refleksi pkd 3106 bm

4
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Refleksi ( PKD 3106 ) NAMA : AMRIL NURMAN BIN LOKMAN NO. KAD PENGENALAN : 911226 - 10 – 5313 KELAS : PISMP G 6.1 OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN KURSUS : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN (PKD 3106) PENSYARAH : DR SHAHRUL ARBA’IAH BINTI OTHMAN TARIKH HANTAR : 2 OGOS 2013

Upload: riel-naqudeen

Post on 02-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi p.khas

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi PKD 3106 BM

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Refleksi

( PKD 3106 )

Refleksi

AMRIL NURMAN BIN LOKMAN

NAMA : AMRIL NURMAN BIN LOKMAN

NO. KAD PENGENALAN : 911226 - 10 – 5313

KELAS : PISMP G 6.1

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

KURSUS : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN (PKD 3106)

PENSYARAH : DR SHAHRUL ARBA’IAH BINTI OTHMAN

TARIKH HANTAR : 2 OGOS 2013

Page 2: Refleksi PKD 3106 BM

911226 – 10 – 5313

G 6.1 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahnya dapat

saya menyiapkan tugasan mengenai kaedah komunikasi orang pekak bagi tajuk

Perkembangan Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran (PKD 3106).

Semasa menyiapkan tugasan mengenai komunikasi, terdapat kaedah komunikasi

seperti komunikasi oral, manual dan kombinasi oral dan manual. Saya dapat banyak

pengalaman dari pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Khas mengenai cara

membuat kerja khusus dan mencari bahan untuk kerja itu.

Semasa melakukan tugasan ini, terdapat beberapa masalah iaitu kurangnya

maklumat dalam bahasa Melayu, tiada masa kerana sibuk dengan praktikum dan

tidak mempunyai pengalaman membuat buku skrap. Kurangnya maklumat dan

bahan dalam bahasa Melayu itu menyebabkan saya mencari dalam bentuk bahasa

antarabangsa, Bahasa Inggeris. Apabila memulakan carian dalam bahasa Inggeris,

banyak maklumat yang saya telah dapat. Kebanyakkan maklumat itu agak terperinci

dan memerlukan pembacaan yang sepenuhnya. Ini memberi peluang kepada saya

untuk menerokai lebih mendalam daripada maklumat dalam bentuk bahasa Melayu.

Ia telah meningkatkan pembacaan saya dan membuatkan saya lebih minat untuk

belajar kaedah tersebut. Walaupun saya mempunyai kemahiran komunikasi seluruh,

masih ada banyak lagi kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai oleh saya supaya

dapat menyesuaikan dengan kemahiran komunikasi orang pekak. Tambahan pula,

ia menyedarkan saya bahawa membaca dapat meluaskan pengetahuan.

Kesibukan membuat kerja praktikum menyebabkan saya tiada masa

membuat tugasan ini. Apabila hampirnya tarikh hantar (2 Ogos 2013), saya dapat

menyiapkan tugasan ini. Namun, saya bersyukur kerana pensyarah saya, Dr

Shahrul bersetuju menangguhkan hantaran tugasan sehingga selepas cuti hari raya.

Ini dapat memberi peluang kepada saya untuk memperbetulkan tugasan saya yang

Page 3: Refleksi PKD 3106 BM

serabut dan tidak teratur. Semasa cuti hari raya, saya mengambil kesempatan untuk

memperbetulkan tugasan dengan seelok-eloknya.

Bagi kemahiran membuat buku skrap, saya tidak mempunyai pengalaman.

Oleh itu, saya mencari tip-tip bagaimana membuat buku skrap dalam talian internet.

Namun, kebanyakkan laman web memerlukan bayaran untuk tip tersebut. Jadi, saya

pergi ke perpustakaan untuk mencari contoh buku skrap. Setelah melihat beberapa

buku skrap, saya sudah dapat idea untuk membuat buku skrap. Ia menekankan

grafik dan kreativiti. Walaupun kreativiti saya agak teruk, saya mampu bersabar

membuat tugasan dalam bentuk grafik. Melalui tugasan ini, saya dapat merasai

betapa peritnya pekerja yang membuat kerja berkaitan dengan grafik. Selain itu, ia

telah menimbulkan keinsafan kepada diri saya kerana tidak menghargai seni

langsung sepanjang hidup saya.

Tugasan ini banyak memberi ilmu tentang komunikasi orang pekak. Ia telah

menimbulkan minat untuk belajar lebih banyak kaedah komunikasi lagi. Komunikasi

begini dapat membantu orang pekak menyuarakan pendapat dan dapat hidup

berdikari di dunia yang mencabar. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan

kepada pensyarah saya Dr. Shahrul kerana banyak mencurahkan ilmu, membimbing

saya melaksanakan tugasan ini dan menangguhkan penghantaran tugasan ini.