refleksi pembentangan kumpulan

5
Refleksi Pembentangan Kumpulan Ahli Kumpulan : Lee Ee May, Sharon Low Yee Sa (PISMP SEM 3 RBT) Kami telah membuat persediaan bagi tajuk pembentangan ini sebaik sahaja kami mendapat kerja tugasan ini. Kami mendapat tajuk ini secara cabut undi. Mula-mulanya, kami membaca soalan dengan teliti tetapi kami masih tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, kami telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan sekelas dan senior yang lebih berpengalaman. Kami juga membuat rujukan daripada beberapa sumber supaya kami lebih memahami cara untuk melaksanakan pembentangan dengan baik. Selepas kami memahami tentang tajuk pembentangan, kami telah berbincang untuk mendapatkan idea pembentangan yang lebih menarik. Kami telah bekerjasama menghasilkan slaid pembentangan dalam masa seminggu. Semasa membuat pembentangan, kami telah menghadapi masalah kerana kami terlupa membawa pembesar suara untuk menayangkan video yang disediakan. Hal ini menyebabkan rakan-rakan sekelas tidak dapat mendengar apa-apa yang disampaikan dalam video secara jelas. Selepas membuat pembentangan, kami telah mendapati beberapa kekuatan yang ada pada kami. Kekuatan yang pertama ialah pembentangan kami telah melibatkan pelbagai unsur seperti tayangan video, muzik, pantun, perbahasan dan sebagainya yang dapat meningkatkan kualiti pembentangan kami. Selain itu, pembentangan kami juga menyediakan aktiviti secara berkumpulan. Rakan-rakan sekelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengadakan perbincangan terhadap soalan yang kami kemukakan. Dengan ini, rakan-rakan tidak akan berasa bosan dan dapat menumpukan perhatian pada pembentangan kumpulan kami. Aktiviti secara berkumpulan ini juga dapat mengukuhkan lagi kefahaman rakan-rakan sekelas terhadap apa yang telah kami bentangkan. Segala bahan persembahan yang telah kami sediakan amat jelas, terperinci dan mudah difahami. Kami menggunakan warna latar belakang yang kontra dengan warna tulisan supaya dapat dilihat dengan jelas. Kami juga menggunakan ayat yang mudah

Upload: shereen-choo

Post on 16-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Refleksi Pembentangan KumpulanAhli Kumpulan : Lee Ee May, Sharon Low Yee Sa (PISMP SEM 3 RBT)Kami telah membuat persediaan bagi tajuk pembentangan ini sebaik sahaja kami mendapat kerja tugasan ini. Kami mendapat tajuk ini secara cabut undi. Mula-mulanya, kami membaca soalan dengan teliti tetapi kami masih tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, kami telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan sekelas dan senior yang lebih berpengalaman. Kami juga membuat rujukan daripada beberapa sumber supaya kami lebih memahami cara untuk melaksanakan pembentangan dengan baik. Selepas kami memahami tentang tajuk pembentangan, kami telah berbincang untuk mendapatkan idea pembentangan yang lebih menarik. Kami telah bekerjasama menghasilkan slaid pembentangan dalam masa seminggu. Semasa membuat pembentangan, kami telah menghadapi masalah kerana kami terlupa membawa pembesar suara untuk menayangkan video yang disediakan. Hal ini menyebabkan rakan-rakan sekelas tidak dapat mendengar apa-apa yang disampaikan dalam video secara jelas.Selepas membuat pembentangan, kami telah mendapati beberapa kekuatan yang ada pada kami. Kekuatan yang pertama ialah pembentangan kami telah melibatkan pelbagai unsur seperti tayangan video, muzik, pantun, perbahasan dan sebagainya yang dapat meningkatkan kualiti pembentangan kami. Selain itu, pembentangan kami juga menyediakan aktiviti secara berkumpulan. Rakan-rakan sekelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengadakan perbincangan terhadap soalan yang kami kemukakan. Dengan ini, rakan-rakan tidak akan berasa bosan dan dapat menumpukan perhatian pada pembentangan kumpulan kami. Aktiviti secara berkumpulan ini juga dapat mengukuhkan lagi kefahaman rakan-rakan sekelas terhadap apa yang telah kami bentangkan. Segala bahan persembahan yang telah kami sediakan amat jelas, terperinci dan mudah difahami. Kami menggunakan warna latar belakang yang kontra dengan warna tulisan supaya dapat dilihat dengan jelas. Kami juga menggunakan ayat yang mudah difahami pada slaid pembentangan agar tidak menimbulkan kekeliruan rakan-rakan sekelas. Selain itu, kami berusaha untuk menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan memorandum 18 Perkara dan 20 Perkara Sabah dan Sarawak secara terperinci kepada rakan-rakan agar dapat meningkatkan kefahaman mereka. Semasa berbentang di depan, kami menyampaikan bahan persembahan dengan menggunakan nada, suara, intonasi yang sesuai. Kami berusaha memastikan ketepatan sebutan supaya rakan-rakan sekelas faham tentang maklumat yang ingin kami sampaikan. Di samping itu, kami juga kerap meningkatkan penglibatan rakan dalam pembentangan kami supaya mereka berpeluang untuk memberi pendapat terhadap isu yang kami bentangkan. Penglibatan rakan semasa pembentangan juga menjadikan pembentangan kami lebih menarik dan menghidupkan suasana pembelajaran. Pembentangan kami mempunyai beberapa kelemahan yang perlu dibaiki agar dapat meningkatkan kualiti pembentangan kami pada masa depan. Yang pertama, kami mempunyai kelemahan dari segi penggunanaan bahasa. Kami yang tidak biasa bertutur dalam Bahasa Melayu sering menggunakan bahasa lain seperti so, means, and, then, join dan sebagainya semasa membuat pembentangan. Kelancaran pertuturan dan pembentangan kami juga kurang memuaskan. Hal ini kerana kami kekurangan berlatih untuk membuat pembentangan dalam Bahasa Melayu. Selain itu, slaid pembentangan yang telah kami sediakan juga kurang terurus. Hal ini menyebabkan kami perlu mencari slaid yang betul semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Kelemahan ini menyebabkan pembentangan kami menjadi kelam-kabut dan rakan sekelas berasa keliru. Selain itu, kami juga tidak sempat untuk menyediakan cetakan slaid kepada rakan- rakan. Oleh itu, rakan sekelas mengalami masalah semasa hendak menjawab soalan kami. Rakan sekelas juga mudah lupa maklumat yang telah disampaikan kerana tidak dapat mencatatkan nota penting pada cetakan slaid. Tambahan pula, kumpulan kami tidak menguruskan masa dengan baik semasa pembentangan. Masa yang diperuntukkan untuk membuat pembentangan adalah selama 30 minit. Kumpulan kami telah melebihi masa selama 10 minit daripada masa yang ditetapkan. Hal ini akan disebabkan pembentangan kami terlalu panjang lebar dan video yang ditayangkan terlalu panjang masanya. Secara tidak langsung, rakan sekelas telah mula berasa bosan dan hilang tumpuan terhadap pembentangan kami. Dengan kelemahan yang terdapat pada kumpulan kami, kami akan berusaha untuk membuat penambahbaikan agar dapat melancarkan pembentangan kami pada masa depan. Semasa membuat pembentangan, kami akan sentiasa berhati-hati dengan penggunaan bahasa agar tidak menggunakan bahasa rojak. Kami juga perlu melatih diri untuk kerap bertutur dalam Bahasa Melayu demi meningkatkan kelancaran pertuturan semasa pembentangan. Di samping itu, kami perlu memastikan bahawa kami betul-betul memahami segala bahan persembahan dan berlatih beberapa kali sebelum membentangkan dalam kuliah. Sebelum membuat pembentangan, kami perlu memastikan slaid persembahan telah disusun secara teratur dan sistematik agar tidak menjejeskan kelancaran pembentangan. Penyusunan bahan persembahan yang teratur dapat meningkatkan kefahaman dan tumpuan rakan-rakan sekelas dalam proses pembentangan. Secara tidak langsung, hasil pembelajaran bagi kuliah tersebut juga dapat dicapai dengan mudah dan berkesan. Bagi mencapai pengurusan yang baik, kami haruslah mengurangkan maklumat-maklumat yang tidak berkenaan dan mengutamakan isi-isi penting sahaja. Dengan ini, rakan sekelas tidak akan berasa keliru dan dapat menumpukan tumpuan mereka terhadap maklumat penting sepanjang pembentangan.Selepas membuat pembentangan tentang tajuk Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak, kami telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang proses pembentukan Malaysia. Kami telah memahami bahawa pembentukan Malaysia bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu, kami sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai serta mencintai negara kita, Malaysia. Di samping itu, kami juga telah meningkatkan kefahaman terhadap peristiwa memorandum 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak. Melalui aktiviti dalam kumpulan, kami telah mendapat cetusan idea yang baru daripada rakan-rakan sekelas tentang penilaian semula perjanjian tersebut. Kemahiran kami dalam bidang ICT telah banyak meningkat selepas membuat slaid pembentangan ini. Kami telah mahir menggunakan perisian Power Point dengan memasukkan gambar, video, muzik, grafik secara berkesan dan teratur. Kemahiran ICT ini telah banyak membantu kami dalam usaha memperkayakan bahan persembahan serta menjadikan pembentangan kami lebih menarik. Setelah menghasilkan tugasan yang penuh bermakna ini, kami telah memahami tentang kepentingan integrasi nasional dalam negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa. Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di Negara kita. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dipelihara untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang.Kami tidak pernah berputus asa walaupun kami telah menghadapi cabaran dalam penghasilan pembentangan Hubungan Etnik, sebaliknya kami mencari cara penyelesaian atau berbincang dengan rakan sekelas. Selain itu, kami mendapati bahawa kami telah membuat kesilapan sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini. Pada mula-mulanya, kami berasa amat bimbang kerana kami tidak memahami tentang tajuk tugasan. Walau bagaimanapun, kami tidak mudah berputus asa terhadap cabaran yang dihadapi. Dengan ini, tugasan pembentangan dapat dilaksanakan dengan berjaya. Kami berasa amat bersyukur kerana berpeluang menghasilkan tugasan yang penuh bermakna ini. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah kami perolehi daripada pembentangan ini akan kami aplikasikan dalam proses pengajaran kami pada masa akan datang.