laporan pembentangan seminar refleksi

32
KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TAJUK DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK PROGRAM AZIFATIL AZIFAH BINTI MASNAN D20102040017 AT19 NATRAH BINTI MAMAT D20102040018 AT19 HUMAIRAH BINTI MD AKBAL D20102040014 AT19 DISEDIAKAN UNTUK : PENSYARAH : PROF. DR NOOR SHAH BIN SAAD LAPORAN PERBENTANGAN : PEMBANGUNAN PROFESIONAL DAN PENGAMAL REFLEKSI.

Upload: maira-akbal

Post on 06-Sep-2015

1.236 views

Category:

Documents


51 download

DESCRIPTION

pembentangan kajian tindakan

TRANSCRIPT

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJARTAJUKLAPORAN PERBENTANGAN : PEMBANGUNAN PROFESIONAL DAN PENGAMAL REFLEKSI.

DISEDIAKAN OLEH :NAMANO. MATRIKPROGRAM

AZIFATIL AZIFAH BINTI MASNAN D20102040017AT19

NATRAH BINTI MAMAT D20102040018AT19

HUMAIRAH BINTI MD AKBALD20102040014AT19

DISEDIAKAN UNTUK :PENSYARAH: PROF. DR NOOR SHAH BIN SAADKUMPULAN : CTarikh: 22/11/20141.0 PENGENALANPendidikan merupakan bidang professional yang dinamik. Atas pengetahuannya dalam hampir setiap subjek dan disiplin akademik sentiasa berkembang. Begitu juga dengan kefahaman tentang bagaimana seseorang itu belajar, tentang struktur dan prosedur yang menyumbang terhadap keberkesanan persekitaran pembelajaran. Oleh sebab itu pendidik di setiap peringkat dalam sepanjang karier mereka perlu menguasai pengetahuan dan kefahaman baru ini. Di samping itu perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan juga sentiasa menuntut para pendidik secara berterusan membaharui diri supaya mereka tetap efektif dan memberi impak langsung terhadap pembelajaran murid. Hal ini dapat dijelaskan dalam konteks pembangunan professional dan sebagai pengamal refleksi.

2.0 RUMUSAN HASIL PERBENTANGAN. 2.1 Azifatil Azifah Binti Masnan. (Pembangunan Professional)Perkembangan profesional atau pembangunan staf menjadi komponen kritikal dalam membentuk guru-guru yang berkelayakan tinggi dan beriltizam. Oleh sebab itulah pembangunan professional guru telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Malahan menurut Wideen (1922), pelan perubahan dalaman sekolah mestilah didukung dengan pelan pembangunan profesional.Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang professional. Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliaanya di mata masyarakt seperti zaman datuk nenek kita dahulu.Peranan guru penting dalam sesebuah organisasi sekolah. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan sama ada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar dan berkhidmat di sekolah. Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal dan nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesion. Di antara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi isitlah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran, pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusan dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh terbangun? Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan, sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000). Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga melibatkan pelbagai pihak termasuklah pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggung jawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita. 2.1.1 Definisi Pembangunan GuruIstilah pembangunan guru selalu digunakan secara bertukar ganti dengan istilah pembangunan staf, pembangunan profesional dan pembangunan profesional berterusan. Banyak perdebatan berlaku tentang makna khusus istilah tersebut, dan menurut Blackburn (2000) tidak ada satu pun definisi yang dipersetujui. Keadaan ini menjadi lebih sukar lagi kerana mereka dianggap pakar dalam bidang pembangunan guru djuga tidak mendefinisikan secara tepat apa yang mereka maksudkan dengan isitlah tersebut. Ini disebabkan amalan dan proses perkembangan yang pantas dalam bidang pembangunan guru telah mempengaruhi kedua-dua makna dan penggunaan istilah berkenaan.Malahan menurut Evan (2002) apa yang mungkin dikategorikan sebagai definisi sebenar, dan bukunya sekadar tafsiran atau penjelasan ciri-ciri pembangunan guru, hampir-hampir tidak ada. Walau bagaimanapun Evan (2002) akur, kalaupun tidak terdapat definisi yang tepat sekurang-kurangnya tafsiran yang jelas tentang pembangunan guru penting supaya usaha-usaha dalam bidang ini dapat dikategorikan dalam parameter yang jelas.Berdasarkan literature pembangunan profesional, ada tiga bentuk tafsiran pembangunan guru yang sering digunakan iaitu pertama, mereka yang mentafsirkan pembangunan guru sebgai suatu proses. Kedua, mereka yang mentafsirkannya sebagai produk. Dan ketiga, tafsiran yang menggabungkan proses dan produk.Mereka mendefinisikan pembangunan profesional guru sebagai suatu proses dapat dipecahkan kepada dua kategori. Pertama, proses umum yang dialami atau dilalui oelh guru seperti tafsiran Craft (2000) yang mendefinisikan pembangunan profesional guru sebagai semua bentuk pembelajaran profesional yang diikuti oleh guru selepas sahaja mereka mengikuti latihan praperkhidmatan. Kedua, kadangkala ada definisi proses yang berbentuk teknikal seperti Guskey dan Sparks (1991) yang mendefinisikan pembangunan profesional sebagai proses multidimensi yang mengandungi aspek-aspek latihan, bermula dengan aktiviti persediaan, amalan dan bimbingan, dan aktiviti-aktiviti tindakansusul serta sokongan.Mereka yang mendefinisikan pembangunan profesional guru sebagai produk pula melihat produk itu dalam bentuk impak langsung, dan impak secara tidak langsung tetapi kritikal dalam menentukan keberkesanan pembangunan profesional guru. Produk dalam bentuk impak langsung itu berbentuk peningkatan personel. Umpamanya menurut Wood dan Thompson (1993) bahawa pembangunan profesional yang dilakukan oleh sekolah dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran baru dalam kalangan staf sekolah yang menekankan kesediaan, perancangan, latihan dalaman, pelaksanaan dan pemantapan. Dalam bentuk yang lebih eksplisit lagi definisi produk yang mempunyai impak langsung itu ialah seperti tafsiran Bradley (1987: 191-192);I define staff development as all those activities which lead to (i) the teachers improved performance in the present job-developing new ideas, solving problems, overcoming difficulties thus ensuring continued job statisfaction. (ii) the enhancement of teachers prospects of career development preparation for the next stage. (iii) the teacher being able to help the school strengthen its performance in a situation where the school, but not the teacher, is perceived to be deficient. (iv) the school being able to prepare itself to meet future demands on it.Mereka yang mentafsir pembangunan profesional sebagai produk dalam bentuk impak tidak langsung pula biasanya merujuk kepada kesan pembangunan profesional guru kepada prestasi pelajar.Manakala mereka mentafsir sebagai suatu proses dan sekali gus produk pula ialah seperti tafsiran Guskey (2000) yang mendefinisikan pembangunan profesional sebagai suatu proses dan aktiviti-aktiviti yang direka bentuk untuk mengembangkan pengetahuan profesiona, kemahiran dan sikap pendidik, dan seterusnya mereka pula dapat meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan definisi Darling Hammond (1994) yang dipetik oleh Evan (2002: 125) bahawa;.profesional development as a process of enhancing teachings profesional status by expanding the knowledge base upon which the profession draws and increasing teachers epistemological awareness.

2.2. Natrah binti Mamat. ( Model dan Teori Pembangunan Profesional).Bagi seorang guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dipercayai oleh ramai pihak dalam mendidik dan mengajar. Oleh itu, seorang guru perlulah berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh tauladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Hal ini yang dapat membezakan antara kerjaya seorang guru dengan kerjaya yang lain. Seorang guru yang berilmu perlu mengetahui segala aspek dalam konteks pengajaran tidak kira dari dalaman atau luaran. Penggunaan Pedagogi Content Knowledge membantu guru dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas, terang dan teratur kepada pelajarnya. Selain itu, bahan pengajaran, kaedah yang digunakan serta penggunaan teknologi turut menjadikan seorang guru itu dipandang tinggi dan berkebolehan dalam menguasai sesuatu teknik pengajaran. Seorang guru juga perlu meliputi aspek ketrampilan dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Bagi ketrampilan ia meliputi kepada perancangan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, pengurusan pembelajaran, kemahiran dan pemilihan kaedah strategi pengajaran serta menilai atau membuat refleksi dari proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Manakala aspek sahsiah pula meliputi dari keperibadian seorang guru contohnya bertaqwa, berakhlak baik, mempunyai komitmen yang tinggi dalam mendidik, bersikap positif, berkebolehan memimpin dan mengamalkan budaya ilmu tidak kira situasi maupun masa. Menurut Robiah (2002) berpendapat bahawa seorang guru yang professional seharusnya mempunyai enam konsep iaitu berkemampuan terhadap amalan professional dalam bilik darjah, mampu melaksanakan amalan professional di sekolah, bertingkahlaku secara professional dalam bilik darjah dan sekolah, betanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang professional serta bertanggungjawan sebagai agen reformasi masyarakat. Pengalaman sebagai seorang guru khususnya dalam bidang yang saya ceburi adalah melibatkan program pendidikan awal kanak-kanak. Sepanjang 3 tahun pelbagai kursus yang saya ikuti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebelum saya menjalani latihan mengajar selama 4 bulan. Sepanjang saya mendapat ilmu di UPSI, antara kursus yang diikuti adalah seperti pengajaran psikomotor, kreativiti, sains ,matematik, bahasa Inggeris dan komputer dalam pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi. Selain itu, kursus sampingan adalah seperti mengikuti program penghasilan alat bantu mengajar, pengurusan kanak-kanak, kursus pertolongan cemas dan banyak lagi. Hasil dari pembelajaran yang diterima saya pratikkan sewaktu saya menjalani latihan mengajar selama 4 bulan di samping menggunakan kaedah pembangunan professional sebagai seorang guru dalam mendidik dan mengajar kanak-kanak.

2.3 Humairah binti Md Akbal (Pengamal Refleksi)Maksud pengamal refleksi adalah satu renungan semula atau mengingat semula pengajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam kelas. Selain itu, refleksi juga boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang dilakukan dengan bertujuan mempertingkatkan kemajuan dan kemahiran seorang guru. Refleksi wujud hasil dari kesedaran atau dari hati dan nyata rasa (passion). Di samping itu, refleksi kendiri juga perlu dititikberatkan untuk penerokaan doman affective (emosional mind) , spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Proses refleksi berlaku melalui wujudnya penganalisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. Refleksi diperlukan apabila selesai melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran yang dilakukan. Selepas mereflek pengajaran, seorang guru itu harus mengambil tindakan susulan dalam mempertingkatkan mutu pengajaran di samping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keguruan. Seharusnya pengamal refleksi perlu dijadikan ia sebagai satu budaya kerja untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan profesion keguruan di pandang tinggi apabila guru sentiasa memperbaiki pengajaran dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Refleksi boleh dijadikan sebagai satu penulisan jurnal atau satu sumber rujukan sekiranya berhadapan dengan situasi yang berkaitan sewaktu dalam bilik darjah maupun di persekitaran sekolah. Kepentingan refleksi adalah untuk membuat penilaian kendiri berdasarkan aktiviti yang dilakukan dalam pengajaran. Ianya memerlukan satu proses berfikir secara analitik, kritis dan kreatif di samping menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan menilai hasil kerja yang dilakukan. Selepas itu, pengamal refleksi perlu membuat dan melihat alternatif lain dalam membuat keputusan berdasarkan kepada ciri-ciri spiritual, moral, nilai dan estetika. Bagi saya, pengamal refleksi itu penting dijadikan sebagai satu budaya kerja dalam mendidik kanak-kanak. Ini kerana, guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan seorang insan yang berguna pada masa akan datang. Sebagai contoh, pengamal refleksi dapat digunakan ketika proses pengajaran. Sekiranya pengajaran yang dilakukan pada hari tersebut kurang memuaskan dan hasil pengajaran kurang mencapai objektif, refleksi amatlah diperlukan untuk menimbang balik penggunaan kaedah pengajaran contohnya penggunaan alat bantu mengajar yang kurang kreatif, kaedah pedagogi yang kurang bersesuaian dengan kanak-kanak serta penggunaan laras bahasa yang tinggi hingga sukar kanak-kanak memahaminya.

2.3.1. Contoh Refleksi.Masalah :Kanak-kanak A tidak membuat latihan yang diberikan. Kanak-kanak ini tidak menunjukkan latihan kepada guru apabila guru meminta setiap orang menunjukkan jawapan apabila siap membuat latihan yang diberi. Kanak-kanak A tidak melengkapkan latihan yang diberi dan menganggu rakan yang lain untuk menyudahkan kerja mereka. Apabila ditegur, kanak-kanak tersebut hanya mendengar selama beberapa minit dan melakukan masalah seperti tadi. Guru telah dimaklumkan dari guru kelasnya bahawa kanak-kanak A ini lambat untuk menyudahkan latihan yang diberikan dan memerlukan paksaan dan teguran untuk memastikan kanak-kanak ini melengkapkan latihan yang diberi.

Tindakan :Guru menegur kanak-kanak tersebut dan meminta dia menyudahkan latihan yang diberikan serta menunjukkan latihan dia sebelum habis waktu persekolahan. Tetapi kanak-kanak A masih tidak melengkapkan latihan yang diberi dan masih menganggu rakan yang lain. Tindakan yang dibuat adalah, guru tidak membenarkan kanak-kanak ini naik ke daycare sehingga dia melengkapkan latihan yang diberi.

Penambahbaikkan :Apabila kanak-kanak ini selesai melengkapkan latihan yang diberi. Guru memeluk dan memujuk kanak-kanak A ini dan memberi kata-kata yang positif supaya kanak-kanak ini tidak kecewa dengan hukuman yang dikenakan kepada dia. Guru meminta kanak-kanak ini berjanji selepas ini mesti menyiapkan latihan yang diberi dan menunjukkan latihan kepada guru apabila siap melakukannya. Kesannya, di hari seterusnya, kanak-kanak ini tidak lagi menganggu rakan yang lain dan membuat latihan yang diberikan dan mendengar nasihat guru.

3.0 LATAR BELAKANG TADIKA DAN TASKA

Latihan mengajar bermula selama 16 minggu iaitu bermula pada 10 Febuari 2014 sehingga 30 Mei 2014. Para pelajar kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak diwajibkan untuk menjalani latihan mengajar ketika berada di semester 7. Antara syarat-syarat berpraktikal yang telah ditetapkan oleh pihak atasan ialah:

i. Premis tadika dan taska hendaklah di bawah pemilik yang samaii. Tidak melebihi 3 orang dalam satu kumpulaniii. Pelajar hendaklah berada di taska ataupun tadika 8 jam sehari sepanjang waktu berpraktikaliv. Mengajar atau melakukan aktiviti 8 jam dalam semingguv. Berpenampilan yang melambangkan sahsiah guru.

Sebelum melaporkan diri di tempat praktikal, pelajar mengadakan lawatan di tadika dan taska yang telah dipilih dan dipersetujui oleh pihak penyelaras bahagian latihan mengajar iaitu, Puan Hashimah Binti Hussien. Sesi lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar mempelajari serba sedikit mengenai tempat parktikal seperti pengurusan bilik darjah, jumlah kanak-kanak yang berada di taska dan tadika, bilangan kakitangan di tadika dan taska dan yang paling penting dapat berjumpa dengan pemilik serta pengetua tadika dan taska tersebut. Ketika sesi perjumpaan dengan pemilik dan pengetua, penerangan dan perbincangan diadakan bagi mencapai kata sepakat sepanjang tempoh praktikal dijalankan. Di bawah terdapat maklumat berkaitan latar belakang taska dan tadika:

Nama Tadika/Taska: Smart Soleh Damansara PerdanaAlamat Tadika/Taska: C G K 02 Flora Damansara, Jalan PJU 8/9, 48720 Bandar Damansara PerdanaNama Pemilik: Puan Nura Binti MaktarNama Pengetua: Norafidah Binti Md. NorBilangan Guru: 7 orang guruPembantu Guru: 1 orangBilangan Pelajar: 62 orangTahun Penubuhan: 2007Waktu Beroperasi: Sesi Persekolahan;Isnin Jumaat: 7.00 pagi 11.30 pagi (sesi pagi)Isnin Jumaat: 12.00 tengah hari 4.30 petang (sesi petang)Sesi Jagaan Harian;Isnin Jumaat: 7.00 pagi 6.00 petang

Pada hari pertama di Tadika Smart Soleh Damansara Perdana, kami terlebih dahulu berjumpa dengan pengetua tadika sebelum memulakan sesi pengajaran dan memulakan hari berpraktikal. Perjumpaan tersebut lebih menekankan berkaitan penerangan mengenai jadual kelas dan pembahagian minggu berpraktikal bagi dua sesi (sesi tadika dan sesi taska). Bagi dua bulan pertama latihan mengajar, kami dipecahkan mengikut tahun iaitu :Azifatil Azifah : kelas Cheerful Mawa (4 tahun)Natrah : kelas Courageus Naim (5 tahun)Humairah : kelas Genius Adnin (5 tahun)

Bagi dua bulan terakhir latihan mengajar adalah seperti berikut :Humairah & Natrah: kelas Cheerful Mawa (4 tahun)Azifatil Azifah: kelas Courageus Naim (5 tahun )

Kami telah menjalani minggu latihan mengajar dengan mengumpul sebanyak pengalaman untuk memastikan latihan yang dilakukan dapat memberi satu kesan dan pengalaman yang membina pada masa akan datang. Selain itu juga, kami telah mencuba mempratikkan skop pembangunan professional keguruan dan pengamal refleksi yang berjaya untuk menjadikan diri kami sebagai seorang guru yang memenuhi syarat sebagai seorang guru dalam mendidik kanak-kanak agar menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.

4.0 CADANGAN DAN USUL DARIPADA PESERTA SEMINAR

Soalan 1Nur Fatimah Zahra:Ada seorang kanak-kanak, ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kanak-kanak tersebut boleh mengikut tanpa banyak ragam. Masalah mula berlaku pada waktu di luar pembelajaran iaitu waktu rehat. Kanak-kanak tersebut tidak mengikut arahan guru dan ingin melakukan hal sendiri. Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut?

Jawapan 1Humairah:Pada pendapat saya, sebagai guru kita harus pandai menawan hati kanak-kanak. Seorang guru juga harus pandai memujuk kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak mula melakukan hal sendiri dan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya apabila mereka berasa bosan atau inginkan perhatian dari guru. Pada masa ini, guru hendaklah pandai memujuk dan menawan hati kanak-kanak dengan membuat perjanjian atau ganjaran daripada tingkah laku positif dan mendengar arahan. Oleh yang demikian, kanak-kanak tersebut secara tidak langsung menunjukkan tindak balas yang positif dan sedikit sebanyak akan mendengar arahan guru. Tidak semua percubaan memujuk akan berjaya, guru hendaklah pandai menggunakan kaedah lain yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.Situasi yang Fatimah Zahra ajukan pernah terjadi pada saya. Terdapat seorang kanak-kanak bernama Rayyan yang memerlukan perhatian yang lebih daripada kanak-kanak yang lain. Setiap kali waktu rehat Rayyan lebih gemar membaca buku daripada menjamah makanan bersama rakan sebaya. Dikhuatiri Rayyan akan berasa lapar, saya cuba memujuk beliau dengan membuat perjanjian dengannya. Saya memberitahu Rayyan yang diboleh membaca buku tersebut selepas makan. Kaedah tersebut tidak semestinya berjaya, saya perlu berbual-bual dengannya dan mengambil hati beliau. Kebiasannya saya akan membawa buku tersebut masuk ke dalam kelas dan memimpin tangan Rayyan. Sama ada saya akan membaca buku tersebut selepas Rayyan selesai makan jika ada masa yang terluang ataupun saya akan membaca buku tersebut ketika waktu taska/jagaan harian. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Rayyan seorang budak yang mendengar arahan dan tidak banyak melakukan tingkah laku yang negatif. Masalah tersebut akan berlaku apabila masuk waktu rehat.

Soalan 2Proff. Dr. Noor Shah Bin Saad:Ketika sesi pengajaran berlangsung, terdapat kanak-kanak tidak menumpukan perhatian di kelas. Sedikit sebanyak mengganggu rancangan pengajaran guru. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh seorang guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung?

Jawapan 2Azifatil Azifah:Saya sebagai guru, mengambil pendekatan dengan melakukan circle time dan melakukan sedikit energizer bagi menarik minat kanak-kanak. Bagi menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran, pendekatan tersebut sangat berkesan. Kanak-kanak kembali memberi perhatian kepada guru. Pada waktu tersebut guru akan melakukan aktiviti menyanyi dan menari, secara tidak langsung kanak-kanak akan berasa cergas dan semangat untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, saya akan membuat bulatan bersama-sama kanak-kanak dan kemudian duduk di atas lantai. Aktiviti yang akan dilakukan adalah berkaitan dengan subjek yang dipelajarai. Seperti contoh, tajuk bunyi haiwan. Dalam bulatan tersebut, saya akan menyuruh kanak-kanak meniru bunyi haiwan yang saya arahkan. Selepas membunyikan bunyi haiwan, saya meminta kanak-kanak meniru gaya haiwan tersebut. Pendekatan ini, sedikit sebanyak membantu saya mengendalikan kelas dengan berkesan. Berdasarkan refleksi di atas, saya lebih banyak menggunakan refleksi in-action.

Pendapat PensyarahSebagai seorang guru dan pengamal refleksi yang baik, hendaklah menguasai jenis-jenis refleksi. Hal ini kerana, pentingnya refleksi ketika merancang rancangan pengajaran harian dan ketika sesi pengajaran berangsung. Pengamal refleksi yang baik adalah seorang guru yang pandai dan mahir mengendalikan serta mengawal kelas. Kanak-kanak akan mudah memberikan perhatian ketika sesi pengajaran berlangsung. Pentingnya refleksi pada guru. Refleksi juga terdapat jenis-jenisnya yang perlu dikuasai dan digunakan pada masa yang bersesuaian.Menurut Schon (1983), menerangkan terdapat dua jenis refleksi, iaitu refleksi in-action dan refleksi on-action. Schon menerangkan refleksi in-action adalah:helps us as we complete a task. It is that process that allows us to reshape what we are working on, while we are working on it. It is that on-going experimentation that helps us find a viable solution. In this, we do not use trial-and-error method. Rather, our actions are much more reasoned and purposeful than that. If something isnt working correctly (doesnt seem right, doesnt seem to move you closer to the goal) then you reflect (a conscious activity) in the action-present. A critical aspect is the questioning of the assumptional nature of knowing-in-action (KIA), where KIA is not the action itself, but what that action really indicates that we know. In other words, knowing-in-action is often that tacit information that we know about doing something it is often left unexplained or unmentioned when we describe what we do. It is revealed in skillful performance. Reflecting-in-action is generally called forth when a surprise appears in the process of accomplishing the task. And that surprise causes one to question how the surprise occurred given our usual thinking process. As you work your projects you should reflect-in-action. Many of the surprises you will encounter will appear because the knowing-in-action on which you draw is largely skills that you perhaps develop in other fields. Thus, the surprises occur because your old model doesnt work without modification for the new task. You reflect-in-action and find out what is different and how you can change your thinking to address this new task. Manakala refleksi on-action pula adalah:.in our design projects is provided by final reflection papers, portions of design documents titled lesson learned, and also any time (written or otherwise) in which you evaluate your own process (this ia actually a critical part of the design process and should well be incorporated into your design documents). We reflect on action, thinking back on what we have done in order to discover how our knowing-in-action may have contributed to an unexpected outcome (Schon, 1983, p. 26).Peranan refleksi penting dan membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif. Refleksi boleh digunakan semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif lain dan secara tidak langsung dapat membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkah laku atau amalannya.5.0 LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN TERHADAP ISU YANG DIBENTANGKAN. Menurut (Schon 1987) menyatakan bahawa refleksi itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu reflection in action dan reflection on action. Dalam perbincangan ini, refleksi in action dilihat penting dalam menguruskan kanak-kanak yang pelbagai ragam dan karenah. Rancangan pengajaran harian yang telah ditetapkan untuk pengajaran pada hari tersebut terpaksa diubah disebabkan pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti mana yang telah dirancang. Oleh itu, guru perlu membuat refleksi in action dimana guru perlu memikirkan bagaimana cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak. Menurut Woody (1992), semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain.Kanak-kanak mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza, perkara ini menyebabkan guru sukar untuk mengawal kelas dengan baik terutamanya guru yang masih lagi diperingkat latihan mengajar. Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah atau negatif adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku negatif ini boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya. Modifikasi tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2005). Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih digunakan. Dalam pengendalian kelas yang berkesan, guru perlu bijak untuk menggunakan teknik ataupun pendekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan menggunakan kaedah memberikan ganjaran. Ganjaran ini boleh diberikan dalam bentuk bintang, pelekat yang bergambar dan sebagainya. Ganjaran ini membuatkan kanak-kanak akan memberi tumpuan ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah ganjaran dan hukuman ini merupakan sebuah kaedah yang diolah dari Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif kanak-kanak akan diubah. Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda, prinsip premack dan pelupusan. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif. Menurut Charles (2008), pada tahun 1960an, banyak guru-guru sekolah rendah mengaplikasikan Teori Operasi Operan dalam kawalan kelas mereka, memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku baik dan tidak mengiaukan mereka yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.

Seterusnya, penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti (Sluss, 2005). Menurut Froebel (dalam Vickerius & Sanberg, 2006), kerja bermain dan belajar adalah satu unit dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky menjelaskan bahawa bermain adalah kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting untuk proses belajar.

Rujukan :Schn, D. A. (1987). Teaching artistry through reflection-in-action. In Educating the reflective practitioner (pp. 22-40). San Francisco, CA: Jossey-Bass Publishers. Ngu Mee Kok (2009) : Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman untuk Murid-murid Tahun 3.Dr. Toh Wah Seng (2005) : Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme ke Arah Pengalaman Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah.

LAMPIRAN :

Gambar 2.2 : Kursus Pertolongan Cemas

Gambar 2.2 : Kurusu Psikomoter Dan Pergerakan Kanak-Kanak.