pembentangan kumpulan 17

81
KPP 6114 KEPIMPINAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Upload: aliffazrin

Post on 10-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan berkumpulan bagi subjek Kepimpinan Dan Penyeliaan Instruksional

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Kumpulan 17

KPP 6114 KEPIMPINAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Page 2: Pembentangan Kumpulan 17

Konsep Asas Kokurikulum

Pengurusan Kokurikulum

Peranan Guru Dalam Pengurusan Kokurikulum

Halangan Guru Dalam Menguruskan Kegiatan

Kokurikulum

Page 3: Pembentangan Kumpulan 17

OBJEKTIF PEMBENTANGAN

Mendapat maklumat tentang konsep

kokurikulum, pengurusan kokurikulum dan

struktur organisasi pengurusan kokurikulum.

Menyediakan pengetahuan tentang tugas,

peranan dan tanggungjawab guru dalam

pengurusan kokurikulum.

Mengetahui halangan-halangan yang terpaksa

dihadapi oleh guru dalam pengurusan

kokurikulum

Page 4: Pembentangan Kumpulan 17

KONSEP ASAS KOKURIKULUM

Page 5: Pembentangan Kumpulan 17

OLEH:

Shahriza Binti Mohd Noor M20132002309

Page 6: Pembentangan Kumpulan 17

PENGERTIAN KOKURIKULUM

“Kegiatan yang dikendalikan di luar bilik darjah dan ianya

merupakan pelengkap kepada kurikulum formal dalam

proses pendidikan untuk melahirkan pelajar yang

seimbang dari segi intelek, afektif dan psikomotor.”

Mohd Nor Jaafar & Kun Teik Seng (2007), Mohd Najib Abdul Ghaffar & Jamaliah Jalaludin (2011), Fauziah Mohd Sarjan et al. (2010) dan Wardatul Aishah Musa & Noraini Othmand (2014).

Page 7: Pembentangan Kumpulan 17

“A co-curricular activity is an activity which conducted

after school hours. The term may be used

interchangeably with extracurricular activities, co-

curricular activities, extra class activities, pupil activities,

socializing activities, allied activities, students activities

and school activities.”

Zaimi Abu Bakar (1996) dipetik dari Ahmad Esa (2004)

Page 8: Pembentangan Kumpulan 17

“kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang

lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk

menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41),Perundangan (A)/P.U.(A)196 bertarikh 21 Mei 1998

Page 9: Pembentangan Kumpulan 17

SEBAGA I RUMUS AN, KOKUR IKULUM MERUPAKAN. . .

Satu aktiviti pembelajaran sistematik dan terancang yang

menyokong dan melengkapkan kurikulum dan dijalankan

sama ada di luar atau di dalam bilik darjah, sama ada pada

waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan serta

diuruskan oleh organisasi sekolah atau organisasi yang

mendapat keizinan daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 10: Pembentangan Kumpulan 17

MATLAMAT KOKURIKULUM

1.Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi

nasional dikalangan generasi muda dan peningkatan

disiplin pelajar.

2.Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan

keseimbangan dengan pendidikan formal

3.Menyemai nilai pendidikan.

Page 11: Pembentangan Kumpulan 17

4.Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek

kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

5.Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya

dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.

6.Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.

7.Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Page 12: Pembentangan Kumpulan 17

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan

kepercayaan kepada tuhan.

Menyumbang perkembangan JERIS.

Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara

murid.

Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat

murid dalam aktiviti diceburi.

Page 13: Pembentangan Kumpulan 17

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik

dan seronok.

Membina dan meningkatkan kerjasama dan

sumbangan dua hala antara sekolah dan

masyarakat.

Mewujudkan sekolah berwatak.

Menyediakan murid untuk program latihan

khidmat negara (PLKN) dan integrasi nasional.

Page 14: Pembentangan Kumpulan 17

STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum

supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi

dalam proses pendidikan di sekolah.

Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform,

persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta

mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan

memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan

aktif secara individu atau kumpulan

Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti

kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.

Page 15: Pembentangan Kumpulan 17

Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti

khidmat masyarakat.

Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid

Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG),

guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan

pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum

yang dijalankan.

Menganjur dan mengelola pertandingan yang

melibatkan semua murid.

Page 16: Pembentangan Kumpulan 17

Menyelia dan menilai aktiviti secara

sistematik dan berterusan.

Memberi penghargaan dan pengiktirafan

kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.

Memberi penekanan terhadap penghayatan

agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti

kokurikulum.

Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum

bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Page 17: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR KOMPONEN KOKURIKULUM

Page 18: Pembentangan Kumpulan 17

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Page 19: Pembentangan Kumpulan 17

OLEH:

Norshashiela Binti Norman M20132001637

Page 20: Pembentangan Kumpulan 17

Pengurusan kokurikulum ini adalah

penting untuk tujuan mencapai

matlamat dan objektif yang telah

ditetapkan.

Pengurusan merangkumi dua aspek

penting:• Mengurus• Mentadbir

Page 21: Pembentangan Kumpulan 17

Mentadbir pula adalah mengelola, menjalankan

dan memerintah serta mengarah.

Mengurus merupakan mengendali, mengelola

dan menjaga sesuatu perkara supaya teratur, rapi

dan sempurna serta menyelenggara dan

menyelesaikan sesuatu perkara.

Page 22: Pembentangan Kumpulan 17

PENDEKATAN PENGURUSAN STRATEGIK DALAM

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pendekatan pengurusan strategik sesuai digunakan

dalam pengurusan strategi secara umum.

Pendekatan ini boleh dijadikan alat untuk

memahami masa depan.

Pihak pengurusan akan menjadi proaktif dan

mempunyai peluang untuk pengurusan menuju

perubahan.

Page 23: Pembentangan Kumpulan 17

Sebelum merancang sesuatu aktiviti

atau program, perkara-perkara berikut

perlu diberi perhatian:Mengenalpasti keperluan perubahanMengenalpasti kelemahan dan kekuatan

organisasi dan kaitkan dengan ancaman atau halangan

Pembentukan strategiPemerolehan sumberCara strategi diterjemahkan dalam

bentuk tindakan

Page 24: Pembentangan Kumpulan 17

Bagi mencapai objektif kokurikulum yang

merangkumi aspek JERIS dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, strategi bersepadu

perlu dibentuk dalam proses perlaksanaanya.

Strategi bersepadu ini perlu merangkumi:Kegiatan sukanPermainanUnit uniformPersatuan

Page 25: Pembentangan Kumpulan 17

Aktiviti yang dirancang perlulah memenuhi nilai-

nilai murni yang meliputi aspek JERIS.

Selain daripada itu, pelaksanaan kokurikulum ini

adakalanya mempunyai masalah dan halangan.

Pengurus kokurikulum perlu bijak menangani

masalah yang timbul.

Masalah tersebut juga tidak harus dijadikan alasan

untuk tidak melaksanakan sesuatu aktiviti atau

program.

Page 26: Pembentangan Kumpulan 17

TUGAS-TUGAS PENGURUS KOKURIKULUM

Perancangan

Pengelolaan

Pimpinan

Penyeliaan

Page 27: Pembentangan Kumpulan 17

PERANCANGAN

oPerancangan dalam pengurusan

kokurikulum melibatkan:oPenentuan objektif dan matlamat

kokurikulumoMembentuk AJKoMengenalpasti peserta-pesertaoMengenalpasti kemudahan dan

tempat untuk menjalankan aktiviti

Page 28: Pembentangan Kumpulan 17

PENGELOLAAN oPengelolaan dalam pengurusan

kokurikulum merangkumi:oMewujudkan struktur organisasioMewujudkan perlembagaan dengan:

oPenyataan tugasoPerananoObjektifoMatlamat

Page 29: Pembentangan Kumpulan 17

PIMPINAN

oPimpinan pula memerlukan

pengurus kokurikulum memainkan

peranan sebagai:oPenasihatoPemimpinoFasilitator

Page 30: Pembentangan Kumpulan 17

PENYELIAAN

oPenyeliaan dalam pengurusan

kokurikulum melibatkan aktiviti:oMemerhati;oMengawal; danoMenilai aktiviti dan program semasa

dijalankan untuk menentukan pencapaian matlamatnya.

Page 31: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM

Di Malaysia, bidang pengurusan kokurikulum mempunyai

beberapa peringkat pengurusan.

Kementerian Pendidikan Malaysia akan menguruskan

perancangan dan dasar-dasar kokurikulum di peringkat

nasional.

Jabatan Pendidikan Negeri pula akan menguruskan

perancangan dan kegiatan kokurikulum di peringkat

negeri.

Page 32: Pembentangan Kumpulan 17

Manakala Pejabat Pendidikan Daerah akan

menguruskannya di peringkat daerah.

Di sekolah-sekolah sendiri juga mempunyai

organisasi khusus untuk mengendalikan

kegiatan kokurikulum ini.

Page 33: Pembentangan Kumpulan 17

ORGANISASI PENGURUSAN

KOKURIKULUM DI PERINGKAT KPM

Page 34: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN

KOKURIKULUM DI JPN

Sektor Pembanguna

n Kemanusian

Unit Kokurikulum

Pusat Kokurikulum

Page 35: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR PENGURUSAN KOKURIKULUM DI PERINGKAT PPD

Unit Pengurusan Kemanusian

Kokurikulum Sukan

Page 36: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR PENGURUSAN KOKURIKULUM DI

PERINGKAT SEKOLAH

Page 37: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Page 38: Pembentangan Kumpulan 17

OLEH:

Mohamad Azrin Bin Rusdan M20132001639

Page 39: Pembentangan Kumpulan 17

PENGURUS KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Di peringkat sekolah, setiap guru-guru memainkan peranan

dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.

Penglibatan dan penyertaan setiap guru dalam aktiviti

kokurikulum adalah penting untuk memastikan keberkesanan

gerak kerja kokurikulum di sekolah.

Namun, untuk memastikan keberkesanan gerak kerja

kokurikulum ini, beberapa jawatan khas telah diwujudkan

khusus untuk pengurusan ko-kurikulum di sekolah.

Page 40: Pembentangan Kumpulan 17

STRUKTUR PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Guru Penolong

Kanan Kokurikulum

Penyelaras Persatuan/Unit Uniform

Guru Penasihat/Pe

mimpin

Guru Permainan/S

ukan

Guru Ketua Rumah Sukan

Setiausaha Kokurikulum

Setiausaha Sukan

Page 41: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM

Tugas umum:1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar/Pengetua

semasa ketiadaan Guru Besar/Pengetua dan guru penolong kanan yang lain.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar/Pengetua.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar/Pengetua dalam semua aspek pengurusan kokurikulum

4. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.

5. Membantu Guru Besar/Pengetua dalam semua aspek perancangan sekolah.

Page 42: Pembentangan Kumpulan 17

Tugas Kokurikulum (Persatuan, Unit

Uniform, Sukan dan Permainan):1. Merancang semua

kegiatan/aktiviti2. Menguruskan pemilihan peserta3. Menyelia kegiatan/aktiviti4. Menyelaras semua aktiviti di

dalam dan luar sekolah.

Page 43: Pembentangan Kumpulan 17

Tugas pentadbiran kokurikulum:1. Menyelaras proses penubuhan kelab

dan persatuan (mengikut peruntukan yang telah ditetapkan).

2. Menyusun, menyelaras dan memantau takwin kokurikulum sekolah.

3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum sekolah.

4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.

Page 44: Pembentangan Kumpulan 17

5. Membantu dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.

6. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran sekolah dengan mematuhi peruntukan yang ditetapkan.

7. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah yang berkaitan kokurikulum.

8. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

Page 45: Pembentangan Kumpulan 17

9. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum

10.Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik dan dihantar kepada PPD serta JPN.

11.Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung kokurikulum

12.Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

Page 46: Pembentangan Kumpulan 17

13.Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan

Skim Takaful Malaysia Berhad.

14.Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-

murid selepas peperiksaan dan semasa cuti

persekolahan.

Page 47: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengadakan notis Mesyuarat Jawatankuasa

Induk Kokurikulum Sekolah.

2. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa

Induk Kokurikulum Sekolah.

3. Merekod, mencatat dan mendokumentasikan

aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

Page 48: Pembentangan Kumpulan 17

4. Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum

sekolah.

5. Membantu pihak pentadbiran dalam urusan 

surat menyurat dalam bidang kokurikulum di

peringkat sekolah.

6. Membuat laporan tahunan aktiviti kokurikulum

peringkat sekolah.

7. Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir 

Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum.

Page 49: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN SETIAUSAHA SUKAN

1. Menyelaras dan menyelia aktiviti sukan sekolah

dalam bidang olahraga dan sukan elit  di peringkat

, sekolah, daerah dan negeri.

2. Menyelaras latihan rumah sukan setiap minggu.

3. Menyelia klinik olahraga  untuk guru dan para

pelajar.

4. Mengurus, mencatat dan merekod peralatan sukan

sekolah.

Page 50: Pembentangan Kumpulan 17

5. Mengurus bilik sukan dan stok peralatan sukan

dengan sempurna dan kemaskini bersama Guru

Ketua Rumah dan Pengurus dan Jurulatih Pasukan

Sekolah serta Penyelaras Alatan Kokurikulum.

6. Merancang dan menyelia sukan Tahunan Sekolah,

Hari Merentas Desa dan Sukantara.

7. Memastikan gelanggang sukan dan padang

permainan adalah mengikutukuran yang betul

serta mengurus persediaan dan penjagaan

padang.

Page 51: Pembentangan Kumpulan 17

8. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap

segala jenis perlawanan yang disertai

oleh sekolah sama ada di peringkat zon,

daerah, negeri, kebangsaan,

persahabatan dan sebagainya.

9. Mewakili Penolong Kanan Kokurikulum

sekiranya perlu.

10.Melaksanakan tugas yang diarah oleh

Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan

kokurikulum dan sukan .

Page 52: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi

tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan  ada Perlembagaan dan Peraturan.

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif

sekolah.

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas

seperti  terkandung dalam Perlembagaan.

Page 53: Pembentangan Kumpulan 17

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama

pelajar.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang

ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan

kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,

Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta

benda/peralatan diurus dengan baik.

Page 54: Pembentangan Kumpulan 17

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti

disedia dan difailkan.

10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab

Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada

Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk

ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di

peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan

kebangsaan dengan baik.

Page 55: Pembentangan Kumpulan 17

13. Mengiringi ahli  dalam lawatan atau projek yang

dijalankan .

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan

pencapaian ahli.

15. Menandatangani kad dan Borang Kehadiran Ahli.

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang

berkaitan dengan unit yang diwakili .

17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan

sepenuhnya.

Page 56: Pembentangan Kumpulan 17

18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di

kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima

Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa

Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam

menjayakan sesuatu program.

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. 

Page 57: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU SUKAN/ PERMAINAN

1. Membentuk  Ahli Jawatankuasa.

2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat

murid dalam permainan

3. Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

4. Memastikan undang-undang  permainan dan perlawanan

dipatuhi.

5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan

takwim kokurikulum sekolah yang telah ditetapkan atau pun

pada waktu lain yang dipersetujui oleh Penolong Kanan

Kokurikulum atau Setiausaha Sukan.

Page 58: Pembentangan Kumpulan 17

6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah

Sukan/Kelas/Sekolah berdekatan.

7. Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan

MSSN dan melatihnya.

8. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan

Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha

Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar

9. Mengurus surat kebenaran ibu bapa/ penjaga

untuk pertandingan yang disertai.

Page 59: Pembentangan Kumpulan 17

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk

peralatan dana pengurusan.

11. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan

sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan

mencukupi untuk digunakan.

12. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.

13. Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah

Sukan.

14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil

langkah-langkah untuk mempertingkatkan.

Page 60: Pembentangan Kumpulan 17

15. Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang

(johan zon/ daerah/ negeri, wakil zon/daerah/negeri dan

negara). Menyimpan salinan sijil setiap penyertaan yang

diperolehi.

16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan

Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan

permainan/Sukan.

17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar

dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Page 61: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU KETUA RUMAH SUKAN

1. Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap

mengikut kelas.

2. Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara

sukan dan permainan.

3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid

meliputi olahraga dan permainan.

4. Mengadakan mesyuarat Agung.

Page 62: Pembentangan Kumpulan 17

5. Menyusun program latihan untuk peserta setiap

rumah sukan.

6. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk

menyediakan trek sebelum dan semasa sukan.

7. Menyediakan alatan sukan dan permainan

untuk  semua murid yang mengambil bahagian.

8. Menyediakan khemah untuk murid yang

mengambil bahagian berkumpul.

Page 63: Pembentangan Kumpulan 17

9. Mengaturkan  murid untuk majlis penutup hari

sukan dan permainan.

10. Menyediakan makanan dan minuman untuk

semua murid yang mengambil bahagian dalam

sukan dan permainan.

11. Mengemas padang  selepas selesai majlis

penutup hari sukan dan permainan.

12. Memulangkan semula alatan sukan dan

permainan yang telah digunakan ke tempat yang

 ditetapkan dalam stor sukan.

Page 64: Pembentangan Kumpulan 17

13. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan,

Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan

Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

14. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan

disediakan untuk edaran dan rekod.

15. Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang

murid kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan

sebagai wakil sekolah.

16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari

semasa ke semasa

Page 65: Pembentangan Kumpulan 17

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Biarpun terdapat jawatan khusus, tetapi semua guru

memainkan peranan penting dalam pengurusan kokurikulum ini.

Antara peranan-peranan utama guru dalam pengurusan

kokurikulum adalah:1. Memberikan komitmen dengan sebaiknya sekiranya

diamanahkan menjalankan tugas sebagai pengurus kokurikulum.

2. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti kokurikulum.

Page 66: Pembentangan Kumpulan 17

3. Berusaha menggalakkan penglibatan aktif murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.

4. Berusaha merubah pemikiran murid-murid tentang kepentingan aktiviti kokurikulum.

5. Sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam perlembagaan dan undang-undang persatuan, kelab, badan beruniform dan kelab sukan yang disertai.

6. Merancang aktiviti dan program yang menarik untuk persatuan, kelab, badan beruniform dan kelab sukan masing-masing.

Page 67: Pembentangan Kumpulan 17

7. Sentiasa mewujudkan suasana meriah semasa menjalankan aktiviti dan kegiatan kokurikulum.

8. Membahagikan masa dengan baik antara tugas perkembangan kurikulum dengan pengurusan kokurikulum.

9. Mengambil tanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-murid semasa mengikuti sebarang aktiviti atau program.

Page 68: Pembentangan Kumpulan 17

HALANGAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Page 69: Pembentangan Kumpulan 17

OLEH:

Siti Syakirah Binti Samsudin M20132001638

Page 70: Pembentangan Kumpulan 17

Dalam menjalankan tugas sebagai pengurus kokurikulum,

guru-guru turut berhadapan dengan pelbagai halangan.

Halangan-halangan tersebut berpunca daripada

beberapa pihak seperti pentadbir, murid-murid dan guru

itu sendiri.

Antara halangan yang dihadapi oleh guru adalah:Halangan daripada pentadbirHalangan daripada tugas perkembangan kurikulumHalangan daripada murid-muridHalangan-halangan lain

Page 71: Pembentangan Kumpulan 17

HALANGAN DARIPADA PENTADBIR

Kebiasaannya terdapat sesetengah pentadbir yang tidak

memberikan penekanan terhadap kegiatan kokurikulum.

Pentadbir hanya mementingkan akademik dan memberikan

perhatian yang lebih terhadap perkembangan kurikulum sahaja.

Terdapat juga segelintir pentadbir kokurikulum mendelegasikan

tugas mengurus kurikulum kepada guru-guru sahaja

Pentadbir sebegini hanya melepaskan tanggungjawabnya

kepada guru semata-mata.

Page 72: Pembentangan Kumpulan 17

Terdapat juga pentadbir

kokurikulum yang tidak adil dalam

pembahagian tugas mengurus

kokurikulum kepada sesetengah

guru atau bias dalam pembahagian

tugas.

Page 73: Pembentangan Kumpulan 17

HALANGAN DARIPADA TUGAS PERKEMBANGAN

KURIKULUM

Tugas utama guru adalah menjalankan PdP dan menguruskan

kurikulum.

Guru-guru perlu melaksanakan PdP mengikut perancangan

pengajaran tahunan yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, guru-guru juga perlu melaksanakan urusan

pentadbiran ujian dan peperiksaan serta merekod dan

mengemaskini data-data murid.

Kesemua ini menjadi bebanan tugas kepada guru sehingga

mereka tidak dapat mengurus kokurikulum dengan baik.

Page 74: Pembentangan Kumpulan 17

Sesetengah guru tidak dapat membahagikan

masa dengan baik antara tugas perkembangan

kurikulum dan pengurusan kokurikulum.

Oleh yang demikian, mereka akan merasakan

tugasan mengurus kokurikulum sebagai beban

dan tidak akan melibatkan diri dengan aktif.

Page 75: Pembentangan Kumpulan 17

HALANGAN DARIPADA MURID-MURID

Murid-murid juga menjadi halangan dalam tugas guru

untuk menguruskan kokurikulum.

Sesetengah murid tidak berminat dengan kegiatan

kokurikulum dan hanya mementingkan akademik dan

peperiksaan semata-mata.

Mereka berpendapat kecemerlangan akademik akan lebih

menjamin masa hadapan mereka.

Mereka tidak akan melibatkan diri dengan aktif dan akan

memberikan masalah kepada guru.

Page 76: Pembentangan Kumpulan 17

HALANGAN LAIN

Terdapat juga halangan lain dalam menguruskan

kokurikulum.

Antara halangannya adalah:1. Guru kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam

pengurusan kokurikulum.2. Penjadualan kegiatan kokurikulum yang tidak bersesuaian.3. Kekurangan fasiliti dan prasarana untuk menjalankan kegiatan

kokurikulum.4. Kekurangan sumber kewangan yang mencukupi.5. Kurang galakan daripada ibu bapa.

Page 77: Pembentangan Kumpulan 17

KESIMPULAN

Page 78: Pembentangan Kumpulan 17

Kegiatan kokurikulum turut memainkan peranan

penting dalam pembentukan sahsiah diri murid-

murid mengikut kehendak FPK.

Oleh itu pengurusan kokurikulum harus ditadbir

dan dikelolakan dengan sebaik mungkin agar

matlamat objektif kokurikulum dapat dicapai.

Setiap daripada pengurus kokurikulum perlu

memainkan peranan dan menjalankan tugas

dengan sebaiknya.

Page 79: Pembentangan Kumpulan 17

Walaupun terdapat jawatan khusus bagi

pengurusan kokurikulum, guru-guru yang lain

juga haruslah memainkan peranan dan

memberikan sumbangan juga.

Ini akan membantu urusan pengurusan

kokurikulum berjalan dengan lebih lancar dan

matlamat serta objektifnya mampu dicapai.

Semua guru perlu melibatkan diri dengan aktif

dalam kegiatan kokurikulum dan juga perlu

memastikan murid-murid turut melibatkan diri

dengan aktif.

Page 80: Pembentangan Kumpulan 17

RUJUKANAhmad Esa (2004). Peranan Kokurikulum Dalam Pembangunan Generik. Tesis

Sarjana. UTHM (tidak diterbitkan)

Fauziah Mohd Sarjan, Fatimah Mohd Sarjan, Siti Mizarina Ghazali & Mohd

Noor Hashim (2010). Penglibatan Guru Secara Aktif Meningkatkan Penyertaan

Pelajar Menerusi Penilaian 10 Peratus Markah Kokurikulum Melalui Persatuan

Kemahiran Hidup: Tinjuan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar,

Batu Pahat, Johor. Kertas kerja yang di World Congress on Teacher Education

for TVET 2010.

Mohd Nor Jaafar & Kun Teik Seng (2007). Pengurusan Kokurikulum Dan

Hubungannya Dengan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum. Tesis

Sarjana. UTM (tidak diterbitkan).

Page 81: Pembentangan Kumpulan 17

Mohd Najib Abdul Ghaffar & Jamaliah Jalaludin (2011). Komitmen Guru-Guru Terhadap

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Negeri Johor.

Tesis Sarjana. UTM (tidak diterbitkan)

Nor Suhara Fadzil (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan Sekolah Menengah.

Kertas kerja yang dibentangkan di Procedings The 4th International Conference on Teacher

Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia (2010).

Wardatul Aishah Musa & Noraini Othmand (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti

Kokurikulum Dan Keberkesannya Kepada Remaja. Kertas kerja yang dibentangkan di Proceding of

The Social Science Research, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia (2014).