refleksi perlaksanaan

6
Refleksi Perlaksanaan Pada 25 April 2014, Majlis Makan Malam Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia telah berlangsung dengan jayanya. Saya bersyukur kerana perancangan bersama ahli jawatankuasa(AJK) selama ini berhasil. Tema majlis makan malam tersebut ialah ‘ colourful ’. Tema ini dapat dilihat apabila ramai tetamu yang hadir menggayakan pakaian mereka dengan pelbagai warna. Gambar 1 : Antara pakaian yang digayakan ketika majlis berlangsung. Seawal 7.00 malam, kami sudah bersiap-siap untuk menerima kehadiran tetamu. Selepas menunaikan solat maghrib, saya dan rakan-rakan bergerak ke dewan hotel bagi melakukan persiapan akhir.

Upload: norhakimah-norhman

Post on 11-Jul-2015

133 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Refleksi Perlaksanaan

Pada 25 April 2014, Majlis Makan Malam Kelab Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi

Kimia telah berlangsung dengan jayanya. Saya bersyukur kerana perancangan bersama ahli

jawatankuasa(AJK) selama ini berhasil. Tema majlis makan malam tersebut ialah ‘ colourful ’.

Tema ini dapat dilihat apabila ramai tetamu yang hadir menggayakan pakaian mereka dengan

pelbagai warna.

Gambar 1 : Antara pakaian yang digayakan ketika majlis berlangsung.

Seawal 7.00 malam, kami sudah bersiap-siap untuk menerima kehadiran tetamu. Selepas

menunaikan solat maghrib, saya dan rakan-rakan bergerak ke dewan hotel bagi melakukan

persiapan akhir.

Saya dan 2 orang AJK Protokol menunggu di luar dewan. Kami bertugas untuk

memastikan tetamu yang terdiri VIP masuk ke Bilik Orked iaitu bilik menunggu manakala

pensyarah jemputan pula diiring untuk masuk ke dalam dewan. Saya perlu memastikan semua

tetamu VIP yang tersenarai dalam salutasi hadir bagi memastikan pengacara majlis tidak

menyebut nama tetamu yang tidak hadir.

Saya bernasib baik kerana mengenali semua VIP yang dijemput. Antara VIP yang hadir

ke majlis makan malam ini ialah Prof. Dr Sahrim Hj Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan

Teknologi, Prof. Dr. Mohammad bin Kassim, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan

Teknologi Makanan, Prof. Dr. Muhd. Mukram Mohd Mackeen, Ketua program Sains Kimia,

Dr. Mohd Rahimi Yusop, Ketua program Oleokimia, Dr. Rizafizah Othaman, Ketua program

Teknologi Kimia, dan Dr. Muntaz Abu Bakar, Penasihat Majlis Makan Malam Temu Mesra .

Tetamu VIP yang tidak dapat menghadirkan diri ialah Prof. Dr. Rusli Daik, Timbalan

Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Sains & Teknologi. Majlis terpaksa dimulakan tanpa

menunggu kehadiran beliau kerana pada waktu tersebut sudah pukul 8.30 malam. Prof. Dr.

Muhd. Mukram Mohd Mackeen pula hadir lambat pada hari tersebut. Maklumat ini

disampaikan oleh penasihat kami pada pukul 8.00 malam.

Gambar 2 : Saya (tengah) dan AJK Protokol sedang menunggu kehadiran VIP .

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Ketiadaan walkie talkie menyukarkan

pergerakan saya. Hal ini kerana, dari luar dewan saya terpaksa berkejar ke dalam dewan untuk

memberitahu pengacara majlis bahawa ada tetamu VIP yang tidak hadir dan datang lambat.

Sewaktu di Bilik Orked, saya sendiri bertanya kepada Dekan FST yang merupakan perasmi sama

ada beliau ingin pulang awal atau menunggu hingga majlis selesai. Hal ini kerana, majlis ini

dijangka habis pada pukul 12,00 tengah malam. Jawapan yang saya terima ialah beliau ingin

balik selepas majlis formal selesai. Perkara ini merupakan pengalaman pertama saya berbicara

dengan Dekan kerana urusan sebelum ini diuruskan oleh Penasihat dan Ketua Pengarah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita. Seterusnya, ucapan

aluan pengacara majlis dan diikuti dengan bacaan doa. Selepas itu, Ketua Pengarah pula

memberikan ucapan diikuti dengan Pengerusi PPSKTM. Sewaktu beliau memberi ucapan, saya

telah bergerak ke belakang pentas untuk memastikan AJK saya bersedia dengan gimik

perasmian. Walaupun berada di belakang pentas, saya mendengar dengan jelas ketika Dekan

FST memberikan ucapan. Jelas sekali bahawa beliau tidak berucap berdasarkan teks yang kami

sediakan. Harapan beliau agar program ini dapat menjadi wadah untuk merapatkan hubungan di

antara pelajar dan pensyarah.

Gambar 3: Tetamu VIP ketika nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita.

Gambar 4 : AJK protokol di belakang pentas.

Selepas perasmian, barulah tetamu semua menikmati jamuan yang disediakan. Pada

waktu ini, saya dan AJK berasa lega kerana tugas kami telah selesai. Hal ini kerana, selepas

jamuan telah diadakan persembahan multimedia yang disediakan oleh AJK Teknikal diikuti

dengan persembahan nyanyian. Penyampaian penghargaan perasmi pula dikendalikan oleh AJK

Cenderamata.

Gambar 5 : Saya dan AJK menikmati jamuan

Apabila majlis formal telah selesai, maka bermulalah majlis tidak formal. Majlis ini

berjalan mengikut tentatif yang telah disusun. Hadiah cabutan ertuah yang disediakan cukup

lumayan iaitu pemanas air, set pinggan mangkuk dan gelas, rak buku dan sebagainya. Namun

begitu, saya tidak cukup bertuah pada malam itu untuk menerima hadiah.

Gambar- gambar ketika majlis berlangsung.

Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah malam. Sebelum majlis berakhir, kami iaitu

AJK tertinggi membuat kejutan dengan menyambut hari jadi penasihat kami iaitu Dr Muntaz

binti Abu Bakar. Majlis berakhir dengan sesi fotografi.

Gambar 8 : Saya dan AJK Protokol bergambar selesai jamuan.

Kami bersyukur majlis makan malam ini berjalan seperti yang dirancang. Hasil usaha

kami selama ini amat berbaloi. Moga apa yang kami peroleh sepanjang mengendalikan program

ini berguna pada masa hadapan.