refleksi oleh hisyamuddin bin aris

9
REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS MTE 3114 OLEH : HISYAMUDDIN BIN ARIS Dalam melaksanakan tugasan MTE 3114 ini, iaitu Aplikasi Matematik, saya telah diberikan 3 tugasan yang berbeza untuk meningkatkan kefahaman serta pengetahuan dalam kursus ini dengan lebih baik lagi. Sepanjang mempelajari kandungan proforma, saya berasa kursus ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya kerana ia melibatkan banyak aplikasi Matematik dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, pengekodan, ubatan, mangsa dan pemangsa, dan pelbagi lagi perkara yang sebenarnya melibatkan aplikasi Matematik moden. Pada pandangan saya, tugasan yang telah diberikan sememangnya sangat membantu serta berguna kepada saya untuk menambah serta meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kursus ini. Pada mulanya, saya berasa tugasan yang diberikan agak berat untuk difahami kerana melibatkan banyak perkara serta pengetahuan yang baharu. Namun, saya berasa ter terpanggil untuk menghasilkan kerja yang bagus dan berkualiti. Justeru, dengan adanya kolaborasi dengan rakan-rakan serta perkongsian ilmu dengan mereka, tugasan yang diberikan dapat difahami dengan lebih baik. Saya mula menyediakan bahan serta membuat ulang kaji terhadap tugasan yang dikehendaki proforma. Saya mulakan dengan tugasan pertama. Dalam tugasan ini saya telah diminta untuk menyediakan Buku Skrap yang menceritakan mengenai perkembangan sejarah kod serta penemuan kekunci awam kriptografi. Pada pandangan saya, mencari maklumat sejarah perkembangan kod merupakan sesuatu yang menarik untuk diterokai apatah lagi, hal ini merupakan perkara yang baharu kepada saya. sebelum ini, saya hanya mengetahui kod-kod yang digunakan di dalam komputer serta teknologi telefon pintar, iaitu kod binari. Namun, dengan adanya tugasan ini, saya dapat mengetahui pelbagai perkara baharu mengenai sejarah perkembangan kod melalui timeline sejarah. Sebenarnya, sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan kod dalam kehidupan seharian sebagai kod rahsia untuk peperangan,

Upload: hisyamuddin-aris

Post on 27-Oct-2015

343 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Refleksi Maths Aplikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

REFLEKSI TUGASAN KERJA KURSUS MTE 3114

OLEH : HISYAMUDDIN BIN ARIS

Dalam melaksanakan tugasan MTE 3114 ini, iaitu Aplikasi Matematik, saya

telah diberikan 3 tugasan yang berbeza untuk meningkatkan kefahaman serta

pengetahuan dalam kursus ini dengan lebih baik lagi. Sepanjang mempelajari

kandungan proforma, saya berasa kursus ini merupakan sesuatu yang baharu bagi

saya kerana ia melibatkan banyak aplikasi Matematik dalam kehidupan seharian

kita. Misalnya, pengekodan, ubatan, mangsa dan pemangsa, dan pelbagi lagi

perkara yang sebenarnya melibatkan aplikasi Matematik moden.

Pada pandangan saya, tugasan yang telah diberikan sememangnya sangat

membantu serta berguna kepada saya untuk menambah serta meningkatkan

kefahaman yang lebih mendalam terhadap kursus ini. Pada mulanya, saya berasa

tugasan yang diberikan agak berat untuk difahami kerana melibatkan banyak

perkara serta pengetahuan yang baharu. Namun, saya berasa ter terpanggil untuk

menghasilkan kerja yang bagus dan berkualiti. Justeru, dengan adanya kolaborasi

dengan rakan-rakan serta perkongsian ilmu dengan mereka, tugasan yang diberikan

dapat difahami dengan lebih baik. Saya mula menyediakan bahan serta membuat

ulang kaji terhadap tugasan yang dikehendaki proforma.

Saya mulakan dengan tugasan pertama. Dalam tugasan ini saya telah

diminta untuk menyediakan Buku Skrap yang menceritakan mengenai

perkembangan sejarah kod serta penemuan kekunci awam kriptografi. Pada

pandangan saya, mencari maklumat sejarah perkembangan kod merupakan sesuatu

yang menarik untuk diterokai apatah lagi, hal ini merupakan perkara yang baharu

kepada saya. sebelum ini, saya hanya mengetahui kod-kod yang digunakan di

dalam komputer serta teknologi telefon pintar, iaitu kod binari. Namun, dengan

adanya tugasan ini, saya dapat mengetahui pelbagai perkara baharu mengenai

sejarah perkembangan kod melalui “timeline” sejarah.

Page 2: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Sebenarnya, sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan kod dalam

kehidupan seharian sebagai kod rahsia untuk peperangan, menghantar mesej dan

sebagainya. Sebenarnya, semasa memulakan pencarian bahan bagi tugasan

pertama ini, saya tidak begitu faham apa yang dimaksudkan dengan kriptografi.

Justeru, saya telah mencari maklumat mengenai definisi mengenai kriptografi. Ianya

boleh didefinisikan sebagai penulisan kod rahsia dan ianya merupakan seni dalam

sejarah. Ada juga yang mengatakan bahawa Kriptografi mula diperkenalkan selepas

sistem tulisan wujud. Namun, hal ini tidak dapat dipastikan kerana mendapat

percanggahan daripada pelbagai pakar sejarah.

Semasa menjejak sejarah kod ini, saya tidak terkejut kerana kebanyakan

bentuk kriptografi muncul selepas perkembangan komunikasi komputer. Dalam data

dan komunikasi, kriptografi merupakan elemen yang sangat penting apabila

menghubungi sesuatu yang tidak dipercayai.

Apa yang saya faham melalui konteks ini adalah mereka menyediakan satu

kod rahsia apabila berhubung dengan orang luar melalui jaringan seperti internet.

Maksud melalui kamus pula adalah kriptogarfi merupakan penulisan yang

tersembunyi dan berasal daripada perkataan Greek. Melalui pembacaan saya,

antara sejarah awal kriptografi mula diperkenalkan oleh orang-orang Egypt, Arab

dan juga Roman.

Dalam tugasan pertama ini juga, adalah beberapa istilah yang penting untuk

diketahui saya untuk membuat buku skrap saya adalah kriptologi, kriptografi,

kriptanalisis, plaintext, cipher text, dan juga cipher. Berdasarkan pembacaan berikut

merupakan definisi bagi istilah-istilah tersebut . Kriptologi – kajian mengenai

komunikasi yang selamat yang melibatkan kriptografi dan kriptanalisis. Kriptografi –

seni dan sains yang menggunakan matematik untuk maklumat yang selamat and

mencipta satu tahap kepercayaan yang tinggi dalam dunia elektronik. Manakala

kriptanalisis adalah cabang kriptografi yang digunakan untuk memecah cipher untuk

menyelamatkan maklumat dan encript maklumat yang dikenal sebagai asli.

Page 3: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Dalam tugasan ini juga, saya juga harus mengetahui beberapa lagi istilah

yang akan digunakan dalam Buku Skrap nanti. Misalnya encrypt, decrypt, plaintext,

ciphertext, and cipher. Pada awalnya, semasa menyediakan bahan untuk Buku

Skrap, saya selalu mengalami masalah dalam membezakan perkataan encrypt dan

juga decrypt. Justeru, melalui pembacaan, kini saya dapat membezakan kedua-

duanya. Encrypt bermaksud menukar maklumat daripada satu sistem kepada satu

sistem komunikasi yang lain iaitu menukar mesej awal kepada kod. Di sini yang saya

faham adalah menukar maklumat asli ke dalam bentuk yang tersembunyi supaya

sukar dibaca oleh pihak lain. Manakala Decrypt adalah proses menukar kod kepada

teks atau mesej asal.

Menyediakan Buku Skrap merupakan satu perkara yang rumit tetatp

menyeronokkan. Dulu semasa berada di sekolah rendah dan menengah, saya telah

dibiasakan dengan membuat Buku Skrap. Justeru, saya tidak mempunyai masalah

yang besar untuk menyediakannya mengikut stail serta corak yang saya minati.

Cuma kekangan masa yang kurang mencukupi menyebabkan Buku Skrap yang

dibuat oleh saya mengambil masa yang agak lama. Namun, saya berjaya juga

menyiapkannya mengikut tempoh masa yang telah diberikan oleh pensyarah.

Penghasilan Buku Skrap memerlukan penelitian serta usaha yang tinggi supaya

maklumat-maklumat penting mengenai sejarah perkembangan kod dapat

diterjemahkan dengan baik dan mudah difahami.

Menyediakan Buku Skrap yang baik juga memerlukan kreativiti serta seni

yang halus. Melalui pengalaman saya menyediakan Buku Skrap ini, rakan-rakan

banyak membantu dalam memberikan idea serta perkongsian maklumat untuk

menjadikan Buku Skrap ini lebih menarik dan dapat difahami melalui gambar serta

penerangan yang jelas. Sejarah perkembangan kod telah bermula sejak 1900

sebelum masihi sehinggalah tahun 1933-1945. Melalui penerokaan yang saya cari

mengenai “time-line” sejarah kod, terdapat beberapa kod yang menarik perhatian

saya. Misalnya, ATBASH, Skytale, Caesar dan Enigma. Enigma merupakan mesin

yang diguna pakai semasa peperangan. Negara-negara besar seperti Perancis,

Jerman, dan Amerika.

Page 4: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Sebenarnya, semasa memecah dan menukar kod, melalui Buku Skrap yang

dihasilkan oleh saya, saya telah belajar mengenai beberapa teknik asas yang biasa

digunakan dalam kaedah klasik merungkai data. Ada beberapa kaedah tersebut

mudah digunakan dan sangat senang. Antara kaedah klasik kriptografik yang

digunakan adalah transpositions, pig-Latin, Grille, pengantian Caesar, dan juga

Atbash. Dengan adanya kaedah-kaedah yang digunakan ini, saya berasa teruja dan

seronok untuk memecahkan kod. Kaedah lain yang saya jumpai sepanjang

pencarian kod sejarah ini juga adalah playfai, monoalphabetic, map cipher, dan

Jefferson cipher.

Penerokaan terhadap kekunci awam kriptografi pula menyebabkan saya lebih

seronok dan teruja untuk menyiapkan buku skrap saya ini. Misalnya, melalui

pencarian di internet, saya mendapati terdapat beberapa algoritma yang digunakan

sebagai “password protection” dan juga “private communication”. Antara yang

popular bagi kekunci awam kriptografi adalah RSA. Lain-lain algoritma yang diguna

pakai adalah Data Encryption Standard (DES), Advanced Encryption Standard

(AES), Blowfish, Diffie-Hellman, Pretty Good Privacy (PGP), Message Digest (MD)

algorithems 2,4,5, International Data Encrytion Algortithm (IDEA) dan Public-Key

Crytography Standards (PKCS). Melalui kefahaman saya semasa menyediakan

bahan bacaan mengenai algoritma yang digunakan ini adalah teknik-teknik ini

dihasilkan supaya sistem atau mesej yang ingin disampaikan tidak “di-hack” oleh

orang luar. Disebabkan itulah kod sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Pembacaan serta maklumat yang dikumpul sepanjang menyiapkan tugasan

pertama ini didapati daripada pelbagai sumber. Justeru, saya telah membuat

perkongsian maklumat serta perbincangan dengan rakan-rakan untuk menggunakan

maklumat yang benar-benar dipercayai untuk dimasukkan dalam Buku Skrap saya

ini supaya di akhir penghasilan nanti, segala maklumat yang diselitkan adalah

diterima umum oleh pembaca. Kebaikan membuat Buku Skrap menyebabkan saya

berhati-hati dan selalu membuat perbincangan dengan rakan-rakan yang lain untuk

mengambil maklumat yang penting dan berkenaan sahaja.

Page 5: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Kebaikan yang dapat saya perolehi daripada penghasilan Buku Skrap ini

adalah dengan mengaitkannya dengan situasi aplikasi Matematik pada zaman

moden ini. Perkaitannya dengan aplikasi Matematik akan menyebabkan sistem kod

diguna pakai dalam cap jari, optical (iris/retina), facial structure, suara, signature,

dan keystroke (password dan pin).

Kesemua yang disebutkan ini adalah penghuraian kod yang digunakan dalam

sistem digital terkini iaitu Biometriks. Misalnya, jika kita lihat di dalam filem-filem

yang dihasilkan oleh orang Barat, jika pegawai atasan yang ingin masuk ke dalam

ruang sistem pertahanan, mereka menggunakan sistem “retina-scanning” sebagai

password. Maksudnya, jika retina pegawai itu dapat dikenal pasti, barulah mereka

dapat menembusi pintu ke ruang tersebut. Hal ini untuk mengelakkan pihak musuh

daripada menceroboh ruang sistem pertahanan tentera. Itulah contoh aplikasi kod

untuk masa hadapan.

Melalui penghasilan Buku Skrap ini juga, saya juga mendapat pengetahuan

baharu mengapa kod sangat penting dan berguna kepada setiap sistem dan

masyarakat pada zaman dahulu. Antara kepentingan kod ini adalah ;

Kegunaan peribadi

Authentication(pengesahan), Certification (kelulusan),

Perbankan elektronik

Komunikasi selamat

Passwords

Mobile Phone (phone number).

Berdasarkan konteks kepentingan di atas, sememangnya sistem keselamatan

digunakan dalam kehidupan seharian kita supaya segala maklumat serta simpanan

data kita terselamat daripada dijejaki oleh orang luar dan pihak yang tidak

bertanggungjawab.

Page 6: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Dalam tugasan pertama ini juga, saya juga telah diminta oleh proforma kursus

untuk menghasilkan dan mencipta satu kod peribadi. Pada mula saya berasa sangat

susah untuk mencipta kod sendiri yang kreatif serta lain daripada yang lain. Saya

banyak bertanya kepada rakan-rakan mengenai mencipta kod dengan kreatif.

Kelemahan saya adalah saya mengambil masa yang agak lama untuk

memilih serta membuat keputusan untuk menggunakan kod kreatif yang sesuai.

Melalui aplikasi pembelajaran sejarah kod penggantian dan transposisi, banyak yang

dapat saya kaitkan untuk mencipta kod sendiri. Pada mulanya saya hendak

menggunakan elemen-elemen semula jadi sebagai simbol kepada plain teks saya,

namun, disebabkan saya sukar mendapatkan nama bagi kesemua huruf, saya tidak

jadi menggunakannya sebagai kod kreatif saya.

Saya terlihat iklan penerbangan Air Asia di kaca televisyen dan mendapat

ilham untuk mengggunakan nama-nama tempat menarik di dunia sebagai simbol

kepada pesanan dan mesej yang akan disampaikan nanti. Dengan bantuan rakan

saya, saya mendapat ilham dan idea untuk menggunakan nama-nama negara serta

negeri yang popular di dunia sebagai kod rahsia saya. saya menggunakan warna

bendera setiap negara tersebut untuk dijadikan sebagai kod rahsia saya. Kawan

saya ini sangat gemar melancong, dan disebabkan beliau mengenali banyak negara,

saya meminta beliau membantu saya mencari nama-nama negara serta negeri yang

jarang disebut oleh kita semua. Antara nama negara tersebut adalah Panama,

Oman, Queensland dan sebagainya. Antara satu negeri yang menarik perhatian

saya adalah Linstintein yang merupakan negeri beraja yang paling kecil.

Justeru, saya memulakan penciptaan kod bagi kunci peribadi saya. Orang

yang ingin membaca mesej serta maklumat yang dihantar oleh saya harus

mengenal pasti bendera dan huruf pertama negara tersebut. Bendera dan nama

negara yang dipilih saya secara rambang. Ianya mudah tetapi orang yang ingin

menghuraikan kod tersebut harus mengetahui negara yang dipilih oleh saya. Bagi

menghuraikan kod yang ditulis oleh saya, mereka harus menggunakan huruf

pertama bagi nama negara tersebut.

Page 7: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Berikut merupakan nama-nama negara yang dipilih oleh saya sebagai kod

rahsia mesej ;

Alaska, Argentina, Albania, Bostwana, Brazil, Czech-Republic, Chile,

Denmark, Deutchland, England, Finland, France, Giorgia, Ghana, Gambia,

Guatemala, Greece, Hungary, Ireland, India, Indiana, Italy, Jamaica, Jordan, Kuwait,

Kazakhtan, Kosovo, Kenya, Lesoto, Lebanon, Libya, Liechtenstein, Montenegro,

Morroco, Monaco, Maldives, Netherlands, Oman, Panama, Poland, Queensland,

Romania, Russia, San Morino, Scortland, Sweden, Slovania, Somalia, Switzerland,

Spain, Slovakia, Thailand, Trinidate, Togo, Uganda, United Arab Emirates, Vatican,

Vietnam, Wales, Xian, Yugoslavia, Zambia, Zimbabwe.

Penghasilan Buku Skrap juga memberikan cabaran yang agak berat bagi

saya kerana kadang kala maklumat yang saya perolehi sangat limited dan saya

meminta kawan-kawan untuk berkongsi maklumat serta berbincang yang mana satu

harus diletakkan di dalam Buku Skrap saya.

Buku Skrap juga memerlukan saya sangat berhati-hati dan melakukan kerja-

kerja mencantikkan Buku Skrap. Disebabkan saya tidak kreatif di dalam kerja

tangan, saya sedaya upaya cuba menghias Buku Skrap dengan lebih cantik dan

kelihatan kemas untuk dibaca oleh orang lain.

Namun, selepas menyiapkan Buku Skrap ini, saya berasa sangat gembira

dan seronok kerana dapat menghasilkannya dengan kreativiti sendiri. Saya juga

melihat rakan-rakan yang lain dapat menghasilkan Buku Skrap dengan cantik dan

kemas. Perkongsian ilmu serta maklumat menyebabkan saya dapat menambahkan

lagi pengetahuan mengenai sejarah perkembangan kod serta teknologi digital untuk

menjaga keselamatan maklumat yang diberikan.

Dalam tugasan kedua pula, saya telah ditugaskan untuk mencari bahan-

bahan serta artikel mengenai penghampiran nilai Pi yang dilakukan oleh

Archimedes. Pada mulanya, saya berasa kurang yakin terhadap pencarian tajuk ini

kerana ini merupakan kali pertama saya akan mengkaji sejarah bagaimana nilai Pi

itu diperolehi.

Page 8: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Saya mula mengumpul dan mencari bahan-bahan pembacaan yang berkaitan

dengan pencarian nilai Pi. Saya menggunakan buku-buku di perpustakaan dan juga

melayari internet untuk mendapatkan maklumat serta perincian mengenai tajuk

penghampiran kepada nilai Pi oleh Archimedes.

Dalam pada masa saya mencari artikel serta bahan-bahan berkaitan dengan

tajuk tugasan ini, saya mula berasa seronok kerana ianya berkaitan dengan sejarah

bagaimana nilai Pi itu ditemui. Maka saya mula membaca bahan pembacaan yang

telah dikumpul untuk memulakan tugasan. Terdapat pelbagai teknik serta cara yang

telah ditemui oleh saya untuk mendapatkan sejarah penghampiran Pi. Pada zaman

Archimedes, trigonometri dan sistem pengiraan elektronik masih belum berkembang

pada ketika itu. Maka, menggunakan Theorem Phytogras, Archimedes berjaya

mendapatkan nilai penghampiran kepada nilai Pi.

Disebabkan saya masih keliru untuk menggunakan kaedah yang mana satu,

saya telah berjumpa dan berbincang dengan rakan-rakan yang lain untuk mengira

penghampiran nilai Pi seperti yang dibuat oleh Archimedes. Beliau telah

menggunakan pengiraan terterap di dalam dan terterap di luar bagi mendapatkan

nilai Pi. Bagi menambah serta mengukuhkan pengiraan yang dibuat secara tangan

ini, saya juga membuka Youtube dan belajar secara maya bagaimana cara

Archimedes mendapatkan nilai Pi. Pada saya, kaedah teknologi juga banyak

membantu saya mendapatkan pengiraan penghampiran kepada nilai Pi.

Cuma salah satu masalah semasa saya menyelesaikan tugasan kedua ini

adalah, saya harus menggunakan Geometer Skatch Pad (GSP) untuk membuat

bulatan serta segi sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengiraan Archimedes.

Sebenarnya ia mudah, namun disebabkan sudah lama tidak menggunakannya, saya

berasa susah dan mujurlah rakan saya, Muhammad Haziq telah membantu saya

bagaimana untuk menggunakan GSP dengan betul. Kemudian, barulah saya dapat

menggunakan GSP untuk melukis bulatan serta segitiga di dalamnya untuk

membuat pengiraan berdasarkan kaedah Archimedes.

Page 9: Refleksi Oleh Hisyamuddin Bin Aris

Secara keseluruhannya, tugasan kedua ini membantu saya untuk

mendapatkan pengiraan kepada penghampiran kepada nilai Pi. Pada pandangan

saya, mempelajari sejarah penghampiran Pi adalah sangat penting kepada seorang

guru kerana kita dapat menerangkan kepada murid. Murid hanya mengetahui nilai

Pi, mungkin mereka tidak tahu bagaimana nilai itu ditemui. Justeru, apabila

mengajar murid nanti, kita boleh menyelitkan unsur sejarah dalam perkembangan

matematik untuk menarik perhatian mereka mengenai pembelajaran Matematik.

Tugasan kursus Aplikasi Matematik ini telah membantu saya menambah

pengalaman serta pengetahuan baharu yang menyeronokkan. Melalui kedua-dua

tugasan yang dihasilkan ini saya berjaya memperoleh banyak ilmu baharu serta

pengetahuan yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan kelak. Terima

kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Miss Oon dan rakan-rakan kelas yang

banyak membantu saya dalam usaha menghasilkan Buku Skrap, Tugasan 2, dan

lain-lain lagi. Sekian.