refleksi perkembangan pendidikan
DESCRIPTION
perkembangan pendidikanTRANSCRIPT
REFLEKSI
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T
yang Maha Agung dan Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurniaan-Nya dapat
saya menyiapkan kerja kursus tentang falsafah pendidikan kebangsaan dan
menghantarkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih diucapkan
kepada En.Idris Bin Abdul Kadir, pensyarah Falsafah Pendidikan Kebangsaan diatas
nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada semua orang yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Melakukan kerja
kursus ini adalah satu pengalaman menarik yang pastinya banyak memberikan
manfaat dan menghadapi banyak masalah yang harus ditempuhi semasa menulis
laporan.
Menulis kerja kursus tidak boleh disiapkan dalam masa satu hari, ia
memerlukan jumlah masa yang lama dan usaha yang gigih untuk menulis kerja
kursus supaya kerja kursus yang disiapkan merupakan kerja kursus yang lengkap
dan padat. Ini masalah saya paling besar yang perlu saya tempuhi sepanjang
menulis laporan ini. Walaupun kerja kursus ini telah diberi tepat pada masa yang
ditetapkan dan diberikan masa yang cukup untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Namun sikap saya yang lambat melakukan kerja kursus yang diberikan telah
membuatkan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini menjadi terhad. Ini
membuatkan pengurusan masa yang sempurna memainkan peranan yang penting
dalam menyiapkan satu-satu kerja itu. Saya menguruskan masa saya dengan bijak
untuk memastikan masa saya yang terluang tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.
Saya bukan sengaja untuk melambatkan pergerakkan saya dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini tetapi bagi memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan
dengan bermutu, saya mengambil masa untuk melakukan sedikit ulang kaji tentang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tambahan lagi kerja kursus adalah kerja yang dilakukan secara berkumpulan.
Jadi perbincangan yang kerap dan berkesan amat diperlukan untuk menghasilkan
laporan yang bermutu. Pembahagian tugas dilakukan dengan adil dan saksama
supaya semua orang akan memberikan sumbangan dalam penghasilan kerja kursus
ini. Ini juga memastikan semua ahli kumpulan mendapat manfaat daripada tugasan
yang diberikan. Tugasan ini sangat berguna untuk bakal guru kerana ia mengajar
guru bagaimana proses pendidikan yang ada dinegara kita selama ini.
Sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya dapat memahami
dengan lebih lanjut tentang sukatan pembelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang telah saya belajar dalam kelas. Walaupun tidak secara langsung tetapi ia
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping menguatkan lagi pengetahuan
yang telah saya ketahui tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semasa saya
mengumpul maklumat untuk dimasukkan dalam kerja kursus, saya dapat belajar
untuk mengenal pasti maklumat-maklumat yang betul dan maklumat tersebut dari
sumber yang boleh dipercayai. Terdapat ciri-ciri tertentu yang saya belajar dalam
proses mengumpul maklumat iaitu belajar menganalisa data-data yang saya
kumpulkan dan mengambil informasi-informasi yang wajar dan tepat.
. Tugasan ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara
pelajar dan pensyarah. Pelajar sering berjumpa dengan pensyarah untuk
mendapatkan tunjuk ajar bagi memastikan tugasan dapat dilakukan dengan lancar.
Secara tidak langsung, hubungan pensyarah dengan pelajar semakin rapat.
Akhir sekali, saya berharap agar tugasan seperti ini diadakan dengan lebih
kerap pada hari akan datang bukan hanya untuk subjek Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tetapi subjek-subjek yang lain juga melaksanakan kerja kursus mereka
dengan pendekatan yang sebegini rupa. Kesempatan ini, saya ingin memohon maaf
sekiranya membuat kesilapan yang telah menyebabkan seseorang tersinggung atau
marah sepanjang melakukan kerja kursus ini.
SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN