refleksi keseluruhan

7
REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2008 KEM TASIK BIRU, JASIN, MELAKA Program BIG untuk guru-guru pelatih PISMP ambilan Januari 2008 telah dijalankan pada 28-31 Januari 2008 di Kem Tasik Biru, Jasin, Melaka. Pelbagai persediaan dilakukan sebelum kami bertolak ke sana terutamanya dari aspek penyediaan barang-barang keperluan seperi khemah dan makanan. Pada pagi Isnin, 28 Januari 2008, kami telah berkumpul di hadapan Balai Pelawat. Sebelum bergerak ke kem tersebut, En. Abu Bakar bin Miskun telah memberikan kami taklimat ringkas di gimnasium. Perlantikan penghuluwati, ketua dan penolong telah dilakukan semasa di IPPM lagi bagi melicinkan pelaksanaan semua tugas yang diberikan. Penghuluwati kami adalah Shakila binti Nahrorawi dari PISMP Matematik. Pemilihannya adalah berdasarkan bilangan undian antara peserta-peserta BIG. Di sana kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan kumpulan mentor masing- masing agar memudahkan mentor memantau para guru pelatih, di mana semua aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kumpulan tersebut. Di dalam kumpulan itulah kami bekerjasama mendirikankan khemah dan empat orang daripada kami pula ditugaskan untuk memasak di dapur. Dalam melaksanakan aktiviti ini, semangat berpasukan dan bersepakat adalah penting bagi memudahkan pelaksanaannya.

Upload: missqueserasera

Post on 01-Jul-2015

772 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI KESELURUHAN

REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) GURU PELATIH PISMP AMBILAN JANUARI 2008KEM TASIK BIRU, JASIN, MELAKA

Program BIG untuk guru-guru pelatih PISMP ambilan Januari 2008 telah

dijalankan pada 28-31 Januari 2008 di Kem Tasik Biru, Jasin, Melaka. Pelbagai

persediaan dilakukan sebelum kami bertolak ke sana terutamanya dari aspek

penyediaan barang-barang keperluan seperi khemah dan makanan. Pada pagi

Isnin, 28 Januari 2008, kami telah berkumpul di hadapan Balai Pelawat. Sebelum

bergerak ke kem tersebut, En. Abu Bakar bin Miskun telah memberikan kami

taklimat ringkas di gimnasium. Perlantikan penghuluwati, ketua dan penolong

telah dilakukan semasa di IPPM lagi bagi melicinkan pelaksanaan semua tugas

yang diberikan. Penghuluwati kami adalah Shakila binti Nahrorawi dari PISMP

Matematik. Pemilihannya adalah berdasarkan bilangan undian antara peserta-

peserta BIG. Di sana kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan

kumpulan mentor masing-masing agar memudahkan mentor memantau para

guru pelatih, di mana semua aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kumpulan

tersebut. Di dalam kumpulan itulah kami bekerjasama mendirikankan khemah

dan empat orang daripada kami pula ditugaskan untuk memasak di dapur.

Dalam melaksanakan aktiviti ini, semangat berpasukan dan bersepakat adalah

penting bagi memudahkan pelaksanaannya.

Program BIG kami dimulakan dengan sesi Ice-Breaking yang dikelolakan

oleh kaunselor pelajar, Pn Noraidah. Sesi ini dapat dilaksanakan dengan lancar

di dalam dewan yang selesa walaupun kami masih belum menyesuaikan diri

sepenuhnya di sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa sesi Ice-Breaking ini

menyebabkan kami lebih saling mengenali antara satu sama lain kerana

walaupun kami telah bersama di IPPM selama setahun setengah, masih terdapat

di antara kami yang masih belum mengenali latar belakang rakan-rakan dari unit

Page 2: REFLEKSI KESELURUHAN

yang lain. Dengan secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan lagi tahap

komunikasi di antara rakan-rakan guru pelatih.

Banyak perkara yang kami pelajari di sini terutama dari aspek kerohanian.

Pengisian rohani di dalam Program BIG ini bagaikan menjadi pengisian utama

kerana setiap waktu solat fardhu ia di sertai dengan tazkirah-tazkirah yang

banyak memberi kami ilmu-ilmu pengetahuan tidak kira untuk bekalan di dunia

mahupun di akhirat kelak. Topik-topik yang diketengahkan dalam tazkirah yang

diberikan antaranya ialah akal yang sihat terdapat pada badan yang sihat, zikir,

cemerlang gemilang dan terbilang, tuntutan, maratabat dan kepentingan ilmu,

mencari hidayah, doa, ruqyah dan munajat, serta penerangan mengenai solat

Jamak dan Qasar. Semua slot tazkirah ini telah disampaikan oleh guru-guru

pelatih yang telah dipilih sebagai wakil bagi setiap kumpulan. Tazkirah Subuh

dilaksanakan selama 30 minit, tazkirah Zuhur selama 20-25 minit, tazkirah Asar

selama 10 minit sahaja manakala tazkirah Maghrib pula dilaksanakan selama 60

minit atau 1 jam. Kebiasaannya, pada akhir slot tazkirah, ulasan akan dibuat oleh

Ustaz Mat Nawi. Beliau akan mengulas topik yang dibincangkan semasa tazkirah

dan menambah sedikit input-input yang patut diketahui oleh guru-guru pelatih. Di

sini kami dapat menimba banyak ilmu agama dan sentiasa menyedari bahawa

betapa besar dan luasnya ilmu Allah yang meliputi langit dan bumi. Solat-solat

fardu yang didirikan secara berjemaah pada setiap waktu pula memupuk

semangat perpaduan dan kesepakatan antara kami. Ia juga secara tidak

langsung menunjukkan bahawa kehidupan secara berjemaah ini adalah amat

penting dalam usaha untuk memakmurkan bumi Allah ini. Selain itu, program

BIG ini juga menyedarkan kami tentang pentingya kewajipan solat yang

difardhukan kepada umat Islam. Walaupun kami berada di dalam hutan atau di

tasik, kami masih boleh menunaikan ibadah solat fardhu dengan berpandukan

syarat-syarat rukhsah solat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Page 3: REFLEKSI KESELURUHAN

Selain dari itu, di dalam program BIG ini ia turut mengandungi sesi

panduan kecemasan dan asas bantu mula dimana, kami dapat mempelajari

pelbagai cara dan kaedah rawatan segera atau rawatan awal sekirannya berlaku

kecederaan seperti luka sama ada di bahagian luar atau bahagian dalam. Cara-

cara untuk membuat ikatan juga turut diajar dan dipraktikkan semasa sesi

tersebut. Di sini, banyak ilmu yang kami timba iaitu rawatan-rawatan awal dalam

hal-hal kecemasan yang kita tidak boleh diduga bila perkara itu berlaku.

Dalam pada itu, antara aktiviti utama yang dijalankan dalam program BIG ini

ialah aktiviti kembara di darat. Semasa aktiviti ini kami terpaksa berjalan dalam

keadaan panas terik. Walaubagaimanapun, kami tidak pernah patah semangat

dan berputus asa dalam meneruskan perjuangan ke tempat yang ditujui

ditambah pula kami terpaksa membawa beban seperti periuk, kuali dan

barangan dapur untuk kegunaan memasak masakan tengahari di hutan. Barang-

barang tersebut dibawa secara bergilir-gilir agar dapat meringankan beban, bak

kata pepatah Melayu, berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Setelah meredahi

jalan sehingga hampir 3 jam, kami akhirnya sampai di tempat yang telah

ditetapkan untuk berehat dan memasak serta bersolat Zuhur. Di sana, kami telah

diberikan pisang, dan ikan keli sebanyak 5 ekor bagi setiap kumpulan sebagai

juadah untuk makan tengahari. Kami telah bekerjasama dalam menyediakan

hidangan makan tengahari walaupun barang-barang yang disediakan untuk

memasak adalah terhad. Selain itu, kami turut melakukan solat Zuhur di dalam

hutan tanpa menggunakan telekung.

Antara aktiviti menarik lain yang diadakan bagi mengisi program BIG ini

ialah berkayak dan berakit. Pengalaman berkayak dan berakit di Kem Tasik Biru

ini amat menyeronokkan. Sebelum aktiviti tersebut dijalankan, kami terlebih

dahulu didedahkan tentang penggunaan ‘buoyancy aid’ (BA) supaya tiada

sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kami juga turut mempelajari cara-

cara untuk mengapungkan diri. Selain dari itu, kami juga turut diberi peluang

Page 4: REFLEKSI KESELURUHAN

bermandi-manda di sekitar tepi tasik disamping mempraktikkan BA tersebut.

Semasa aktiviti berkayak dijalankan, ia sebenarnya banyak memerlukan

kesepakatan di antara kedua belah pihak, barulah kayak itu dapat dipandu

dengan baik. Dalam aktiviti berakit pula, kerjasama diantara ahli kumpulan

adalah amat penting bagi memastikan rakit tersebut berada dalam keadaan yang

seimbang dan dapat bergerak dengan lancar. Ketua pasukan pula perlu sentiasa

memastikan pergerakan pendyung adalah serentak agar pergerakan rakit lebih

cepat. Keadaan ini sebenarnya memerlukan semangat bepasukan yang kuat

serta daya ketahanan yang tinggi.

Di samping itu, dalam keseluruhan sesi LDK yang dijalankan sepanjang

program BIG ini, pada keseluruhannya ia banyak memupuk nilai-nilai murni

seperti kerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati. Sesi LDK ini juga

memberi peluang untuk setiap ahli dalam kumpulan mendekatkan diri di antara

satu sama lain yang mungkin sebelum ini masih lagi tidak pernah bergaul mesra.

Peluang inilah yang perlu diambil untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim

di antara rakan-rakan seperjuangan. Selain dari itu, terdapat juga sesi

penghargaan kendiri dan perubahan sikap yang dijalan dalam LDK yang ke 3.

Dalam sesi ini, kami banyak berkongsi tentang masalah yang kami alami kepada

rakan-rakan. Kami turut berbincang bersama-sama cara untuk mengatasinya

dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri sekiranya masalah itu datang dari

kami sendiri. Selain itu, aktiviti LDK ini sebenarnya banyak memberi keceriaan

kepada kami dengan kehadiran Puan Noraidah dan Encik Isnin serta mentor-

mentor yang sentiasa bersama dengan anak-anak menteenya. Ia juga secara

tidak langsung mendidik kami menjadi insan yang terbaik yang boleh mendidik

anak-anak bangsa pada masa akan datang .

Berdasarkan ujian Self-Directed Search (SDS) yang juga dikenali dengan

nama Ujian Kerjaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, ujian ini

dapat memberi gambaran mengenai kerjaya yang sesuai dengan diri kita pada

masa akan datang. Berdasarkan jawapan saya, saya mempunyai satu sifat yang

Page 5: REFLEKSI KESELURUHAN

bersesuaian dengan kerjaya sebagai guru matematik iaitu social hasil daripada

ujian ini, saya perlu memperbaiki dan mengubah sifat atau sikap saya agar lebih

cenderung ke arah menjadi seorang guru. Bak kata pepatah Islam, tidak akan

berubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri. Oleh itu,

kita haruslah berusaha untuk manjadikan diri kita seorang guru yang sebenar-

benarnya agar dapat membimbing anak didik kita pada masa hadapan dengan

ikhlas dan jujur.