refleksi ktp

4
SARIMAH BINTI UDIN | REFLEKSI KTP 2015 REFLEKSI KEJOHANAN TREK & PADANG Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya, maka selesalah sudah Kejohanan Trek dan Padang (KTP) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada kali ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan dijalankan pada setiap tahun. Pada kali ini, kejohanan ini dijalankan selama dua hari. Kejohanan ini dijalankan di Padang SMK Tabuan Kuching Sarawak. Terdapat banyak kelebihan dan tidak kurang juga kelemahan sepanjang KTP ini dijalankan. Sebelum KTP ini dijalankan, terdapat beberapa proses yang dijalankan. Kami diarahkan untuk menghadiri perjumpaan KTP yang diadakan di Dewan Brooke. Sebelum itu, kami sudah sepakat untuk membayar RM50 untuk kursus KOM ini. Melalui perbincangan tersebut, kami telah menubuhkan satu organisasi Tertinggi bagi kejohanan ini. Setelah itu, kami juga telah berbincang untuk membahagikan tugas- tugas yang lebih spesifik mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Saya berpendapat bahawa, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pegawai pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Sebuah taklimat ringkas disampaikan oleh Puan Puaspaleela untuk menerangkan secara ringkas berkenaan dengan perjalanan KTP itu nanti. Pada mulanya, terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi oleh kami. Terdapat sebahagian pelajar yang merasakan kutipan wang RM50 tersebut adalah membebankan dan terlalu banyak. Hal ini kerana, kutipan wang tersebut dijalankan sebelum guru pelatih menerima elaun mereka. Hasil pengorbanan kami, akhirnya kutipan tersebut Berjaya mengutip jumlah yang dikehendaki.

Upload: cik-sarimah

Post on 15-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi ktp

TRANSCRIPT

SARIMAH BINTI UDIN

SARIMAH BINTI UDIN | REFLEKSI KTP 2015

REFLEKSI KEJOHANAN TREK & PADANG

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnianya, maka selesalah sudah Kejohanan Trek dan Padang (KTP) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada kali ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan dijalankan pada setiap tahun. Pada kali ini, kejohanan ini dijalankan selama dua hari. Kejohanan ini dijalankan di Padang SMK Tabuan Kuching Sarawak. Terdapat banyak kelebihan dan tidak kurang juga kelemahan sepanjang KTP ini dijalankan.

Sebelum KTP ini dijalankan, terdapat beberapa proses yang dijalankan. Kami diarahkan untuk menghadiri perjumpaan KTP yang diadakan di Dewan Brooke. Sebelum itu, kami sudah sepakat untuk membayar RM50 untuk kursus KOM ini. Melalui perbincangan tersebut, kami telah menubuhkan satu organisasi Tertinggi bagi kejohanan ini. Setelah itu, kami juga telah berbincang untuk membahagikan tugas-tugas yang lebih spesifik mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Saya berpendapat bahawa, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pegawai pada hari tersebut sangat memberangsangkan. Sebuah taklimat ringkas disampaikan oleh Puan Puaspaleela untuk menerangkan secara ringkas berkenaan dengan perjalanan KTP itu nanti.

Pada mulanya, terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi oleh kami. Terdapat sebahagian pelajar yang merasakan kutipan wang RM50 tersebut adalah membebankan dan terlalu banyak. Hal ini kerana, kutipan wang tersebut dijalankan sebelum guru pelatih menerima elaun mereka. Hasil pengorbanan kami, akhirnya kutipan tersebut Berjaya mengutip jumlah yang dikehendaki.

Kursus kepegawaian (KOM) telah dijalankan selama tiga hari dan dijalankan di Audotorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Kami berasa sangat bangga kerana kursus tersebut disampaikan oleh Pegawai teknik yang berpengalaman dan terkenal di Sarawak ini. Slot demi slot yang kami lalui. Banyak input-input berguna yang boleh digunapakai untuk menjawab peperiksaan KOM dan sudah tentu untuk digunakan pada masa akan datang. Pada hari kedua, kursus yang diberikan adalah berkenaan dengan peraturan-peraturan pertandingan padang dan juga balapan. Tidak ketinggalan juga bagi acara bercampur, marathon dan merentas desa. Sememangnya ilmu yang disampaikan adalah sangat berguna untuk kami aplikasikan pada masa akan datang. Pada hari ketiga pula kami dibawa ke Stadium Negeri Sarawak untuk aktiviti amali dalam olahraga. Banyak pengalaman yang mengujakan yang dialami oleh kami pada masa tersebut.Sepanjang kursus KOM tersebut dijalankan, saya berpendapat bahawa, penceramah tersebut menggunakan pendekatan yang lebih menarik agar kami tidak bosan sewaktu kursus tersebut dijalankan. Hal ini,bukan hanya dirasakan oleh saya seorang tetapi dirasakan oleg pegawai yang lain juga. Tetapi, tidak dapat kami nafikan, terdapat banyak input-input yang berguna yang boleh diaplikasikan oleh kami pada masa akan datang.

Sebelum KTP ini dijalankan kami diminta lagi untuk membayar RM50 untuk membantu keberlangsungan KTP ini dijalankan. Apa yang kami difahamkan oleh pihak pengurusan, kejohanan pada kali ini tidak mendapat sebarang dana daripada IPG dan kami dikehendaki untuk membiaya sepenuhnya kejohanan pada kali ini. Hal ini menyebabkan kami berasa sedikit terbeban kerana notis kutipan duit yang dikeluarkan sangat singkat. Saya berpendapat bahawa, pihak pengurusan perlu lebih peka berkenaan isu kutipan wang ini. Tetapi, dengan nilai toleransi dan sikap kerjasama antara pelajar, kami dapat mengumpul kutipan dana yang diperlukan untuk KTP ini.

Tibalah hari yang dinanti-nanti. Kejohanan ini dijalankan selama dua hari. Terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami sepanjang KTP ini dijalankan. Antaranya ialah,kami gagal untuk mendapatkan kerjasama pegawai yang lain untuk mengangkat pelbagai peralatan seperti kerusi,meja,blok permulaan dan lain-lain lagi. Perkara ini haruslah diambil berat oleh semua pegawai dan tidak boleh diambil enteng semata-mata. Namun, hasil kursus kepegawaian yang dihadiri oleh kami, maka segala kekangan yang dihadapi kami dapat atasi sedikit demi sedikit. Pada hari KTP tersebut juga, kami dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari oleh kami sepanjang kuliah dijalankan dan juga input yang diperolehi sewaktu kurus KOM dijalankan. KTP pada kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama padu yang diberikan oleh warga IPG. Kejohanan ini dirasmikan oleh Pengarah Institut. Apa yang menarik pada kejohanan kali ini adalah, bilangan pegawai adalah lebih ramai daripada bilangan peserta kejohanan. Namun syukur kehadrat illahi kerana kejohanan pada kali ini berjalan dengan lancar sama seperti tahun sebelumnya.

Akhir sekali, kami diarahkan pula untuk menduduki Peperiksaan KOM yang dijalankan di Perpustakaan lama. Ujian ini dijalankan serentak di seluruh IPG Malaysia. Ujian ini adalah penting untuk menentukan kelayakan kami untuk mendapat lessen kepegawaian gred 3 yang boleh diguna pakai pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, banyak input dan masih banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki pada kejohanan kali ini. Namun, segala ilmu dan input berguna akan diaplikasikan pada masa akan datang.