refleksi minggu 1

2
Refleksi Minggu 1 Azmeer Bin Musa I 910606-1-5667 I PISMP 1111 Pengajian Sosial Semester 8 Pada minggu pertama ini saya telah mempelajari tentang guru sebagai satu profesion, bagaimana mengajar itu dianggap sebagai profesion dan apakah ciri-ciri guru yang profesional. Melalui kuliah yang diberikan, ia telah banyak membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih teliti tentang tugas seorang guru sebagai satu profesion yang penting. Meskipun dipertikaikan mengajar itu sebagai profesion, namun kini dapat saya jelaskan bahawa bidang perguruan itu sememangnya satu profesion. Ini dibuktikan dengan melihat bagaimana sesuatu bidang itu dianggap sebagai profesion melalui ciri-ciri profesion seperti mempunyai kod etika, memberikan khidmat keperluan kepada masyarakat, mempunyai latihan ikhtisas yang mencukupi dan sebagainya. Bahkan bidang perguruan ini adalah merupakan profesion yang sangat mulia dan profesion yang tertua di dunia menurut Noriati A. Rashid dan rakan-rakannya di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,(2010). Selain itu, menerokai ciri-ciri guru yang berkesan telah memberi impak kepada diri saya dari segi pemikiran reflektif kendiri. Penerokaan tentang ciri-ciri guru yang profesional dan berkesan telah membuatkan saya terfikir apakah sepanjang menjalani tempoh praktikum saya mengamalkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang profesional dan ada atau tidak ciri-ciri tersebut dalam diri saya. Saya cuba menghubungkait perkara ini dengan diri saya sendiri. Saya yang kini berada di semester 8 sememangnya mengambil berat tentang perkara-perkara seperti ini bagi memastikan diri saya mampu menjadi seorang guru yang boleh membantu mencerahkan masa depan anak bangsa. Sesungguhnya saya akui bahawa dalam banyak ciri-ciri guru yang berkesan tersebut, masih ada yang perlu saya perbaiki untuk menambah kualiti dan mutu mengajar saya. Selain itu, pembelajaran tentang topik guru berkesan ini juga mengingatkan saya semula tentang beberapa perkara yang mungkin saya lupa. Contohnya, seorang guru yang berkesan harus berupaya memberi dorongan dan motivasi kepada anak muridnya. Yang mungkin sebelum ini saya lupa dan mengambil remeh hal ini dengan hanya menjalankan tugas sebagai guru yang mengajar namun tidak sebagai guru yang mendidik. Walhal, perkara itu sangat penting dari aspek pembinaan jati diri murid. Apa yang saya sedari dari perkara ini ialah, ciri-ciri guru berkesan ini harus saya rujuk atau baca paling kurang sebulan sekali. Ini adalah penting untuk memperbaharui niat dan tujuan sebenar mengajar di samping menjadi garis panduan dalam memastikan diri saya menjadi seorang guru yang berkesan, InsyaAllah. Kesimpulannya, mengetahui guru sebagai profesion adalah penting bagi memperjuangkan kemuliaan dan kepentingan bidang ini di dalam

Upload: arzmhyer91

Post on 18-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh Refleksi

TRANSCRIPT

Refleksi Minggu 1Azmeer Bin Musa I 910606-1-5667 I PISMP 1111 Pengajian Sosial Semester 8

Pada minggu pertama ini saya telah mempelajari tentang guru sebagai satu profesion, bagaimana mengajar itu dianggap sebagai profesion dan apakah ciri-ciri guru yang profesional. Melalui kuliah yang diberikan, ia telah banyak membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih teliti tentang tugas seorang guru sebagai satu profesion yang penting. Meskipun dipertikaikan mengajar itu sebagai profesion, namun kini dapat saya jelaskan bahawa bidang perguruan itu sememangnya satu profesion. Ini dibuktikan dengan melihat bagaimana sesuatu bidang itu dianggap sebagai profesion melalui ciri-ciri profesion seperti mempunyai kod etika, memberikan khidmat keperluan kepada masyarakat, mempunyai latihan ikhtisas yang mencukupi dan sebagainya.

Bahkan bidang perguruan ini adalah merupakan profesion yang sangat mulia dan profesion yang tertua di dunia menurut Noriati A. Rashid dan rakan-rakannya di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,(2010). Selain itu, menerokai ciri-ciri guru yang berkesan telah memberi impak kepada diri saya dari segi pemikiran reflektif kendiri. Penerokaan tentang ciri-ciri guru yang profesional dan berkesan telah membuatkan saya terfikir apakah sepanjang menjalani tempoh praktikum saya mengamalkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang profesional dan ada atau tidak ciri-ciri tersebut dalam diri saya. Saya cuba menghubungkait perkara ini dengan diri saya sendiri. Saya yang kini berada di semester 8 sememangnya mengambil berat tentang perkara-perkara seperti ini bagi memastikan diri saya mampu menjadi seorang guru yang boleh membantu mencerahkan masa depan anak bangsa.

Sesungguhnya saya akui bahawa dalam banyak ciri-ciri guru yang berkesan tersebut, masih ada yang perlu saya perbaiki untuk menambah kualiti dan mutu mengajar saya. Selain itu, pembelajaran tentang topik guru berkesan ini juga mengingatkan saya semula tentang beberapa perkara yang mungkin saya lupa. Contohnya, seorang guru yang berkesan harus berupaya memberi dorongan dan motivasi kepada anak muridnya. Yang mungkin sebelum ini saya lupa dan mengambil remeh hal ini dengan hanya menjalankan tugas sebagai guru yang mengajar namun tidak sebagai guru yang mendidik. Walhal, perkara itu sangat penting dari aspek pembinaan jati diri murid. Apa yang saya sedari dari perkara ini ialah, ciri-ciri guru berkesan ini harus saya rujuk atau baca paling kurang sebulan sekali. Ini adalah penting untuk memperbaharui niat dan tujuan sebenar mengajar di samping menjadi garis panduan dalam memastikan diri saya menjadi seorang guru yang berkesan, InsyaAllah.

Kesimpulannya, mengetahui guru sebagai profesion adalah penting bagi memperjuangkan kemuliaan dan kepentingan bidang ini di dalam masyarakat. Seorang guru seharusnya berbangga memegang jawatan sebagai seorang guru kerana tiada bidang lain yang lebih penting daripada bidang ini kerana bidang perguruan membentuk generasi yang bakal mengurus negara pada masa yang akan datang. Jika guru tiada, tidak mustahil akan berlaku kepincangan dalam pemerintahan sesebuah negara itu. Oleh itu, para guru juga tidak cukup sekadar bangga dengan profesion tersebut namun tidak berusaha membuktikan kebenaran tentang betapa penting dan mulianya profesion ini. Maka, para guru haruslah mengamalkan ciri-ciri guru yang berkesan bagi memastikan kualiti dan mutu pengajaran yang diberikan adalah yang terbaik supaya generasi yang akan datang menjadi lebih baik dan mampu mengurus negara dengan adil dan sejahtera. Harapan saya terhadap diri pula, saya berharap untuk tempoh Internship yang bakal datang ini, saya ingin mengapplikasikan ciri-ciri guru yang berkesan dan menjadikannya sebagai tingkah laku rutin yang sebati dengan diri.