refleksi pj fardy

2
REFLEKSI INDIVIDU Mohd Fardy Rafeq B. Mohd Fisal (900801-14-6565) PISMP PK /BM/PJ 3 Semester 2 Assalamualaikum, Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat m enyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi- tin ggi ter ima kas ih kepada En. Abd ul Syu kur B. Zainal Abi din ker ana membe ri bimbingan kepada kumpulan kami setiap masa tanpa ada rasa jemu. Tidak lupa juga rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Bagi memenuhi kehendak ProForma mata pelajaran PJM 3102, satu tugasan telah diberikan kepada semua pelajar PISMP Semester 2 yang mengambil subjek ini. Tugasan yang diberikan merupakan tugasan berbentuk kumpulan dan memerlukan kami untuk mereka satu permainan kanak-kanak yang baru berdasarkan beberapa kategori sepert i sasaran, serangan, di nding dan jari ng, serta memu kul dan memadang. Kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri, Mohd Fardy Rafeq B. Mohd Fis al, Moh d Sya mim B. Red hua n, Muhamad Haf iz b. Jamal dan Kesava dikehendaki merekacipta satu permainan yang berkonsepkan sasaran. Oleh itu, kami mengadakan satu perbincangan mengenai permainan yang bakal kami cipta. Semasa perbincangan diadakan, saya amat gembira kerana setiap ahli dalam kumpulan kami memberi idea-idea yang sangat bernas. Pelbagai jenis permai nan telah di senarai pendek untuk perhat ian kami . Akhi rnya, se lep as berbincang, kami sebulat suara menamakan permainan kami sebagai ”Tan Tin Tun”. Saya amat berbangga dengan ahli dalam kumpulan saya kerana kami mempunyai sifat kerjasama yang tinggi. Sikap kerjasama antara kami juga dapat dilihat ketika kami menyediakan alatan-alatan untuk permainan kami. Masing-masing menberikan komitmen yang tinggi. Setiap masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan adanya ker jasama ant ara kami serta bimbin gan dar ipa da pen sya rah. Kami jug a tel ah menguji permainan yang kami cipta ini kepada ahli kelas kami supaya kami dapat mencari kekurangan permainan kami dan seterusnya memperbaiki kekurangan itu. Segala komen yang diberikan terhadap permainan kami, saya jadikan ia sebagai pendorong untuk menghasilkan satu permainan yang mempunyai aras sederhana

Upload: fraady

Post on 10-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/8/2019 Refleksi pj fardy

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-pj-fardy 1/2

8/8/2019 Refleksi pj fardy

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-pj-fardy 2/2

dan dapat dimainkan oleh semua peringkat umur khususnya kanak-kanak sekolah

rendah.

Pada hari berlangsungnya amali permainan kanak-kanak, saya dan ahli

kumpulan telah bersedia dari segi mental mahupun fizikal. Hanya 30 minit sahaja

masa yang diberikan untuk kami melaksanakan permainan kami. Jadi, saya dan ahli

kumpulan telah merancang strategi untuk menamatkan permainan kami sebelum 30

minit. Sebaik sahaja permainan kami bermula, saya amat gembira melihat wajah-

wajah peserta yang gembira. Gelak tawa mereka menjadikan permainan kami

bertambah meriah disamping mereka berusaha menjadi pemenang. Segala yang

kami rancang berjalan dengan lancar semasa hari pertandingan tanpa sebarang

gangguan. Komitmen yang diberikan oleh semua peserta amat baik. Ini

memudahkan lagi kumpulan kami untuk mengendalikan perlawanan. Walaupun

kepenatan, namun terpancar sinar kegembiraan pada wajah mereka. Selain itu,

hubungan kami semua menjadi lebih erat.

Setelah selesai pertandingan, saya dapati permainan ini amat sesuai jika

dimainkan oleh pelajar sekolah rendah. Ini kerana permainan ini tidak merbahaya

dan tidak dapat mendatangkan kecederaan kepada peserta. Ini kerana alatan yang

digunakan dicipta daripada alat-alat yang dikitar semula seperti kertas dan tin

minuman. Saya juga dapati permainan kami merupakan permainan yang mudah

tetapi menguji sifat kerjasama dalam kalangan peserta. Mereka perlu merancang

strategi yang berkesan untuk menjadi pemenang dalam permainan ini.

Sememangnya kami ingin menekan sifat kerjasama dalam permainan ini kerana ia

merupakan salah satu elemen yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan Negara

iaitu menyediakan pelajar yang seimbang dari segi sosial.

Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dapat melaksanakan tugasan

seperti ini kerana banyak nilai-nilai murni yang saya dapat dalam proses menyiapkan

tugasan ini. Kolaborasi bersama pensyarah mendidik saya cara untuk berinteraksi

dengan lebih baik. Memberi taklimat kepada peserta mengajar saya untuk berani dan

tidak gugup semasa berada dihadapan khalayak ramai. Saya harap tugasan seperti

ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan insan guru yang

seimbang dari aspek JERIS.