refleksi mingggu 4

Upload: wiss99

Post on 30-May-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Refleksi Mingggu 4

    1/2

    REFLEKSI MINGGUAN

    Minggu Ketiga

    Tarikh: 13 Julai hingga 17 Julai 2009

    Saya berasa sangat gembira kerana apa saya sampaikan dapat diikuti oleh murid-

    murid dengan mudah. Misalnya semasa mengajar mengenai kaum di Malaysia

    (kelas 5) murid-murid begitu seronok dan dapat menumpukan perhatian dengan

    mudah. Cuma masih terdapat 2 orang pelajar iaitu Siti Rohani dan Kenny yang

    masih memerlukan bantuan penuh ketika membaca berbanding dengan murid yang

    lain. Walaupun petikan tersebut telah dibaca berulang kali namun mereka tetap lupa.

    Apa yang dapat saya simpulkan adalah kurangnya asas membaca murid-murid ini.

    Keadaan ini menyebabkan proses P&P tidak berlaku dengan lancar kerana tahap

    kemampuan setiap murid adalah sangat berbeza. Misalnya Wan, Miller, Stephanie

    dan Arfan yang tidak mempunyai masalah dalam bacaan. Apa yang boleh saya

    lakukan adalah untuk kembali kepada huruf asas dan suku kata untuk membimbing

    murid-murid ini. Berbeza dengan pelajar yang lebih maju daya inteleknya mereka ini

    akan diberikan latihan dan bimbingan yang berbeza. Keadaan ini sedikit

    menyedihkan saya memandangkan mereka telah berada di kelas 5 yang boleh

    dianggap telah mencapai satu tahap baru tetapi sebaliknya berlaku.

    Minggu ini juga saya telah menjalankan pengajaran berpasangan dengan rakan guru

    pelatih iaitu Cikgu Donny. Kami telah mengambil keputusan untuk mengajar

    Kemahiran Hidup untuk kelas 4 dalam kemahiran menyediakan sarapan pagi. Kami

    berdua juga telah melakukan yang terbaik untuk subjek ini dan murid begitu teruja

    ketika P&P dijalankan. Murid-murid begitu bersungguh-sungguh dan menunjukkan

    minat yang mendalam ketika cikgu sedang mengajar. Mereka juga menunjukkan

  • 8/14/2019 Refleksi Mingggu 4

    2/2

    sikap yang proaktif dengan bertanyakan berbagai-bagai soalan. Saya berharap

    keadaan ini akan berterusan kerana sikap seperti itu sangat baik untuk

    perkembangan minda pelajar itu sendiri.

    Saya juga mendapati seorang pelajarADHD iaitu Olivia dari kelas 4. Olivia begitu

    unik kerana mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dengan murid lain. Olivia

    tidak mempunyai masalah untuk membaca atau mengira. Namun begitu kemahiran

    motor halusnya tidak begitu baik dan cara kerjanya agak kasar. Keadaan ini telah

    saya uji berberapa kali melalui aktiviti tulisan dan juga merwarna. Saya akan cuba

    membimbing Olivia dalam memperbaiki kemahiran motor halusnya sepanjang

    berada di sini.

    Secara keseluruhannya saya gembira dengan proses P&P pada minggu ini. Murid-

    murid sentiasa menunjukkan minat untuk belajar dan inilah yang saya inginkan.

    Saya sangat berharap keadaan ini akan berterusan sepanjang mereka belajar di

    PKBP SK Semenggok. Saya juga sangat sukacita kerana guru-guru di sini juga tidak

    keberatan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Saya merasakan

    tanggungjawab yang saya laksanakan begitu mencabar namun itulah tujuan saya

    berada di sini. Untuk membantu murid-murid berkeperluan khas ini membina masa

    depan mereka sendiri dan mengurangkan pergantungan mereka terhadap individu

    lain.