refleksi keseluruhan

4
Refleksi keseluruhan Pertama-tamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Kerja kursus ini memerlukan saya menulis esei mengenai konsep, matlamat, keperluan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, serta membincangkan tentang kemahiran- kemahiran dan teori-teori kaunseling yang dapat membantu pembentukan murid-murid yang seimbang. Selain itu, saya juga diminta untuk menyatakan satu kes masalah disiplin murid dan menghuraikan cara- cara untuk membimbing murid berikut. Tugasan ini sememangnya bukan satu benda yang baru kepada saya kerana saya pernah belajar dan membuat tugasan yang hampir sama sewaktu di semester 2 iaitu untuk subjek Murid dan Alam Belajar. Namun, ini tidak bermakna saya tidak menghadapi sebarang masalah di sepanjang proses menyiapkan tugasan. Contoh masalah terbesar saya adalah kekangan dari segi masa di mana saya harus membahagikan masa saya di antara kerja kursus dan praktikum. Mujur saya membuat jadual kerja sendiri dan dapat menyelesaikan kerja-kerja dengan merujuk jadual tersebut. Masalah lain yang timbul adalah talian internet yang perlahan, virus dari pendrive rakan yang melembapkan laptop dan mesin pencetak yang kerap jammed . Saya bernasib baik kerana rakan- rakan saya sudi berkongsi maklumat yang mereka peroleh jadi saya tidak perlu melayari internet setiap masa dan mereka turut meminjamkan mesin pencetak mereka untuk kegunaan saya. Pada masa yang sama, saya telah belajar banyak perkara ketika membuat tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini. Antaranya ialah: 1. Refleksi tindakan saya terhadap tingkah laku murid yang tidak diingini semasa PBS dan praktikum yang lepas.

Upload: faikha-munirah

Post on 28-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

^^b

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi keseluruhan

Refleksi keseluruhan

Pertama-tamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya

dapat menyiapkan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Kerja

kursus ini memerlukan saya menulis esei mengenai konsep, matlamat, keperluan dan

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, serta membincangkan tentang

kemahiran-kemahiran dan teori-teori kaunseling yang dapat membantu pembentukan murid-

murid yang seimbang. Selain itu, saya juga diminta untuk menyatakan satu kes masalah

disiplin murid dan menghuraikan cara-cara untuk membimbing murid berikut.

Tugasan ini sememangnya bukan satu benda yang baru kepada saya kerana saya

pernah belajar dan membuat tugasan yang hampir sama sewaktu di semester 2 iaitu untuk

subjek Murid dan Alam Belajar. Namun, ini tidak bermakna saya tidak menghadapi sebarang

masalah di sepanjang proses menyiapkan tugasan. Contoh masalah terbesar saya adalah

kekangan dari segi masa di mana saya harus membahagikan masa saya di antara kerja

kursus dan praktikum. Mujur saya membuat jadual kerja sendiri dan dapat menyelesaikan

kerja-kerja dengan merujuk jadual tersebut. Masalah lain yang timbul adalah talian internet

yang perlahan, virus dari pendrive rakan yang melembapkan laptop dan mesin pencetak

yang kerap jammed. Saya bernasib baik kerana rakan-rakan saya sudi berkongsi maklumat

yang mereka peroleh jadi saya tidak perlu melayari internet setiap masa dan mereka turut

meminjamkan mesin pencetak mereka untuk kegunaan saya.

Pada masa yang sama, saya telah belajar banyak perkara ketika membuat tugasan

Bimbingan dan Kaunseling ini. Antaranya ialah:

1. Refleksi tindakan saya terhadap tingkah laku murid yang tidak diingini semasa PBS dan

praktikum yang lepas.

Saya seorang yang kekok dengan budak-budak. Oleh itu, saya selalu buntu idea

yang boleh saya lakukan dengan murid yang menangis, bergaduh, mengajuk kata-kata saya

dan sebagainya di dalam kelas. Saya khuatir jika saya terlalu melayan murid-murid sebegini,

mereka akan menjadi manja tetapi saya juga risau mereka menganggap saya tidak

sayangkan mereka apabila saya tidak mempedulikan mereka. Walaupun begitu, apa yang

saya sering buat ialah saya hanya membiarkan murid yang bermasalah sendiri kerana saya

fikir mereka akan berubah lama-kelamaan. Kini, setelah menyiapkan tugasan ini, barulah

saya sedar bahawa saya sepatutnya berusaha untuk mendekati murid-murid saya terlebih

dahulu.bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka lalui.

Page 2: Refleksi keseluruhan

2. Mengetahui cara-cara yang sesuai untuk membantu murid yang memerlukan khidmat

Bimbingan dan Kaunseling.

Seorang guru atau kaunselor tidak boleh terburu-buru untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi murid. Kadangkala, jika kita lihat di drama atau filem tempatan, watak guru itu

sekadar mendenda muridnya yang membuat salah tanpa usul periksa. Terdapat segelintir

guru yang memberikan penyelesaian yang kurang sesuai untuk murid mereka juga.

Akibatnya, masalah yang murid lalui bukan sahaja tidak dapat diatasi malah ia semakin

memburukkan keadaan. Daripada tugasan ini, saya belajar tentang tujuh peringkat

kaunseling yang harus dipatuhi. Saya berpendapat bahawa sekiranya guru mengamalkan

peringkat-peringkat tersebut, murid akan lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk

menerima pertolongan daripada guru.

3. Mengetahui jawapan dan penyelesaian yang tepat bagi setiap permasalahan yang

dihadapi oleh murid.

Saya mendapati bahawa masalah-masalah murid ini berbeza-beza. Justeru, mereka

tidak boleh diberikan ‘ubat’ yang sama setiap masa. Hal ini kerana, ada murid yang

bermasalah tingkah laku, ada yang mengalami tekanan emosi dan ada juga yang

mempunyai pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu perkara. Meskipun pendekatan

yang sama dilakukan oleh guru berulang-kali ke atas murid-muridnya masih dapat

membantu, ia sebenarnya lebih sesuai jika guru menggunakan penyelesaian atau ‘ubat’

yang tepat untuk menangani masalah murid ini. Sebagai contoh, teori behavioris bagi

mengatasi masalah tingkah laku dan teori PCC untuk masalah berkaitan emosi murid.

Sementara itu, dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling juga dilihat sebagai satu langkah bagi menanam dan menyuburkan nilai, sikap

dan kemahiran dalam perkembangan murid. Hal ini bermakna, murid perlu dibantu daripada

menghadapi sebarang halangan untuk mengenali diri dan potensinya yang sebenar.

Sehubungan dengan itu, pelbagai program boleh diatur tidak mengira aspek pemulihan,

pencegahan dan perkembangan murid melalui unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Misalnya, program motivasi, Hari Kerjaya, solat hajat dan lain-lain lagi.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya

yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga

kepada pensyarah kami, Pn. Haslinda di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau

kepada kami. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang

berguna apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.

Page 3: Refleksi keseluruhan

Sekian, terima kasih.

.......................................................

(Faikha Munirah binti Mohd Taher)