refleksi pj

7
Pada 3 April 2015 yang lepas, pelajar-pelajar unit L telah menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional yang telah berlangsung di padang hoki IPG Kampus Ipoh. Semasa karnival tersebut, setiap kelas Unit L diminta untuk menganjurkan dua jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Kelas saya iaitu Unit L6 telah memilih untuk melaksanakan permaianan Galah Panjang dan Batu Seremban. Karnival Permainan Tradisional tersebut telah bermula pada seawal jam 7.30 pagi dan para pelajar serta peserta yang terlibat telah memenuhi padang hoki IPG Kampus Ipoh. Karnival tersebut turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Karnival dimulakan dengan aktiviti senamrobik oleh pasukan senamrobik Unit L IPG Kampus Ipoh. Seterusnya, diikuti oleh upacara perasmian oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Tuan Haji Zulkifli. Selepas upacara perasmian, setiap permainan pada pusingan pertama dimulakan. Karnival Permainan Tradisional ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peserta yang terlibat. Semua peserta menunjukkan komitmen yang amat memberangsangkan. Semua ahli setiap kelas wajib menghantar wakil untuk bermain setiap permainan yang dianjurkan oleh kelas lain. Oleh kerana setiap pelajar Unit L yang berbilang kaum, maka mudah untuk mereka lebih mengenali setiap permainan tradisional kaum lain melalui penganjuran karnival seperti ini. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing- masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

Upload: caroline

Post on 21-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

REFLEKSI KARNNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Pj

Pada 3 April 2015 yang lepas, pelajar-pelajar unit L telah menganjurkan satu Karnival

Permainan Tradisional yang telah berlangsung di padang hoki IPG Kampus Ipoh. Semasa

karnival tersebut, setiap kelas Unit L diminta untuk menganjurkan dua jenis permainan

tradisional yang terdapat di Malaysia. Kelas saya iaitu Unit L6 telah memilih untuk

melaksanakan permaianan Galah Panjang dan Batu Seremban. Karnival Permainan Tradisional

tersebut telah bermula pada seawal jam 7.30 pagi dan para pelajar serta peserta yang terlibat

telah memenuhi padang hoki IPG Kampus Ipoh. Karnival tersebut turut dihadiri oleh pensyarah-

pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Karnival dimulakan dengan aktiviti senamrobik

oleh pasukan senamrobik Unit L IPG Kampus Ipoh. Seterusnya, diikuti oleh upacara perasmian

oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Tuan Haji Zulkifli. Selepas upacara perasmian,

setiap permainan pada pusingan pertama dimulakan.

Karnival Permainan Tradisional ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam

kalangan peserta yang terlibat. Semua peserta menunjukkan komitmen yang amat

memberangsangkan. Semua ahli setiap kelas wajib menghantar wakil untuk bermain setiap

permainan yang dianjurkan oleh kelas lain. Oleh kerana setiap pelajar Unit L yang berbilang

kaum, maka mudah untuk mereka lebih mengenali setiap permainan tradisional kaum lain

melalui penganjuran karnival seperti ini. Permainan tradisional telah berupaya membentuk

sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing.

Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan

diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak

dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada

juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu

termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

Namun, terdapat kelemahan yang saya perolehi semasa manjalankan tugas sebagai ajk

persiapan tempat, walaupun semua memberikan kerjasama yang baik, namun, terdapat

beberapa rakan kelas yang mengambil kesempatan untuk tidak datang pada petang sebelum

hari kejadian tersebut, alasan yang digunakan amat tidak munasabah dan hal ini menyebabkan

kami kekurangan tenaga kerja.

Page 2: Refleksi Pj

Kelemahan yang seterusnya yang saya dapat simpulkan ialah semasa habis acara

carnival berlangsung, saya selaku ketua AJK Persiapan tempat amat terkilan sedikit kerana

tempat tersebut tidak dikemas dengan baik kerana ada segelintir rakan kelas yang pulang awal

ke asrama dan tidak membantu mengemas semula tempat permainan. Tenaga kerja sewaktu

mengembalikan kerusi meja ke dewan juga tidak ramai dan masing-masing mahu melepas

tangan. Oleh sebab itulah, timbulnya sedikit pertelingkahan kerana tidak ada kerjasama yang

diberikan oleh beberapa orang rakan.selain itu, ajk kebersihan juga kurang memainkan

peranannya kerana tidak memastikan padang yang digunakan berada dalam keadaan yang

bersih seperti sedia kala. Namun , Alhamdulillah, kerana ada rakan-rakan lain yang merasakan

tanggungjawab itu lebih penting kerana kaita bergerak secara berkumpulan dan masing-masing

mempunyai tugas yang perlu diselesaikan.

Penganjuran karnival permainan tradisional seperti ini adalah untuk mendidik guru-guru

pelatih dalam usaha mengekalkan permainan tradisi supaya boleh dilaksanakan kepada murid-

murid di sekolah. Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi

kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan

sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan

tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari

ini. Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap

kecerdasan rohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Oleh itu, usaha-

usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada

generasi muda.

             Pada pendapat saya, usaha bagi mengekalkan permainan tradisional adalah peranan

sekolah agar mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan tradisional. Contoh

permainan tradisional ialah permainan congkak, mencipta wau sobek atau bermain sepak

raga. Bukan sahaja mengadakan pertandingan, tetapi langkah mewajibkan permainan ini di

sekolah turut mampu memupuk minat dalam jiwa remaja kita. Tindakan ini bertujuan

memastikan semua pelajar di sekolah akan menyertai satu permainan tradisional sebagai

aktiviti kokurikulum mereka.  Hal ini demikian kerana jiwa para pelajar yang ingin mencuba

perkara baru akan tertarik perhatiannya untuk menyertai kegiatan kokurikulum berdasarkan

permainan tradisional ini kerana mereka kurang terdedah dengan permainan-permainan

tersebut. Dengan ini, generasi muda terutamanya pelajar sekolah dapat mengenal permainan

tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini. Oleh itu, tindakan

Page 3: Refleksi Pj

mengadakan kegiatan kokurikulum berdasarkan permainan tradisional di sekolah berupaya

mengekalkan kewujudan permainan ini pada saat masa yang panjang.

Adalah penting bagi seorang pelatih guru untuk menguasai pelbagai jenis permainan

tradisional yang terdapat di negara kita supaya dapat diajar kepada murid-murid di sekolah.

Bermain permainan tradisoinal sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Permainan

tradisional telahdiwarisi sejak zaman-berzaman. Namun, permainan tradisional semakin

dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih seperti permainan video dan komputer.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak

formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di

samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan

permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan

kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan

congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan

rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negaradaripada dijajah oleh anasir jahat dari

luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat

perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh”.

Permainan tradisional banyak kebaikannya. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang

dengan bermain permainan tradisional. Selalunya, kita bermain permainan tradisional pada

waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur selepas waktu persekolahan dengan bermain

permainan ini. Seterusnya, permainan tradisional dapat menegeratkan perhubungan antara

satu sama lain. Kita boleh bermain permainan tradisional dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Bermain permainan tradisional juga menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan para

pemainnya. Bermain permainan tradisional merupakan hiburan yang menarik. Kita tidak

memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang luas untuk bermain permainan ini. Jadi,

permainan tradisional memberikan kita keseronokan tanpa perlu berbelanja besar.

Permainan tradisional dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa kini.

Kita hendaklah menghargai warisan budaya ini kerana permainan tradisional dapat membentuk

generasi yang bepekerti mulia. Permainan tradisional perlu diterapkan dalam kalangan murid-

murid. Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional ini salah satu daripada kegiatan

yang perlu diajar di sekolah. Di samping itu,di sebalik setiap permainan tradisional itu pasti

tersirat nilai-nilai murni yang boleh dipelajari seperti semangat kerjasama dan

Page 4: Refleksi Pj

kesabaran.Perkara inilah yang menjadi medium dalam mendidik anak-anak sebelum kewujudan

sekolah.

Adalah wajar untuk institusi pengajian tinggi menganjurkan karnival seperti ini kerana

permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Pada masa dahulu,

permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya,

pertunjukan permainan tradisional  diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa

pesta kebudayaan. Hal ini dapat memberi hiburan kepada orang ramai di samping memupuk

minat mereka terhadap permainan tradisional. Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana

mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan

Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai  jenis permainan tersebut.

Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu

dimainkan. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan

tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan

dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam

permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada

membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja.

Sebagai seorang guru, adalah tanggungjawab mereka untuk terus mengekalkan

permainan tradisional dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana sekolah adalah rumah kedua

bagi pelajar yang rata-ratanya daripada golongan remaja. Pihak sekolah perlulah melancarkan

minggu permainan tradisional. Secara tidak langsung pelbagai pertandingan akan dianjurkan.

Contohnya pertandingan permainan gasing, congkak atau permainan galah panjang. Selain itu,

acara-acara permainan sebegini juga boleh diselitkan dalam majlis-majlis tertentu seperti

kejohanan olahraga sekolah dan majlis sambutan Hari Guru. Bak kata pepatah, sambil

menyelam minum air. Pendekatan sebegini hakikatnya lebih efektif. Sesi pengajaran dalam

kelas juga perlu diberi perhatian. Tajuk permainan tradisional juga boleh dijadikan tugasan

kepada golongan pelajar contohnya bagi mata pelajaran sivik. Secara tidak langsung, para

pelajar akan mengkaji dan menyelidik tentang sesuatu permainan tradisional hingga ke akar

umbi. Oleh itu, mereka tidak akan cetek informasi dan hal ini dapat mendaulatkan permainan

tradisional dalam kalangan remaja.

Page 5: Refleksi Pj

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat

dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi

sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman.

Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan

tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak

faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim

sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara

warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan

tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong

yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya

anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan

dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga

juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa

yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang

Kesimpulannya, dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang

berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan

memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan

kepada masyarakat dan negara. Dalam bidang pelancongan misalnya permainan tradisional

dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak

dikekalkan akan melenyapkan identiti bangsa.