refleksi ramzi

3
REFLEKSI MOHAMAD RAMZI BIN MOHAMAD ASRI A11PP0135 Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur kehadhrat Illahi atas limpah kurnia- Nya dan keizinan-Nya kami dapat menjalankan program lawatan ilmiah ke MARDI Muadzam Shah Pahang dengan jayanya. Lawatan ilmiah ini adalah merupakan salah satu daripada tugasan dalam subjek Pembiakan Dan Peternakan kami pada semester ini. Lawatan ini merupakan cetusan idea dan galakkan daripada pensyarah kami iaitu Prof Madya Yahya Buntat, tenaga pengajar Puan Salina Ardi, Encik Faridz dan Encik Abang Hipni malah ia juga merupakan hasil kerjasama dengan AJK Perlaksana. Sepanjang program ini, saya telah banyak mempelajari ilmu dalam dunia sebenar dengan lebih dekat lagi. Antara ilmu yang dapat saya timba semasa program ini adalah bagaimana proses pengurusan dan penjagaan telur ayam kampong di dalam incubator yang disediakan. Secara tidak langsung, ia memberi manfaat kepada kami kerana alatan yang digunakan ketika itu adalah merupakan alatan yang moden dan hanya terdapat di MARDI Muadzam Shah Pahang.

Upload: hairul-faiszul-sanuri

Post on 06-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSIMOHAMAD RAMZI BIN MOHAMAD ASRIA11PP0135

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda.Alhamdulillah, syukur kehadhrat Illahi atas limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya kami dapat menjalankan program lawatan ilmiah ke MARDI Muadzam Shah Pahang dengan jayanya. Lawatan ilmiah ini adalah merupakan salah satu daripada tugasan dalam subjek Pembiakan Dan Peternakan kami pada semester ini. Lawatan ini merupakan cetusan idea dan galakkan daripada pensyarah kami iaitu Prof Madya Yahya Buntat, tenaga pengajar Puan Salina Ardi, Encik Faridz dan Encik Abang Hipni malah ia juga merupakan hasil kerjasama dengan AJK Perlaksana.Sepanjang program ini, saya telah banyak mempelajari ilmu dalam dunia sebenar dengan lebih dekat lagi. Antara ilmu yang dapat saya timba semasa program ini adalah bagaimana proses pengurusan dan penjagaan telur ayam kampong di dalam incubator yang disediakan. Secara tidak langsung, ia memberi manfaat kepada kami kerana alatan yang digunakan ketika itu adalah merupakan alatan yang moden dan hanya terdapat di MARDI Muadzam Shah Pahang.Disamping itu juga, kami didedahkan dengan penjagaan kambing. Kami di bawa ke kandang penjagaan kambing. Kambing yang diperlihara di MARDI Muadzam Shah adalah lebih kepada jenis kambing biri-biri kacukan. MARDI memberi penjagaan yang amat teliti serta pelbagai inesiatif yang diambil bagi memastikan kesihatan kambing menjadi elok. Pelbagai proses yang kami dapat lihat antaranya proses pengasingan induk daripada anaknya bertujuan proses memutuskan susuan ibu.Malah pendedahan mengenai ayam bukan hanya diperingkat proses pengurusan dan penjagaan telur sahaja. Tetapi kami diberi pendedahan juga dalam penjagaan ayam kampong. Di sini, ayam-ayam dikelaskan mengikut umur dan jantina yang berbeza bagi mengelak berlakunya pergaduhan antara mereka. Selain itu, proses pengasingan ini amat penting bagi menjaga kualiti serta mengelakkan menghidapi penyakit berjangkit. Seterusnya kami di bawa melihat proses penjagaan lembu bali iaitu sejenis lembu pedaging yang ada di MARDI Muadzam Shah, Pahang.Akhir kalam, saya berasa bertuah kerana dapat ikuti program yang dianjurkan ini. Ia banyak memberi pendedahan yang lebih dekat lagi kepada kami amnya dan khasnya saya sendiri. Bagi saya juga, ia sebuah pengalaman yang bermakna sepanjang semester ini, dan saya yakin belum pasti saya dan kami dapat bersama lagi dalam keadaaan begini pada masa akan datang. Terima kasih ya semua di atas kenangan bersama sepanjang semester ni khasnya dan sepanjang pengajian kita. Saya bangga dapat pensyarah dan tenaga pengajar yang caring dan sporting.Sekian dari saya.