refleksi pk

2
RONAIL JULIUS GIDONG 930222-12-5273 Saya Ronail Julius Gidong daripada kelas PISMP MZ1113 mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Kesihatan Seksualiti PKE 3101 ini dengan jayanya dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya berpuas hati dengan kerja dan komitmen yang diberikan oleh dirisaya dan juga pasangan saya. Jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pensyarah pembimbing subjek Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti iaitu Dr. Chin Ngien Siong kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang lain yang telah memberikan dan berkongsi idea dengan saya tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan ini, idea-idea yang bernas serta pendapat dan komen yang boleh membuatkan saya untuk memperbaiki kerja kursus saya ini. Tidak ketinggalan juga kepada pasangan kumpulan saya iaitu Jackwarior Jackol kerana telah memberikan komitmen dengan baik serta pengagihan tugas yang adil serta terancang. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terdapat beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi oleh saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Antaranya ialah penyediaan fail-fail untuk MQA kerana kumpulan kami akan diaudit oleh pihak MQA dalam masa yang terdekat. Selain itu, tugasan-tugasan daripada subjek yang lain yang berlambak juga mengakibatkan saya menjadi bingung dan menyebabkan saya mempunyai sedikit masalah untuk menyiapkan tugasan ini pada mulanya. Tetapi bila difikirkan kembali, semua kekangan ini boleh diatasi dan saya mula mengambil langkah dengan cuba untuk menguruskan masa dengan mengatur kerja yang saya akan buat hari demi hari. Syukur kepada Tuhan, perancangan yang saya buat berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung saya juga telah belajar cara untuk mengurus masa dengan bijak. Selain itu juga, saya juga mempunyai sedikit masalah dengan menghasilkan CD Interaktif pada mulanya kerana pengetahuan IT dan teknologi serta dalam penghasilan CD Interaktif saya agak kurang. Menjadikan saya agak lambat dan kebuntuan idea pada mulanya untuk memulakan pembuatan CD Interaktif. Namun kelemahan dan kekurangan yang saya hadapi tidak menjadi penghalang saya untuk membuat yang terbaik pada kerja kursus ini. Saya telah mengambil langkah dengan berbincang dengan pasangan saya tentang idea

Upload: ronel-chong

Post on 27-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kljnl

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi PK

RONAIL JULIUS GIDONG

930222-12-5273

Saya Ronail Julius Gidong daripada kelas PISMP MZ1113 mengucapkan syukur dan

terima kasih kepada Tuhan kerana telah dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan

Kesihatan Seksualiti PKE 3101 ini dengan jayanya dan dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Saya berpuas hati dengan kerja dan komitmen yang diberikan oleh dirisaya dan

juga pasangan saya.

Jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pensyarah pembimbing subjek

Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti iaitu Dr. Chin Ngien Siong kerana telah memberikan

tunjuk ajar dan bimbingan yang baik sepanjang kami menjalankan kerja kursus ini. Tidak

dilupakan kepada rakan-rakan yang lain yang telah memberikan dan berkongsi idea dengan

saya tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan ini, idea-idea yang bernas serta pendapat

dan komen yang boleh membuatkan saya untuk memperbaiki kerja kursus saya ini. Tidak

ketinggalan juga kepada pasangan kumpulan saya iaitu Jackwarior Jackol kerana telah

memberikan komitmen dengan baik serta pengagihan tugas yang adil serta terancang. Akhir

sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Terdapat beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi oleh saya semasa

menjalankan kerja kursus ini. Antaranya ialah penyediaan fail-fail untuk MQA kerana

kumpulan kami akan diaudit oleh pihak MQA dalam masa yang terdekat. Selain itu, tugasan-

tugasan daripada subjek yang lain yang berlambak juga mengakibatkan saya menjadi

bingung dan menyebabkan saya mempunyai sedikit masalah untuk menyiapkan tugasan ini

pada mulanya. Tetapi bila difikirkan kembali, semua kekangan ini boleh diatasi dan saya

mula mengambil langkah dengan cuba untuk menguruskan masa dengan mengatur kerja

yang saya akan buat hari demi hari. Syukur kepada Tuhan, perancangan yang saya buat

berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung saya juga telah belajar cara untuk mengurus

masa dengan bijak.

Selain itu juga, saya juga mempunyai sedikit masalah dengan menghasilkan CD

Interaktif pada mulanya kerana pengetahuan IT dan teknologi serta dalam penghasilan CD

Interaktif saya agak kurang. Menjadikan saya agak lambat dan kebuntuan idea pada

mulanya untuk memulakan pembuatan CD Interaktif. Namun kelemahan dan kekurangan

yang saya hadapi tidak menjadi penghalang saya untuk membuat yang terbaik pada kerja

kursus ini. Saya telah mengambil langkah dengan berbincang dengan pasangan saya

Page 2: Refleksi PK

tentang idea pembuatan CD Interaktif. Selain itu saya juga telah bertanya kepada rakan-

rakan saya yang lain yang mempunyai kepakaran yang lebih dalam bidang teknologi

mengenai cara-cara penggunaan teknologi yang dapat membantu dalam puatan CD

Interaktifyang lebih berkesan. Sekali lagi saya berasa syukur kerana melalui kerja kursus ini,

saya dapat merasakan kemahiran teknologi saya semakin bertambah dan saya dapat

melakukan kerja ini dengan lebih senang.

Saya juga menghadapi masalah untuk melakukan perbincangan dengan pasangan

kumpulan saya. Hal ini kerana kami tidak berada pada kelas yang sama di mana saya

daripada kumpulan Muzik dan rakan saya daripada kumpulan Pendidikan Jasmani.

Tambahan pula, kami tinggal pada blok yang berbeza. Jadual kuliah kami yang padat dan

berbeza-beza juga menjadi salah satu kekangan untuk kami melakukan perbincangan.

Namun, kami masih mencari inisiatif dengan memanfaatkan masa yang kami ada untuk

berjumpa contohnya pada waktu malam, saya akan pergi ke blok dia untuk berbincang dan

bertukar-tukar pendapat demi menghasilkan mutu kerja kursus yang berkualiti. Saya mencari

masa yang secukupnya dan sesuai untuk berbincang kerana pada pendapat saya

perbezaan kelas dan blok serta jadual kuliah bukanlah satu penghalang yang besar untuk

berbincang mengenai kerja kursus ini.

Semasa proses menjalankan tugasan ini juga, banyak program-program yang

dijalankan di institut yang dapat memakan tenaga kami. Contohnya seperti beberapa

karnival, Kejohanan Olahraga, ceramah serta pertandingan. Aktiviti-aktiviti sedemikian

sangat seronok dan juga memakan tenaga kami. Apabila saya sudah kepenatan, tenaga

untuk membuat kerja kursus ini amat sedikit. Tetapi saya telah mengambil inisiatif dengan

tidur terlebih dahulu dan bangun pada awal pagi untuk melakukan tugasan ini kerana bergiat

aktif dalam program-program yang lain tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak

menyiapkan kerja kursus ataupun tidak melakukan kerja kursus dengan bersungguh-

sungguh.

Sekali lagi saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dan

kerja kursus seperti ini amatlah wajar untuk dijalankan pada setiap semester kerana ia juga

dapat melatih para guru pelatih untuk membentuk modal insan yang baik dan bijak dalam

pengurusan masa. Sekali lagi sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada

semua yang telah membantu dan menyokong saya dalam penghasilan tugasan ini.

(RONAIL JULIUS GIDONG)