memulakan perniagaan

32
Company LOGO 06/09/22 SyahrinaAbdullah MEMULA DAN MEMBANGUN MEMULA DAN MEMBANGUN PERNIAGAAN PERNIAGAAN BPME 1013 BPME 1013

Upload: muhammad-syukhri-shafee

Post on 29-Jul-2015

258 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memulakan Perniagaan

Company

LOGO

04/15/23 SyahrinaAbdullah

MEMULA DAN MEMBANGUN MEMULA DAN MEMBANGUN PERNIAGAANPERNIAGAAN

BPME 1013BPME 1013

Page 2: Memulakan Perniagaan

Objektif Pembelajaran:

1. Membincangkan beberapa pertimbangan yang perlu usahawan ambil sebelum memulakan perniagaan.

2. Membincangkan faktor-faktor kritikal dalam memulakan perniagaan.

3. Membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu gagal.

4. Mengenalpasti dan membincangkan tiga kaedah utama untuk memulakan perniagaan.

5. Membincangkan kebaikan dan keburukan kaedah memulakan perniagaan.

Page 3: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

PENGENALAN

Beberapa Pertimbangan Penting Sebelum Memulakan Perniagaan:

Kemampuan Diri – Menilai dan mengukur kemampuan diri sebelum berkecimpung dalam perniagaan. Merujuk kepada minat dan tahap pengambilan risiko individu.

Modal dan kedudukan kewangan – memerlukan modal untuk membiayai dan menampung perbelanjaan: boleh didapati dari simpanan sendiri, pertolongan keluarga dan sahabat, pembiayaan bank, syarikat kewangan dan pelbagai kementerian (bergantung kepada industri)

Page 4: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Lokasi Perniagaan – Adakah lokasi perniagaan itu strategik. Ia bergantung kepada modal, jenis perniagaan dan logistik (infrastuktur).

Peraturan dan Undang-undang – mesti mematuhi peraturan tempatan bagi melindungi pengguna, pekerja, masyarakat, alam sekitar dan peniaga.

Bekalan bahan mentah dan peralatan – perkara asas dalam pengeluaran produk. Kesinambungan perniagaan dengan melihat kepada bekalan mentah pada harga berpatutan, lokasi, kuantiti serta penyelenggaraan.

Page 5: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Persaingan a) Elakkan perniagaan daripada menerima kejutan

daripada taktik-taktik atau strategi baru daripada pesaing. (sentiasa mendahului pesaing)

b) Kenal pasti para pesaing dan bakal pesaing.c) Peka dan cepat bertindak balas dengan tindakan-

tindakan yang dilakukan oleh pesaing.d) Bijak menjangka atau meramal perancangan dan

langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh pesaing.

Pelanggan dan Pengedarana) Mengenalpasti pelanggan dan produk yang ditawarkan.b) Kajian pasaran, saiz & keupayaan membelic) Pengedaran barangan kepada pelanggan

Page 6: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Faktor Kritikal Semasa Memulakan Perniagaan

1) Keunikan perniagaan

2) Saiz modal/pelaburan

3) Jangkaan jualan & keuntungan

4) Kesediaan produk/perkhidmatan

5) Kesediaan pelanggan

Page 7: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Faktor Kritikal Semasa Memulakan Perniagaan

Keunikan Perniagaan - Menarik perhatian pelanggan kepada produk yang hendak ditawarkan adalah faktor kritikal dan perkara pokok yang perlu difikirkan usahawan (elemen kreativiti diperlukan dalam konteks keunikan perniagaan)

Saiz modal/pelaburan - Keperluan kepada modal pelaburan mungkin menjadi masalah utama pada permulaan perniagaan. Bagaimanapun jumlah modal pelaburan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan saiz sesuatu perniagaan yang hendak diterokai.

Page 8: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Faktor Kritikal Semasa Memulakan Perniagaan

Jangkaan Jualan dan Keuntungan - Semasa perniagaan berada di peringkat permulaan, adalah penting bagi usahawan untuk menjangka atau meramal pertumbuhan pada jualan yang dilakukan serta keuntungan yang bakal diperoleh oleh perniagaannya.

Page 9: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Faktor Kritikal Semasa Memulakan Perniagaan

Kesediaan produk atau perkhidmatan - Apabila pintu perniagaan dibuka, usahawan harus memastikan yang produknya telah benar-benar bersedia untuk ditawarkan kepada pelanggan atau pengguna.

Kesediaan pelanggan - Persoalan penting yang tidak boleh diabaikan ialah siapakah yang akan membeli dan mengguna produk yang akan ditawarkan oleh perniagaan usahawan?

Page 10: Memulakan Perniagaan

04/15/23

Cipta satu keunikan bagi perniagaan dibawah:-

i) ‘ Penang Char koew teow’.

ii) ‘ Jus nenas’

iii) ‘Perniagaan baju bundle’

Page 11: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Mengapa Perniagaan baru itu menemui Kegagalan?

1. Kesesuaian masa memasuki pasaran. Terlalu awal atau terlalu lewat produk ditawarkan kepasaran akan mengundang padah.

(cth. Bergantung kepada peredaran semasa; economic change)

2. Masalah rekabentuk produk. Rekabentuk produk yang bermasalah - kualiti dan keselamatan, rekabentuk produk tidak menarik dan tidak menepati kehendak pelanggan.(cth; kereta juara telah gagal di pasaran)

- Bagaimana dengan EXORA (PROTON MPV).. Adakah mempunyai nilai estetika dan rekabentuk yang menarik.

Page 12: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Mengapa Perniagaan baru itu menemui Kegagalan?

Strategi pengedaran pelanggan yang tidak tepat. Adalah penting bagi usahawan memastikan yang produk sampai dengan mudah kepada usahawan - Pengedaran mestilah bertepatan dengan segmen pasaran supaya pengedaran produk lancar.

Terlampau bergantung kepada satu pelanggan utama akan menyebabkan usahawan mengabaikan pelanggan-pelanggan lain. Sekiranya pelanggan mendapat musibah dan beralih kepada pembekal lain, usahawan akan menerima kesan yang teruk.

Page 13: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Menubuhkan Perniagaan Baru (Kelebihan)

a) Peluang merealisasikan idea sendiri kepada realiti

b) Kebebasan membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan

c) Peluang memanfaatkan kepakaran , pengalaman dan minat

d) Pilihan lokasi dan kemudahan fizikale) Berpeluang membina Imej dan reputasi

Page 14: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

Cabaran dan kekangan dalam memulakan perniagaan sendiri,

a) Perlu lebih tumpuan & pengorbanan dari aspek kewangan masa dan tenaga.

b) Sukar dapat pinjaman kerana tiada trek rekod, tiada bukti prestasi, dan mungkin tiada harta sebagai cagaran.

c) Tiada keuntungan di awal perniagaan. Kebiasaannya usahawan belum lagi menerima pulangan di awal operasi perniagaannya. Sesetengah bidang perniagaan mungkin memerlukan beberapa tahun untuk beroleh keuntungan.

d) Risiko perniagaan tinggi. Perniagaan mungkin tak dapat sambutan pelanggan, mungkin gagal bersaing dengan peserta yang sudah lama beroperasi dan mempunyai pelanggan setia masing-masing.

Page 15: Memulakan Perniagaan

04/15/23

BORANG-BORANG SSM

i. Borang A – Pendaftaran perniagaan baru

ii. Borang A1 – Permohonan pembaharuan pendafataran perniagaan

iii. Borang B1 – Pendaftaran perubahan alamat perniagaan

iv. Borang B2- Pendaftaran perubahan jenis perniagaan

v. Borang B3 – Pendaftaran perubahan maklumat cawangan

vi. Borang B4 – Pendaftaran perubahan maklumat pemilik

vii. Borang C – Pemberitahuan penamatan perniagaan berdaftar

viii. Borang PNA 42 – Permohonan kelulusan nama perniagaan

(Contoh borang sila rujuk bahagian lampiran buku teks asal)

Page 16: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN

Bentuk-bentuk Perniagaan bergantung kepada:a) susah atau senang perniagaan boleh didaftarkan, b) percukaian, c) pentadbiran dan pengurusan, d) perundangan dan peraturan, e) keterbukaan maklumat dan rahsia perniagaan, f) kawalan, g) sumber kewangan, h) pembahagian keuntungani) perwarisan kepada pengganti

Page 17: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Bentuk2 Perniagaan di Malaysia a) Perniagaan Milikan TunggalEntiti perniagaan milik individu secara perseorangan tertakluk kepada Akta

Pendafatran Perniagaan 1956. Perlu didaftar dengan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perlu mengisi borang dan bayaran.

Kelebihan a. Mudah & murah ditubuh & dibubarkan, tak banyak peraturan & kehendak

perundangan b. Bebas mengawal & punyai kuasa penuh dlm sebarang keputusan & tindakan c. Segera & cepat dalam membuat keputusan d. Maklumat perniagaan dapat dirahsiakan e. Keuntungan kah pemilik tak perlu diagihkan f. Tiada tertakluk pada cukai korporat/syarikat

Kelemahan a. Sukar dapat modal & buat pinjaman b. Tanggungan/liabiliti tidak terhad sehingga harta peribadi c. Kesinambungan perniagaan tak terjamin d. Beban kerja dan kemahiran yang terhad – kurangnya kemahiran boleh

gagalkan perniagaan.

Page 18: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Bentuk2 Perniagaan di Malaysia

b) PerkongsianPerniagaan perkongsian ialah adalah terletak di bawah bidangkuasa Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956. Keahliannya ialah diantara dua hingga dua puluh orang. (Disarankan untuk menulis perjanjian perkongsian untuk rujukan masa depan)

Butir-butir di dalam perjanjian perkongsian:-- Tarikh perjanjian- Nama & alamat- Jenis perniagaan- Nama & alamat perniagaan- Jangka masa tempoh perniagaan- Tanggungjawab ahli- Cara agihan untung dan rugi- Prosedur perakaunan- Gaji & peraturan ambilan- Sekatan (jika ada)- Cara mana untuk pembubaran perkongsian

Page 19: Memulakan Perniagaan

04/15/23

Jawatan kuasa perniagaan perkongsian:- Pengurus Penolong Pengurus Setiausaha Bendahari

- Mereka diberi tanggungjawab dan dibayar gaji mengikut prestasi.

Page 20: Memulakan Perniagaan

04/15/23

Kelebihana. Lebih mudah dan murah didaftarkan jika dibandingkan dengan perniagaan

berbentuk syarikat.b. Lebih mudah mendapat pinjaman DAN sumber modal yang lebih banyak

(ahli maksima 20 org)c. Tanggungjawab boleh diagih-agihkan di antara ahli. Gabungan idea dpt

dibentuk.d. Terdapat gabungan idea, kebolehan dan kemahiran daripada lebih ramai ahli

– keuntungan yang banyak yang dapat dikongsi.

Kelemahana. Tanggungjawab perniagaan yang tidak terhadb. Keuntungan daripada perniagaan terpaksa dibahagikanc. Kesinambungan perniagaan yang terhad di mana perkongsian akan terbubar

sekiranya salah seorang rakan perkongsian meninggal dunia.d. Potensi untuk membesarkan perniagaan adalah terhad berbanding syarikat.e. Potensi berlaku konflik antara rakan kongsi.

Page 21: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Bentuk2 Perniagaan di Malaysia

c) Syarikat TerhadTertakluk dibawah Akta Syarikat 1965. Di daftar di SSM dan mendapat Sijil

Pemerbadanan Syarikat (certificate of incorporation). Borang 8 – syarikat awam berhad.Borang 9 – syarikat sendirian berhad.

Boleh dibahagikan kepada berikut:a. Syarikat Terhad Mengikut Saham - tanggungan ahli-ahli adalah terhad

kepada jumlah yang belum dibayar keatas saham yang dimilikinya. Boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.

b. Syarikat Terhad Mengikut Jaminan – tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut jumlah jaminan yang akan disumbangkan sekiranya kerugian atau dibubarkan. Ahli dianggap penjamin kepada hutang perniagaan.

c. Syarikat Tidak Terhad – tanggungan ke atas ahli tiada had sama seperti perniagaan berbentuk perkongsian.

Page 22: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Bentuk2 Perniagaan di Malaysia

d) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn.Bhd dibelakang nama syarikat)Boleh di tubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 dan memerlukan ahli antara 2 hingga

50 orang. Mempunyai nama sendiri Boleh didakwa atau mendakwa atas nama sendiri di mahkamah Alamat beroperasi Harta atas nama sendiri Penubuhan berterusan sehingga ada tindakan diambil bagi

membubarkannya.

Terdiri daripada:- Dua pengarah & seorang setiausaha (ahli badan profesional)Lembaga pengarah :- pengerusi, juruaudit & pengarah lain.-Pengurusan syarikat:- Memorandum tataurus dan tataurusan persatuan.

* memorandum tataurus :- peruntukan kuasa & urusan syarikat dgn pihak luar.* Tataurusan Persatuan :- Prosedur dan urusan dalam syarikat.

Page 23: Memulakan Perniagaan

04/15/23

SYARIKAT SENDIRIAN BHD

Kelebihan a. Tanggungan perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal ahli

sahajab. Penerusan syarikat adalah terjamin iaitu syarikat tidak akan terbabar dengan

kematian seorang pemegang sahamc. Lebih mudah mendapat modald. pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangane. Kemudahan dari segi penukaran hak milikf. potensi untuk berkembang adalah lebih luasg. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan

Kelemahana. Rumit untuk diuruskan dan saham tidak boleh dijualbeli melalui pasaran

saham.b. Berbagai-bagai jenis cukai yang perlu dibayar, cukai korporat, cukai

pendapatanc. Tiada kerahsiaan maklumat.d. Berkemungkinan hilang kawalan pemilikan keatas syarikat.

Page 24: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Bentuk2 Perniagaan di Malaysia

e) Syarikat Awam BerhadTertakluk dibawah Akta Syarikat 1965. Mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang ahli

dan tidak mempunyai had keahlian. (tertakluk kepada modal dibenarkan).

Ciri-ciri:-• Boleh pelawa org ramai membeli sahamnya.• Panduan Rancangan @ Prospektus diluluskan oleh SSM.• Imbangan kira disiarkan dalam prospektus (tindakan akan dikenakan jika

memberi maklumat palsu)• Dijual beli di bursa saham• Mempunyai Lembaga Pengarah

Page 25: Memulakan Perniagaan

04/15/23

Syarikat Awam Berhad

Kelebihana. Saham boleh dijualbeli di pasaran sahamb. Boleh mempelawa orang membeli sahamc. Lebih mudah mendapat modal tambahan

Keburukana. Sukar mengekalkan hubungan rapat antara

pengurusan dan kakitangan, pemegang saham dan pengurusan.

b. Bilangan ahli terlalu ramaic. Lebih rumit dan Akta melindungi pemegang sahamd. Berbagai jenis cukai.

Page 26: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

2. Membeli dan Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada

Faktor-faktor Usahawan menjual perniagaan mereka:

Bosan & hilang minatUsia – bersara dan faktor kesihatanPersainganPindah lokasi - berhijrahAmbil balik modalPotensi menurun

Page 27: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Membeli dan Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada

KebaikanPekerja mahir sedia adaPerniagaan teguh dan mantapPasaran sedia adaLokasi strategik

Page 28: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Membeli dan Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada

KeburukanMenanggung beban kewanganReputasi dan rekod burukKehilangan pekerjaPekerja yang tidak sesuaiPeralatan dan kelengkapan usangPerniagaan terlebih nilai

Page 29: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

MENILAI HARGA SESEBUAH PERNIAGAAN

1.Penilaian berdasarkan pasaran- mengikut harga pasaran semasa dan dinilai berdasarkan industri yang sama.

- kaedah nisbah harga dan pendapatan – dinilai dengan membahagikan harga pasaran sesaham syarikat dengan pendapatan sesaham syarikat.

2.Kaedah penilaian berdasarkan aset- mengikut nilai buku (menilai semua aset perniagaan @ aset ketara + aset tidak ketara - liabiliti) – tidak ambil kira nilai semasa.

- nilai buku terselaras – nilai buku diselaraskan supaya mendapat nilai aset yg sebenar mengikut semasa.

* Aset tak ketara – prestasi/reputasi dan muhibah3. Kaedah penilaian berdasarkan pendapatan mengikut :

i) Pulangan atas Pelaburan (ROI) – mengambilkira risiko dan pulangan perniagaan.

ii) Aliran tunai terdiskaun(DCF) – mengandaikan penilaian perniagaan sama dengan nilai aset semasa pada jangkaan aliran tunai masa depan.

(rujuk muka surat 219-220)

Page 30: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

3. Memulakan/Membeli Perniagaan Francais

Tuan punya perniagaan (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama perniagaan dan cop dagangan kepada seorang individu @ syarikat (fracaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan & tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor. Francaisi perlu membayar sejumlah yuran francais , royalti & lain-lain yuran.

Kelebihan Khidmat nasihat dan sokongan Produk dan jenama yang sudah dikenali Bantuan kepakaran dalam pemasaran

Keburukan Royalti dan yuran Tiada kebebasan Produk dan saiz pasaran terhad

Page 31: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

Cara Memiliki Perniagaan Francais

Penilaian diriMenganalisis pasaranBuat pilihan tentang pasaran francais

yang ada di pasaranBertanya kepada francais sedia adaMengkaji perjanjian francais (Maklumat lanjut berkenaan perniagaan francais akan

dibincangkan dalam bab 8.

Page 32: Memulakan Perniagaan

04/15/23 SyahrinaAbdullah

KesimpulanUsahawan mesti menilai persekitaran mikro

dan makro; diri sendiri dan perniagaan

Pelbagai cara untuk memulakan perniagaan

Faktor-faktor kritikal sebelum, semasa dan selepas memulakan perniagaan.