refleksi pengajaran stail lengkap

12
REFLEKSI STAIL PENGAJARAN STAIL J (Stail Pengajaran Saya) Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PJM3110 saya iaitu Encik Sabri Tan yang telah membimbing saya sepanjang masa pelaksanaan kerja kursus ini. Beliau telah menunjukkan dan mengajar saya cara pelaksanaan pengajaran mikro menggunakan stail J iaitu pembelajaran terdorong. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekumpulan saya iaitu Ooi Ning Wei dan Aliaa Iryani yang telah bersama-sama saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Stail J merupakan stail yang berpusatkan murid sepenuhnya. Dalam stail ini, murid akan menentukan segala program atau aktiviti pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing kepada murid sahaja. Penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran ditentukan oleh murid itu sendiri. Oleh yang demikian, murid sangat memainkan peranan yang penting semasa proses P&P. Gaya pembelajaran yang menggunakan stail ini juga memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru untuk mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Guru tidak boleh membantah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tetapi hanya boleh membetulkan pelajar jika aktiviti yang dibuat tidak betul. Saya juga mendapati stail ini merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan pada diri sendiri. Pengalaman pertama pelajar belajar akan menjadi sumber utama ke arah pembelajaran seterusnya. Di sini menunjukkan, murid perlu memahami secara kendiri apa yang telah dipelajari untuk membolehkan mereka memahami pelajaran yang seterusnya. Pelajar akan bertanggungjawab secara maksimum dalam proses P&P yang dilalui.

Upload: michelle-hew

Post on 16-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

REFLEKSI STAIL PENGAJARAN STAIL J (Stail Pengajaran Saya)Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PJM3110 saya iaitu Encik Sabri Tan yang telah membimbing saya sepanjang masa pelaksanaan kerja kursus ini. Beliau telah menunjukkan dan mengajar saya cara pelaksanaan pengajaran mikro menggunakan stail J iaitu pembelajaran terdorong. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekumpulan saya iaitu Ooi Ning Wei dan Aliaa Iryani yang telah bersama-sama saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Stail J merupakan stail yang berpusatkan murid sepenuhnya. Dalam stail ini, murid akan menentukan segala program atau aktiviti pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing kepada murid sahaja. Penglibatan guru dalam aktiviti pembelajaran ditentukan oleh murid itu sendiri. Oleh yang demikian, murid sangat memainkan peranan yang penting semasa proses P&P. Gaya pembelajaran yang menggunakan stail ini juga memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru untuk mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Guru tidak boleh membantah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tetapi hanya boleh membetulkan pelajar jika aktiviti yang dibuat tidak betul. Saya juga mendapati stail ini merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan pada diri sendiri. Pengalaman pertama pelajar belajar akan menjadi sumber utama ke arah pembelajaran seterusnya. Di sini menunjukkan, murid perlu memahami secara kendiri apa yang telah dipelajari untuk membolehkan mereka memahami pelajaran yang seterusnya. Pelajar akan bertanggungjawab secara maksimum dalam proses P&P yang dilalui. Pelaksanaan stail J ini dalam sesi P&P memerlukan tiga proses iaitu pra-impak, impak dan pasca impak. Semasa proses pra-impak, pelajar perlu memahami topik dan memutuskan untuk memilih bahan subjek umum dan memilih topik khusus daripada bahagian kandungan subjek. Di sini menunjukkan pelajar mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang hendak mereka pelajari. Seterusnya, proses kedua dalam pelaksanaan stail J ini adalah proses impak. Semasa proses ini, pelajar akan bertindak balas dalam setiap masalah dan ujikaji yang dilakukan, meneliti, memeriksa dan menemui pelbagai pergerakan yang akan menyelesaikan segala permasalahan. Pelajar juga mengatur segala pola pergerakan yang ditemui kepada kategori yang diperlukan oleh reka bentuk pra impak. Mereka juga akan menentukan cara penglibatan guru dan memilih dan menentukan stail pengajaran yang akan digunkan oleh guru apabila dijemput. Mereka bebas meminta guru untuk mengendalikan pengajaran mengikut mana-mana stail yang dirasakan sesuai. Kemudian, proses ketiga dalam pelaksanaan stail J ini adalah pasca impak. Di dalam proses ini, kedua-dua guru dan murid perlu memainkan peranan. Peranan guru adalah untuk menerima bidang kajian yang telah dicetuskan oleh murid. Guru juga hendaklah menyatakan peraturan-peraturan yang umum dan sesuai berdasarkan rancangan pelajar dan memberikan kebebasan yang secukupnya mengikut perancangan pelajar. Peranan pelajar pula di dalam proses ini ialah keputusan dibuat setiap kali pelajar mengenal pasti satu tindak balas melalui perlakuan pergerakan yang telah mereka kaji, periksa kesahihan sebagai penyelesaian kepada masalah itu di dalam satu kategori.Tugasan kali sememangnya banyak manfaat yang berguna kepada saya sebagai bakal guru. Setelah membuat pembacaan dan juga penelitian secara terperinci, saya mendapati stail pembelajaran ini sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan boleh diaplikasikan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Stail ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Hal ini kerana stail ini meningkatkan tahap kognitif murid dengan lebih berkesan dan murid-murid lebih seronok untuk belajar. Manakala dari aspek kelemahan, stail ini mengambil masa yang lama untuk dikendalikan. Hal ini berikutan daripada kekangan dari segi pengawalan kelas. Setiap murid mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Sesetengah murid akan tidak ingin mengambil bahagian. Oleh itu, stail pembelajaran ini tidak sesuai dijalankan ke atas murid yang pasif dan tidak kreatif. Murid-murid ini pastinya tidak suka dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian. Kesimpulannya, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran ini. Namun begitu, guru memainkan perana penting untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan. Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI PENGAJARAN STAIL ATerlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PJM3110 saya iaitu Encik Sabri Tan yang telah membimbing saya sepanjang masa pelaksanaan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas saya iaitu Nur Shahirah Mohmad, Siti Athiyah, dan Waniey Fatin kerana telah membentangkan stail ini dengann jayanya.Stail A adalah stail perintah. Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua keputusan. Kumpulan Nur Shahirah Mohmad, Siti Athiyah dan Waniey Fatin telah membentangkan pergerakan lokomotor. Mereka telah menjadikan pengajaran mereka menarik dengan menukar aktiviti lokomotor kepada permainan glu badan di mana guru akan memberi arahan, contohnya berjalan macam kera dan pelajar akan berjalan macam kera di dalam kawasan yang ditentukan sehingga guru berkata gam kaki 3 orang. Murid akan mencari tiga orang rakan dan letakkan kaki mereka bersama. Murid yang tidak ada pasangan akan dikira kalah. Pada pendapat saya, aktiviti yang dikelolakan oleh mereka tersebut amat sesuai untuk memperkenalkan pergerakan lokomotor. Hal ini kerana pelajar mudah berasa tertarik dengan permainan seperti glue badan dan mereka peka bahawa apabila mereka bergerak untuk melakukan pergeraka sebelum melekatkan anggota badan mereka dengan rakan adalah pergerakan lokomotor. Terdapat pelbagai kebaikan dalam pelaksanaan stail pembelajaran ini. Stail ini dapat memastikan bahawa isi pengajaran tidak terpesong. Stail pengajaran perintah akan memeliharakan kandungan pelajaran penyampaian guru tanpa sebarang perubahan sekiranya pelajar mengikutinya dengan sepenuhnya. Oleh kerana stail ini berpusatkan guru, maka keadaan kelas dapat dikawal walaupun saiz kelas tersebut besar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan mendengar dan mengikuti perintah guru untuk melancarkan lagi proses pembelajaran. Ini mendorong pelaksanaan persembahan fizikal dengan berkesan. Berdasarkan stail pengajaran ini, persembahan fizikal diajar oleh guru dan pelajar hanya perlu meniru perlakuan guru secara berkesan. Guru bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan semasa peniruan. Selain itu, guru perlu memastikan penerimaan kemahiran pembelajaran pelajaran dengan betul. Stail ini juga dapat menghasilkan keseragaman Pelajar menguasai sesuatu kemahiran melalui peniruan akan menghasilkan keseragaman. Stail ini mengurangkan kesilapan murid dalam persembahan fizikal mereka.Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam stail pembelajaran ini. Antaranya ialah ianya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Gurulah yang menentukan keputusan semasa mengajar dan pelajar perlu menurut perintahnya. Keadaan ini akan menyebabkan komunikasi sehala dan pelajar tidak dapat mencurahkan pendapat mereka. Hal ini kerana guru sahaja yang memberi arahan semasa mengajar, manakala pelajar hanya mendengar perintah guru. Pelajar haruslah menjalankan aktiviti mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat. Selain itu, dalam stail ini, guru berperanan sebagai model. Pelajar ikut sahaja apa yang dimita dan ditunjukkan oleh guru. Stail perintah juga menyekat perkembangan kreativiti pelajar Perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam penggunaan stail ini. Pada masa yang sama, kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi pendapat individu pelajar.Akhir kata, setiap stail pengajaran mempunyai cara penyampaian tersendiri yang dapat dilaksanakan secara berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran atau sebaliknya. Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti serta keupayaan murid-muridnya. Semasa penyampaian stail pengajaran perintah ini, guru perlu menggunakan bahasa dengan betul, mudah dan jelas, mengambilkira pelbagai perkara seperti objektif, emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan dan menggunakan aktiviti yang ssuai dengan tahap dan keupayaan murid mereka. Sekian, terima kasih.

STAIL PENGAJARAN FTerlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PJM3110 saya iaitu Encik Sabri Tan yang telah membimbing saya sepanjang masa pelaksanaan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas saya iaitu Nur Hawa, Liyana dan Alya Khan kerana telah membentangkan stail ini dengann jayanya.Stail F merupakan penemuan terbimbing. Stail ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklum balas pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul. Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing pelajar untuk memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan mengemukakan idea-idea yang membantu pelajar ke arah mendapatkan jawapan yang betul. Stail in bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan ke arah proses penumpuan. Pelajar diberi peluang untuk menerokai pelbagai konsep secara berterusan. Stail ini berpusatkan guru dan murid dan melibatkan komunikasi dua hala di mana pelajar membuat tugasan yang diberikan oleh guru dan guru perlu membuat turutan soalan bagi pelajar meneroka. Dalam stail ini, guru berperanan sebagai fasilitator sahaja dan keputusan akan diambil oleh pelajar berbanding dengan guru.Dalam pembentangan stail ini oleh rakan saya iaitu Nur Hawa, Liyana dan Alya Khan telah mengajar tentang melontar dan membawa bola, sebelum memulakan pengajaran, mereka telah menanya kami tentang pelbagai soalan mengenai bola dan apa yang boleh dilakukan dengan bola. Soalan-soalan ini mampu merangsang minda pelajar untuk berfikir dan tidak hanya menerima segala maklumat daripada guru. Selepas itu, mereka telah memilih seorang pelajar ke hadapan untuk mendemonstrasi aktiviti yang dikatakan olehnya iaitu melontar bola. Kemudian, kesemua pelajar bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Pada pendapat saya, kumpulan ini mampu memperbaiki lagi pembentangan pengajaran mikro mereka agar lebih menarik dengan menyediakan soalan dan aktiviti yang lebih menarik bagi menarik minat pelajar.Stail ini terdapat kekuatan dan keburukannya juga. Antara kekuatan stail ini adalah pelajar dapat mempelajari tindak balas fizikal yang dirancang oleh guru. Hal ini kerana, mereka akan sentiasa dibimbing oleh guru supaya memperoleh konsep atau lakuan yang betul mengenai sesuatu pelajaran melalui pelbagai soalan yang ditanya oleh guru. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam hubungan antara langkah yang telah dipelajari. Guru sangat memainkan peranan dalam memastikan pelajar mengikuti setiap pelajaran yang sedang diajar. Selain itu, melalui stail ini, pelajar juga dapat membina idea sendiri berdasarkan aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat menerokai sesuatu yang baru. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat ingin tahu dalam diri mereka. Hal ini juga membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis serta tidak terpesong daripada apa yang dipelajari itu. Melalui penglibatan pelajar untuk berfikir dengan kreatif dan kritis, mereka akan lebih mudah memahami dan mengingati apa yang dipelajari dan ini menjamin keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun, stail ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang terdapat dalam stail ini ialah stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang matang sahaja. Hal ini kerana ada diantara proses di dalam stail ini yang memerlukan penilaian dan tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang lemah berkemungkinan tidak dapat memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan terbimbing ini. Ini akan membuatkan pelajar yang lemah terus bosan, tidak mengikuti pelajaran dan terus mengganggu rakan lain yang ingin belajar.Kesimpulannya, dengan adanya tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada saya sebagai bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Sekian, terima kasih.

STAIL PENGAJARAN CTerlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah PJM3110 saya iaitu Encik Sabri Tan yang telah membimbing saya sepanjang masa pelaksanaan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas saya iaitu Izzay, Komalan dan Nik Hazran kerana telah membentangkan stail ini.Stail bergandingan / stail C merupakan satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan tersebut. Manakala guru akan melihat pembelajaran tersebut dan pemerhati sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Stail C merupakan stail berpasangan iaitu melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku. Oleh itu, stail ini dikatakan berpusatkan kepada pelajar. Guru akan menyediakan satu boring maklumbalas kepada pelajar dan pelajar dikehendaki menilai rakan mereka berdasarkan kriteria dalam borang tersebut. Menerusi stail ini, peranan guru adalah memantau pemerhati, menjawab soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku. Berdasarkan pembentangan rakan saya, mereka telah mengajar asas bola keranjang. Saya mendapati mereka tidak memberi borang maklum balas kepada pemerhati. Ini menyebabkan mereka telah menggunakan stail ini dengan salah walaupun aktiviti yang dilakukan menarik. Memandangkan stail in berpusatkan murid, guru tidak harus mendemonstrasi kerana murid perlu melakukan perlakuan mengikut gambar atau apa yang dinyatakan di dalam borang maklum balas untuk dinilai oleh rakan mereka.Akan tetapi, stail C juga mempunyai kekuatannya tersendiri. Pertama sekali, dalam stail C, boleh dilihat guru menerima hubungan sosial antara pemerhati dan pelaku, guru juga sedar akan kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas antara satu sama lain serta mencapai objektifnya. Selain itu, guru juga dapat mengembangkan perlakuan dan menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan. Pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa kehadiran guru.Kelemahan stail C pula ialah ia menyukarkan pelajar untuk memilih pasangan yang sesuai terutamanya antara mereka yang tidak mempunyai persefahaman yang selari. Hal ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Seterusnya, kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan. Biasanya, stail ini hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya kerana bukan semua individu memerlukan bimibingan rakan sebaya, ada individu yang lebih selesa dengan pembelajaran secara kendiri atau pembelajaran terus daripada guru mereka sendiri. Hal ini berkemungkinan, kepercayaan yang diletakkan kepada guru itu lebih tinggi berbanding rakan sebaya. Kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai manfaat daripada melihat pembentangan rakan saya dalam stail pembelajaran stail bergandingan ini. Pada pendapat saya, stail ini sesuai dilakukan di dalam bilik darjah kerana ia meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara pelajar tetapi guru haruslah bijak mengawal keadaan kelas dan mengetahui masa yang sesuai untuk melaksanakan stail ini. Kaedah pembelajaran yang dipilih mestilah bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut. Sekian, terima kasih.