refleksi pendidikan moral

Upload: max-khenedy

Post on 14-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi Pendidikan Moral

    1/1

    Refleksi

    Syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa kerana laporan kerja kursus bagi

    mata pelajaran Pendidikan Moral ini akhirnya dapat kami sempurnakan dengan

    jayanya. Kami bertambah bersyukur kerana proses penyediaan laporan kerja kursus ini

    juga telah membekalkan banyak input berguna kepada kami berdua. Di samping

    melakukan penyelidikan dan analisis, kami dapat mempelajari banyak perkara baru

    yang kami temui amat berharga serta sukar untuk didapati jika tidak ditimba dengan

    serius.

    Melaksanakan kerja kursus ini bermaksud mengisi dan memperkasakan lagi ilmu

    sedia ada pada diri kami masing-masing. sambil menyelam minum air. Itulah prinsip

    yang kami pegang ketika melakukan sesuatu perkara. Dalam konteks pelaksanaan

    kerja kursus ini, kami ingin belajar dan diajar. Diasuh melalui kerja, mantap kerana

    mengkaji. Kerja yang kami laksanakan ini bukan untuk meraih markah semata-mata.

    Kami mahu menjadikan kerja ini sebagai sebagai aset penjana minda kritis yang dapat

    kami budayakan melalui tabiat suka berfikir.

    Daripada analisis yang kami laksanakan ke atas gejala sosial remaja atau anak-

    anak sekolah ini, kami dapati bahawa gejala ini sememangnya berbahaya dan perludibendung dalam kadar yang segera. Semua masa yang ada dalam diri anak-anak kita

    seharusnya diisi oleh perkara-perkara yang berfaedah. Gejala melepak yang timbul

    telah merosakkan diri anak bangsa Malaysia khususnya.

    Oleh yang demikian, kami dapat melihat bahawa peranan ibu bapa dan anggota

    masyarakat sememangnya amat diperlukan. Ibu bapa secara amnya dapat memainkan

    peranan dengan meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti harian anak-anak mereka.

    Jangan biarkan anak-anak terjerumus ke dalam lembah kelam akibat kecuaian dan

    sikap lepas tangan seperti yang diamalkan oleh segelintir ibu bapa. Kita harus

    mempertahankan anak-anak muda kita daripada cengkaman pengaruh-pengaruh

    kuning dari luar. Ingat, kanak-kanak adalah aset terpenting yakni modal insan yang

    akan bakal menerajui tonggak pemerintahan negara di masa yang akan datang.