentang masakan. Pada mulanya Cik Aliza telah membahagikan kepada beberapa unit dalam kelas masakan. Saya telah berpasangan dengan Nor Afifah di dalam unit 8. Dia banyak membantu saya dalam masakan dan mengajar saya memotong bahan. Kelas teori yang saya hadiri telah saya gunakan sepenuhnya untuk bertanya mengenai tugasan masakan yang akan diberikan kelak. Beberapa kawan sekelas saya juga ada yang bertanya mengenai ujian amali masakan dan ujian teori masakan. Saya berasa gelisah kerana saya tidak tahu bentuk soalan yang akan ditanya dalam masakan nanti. Ujian amali membawa markah yang banyak berbanding ujian teori. Semasa ujian amali pula ujian akan dilakukan secara individu dalam masa 2 jam sahaja. Walaupun saya tidak yakin pada mulanya, namun saya berharap akan dapat melakukannya kerana saya mendapat bimbingan yang penuh daripada pensyarah saya iaitu Cik Aliza Bte Azhar.

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 16-Jan-2015

3.965 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Refleksi sebelum memulakan tugasan

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Teknologi Masakan

saya. Saya Mohd Aidil B Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah

Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu

bapa saya tidak member galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah seperti tidak

paham kehendak soalan, tidak tahu mengenai masakan dan kurang pengalaman dalam

memasak.Saya tetap mencuba walupun tidak tahu apa-apa tentang masakan. Pada mulanya Cik

Aliza telah membahagikan kepada beberapa unit dalam kelas masakan. Saya telah berpasangan

dengan Nor Afifah di dalam unit 8. Dia banyak membantu saya dalam masakan dan mengajar

saya memotong bahan.

Kelas teori yang saya hadiri telah saya gunakan sepenuhnya untuk bertanya mengenai

tugasan masakan yang akan diberikan kelak. Beberapa kawan sekelas saya juga ada yang

bertanya mengenai ujian amali masakan dan ujian teori masakan. Saya berasa gelisah kerana

saya tidak tahu bentuk soalan yang akan ditanya dalam masakan nanti. Ujian amali membawa

markah yang banyak berbanding ujian teori. Semasa ujian amali pula ujian akan dilakukan

secara individu dalam masa 2 jam sahaja.

Walaupun saya tidak yakin pada mulanya, namun saya berharap akan dapat

melakukannya kerana saya mendapat bimbingan yang penuh daripada pensyarah saya iaitu Cik

Aliza Bte Azhar.

Page 2: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Refleksi selepas menyelesaikan tugasan

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Teknologi Masakan

saya. Saya Mohd Aidil B Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah

Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu

bapa saya tidak member galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa

saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya

menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga

beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah

untuk mengenal pasti bahan makanan kering dan basah. Saya keliru antara bahan makanan ini

tetapi setelah di terangkan oleh Cik Aliza, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-

duanya.

Saya juga menghadapi masalah untuk menyiapkan borang sidang merancang kerana

tidak pernah mengisi borang itu. Tambahan pula saya terpaksa pergi ke pasar dan mencari

dalam internet harga bahan-bahan makan kering dan basah. Terdapat banyak pengiraan untuk

mendapatkan kos sesuatu masakan yang di buat. Resepi yang telah di berikan oleh Cik Aliza

telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam borang sidang merancang.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan

pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Borang A hingga E telah berjaya saya

siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Masakan yang diberikan telah berjaya saya siapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk

menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Cik Aliza Bte Azhar.

Page 3: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Perkara

1. Konsep dan definasi

Kumpulan makanan

Sumber makanan

Fungsi makanan

2. Bahan makanan

Bahan makanankering

Konsep

Contoh

Pilihan makanan kering yang baik

Penyimpanan bahan makanan kering

3. Bahan makanan

Bahan makanan basah

Konsep

Contoh

Pilihan makanan yang baik

Penyimpanan bahan makanan basah

4. Kaedah memasak

Haba lembap

Konsep

Contoh

5. Kaedah memasak

o Haba kering

Konsep

contoh

6. pemakanan

Page 4: Refleksi sebelum memulakan tugasan

konsep dan definasi

nutrien

definasi

kumpulan nutrien

sumber nutrien

fungsi nutrien mengikut jenis nutrien

kesan lebihan nutrien dan kekurangan nutrien

7. diet seimbang

konsep/definasi

faktor yang mempengaruhi keperluan diet

piramid makanan

8. pengurusan sajian

pilihan sajian

jenis sajian/tatasajian

merancang sajian ( borang A )

mereka cipta resepi

membuat rancangan kerja ( borang B hingga E )

mereka cipta kad menu

Page 5: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

Teknologi Rumah Tangga

KERJA KURSUS PENDEK

( Pengurusan Makanan)

PPISMP AMBILAN JULAI 2008 RBT/BI/BM

Nama : Mohd Aidil Bin Othman

Angka Giliran : 901224-01-6035

No. Kad Pengenalan : 901224-01-6035

Opsyen : Rbt/bi/bm k-2

Nama Pensyarah Pembimbing : Cik Aliza Bte Azhar

Tarikh Hantar :2.2.2009

Tatasajian India

Page 6: Refleksi sebelum memulakan tugasan

1. Tatasajian india merujuk kepada budaya bangsa india, menghidang makanan

serta cara mengatur peranggu meja

2. Masakan india akan lebih sedap jika dimakan dengan menggunakan tangan

3. Contoh roti nan, roti canai, chapatti dan puri

4. Hidangan utama berbeza mengikut daerah dan tempat

5. Utara india makan terdiri daripada roti manakala selatan india makan nasi

6. Kebanyakan orang india amalkan vegetarian

7. Ada yang makan daging ayam dan daging kambing tetapi tidak memakan daging

lembu

8. Tatasajian india menggunakan daun pisang atau pinggan keluli kalis karat untuk

menyajikan makanan

9. Pelanggan akan makan dengan menggunakan tangan oleh itu bekas basuh

tangan atau kendi hendaklah disediakan

10.Pada masa kini, orang india mula menggunakan peralatan jenis tembikar dan

plastic

Tatacara menyusun peranggu meja

Page 7: Refleksi sebelum memulakan tugasan

1. Letakkan daun pisang atau pinggan keluli di tengah kawasan peranggu meja

2. Gelas diletakkan di sebelah kiri pinggan atau daun pisang

3. Peramusaji akan menghidangkan nasi di atas daun pisang atau pinggan keluli

dan diikuti dengan lauk pauk di sekelilingnya

4. Lauk tambahan di isi dalam mangkuk berkait3 atau 4 dinamakan kuttu chetty

5. Kuah pula akan di curahkan ke atas nasi

6. Pelanggan boleh meminta lauk pauk dan nasi tambahan

7. Bekas yang berisi beberapa jenis jeruk diletakkan di tengah meja untuk tetamu

8. Hidangan pemanis mulut juga disediakan tetapi disajikan di dalam bekas jenis

kaca atau jenis yang kalis karat tetapi tidak menggunakan daun pisang

9. Minuman yang biasa disajikan ialah susu lembu asli atau susu masam

Glosari

Page 8: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Makanan : Makanan ialah bahan pepejal atau cecair yang boleh di

makan.

Pemakanan : pemakanan ialah jenis-jenis makanan yang lazimnya

dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dan

lain-lain

Bahan makanan basah : Bahan makanan yang tidak boleh tahan dalam masa 24 jam

Bahan makanan kering : bahan makanan kering ialah makanan yang boleh tahan melebihi

24 jam

Sanitasi : Sanitasi bermaksud kawalan mutu kebersihan makanan. Ia

merupakan cara untuk mencegah sentuhan manusia daripada bahaya bahan buangan

untuk mempromosikan kesihatan.

Nutrien : Nutrien ialah bahan-bahan dalam makanan yang perlu

dibekalkan kepada badan supaya dapat menjalankan proses-proses badan seperti

membina sel-sel baru, membekalkan tenaga dan haba serta mengawal kesihatan diri

daripada penyakit

Diet : Diet menurut Kamus Dewan ialah makanan dan minuman yang biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu atau seseekor binatang

Haba lembab : Memasak dengan haba lembap bermaksud menggunakan

Page 9: Refleksi sebelum memulakan tugasan

cecair panas atau wap ke atas makanan

Haba kering : Kaedah memasak dengan haba kering bermaksud

mengenakan haba panas ke atas makanan tersebut

Piramid makanan : jenis-jenis dalam kumpulan makanan

Protein : Protein ialah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen,

oksigen dan nitrogen

Karbohidrat : Ialah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen dan

oksigen

Lemak : Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon, hidrogen

dan oksigen

Garam mineral : Garam mineral ialah nutrien yang berbentuk zat-zat dalam

unsur-unsur logam

Ikan : ikan merupakan satu daripada sumber protein

Page 10: Refleksi sebelum memulakan tugasan

Kad Menu