refleksi pengajaran

2
R efleksi Pengajaran NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL 820101- 06 - 6353 DB100058 Set Induksi Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid (Mook Soon Sang:1992), Manakala menurut Sharifah Alwiah(1983): Set induksi merupakan satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu.Set induksi merangkumi apa jua idea atau proses yang mendorong pelajar untuk memberi perhatian dan belajar (Rahil, Habibah dan Mahyuddin:1997). Terdapat empat komponen utama yang seharusnya perlu wujud dalam sesebuah set induksi iaitu seperti menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan serta menstruktur. Untuk membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancar serta berkesan, guru perlu menarik perhatian murid untuk bersedia menerima aktiviti pengajaran yang akan di laksanakan pada waktu tersebut. Dalam set induksi sesi pengajaran ini saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti penyoalan serta aktiviti permainan iaitu saya bersoal jawab tentang kehadiran murid dan keadaan semasa murid. Kemudian ianya diikuti dengan sedikit permainan teka teki menggunakan bahan yang telah saya sediakan yang bersesuaian dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid. Bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran yang akan saya sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang saya berikan kepada murid adalah agak mencabar dan setiap pelajar yang berjaya memberi jawapan yang betul bagi soalan yang telah diajukan akan diberikan sedikit ganjaran. Bagi mencapai objektif pengajaran serta membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. Aktiviti permainan teka teki yang saya jalankan semasa set induksi tersebut mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan serta berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Soalan soalan yang diberikan kepada murid adalah berkait dengan tajuk yang akan dipelajari oleh murid pada sesi pelajaran pada hari tersebut serta membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep baru. Set induksi yang dapat disampaikan dalam masa yang singkat serta dapat mencapai tujuannya membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan lancar serta dapat membantu mengurangkan masalah disiplin murid kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran seterusnya.

Upload: izardiismail

Post on 22-Nov-2014

1.934 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

P dan P

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi pengajaran

Refleksi Pengajaran

NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL820101- 06 - 6353 DB100058

Set Induksi

Set induksi merupakan bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid (Mook Soon Sang:1992), Manakala menurut Sharifah Alwiah(1983): Set induksi merupakan satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu.Set induksi merangkumi apa jua idea atau proses yang mendorong pelajar untuk memberi perhatian dan belajar (Rahil, Habibah dan Mahyuddin:1997).

Terdapat empat komponen utama yang seharusnya perlu wujud dalam sesebuah set induksi iaitu seperti menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan serta menstruktur. Untuk membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan lancar serta berkesan, guru perlu menarik perhatian murid untuk bersedia menerima aktiviti pengajaran yang akan di laksanakan pada waktu tersebut. Dalam set induksi sesi pengajaran ini saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti penyoalan serta aktiviti permainan iaitu saya bersoal jawab tentang kehadiran murid dan keadaan semasa murid. Kemudian ianya diikuti dengan sedikit permainan teka teki menggunakan bahan yang telah saya sediakan yang bersesuaian dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid.

Bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran yang akan saya sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang saya berikan kepada murid adalah agak mencabar dan setiap pelajar yang berjaya memberi jawapan yang betul bagi soalan yang telah diajukan akan diberikan sedikit ganjaran.

Bagi mencapai objektif pengajaran serta membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna. Aktiviti permainan teka teki yang saya jalankan semasa set induksi tersebut mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan serta berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Soalan – soalan yang diberikan kepada murid adalah berkait dengan tajuk yang akan dipelajari oleh murid pada sesi pelajaran pada hari tersebut serta membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep baru.

Set induksi yang dapat disampaikan dalam masa yang singkat serta dapat mencapai tujuannya membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan lancar serta dapat membantu mengurangkan masalah disiplin murid kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran seterusnya.

Sekian.