refleksi saya

3
Refleksi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingin saya panjatkan kesyukuran kerana atas izin ALLAH s.w.t, akhirnya tamat sudah kursus Gerak Kerja Kokurikulum Olahraga pada semester ini. Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah Pembimbing, WAJ 3121, Gerko Olahraga, Encik Ng Kheng Loon dan Encik Kholid Bin Salleh atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang berada dalam kursus ini. Banyak ilmu telah saya perolehi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang belajar bersama Encik Ng Kheng Loon dan Encik Kholid Bin Salleh. Mereka sememangnya seorang yang berpengetahuan luas serta berpengalaman dalam bidangnya. GERKO Olahraga ini bertujuan membantu guru pelatih mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan olahraga di sekolah kelak. Sebagai seorang guru, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti sekolah. Melaui kursus inilah saya belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai olahraga. Selain kuliah atau interaksi yang berkesan, saya juga amat berpuas hati dengan acara larian ria yang telah berjaya dilaksanakan pada se mini. GERKO bertujuan memberi kemahiran asas dan mempertingkatkan pengetahuan dan keterampilan guru agar dapat menjadi guru yang berkesan. Ianya juga dapat memupuk sikap positif, semangat, daya faham yang tinggi dan nilai serta

Upload: mimi-habib

Post on 16-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Saya

Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingin saya panjatkan kesyukuran

kerana atas izin ALLAH s.w.t, akhirnya tamat sudah kursus Gerak Kerja Kokurikulum

Olahraga pada semester ini. Terima kasih diucapkan kepada Pensyarah

Pembimbing, WAJ 3121, Gerko Olahraga, Encik Ng Kheng Loon dan Encik Kholid

Bin Salleh atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang

berada dalam kursus ini.

Banyak ilmu telah saya perolehi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang

belajar bersama Encik Ng Kheng Loon dan Encik Kholid Bin Salleh. Mereka

sememangnya seorang yang berpengetahuan luas serta berpengalaman dalam

bidangnya. GERKO Olahraga ini bertujuan membantu guru pelatih mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan olahraga di sekolah kelak.

Sebagai seorang guru, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang

berkaitan agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti sekolah. Melaui

kursus inilah saya belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai olahraga. Selain

kuliah atau interaksi yang berkesan, saya juga amat berpuas hati dengan acara

larian ria yang telah berjaya dilaksanakan pada se mini.

GERKO bertujuan memberi kemahiran asas dan mempertingkatkan

pengetahuan dan keterampilan guru agar dapat menjadi guru yang berkesan. Ianya

juga dapat memupuk sikap positif, semangat, daya faham yang tinggi dan nilai serta

etika keguruan di kalangan guru permulaan. ia sebagai persediaan menghadapi

cabaran pendidikan akan datang.

Sepanjang kursus ini, kami telah mempelajari tentang Pengenalan kepada

Olahraga. Pensyarah pembimbing telah banyak memberi input mengenai sejarah

dan latar belakang olahraga di peringkat antarabangsa dan juga di Malaysia. Begitu

juga dengan tajuk-tajuk seperti acara trek iaitu lari pecut, lari jarak sederhana, lari

jarak jauh dan lari berganti-ganti. Begitu juga acara padang seperti lompat tinggi,

lompat jauh dan lontar peluru.

Sepanjang mengikuti kursus ini saya telah mempelajari teknik-teknik larian

yang betul dan latihan yang bersesuaian sebelum bermain. Saya juga telah dapat

Page 2: Refleksi Saya

membina keyakinan diri kerana sebelum ini, saya merasakan saya tidak

berkebolehan dalam acara pecut, ini kerana saya tidak mengaplikasikan teknik yang

betul semasa berlari. Pensyarah telah menjadikan sesi pengajaran dan

pembelajaran menjadi mudah dan menarik. Mereka sering tampil dengan teknik-

teknik yang berkesan dan ianya diajar secara ansur maju dan ini dapat

Kualiti seorang guru seharusnya tidak sahaja mencakupi hal-hal akademik,

tetapi pembangunan fizikal juga sama pentingnya. Pembangunan fizikal ini meliputi

permainan dan olahraga. Memandangkan gerko olahraga merupakan komponen

yang penting dalam latihan perguruan, maka penglibatan guru pelatih melalui aktiviti

ini akan dapat memenuhi kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara yang

menekankan pencapaian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial.

Sepanjang mengikuti kursus ini ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk

mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-

pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman berkaitan kursus ini. Hal ini secara

tidak langsung mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta

mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa

berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan

praktikkan pada masa hadapan.