novel juara pembentangan kumpulan 5

54
BMS3022 Karya Agung Melayu novel: juara MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670 MOHD IRFAN BIN ARIFIN D20111047663 MASDA BINTI ALWI D20111047628 NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631 NURUL NAEMAH BINTI A WAHAB D20111047664

Upload: m-ma-nurna

Post on 15-Apr-2017

919 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

BMS3022Karya Agung Melayu

novel: juara MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI D20111047670 MOHD IRFAN BIN ARIFIN D20111047663 MASDA BINTI ALWI D20111047628 NAJWA KHAIRANI BINTI AZMAN D20111047631 NURUL NAEMAH BINTI A WAHABD20111047664

Page 2: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Karya Agung Melayu‘Karya agung’ ialah karya ulung yang

meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa (Mohd Rashid Idris et al, 2014).

Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.

Page 3: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

“JUARA”S.

Othman Kelantan

Page 4: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

PengenalanJuara ialah novel kelima Syed Othman Al

Yahya atau dikenali sebagai S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara).

Juara mengambil latar masyarakat Melayu (Selatan Siam dan Kelantan) yang jelas, dianggap sebuah novel politik oleh novelisnya.

Terbitan pertama pada tahun 1976.Telah diadaptasi kepada filem bertajuk

“Jogho” oleh U-Wei Hj. Shaari.

Page 5: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

SINOPSIS RINGKAS

Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang terkenal dengan kehandalannya mengadukan lembu. Dalam pada itu, lelaki ini sebenarnya adalah seorang pemain politik, iaitu politikus yang kalah dalam pilihan raya di sebuah daerah di Kelantan. Selepas kekalahannya, dia telah membina hidup baru bersama-sama dengan keluarganya di selatan Thailand. Setelah berpindah ke selatan Thailand, dia telah ‘terbabit’ dalam dunia laga lembu bersama seorang kawannya. Tanpa dijangka, kawannya telah ditembak setelah pulang dari menyertai pertandingan laga lembu. Lelaki tersebut berazam untuk menuntut bela atas kematian kawan baiknya itu.

Page 6: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Lembu adalah metafora kepada Pihak tertentu dalam masyarakat

KEPALA:Golongan perintis dalam politik yang tidak menikmati kedudukan. Pejuang kemerdekaan yang awal umpama tanduk yang menikam dan mengalahan lawan tapi tidak beroleh apa-apa.

PERUT:Kelompok yang berjuang sedikit atau tidak berjuang langsung tetapi menikmati hasil terbanyak.

KAKI DAN EKOR:Mewakili rakyat biasa yang menyokong kenaikan seorang tokoh, kelompok pengundi.

SATIRA POLITIK

Page 7: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Pemikiran(Isi dan Mesej)

Page 8: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Pengenalan• Bagi S. Othman Kelantan (1997:269) pemikiran

bermaksud idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikan dalarn mindanya untuk memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya disebarkan ke dalam atau ke luar lingkungan masyarakatnya.

• Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. (Mohd Rashid Idris et.al, 2014).

Page 9: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Sistem Politik dalam Laga Lembu

Tindakan Mamat yang mula berlaga lembu untuk kembali menjadi juara merupakan manifestasi protesnya kepada nostalgia politik di tanah tumpah darahnya.Gelanggang politik dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan. Kalau lembu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu pun politik!

(Halaman 101,2005)

Page 10: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Perjuangan dalam politik demi kemerdekaan

Pemikiran utama novel ini adalah untuk mengupas politik Melayu yang mengejar kemerdekaan.

Mamat pernah menjadi pemimpin Parti Persatuan Melayu yang sederhana dalam segala tindak tanduknya. Dia pernah memimpin perarakan untuk menuntut pilihan raya daripada pemerintah Inggeris.

Mamat mempunyai semangat bangsa dan nasionalisme. Dia sanggup berkorban jiwa dan raga demi menang dalam pilihan raya tersebut.

Page 11: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Sosiobudaya Melayu di daerah selatan Thailand

• S. Othman Kelantan telah mewujudkan jambatan kritikan sosial, sama ada secara halus atau secara nyata.

• Sosiobudaya Melayu seperti “berjudi laga lembu” yang kurang disenanginya dikritik secara terbuka.

• Tradisi perlagaan Lembu yang ditonjolkan yang merupakan suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di sana.

Page 12: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Kejahilan masyarakatKetiadaan ilmu menjadikan masyarakat Bangnara

golongan terpencil dan terpinggir.Masyarakat yang berbangga dengan kegiatan

berjudi, hubungan peribadi sesama keluarga dan sahabat sahaja dan perasaan hasad dengki.

Shahnon Ahmad (1979) dalam karya A Rahim Abdullah (1995) menyatakan novel Juara ini mentafsirkan golongan manusia yang sering kembali kepada taraf dan mentaliti haiwan dengan segala keganasan, kekasaran, pembunuhan dan sebagainya, di samping menggambarkan watak masyarakatnya yang suka bergaduh dan ‘bergocoh’ demi kepentingan sendiri.

Page 13: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Nilai budaya dalam novel

juara

Page 14: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya Semangat Setia KawanDia tidak mengalihkan sedikit pun matanya. Dia berdiri dengan penuh harapan di sisi mayat Abang Lazim. Dia memutuskan dalam hatinya. Dia bersaksikan kapan-kapan yang sedang menyumbati telinga, lubang hidung, dan dua lubang yang menebusi kepala dan perut Abang Lazim. Dia akan berbuat apa sahaja. Apa sahaja sampai dia mengikuti jejak Abang Lazim!. 

(Juara, 2005 :2)

Semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Mamat kepada kawannya yang telah meninggal dunia, iaitu Abang Lazim

Page 15: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya Tolong-menolongJali hanya menjaga keluarga Mamat selama Mamat

kepergian ke Kelantan. Jali benar-benar mengharapkan

keluarga itu selamat. Manalah tahu kalau-kalau

Selamah dan Milah dilarikan orang? Faisah? Tidak.

Faisah bersama-sama bapaknya.

(Juara, 36 :2005)

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jali terhadap keluarga Mamat semasa Mamat pergi ke Kelantan

Page 16: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara

Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal dan melatih lembu-lembu adu. Dia teringat bagaimana Mamat berhari-hari, berminggu-minggu melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong. Dia teringat bagaimana suatu hari, perut Mamat hamper-hampir robek oelh tanduk kupit Calet.

(Juara, 2005 :42)

• Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mamat semasa melatih lembu-lembunya menjadi lembu adu.

Page 17: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya mementingkan pelajaran

Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia. Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya seorang ini, akan hilang semua keturunannya yang selamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat rambutpun. Dia gagal. Kegagalannya ialah kegagalan pelajarannya. Kegagalan perjuangannya ialah kegagalan pelajarannya.

(Juara, 2005 :55)

• Menceritakan tentang pandangan seorang ayah tentang kepentingan pelajaran kepada masa hadapan anak-anaknya.

Page 18: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya Kasih Sayang

“Jangan banyak bergerak. Luka banyak. Tapi semuanya sudah diubatkan,” kata Minah dengan tenang. Menyeka keringat yang mula berbaris di muka Mamat.

(Juara, 2005 :66)

• Minah menjaga suaminya yang sedang sakit akibat daripada serangan lembu yang dipeliharanya

Page 19: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya KESETIAANMinah lebih suka mendengar daripada berkata-kata. Inilah kelebihan Minah, fikirnya. Minah tidak banyak cakap. Minah cepat bertindak dan setia dalam hidup. Miah sebenarnay perempuan sejati. Kesetiaannya kepada suami dan anak-anak tidak terhingga. Kalau dia menangis, tamgisannya kerana memikirkan hal anak-anaknya. Kalau Minah gembira, kegembiraannya kerana anak-anaknya juga. Seratus persen Minah dilahirkan untuk suami dan anak-anaknya.

(Juara, 2005 :79)

• kesetiaan seorang isteri terhadap suami dan anak-anaknya.

Page 20: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Budaya keberanianMalam semalam keputusan akhir telah dicapai. Pertaruhan ini paling besar dalam sejarah pertarungan lembu. Pak Isa telah menetapkan dua ratus ribu baht. Abang Lazim menyanggupinya. Ada dua puluh orang menjadi orang dalam. Mereka akan menanggung segala kerugian kalau Calet kalah.

(Juara, 2005 :93) • Keberanian yang ditunjukkan oleh Abang Lazim

untuk menyertai pertarunga lembu yang melibakan sejumlah wang pertaruhan yang besar.

Page 21: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

PANDANGAN HIDUP DAN FALSAFAH

Page 22: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Pandangan hidup boleh dikatakan suatu konsep yang dimiliki oleh masyakat atau komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.

Pandangan hidup dalam karya agung ini melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, manusia dengan alam dan hubungan sesama manusia.

Page 23: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

i. Keagamaan Keagamaan dalam novel Juara boleh dilihat semasa

Mamat, Lebai Syukur, Jali, Mat San, Semail dan Setapa membacakan zikir untuk arwah Abang Lazim.

“Mamat ikut berzikir bersungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim.”

(Juara, 2005 : 18)

Selain itu, Mamat juga digambarkan sebagai seorang yang warak. Dia selalu mengimamkan solat jemaah di rumahnya.

Page 24: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

ii. Hubungan Silaturrahim Mamat sangat menyayangi sahabatnya, Abang

Lazim. Kematian Abang Lazim merupakan satu tamparan yang hebat kepadanya. Ini dapat dilihat melalui peristiwa semasa Abang Lazim dibunuh, Mamat hampir-hampir mengamuk dan mengajak orang ramai pergi membalas dendam.

“ ‘Pak Isa ya?’ soalnya kepada diri sendiri, dengan ucapan kasar. ‘ Tidak ada orang yang kebal di dalam daerah ini!’ dia bersungut sendirian. ‘Marilah bersamaku, kita selesaikan segera hutang piutang!!’ “ (Buku Juara, 2005 : 5)

Page 25: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

iii. Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan• Juga dilihat melalui watak Mamat yang

mengharapkan kejayaan anaknya, Jusuh.

“Dia mengharapkan anak laki-lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya. Janganlah menerima nasib seperti dirnya.” (Juara, 2005 : 17)

Page 26: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah atau philosophia telah digunakan oleh Pythagoras pertama kalinya. Beliau mengatakan philo dan sophia membawa maksud cinta akan kebijaksanaan. Menurut Plato pula, philosophia bermaksud ilmu.

Secara keseluruhannya, falsafah boleh disimpulkan sebagai suatu kesenian berfikir yang waras, bernas dan mendalam serta memiliki unsur estetik dan artistik. Falsafah dalam aspek penulisan karya agung pula merujuk kepada pemikiran atau pandangan hidup yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang boleh menarik minat khalayak untuk meneruskan pembacaan.

Page 27: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Politik dan Kekuasaan • Novel Juara karya S. Othman Kelantan banyak

mengandungi falsafah berkenaan dengan politik dan kekuasaan.

• Novel ini menyentuh mengenai konflik pertentangan antara manusia yang inginkan kekuasaan dan percaturan ekonomi di mana perjuangan dalam dunia politik itu dikiaskan oleh penulis dengan perjudian berlaga lembu.

• Tindakan Mamat yang berlaga lembu untuk kembali berasa menjadi juara itu barangkali merupakan suatu manifestasi protesnya kepada nostalgia politiknya.

Page 28: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Sosial (kehidupan masyarakat)• Di Bangnara, kegiatan masa lapang orang lelakinya ialah

berlaga lembu. Mamat sendiri merupakan seorang yang selalu berlaga lembu sehinggakan dia digelar ‘Pahlawan Lembu’ dan ‘Juara’. Mamat memberikan perhatian yang lebih kepada lembunya berbanding keluarga sendiri.

• Masyarakat di kampung ini juga sudah biasa dengan perbuatan yang mengatasi undang-undang. Hal ini terbukti dengan peristiwa pembunuhan Abang Lazim, Pak Isa dan Dolah Munduk.Hal ini boleh dilihat melalui peristiwa semasa mayat Abang Lazim diusung pulang ke rumah.

“Dua orang lelaki anak Abang Lazim membasahi mayat ayahnya dengan air mata. Kemudian, tegak seperti seekor tedung. Mencapai ladingnya. Mencapai kelewang, pistolnya. Akan tetapi kedua-dua beradik itu disabarkan juga.”

(Juara, 2005:6)

• Petikan diatas menunjukkan yang kedua-dua anak Abang Lazim sudah bersedia untuk menuntuk bela diatas kematian ayahnya.

Page 29: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Ekonomi Dari aspek ekonomi pula, penulis

menggambarkan keadaan Mamat yang bergantung pendapatan dengan berlaga lembu. Hal ini dibuktikan melalui petikan :

“Dia (mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-bila!”(Juara, 2005 : 30-31)

Page 30: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Nilai Ilmu

Page 31: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Konsep nilai – darjat, kualiti, mutu dan taraf

Konsep ilmu – pengetahuan

Jenis ilmu – ilmu firasat (tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.- ilmu perdukunan (orang-rang yang mengubati orang sakit/memberi ubat secara kampung.

- ilmu jampi (kata-kata tertentu)- ilmu pengasih (azimat,doa)

Page 32: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

1. Ilmu Politik

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politik bermaksud ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan, iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar-dasar pemerintahan, ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.

Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik.

(Juara, 2005 :17)

Page 33: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Watak utamanya iaitu Mamat sebagai seorang tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air.

Apabila kemerdekaan tercapat dia mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya dengan tujuan untuk terus kekal menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat.

Page 34: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Malangnya, mamat gagal dalam pilihan raya tersebut dan kerana itu dia dan keuarganya berpindah ke selatan siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik.

Walau bagai manapun cita-cita dan keinginannya tetap ada namun dia akhirnya memilih untuk menjadi pelaga lembu.

Page 35: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

2. Ilmu Laga Lembu Dalam cerita juara ini banyak memperihalkan atau

mengaitkan ilmu laga lembu dengan ilmu politik. Penulis cuba mengaitkan ilmu politik dengan lembu dimana ilmu laga lembu itu sendiri mempunyai unsur yang tidak baik iaitu berkaitan dengan wang dan perjudian

Dia sudah kalah main politik, dia tidak mahu kalah sekali lagi dalam lapangan yang berlainan ini. Dia bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Dari mana sahaja. Bila-bila!

(Juara, 2005 :30)

Page 36: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemengan akan tercapai kepada mereka yang kuat.

Dalam medan politik, mamat digambarkan sebagai seorang yang tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan sebagai “Juara”.

Page 37: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

3. Ilmu mengenai lembu• Melalui cerita Juara ini juga, penulis banyak

menceritakan ilmu mengenai lembu dimana masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa dahulu sangat pandai atau mempunyai ilmu mengenai lembu.

• Dalam cerita ini, watak utama iaitu Mamat sangat pandai dalam ilmu mengenai lembu.

• Dia dapat mengetahui sama ada lembu tersebut boleh dibawa masuk bong untuk bertanding atau pun tidak dan adakah lembu itu kuat atau pun tidak.

Page 38: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

“Tanda ini mudah tertipu”, kata Mamat lagi. “kadang-kadang pusaran tanda kijang itu dibuat-buat sahaja. Waktu kita membeli senang tertipu . pusaran boleh dibuat dengan pelepah pisang. Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu tidak akan hilang dalam sehari dua.”

(Juara, 2005 :44)

Page 39: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

4. Ilmu FirasatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.

• Dalam novel juara ini, watak utama iaitu Mamat telah membeuat ramalan mengenai lembu mudanya iaitu Aral.

• Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari lembunya yang dulu iaitu Calet.

Page 40: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

“Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.” Mamat menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya segera menangkap rupa anak lembu itu. Badannya yang agak panjang. Kukunya membelok ke dalam. Alamat tegak tempat berdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnya besar dan tinggi. Alamat kuat batang lehernya. Lehernya besar. Di atas belakangnya jalur racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada pada lembu-lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari. Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau marah.

(Juara, 2005 :42-43)

Page 41: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

KEPENGARANGAN DAN ESTETIKA

BAHASA

Page 42: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Kepengarangan dan EstetikSecara umumnya, kepengarangan

membawa maksud penciptaan dan olahan yang dilakukan oleh pengarang terhadap watak-watak yang terdapat dalam karyanya.

Estetika pula merujuk kepada aspek keindahan yang terdapat dalam karya.

Page 43: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

i) Perjuangan  dilambangkan dengan gelanggang laga lembu

Kekecewaan Mamat ketika kekalahan dalam pilihan raya masih belum terubat.

Mamat menjadikan aktiviti laga lembu sebagai medan untuk mencapai kemenangan selepas kalah dalam politik.

Perjuangan dalam gelanggang laga lembu diibaratkan seperti perjuangan dalam politik untuk menjadi juara semula.

“Mamat tiba-tiba teringat kepada perjuangan politiknya. Gelanggang politik dengan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama-sama dengan politik. Sama-sama diperjudikan . Kalau lembu kalah orangnya pun kalah. Kalau politik kalah orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu politik” (Juara, 2005:101)

Page 44: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

ii) Pendidikan sebagai unsur terpenting

• Mamat yakin hanya melalui pendidikan, seseorang itu dapat melepaskan diri mereka daripada penjara kemiskinan dan menjadi manusia yang berguna.

• Mamat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anaknya, Jusuh walaupun keluarganya dihimpit kemiskinan.

“Dalam kepalanya terenang-renang keyakinan terhadap masa hadapan Jusuh… Dia mengharapkan biarlah Jusuh akan dapat mencapai taraf pelajaran yang lebih tinggi untuk hidup dalam negara Tanah Melayu yang merdeka” (Juara, 2005:52)

“Jusuh ialah diri dia sendiri. Kegagalan dia memberi pelajaran, ertinya kegagalan Jusuh untuk menjadi manusia”

(Juara, 2005:55)

Page 45: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

iii) Memperlihatkan watak yang kontradik

Mamat dilihat sebagai seorang yang beragama dan bertanggungjawab, namun semua itu tidak menghalang dirinya mempunyai sifat negatif iaitu suka berjudi.

“…Ya Tuhan! Mamat berdoa dalam hatinya. Itu pun satu kerja untuk menyambung nyawa anak isteri. Ya Tuhan! Terimalah ini! Tuhan Pengasih, Penyayang! Mamat menenangkan hatinya sendiri. Hampir-hampir dia menitiskan air mata ketika satu-satu kalimat zikir diucapkan… ”

(Juara, 2005:18-19)

Page 46: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

iv) Mengagungkan perjudian dan pembunuhan

Kehidupan Mamat dihimpit kemiskinan memaksanya mengikuti arus budaya masyarakat setempat iaitu judi laga lembu dan dijadikan sebagai sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Kematian Abang Lazim menyebabkan Mamat berazam untuk membalas dendam sehingga melibatkan keganasan dan kematian.

“Kita tentu banyak mendapat wang, tegasnya lagi dengan penuh harapan. Orang tentu banyak menahan sebelah Langsat.” (Juara, 2005:92)

“Pertaruhan yang terlalu besar. Dan, wangnya mesti pula tunai!!” (Juara, 2005:94)

“Tiba-tiba semua orang menutup mata mereka. Beberapa ledakan keluar dari muncung senapang laras dua Mamat. Mamat sempat melihat Pak Isa melayang turun ke bumi.” (Juara, 2005:217)

Page 47: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

v) Satira Politik Mamat merupakan seorang ahli politik yang sudah lama

bergiat aktif dalam arena politik. Walaupun pelbagai cara yang dilakukan untuk

menjatuhkan pihak lawan, namun dia tetap kalah. Pengarang seperti mengibaratkan peristiwa ini dengan

situasi sebenar dalam dunia politik. “Keyakinannya itu begitu mendalam. Walaupun dia menghadapi calon anak tempatan juga, tetapi calon Parti Perpaduan Islam itu sangat mentah. Dalam setiap kempen, dia dapat membalun habis-habisan. Budak hingusan. Ubun-ubunnya masih lembik. Tolol dalam erti politik. Mentah dalam perjuangan.” (Juara, 2005:83)

Page 48: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Estetik dalam Seni BahasaAspek keindahan dalam karya amat

berkait rapat dengan pengarang.Pengarang akan meletakkan nilai

keindahan melalui penggunaan seni bahasa (gaya bahasa) bagi memperlihatkan keistimewaan dalam hasil karyanya.

Page 49: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Gaya bahasa

a) SimilePerbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).

“Badan dan engguh calet padat dan meninggi. Batang lehernya seperti perdu kelapa”

(Halaman 88,2005)b) PengulanganPengulangan perkataan yang sama.

“Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya, dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik”

(Halaman 113,2005)

Page 50: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

c) Sinkope Bermaksud singkatan yang digunakan dalam novel:

”Lagi cepat lagi bagus. Nak tahu dia ada atau tidak”(Juara ,10: 2005)

d) Penggunaan Dialek“Ambo tengok ada berbuih di hidungnya”“Tak lih tu. Jangan dibiarkan”

(Juara, 42: 2005)

e) MetaforaUnsur-unsur konkrit yang dibandingkan dengan unsur tidak konkrit (tidak boleh disentuh/rasa )“Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalah yang sangat hebat.”

(Juara,54:2005)

Page 51: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

f) Apakop: Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.

“Bukan soal pelajaran, suh. Bukan.”

(Juara, 52: 2005)

g) Aforisma:Kata-kata pujangga atau kata-kata hikmat.

“ Harga Manusia ialah kemerdekaan”

(Halaman ,74: 2005)

Page 52: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

KESIMPULAN• S. Othman Kelantan telah

memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang penulisan novel tanah air.

• Beliau yang juga tokoh Anugerah Sasterawan Negara ke-9 merupakan seorang yang berjiwa patriotik dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.

Page 53: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

RUJUKANAbu Hassan Abdul (2013). Seni mengarang.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashis Md Idris, Abd Rahman Napiah, Seri Lanang Jaya Hj Rohani (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

S. Othman Kelantan ,(1997). Pemikiran satira dalam novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan, (2005) Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 54: Novel Juara Pembentangan Kumpulan 5

Sekian Terima Kasih