refleksi pengalaman lalu

7
1.1 Refleksi Pengalaman Lalu Semasa saya belajar di peringkat sekolah rendah, saya juga menghadapi masalah mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Pada masa itu, saya kurang pasti bagaimana dan kenapa kita mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai digit. Konsep nilai digit ini, paling asas semasa kita menyelesaikan masalah menggunakan operasi matematik. Dalam praktikum ketiga ini, saya telah menjalankan tugas saya di sebuah sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh. Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran Matematik Tahun Dua Al-Biruni. Sebelum saya mengajar murid Tahun Dua, saya telah berinteraksi dengan guru pembimbing saya untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang murid-murid saya. Saya mendapati bahawa tahap pencapaian murid tahun ini mempunyai jurang agak besar. Terdapat beberapa murid mempunyai tahap pencapaian rendah dalam subjek Matematik dan beberapa

Upload: sathis-menagah

Post on 09-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

gbrgrgt

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Pengalaman Lalu

1.1 Refleksi Pengalaman Lalu

Semasa saya belajar di peringkat sekolah rendah, saya juga menghadapi

masalah mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Pada masa itu, saya kurang

pasti bagaimana dan kenapa kita mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai

digit. Konsep nilai digit ini, paling asas semasa kita menyelesaikan masalah

menggunakan operasi matematik.

Dalam praktikum ketiga ini, saya telah menjalankan tugas saya di sebuah

sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh. Saya telah diberikan

tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran Matematik Tahun Dua Al-Biruni.

Sebelum saya mengajar murid Tahun Dua, saya telah berinteraksi dengan guru

pembimbing saya untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang murid-

murid saya. Saya mendapati bahawa tahap pencapaian murid tahun ini mempunyai

jurang agak besar. Terdapat beberapa murid mempunyai tahap pencapaian rendah

dalam subjek Matematik dan beberapa murid yang mempunyai pencapaian yang

tinggi dalam subjek Matematik.

Semasa saya mengajar konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan

nombor, kebanyakan murid dapat membuat dengan betul. Dalam kes ini, saya juga

mendapati bahawa terdapat sebahagian murid saya kurang mahir menguasai

konsep tersebut. Untuk memastikan sejauh mana masalah ini dialami oleh murid,

saya telah menyemak lembaran kerja mereka dan mengenal pasti faktor – faktor

tentang murid yang tidak dapat menjawab soalan mencerakinkan sebarang nombor

mengikut nilai digit hingga 1000. Saya mendapati bahawa biasanya murid akan

Page 2: Refleksi Pengalaman Lalu

menghadapi masalah mencerakinkan nombor iaitu tidak mengenal pasti nilai digit.

Soalan yang melibatkan nilai digit ini merupakan masalah yang dihadapi oleh

kebanyakan murid saya.

Bagi memahami punca wujudnya masalah ini, saya telah membincangkan

masalah ini dengan guru pembimbing saya. Beliau menyatakan bahawa murid –

murid Tahun Dua ini masih berusia kecil dan kerap melakukan kesilapan kecuaian

apabila menulis jawapan. Hal ini demikian kerana pemahaman tentang

mencerakinkan nombor bagi murid – murid terutamanya murid yang

berpencapaian rendah adalah tidak kukuh. Dalam fenomena ini, disebabkan oleh

mereka masih belum mempunyai pemahaman konsep tersebut sebelum ini.

Pemahaman konsep ini yang kukuh adalah amat penting supaya murid dapat

mengaplikasikan konsep tersebut pada topik yang seterusnya seperti penambahan

dan penolakan serta dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

Selepas membincangkan masalah murid dengan guru pembimbing, saya

mengimbas kembali cara yang digunakan oleh guru saya untuk mengajar topik ini

ketika saya belajar di sekolah rendah. Guru matematik saya akan menggunakan

Blok Dienes untuk membina konsep cerakinan ini. Kami berpeluang untuk

mencuba soalan mencerakinkan nombor dengan menggunakan bahan konkrit

tersebut. Selepas memperoleh pemahaman konsep yang kukuh, saya dapat

manjawab soalan terebut dengan mudah. Justeru, pada pandangan saya,

penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran amat dalam konsep

mencerakinkan nombor.

Page 3: Refleksi Pengalaman Lalu

Daripada pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya

mendapati bahawa murid-murid saya kurang memahami dengan konsep ini.

Apabila saya menemui masalah sedemikian saya menemu bual murid – murid

tersebut untuk memahami sebab masalah ini berlaku. Selepas bertemu bual dengan

murid-murid, saya dapati bahawa murid – murid ini tidak menguasai konsep nilai

digit ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pada pendapat saya, faktor yang utama

ialah perwakilan digit dalam konsep nilai digit ini adalah tidak bermakna bagi

mereka. Sesuatu digit dalam sebarang nombor tersebut tidak dapat menunjukkan

nilai digit yang dikehendaki. Bagi murid, saiz bagi nilai digit tersebut adalah sama.

Oleh itu, apabila murid mencerakinkan sebarang nombor sepatutnya satu digit

dalam nombor tersebut mewakili nilai digit satu. Tetapi, kekeliruan timbul kerana

mereka tidak dapat memahami mengapa digit dalam sesuatu nombor akan

memberikan nilai digitnya berbeza.

Punca keduanya ialah pemahaman tentang konsep nilai digit ini sebab

pemikiran mereka adalah terlalu abstrak. Di sini peranan alat bantu mengajar boleh

membantu murid – murid ini untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran

tentang mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit. Bahan bantu

mengajar yang saya gunakan bukan hanya untuk memberitahu kedudukan sesuatu

digit dalam sebarang nombor dan juga untuk mewakilkan nilai bagi nombor

tertentu. Menurut teori Piaget (n.d., dalam Noor Shah Saad dan Sazelli Abdul

Ghani, 2010), murid – murid Tahun Dua masih berada dalam peringat operasi

konkrit. Menurut Cathcart, Pothier, Vance & Bezuk (2006), setiap langkah dalam

Page 4: Refleksi Pengalaman Lalu

cerakinan nombor bermula dengan model yang konkrit kepada akan membantu

murid untuk membuat perkaitan antara perwakilan konkrit kepada simbolik. Oleh

sebab itu, guru mempunyai tanggungjawab untuk menekankan kepentingan

penggunaan bahan konkrit semasa mengajar dalam kelas.

Di samping itu, saya juga berharap bahawa murid dapat menguasai

konsep nilai digit dalam mencerakinkan dengan efektif sekiranya strategi - strategi

yang menarik dapat diaplikasikan dalam pengajaran. Bagi murid yang menghadapi

masalah dalam mencerakinkan nombor, mereka bosan dengan strategi yang

digunakan di sekolah iaitu strategi berpusatkan guru. Oleh itu, strategi – strategi

seperti berpusatkan murid, berpusatkan alat bantu mengajar dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan untuk menguasai konsep tersebut.

Apabila kita menggunakan strategi berpusatkan murid secara tidak langsung,

keyakinan, keberanian dan motivasi serta kemahiran berfikir sacara rasional dan

logik juga dapat dipertingkatkan.

Kesimpulannya, matematik adalah mata pelajaran yang amat mencabar.

Unsur KBAT dapat diselitkan dalam pengajaran matematik supaya murid boleh

berfikir secara luas dan kreatif. Secara tidak langsung, kita menggunakan

matematik dalam kehidupan seharian. Dengan menguasai konsep ini, barulah kita

memperoleh keyakinan diri dengan menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu,

sabagai seorang bakal guru, kita harus memerhatikan murid yang lemah dalam

matematik serta tanggungjawab guru untuk membantu mereka menguasai

kemahiran ini. Berdasarkan senario yang dihadapi serta pengalaman yang didapati

Page 5: Refleksi Pengalaman Lalu

semasa praktikum ketiga ini, saya mengambil keputusan di mana tindakan yang

sesuai perlu diambil bagi membantu murid saya yang menghadapi masalah dalam

mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Dengan ini, saya akan menggunakan

satu bahan bantu mengajar ( model kit ) yang paling sesuai supaya memudahkan

murid untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.