refleksi kh

2
Refleksi Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya akhirnya dapat menyiapkan tugasan projek kayu. Terima kasih kepada pensyarah Kemahiran hidup saya iaitu Puan Zaleha binti Endot yang banyak membantu saya dan ahli kumpulan saya untuk melaksanakan projek kayu ini Pada mula, pensyarah saya beri penerangan untuk laksanakan projek kayu ini, saya masih tidak tahu apakah projek yang ingin saya buat. Namun setelah berbincang bersama ahli kumpulan dan juga pensyarah, saya telah mendapat idea untuk melaksanakan troli kayu. Saya bersama ahli kumpulan sangat gembira melaksanakan projek kayu ini. Sepanjang melaksanakan projek kayu ini banyak pengalaman yang saya dapat dan alami sendiri. Sebagai contoh melalui projek kayu ini saya bersama ahli kumpulan pertama kali mengaplikasikan cara membuat tanggam. Semasa berada di sekolah juga saya tidak merasai amali membuat tanggam, hanya diberi penerangan oleh guru. Selain itu juga melalui projek kayu ini saya dapat mengetahui fungsi sebenar tepung penyumbat dan juga cara menyumbat tepung dengan betul ke bahagian yang berlubang. Tambahan lagi saya yang sememangnya sangat berminat dalam projek kayu ini dapat belajar secara amali penggunaan mesin yang sebelum ini saya tidak pernah guna semasa di sekolah. Sebagai contoh mesin pemotong kayu.

Upload: yusuf-alias

Post on 03-Aug-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi KH

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya akhirnya dapat

menyiapkan tugasan projek kayu. Terima kasih kepada pensyarah Kemahiran hidup

saya iaitu Puan Zaleha binti Endot yang banyak membantu saya dan ahli kumpulan

saya untuk melaksanakan projek kayu ini

Pada mula, pensyarah saya beri penerangan untuk laksanakan projek kayu ini,

saya masih tidak tahu apakah projek yang ingin saya buat. Namun setelah berbincang

bersama ahli kumpulan dan juga pensyarah, saya telah mendapat idea untuk

melaksanakan troli kayu. Saya bersama ahli kumpulan sangat gembira melaksanakan

projek kayu ini.

Sepanjang melaksanakan projek kayu ini banyak pengalaman yang saya dapat

dan alami sendiri. Sebagai contoh melalui projek kayu ini saya bersama ahli kumpulan

pertama kali mengaplikasikan cara membuat tanggam. Semasa berada di sekolah juga

saya tidak merasai amali membuat tanggam, hanya diberi penerangan oleh guru.

Selain itu juga melalui projek kayu ini saya dapat mengetahui fungsi sebenar

tepung penyumbat dan juga cara menyumbat tepung dengan betul ke bahagian yang

berlubang. Tambahan lagi saya yang sememangnya sangat berminat dalam projek

kayu ini dapat belajar secara amali penggunaan mesin yang sebelum ini saya tidak

pernah guna semasa di sekolah. Sebagai contoh mesin pemotong kayu.

Setelah berminggu-minggu saya dan ahli kumpulan bertungkus-lumus

melaksanakan projek kayu ini, akhirnya kami telah dapat menyiapkannya dengan

sempurna. Saya sangat berpuas hati setelah menyiapkan projek kayu yang kami cipta

dengan tangan kami sendiri. Saya berasa amat teruja kerana selama ini saya dan ahli

kumpulan hanya melakar projek kayu tersebut di kertas putih. Namun ternyata kami

dapat menciptanya dalam bentuk yang sebenar. Saya dan ahli kumpulan berharap agar

reka cipta kami ini dapat digunakan kepada semua manusia dalam kehidupan seharian

mereka.

Akhir kata, sekian terima kasih

Page 2: Refleksi KH

Oleh:

AHMAD YUSUF BIN ALIAS

PISMP SEM 4 (BM/PJ/KH)