refleksi keseluruhan

2
Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Saya Faez bin Mohd Jawawi merupakan seorang guru pelatih dari Institut Perguruan Tuanku Bainun telah menjalani Program Perkhemahan Unit Beruniform pada 30 September sehingga 2 September 2014 yang lalu. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sya berharap segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh sepanjang mengikuti program ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Banyak manfaat yang telah saya peroleh semasa saya mengikuti perkhemahan tersebut. Antara manfaaat-manfaat tersebut termasuklah saya dapat membiasakan diri walau berada di mana tempat sekalipun, semangat bertolak ansur dan gigih berusaha bagi mencapai kejayaan. Saya juga telah mengalami beberapa peristiwa indah dan pahit semasa mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah saya ikuti. Pada hari pertama, saya berasa agak kurang selesa tidur di dalam khemah. Hal ini demikian kerana keadaan permukaan khemah yang tidak rata. Namun, saya dapat juga membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Walaupun khemah yang saya huni terpaksa dikongsi dengan rakan-rakan yang ramai, saya dapat menerima keadaan tersebut. Melaluinya, saya dapat belajar bahawa bukan semua tempat kita boleh mendapat kesenangan. Kita perlu belajar untuk hidup dalam keadaan yang kurang selesa. Selain itu, saya juga dapat belajar bertolak ansur dengan ahli kumpulan saya. Hal ini melibatkan penerimaan dan penolakan idea-idea daripada setiap ahli kumpulan. Oleh itu, secara tidak langsung saya dapat belajar menerima pendapat yang diutarakan orang lain. Sikap sabar juga dapat dipupuk apabila kita dapat menerima dan menghormati idea orang lain. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran semasa mengikuti perkhemahan tersebut. Antaranya adalah kemahiran membuat darah. Aktiviti membuat darah merupakan antara aktiviti yang

Upload: kamal-leo

Post on 28-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ccc

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Saya Faez bin Mohd Jawawi merupakan seorang guru pelatih dari Institut Perguruan Tuanku Bainun telah menjalani Program Perkhemahan Unit Beruniform pada 30 September sehingga 2 September 2014 yang lalu. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sya berharap segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh sepanjang mengikuti program ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Banyak manfaat yang telah saya peroleh semasa saya mengikuti perkhemahan tersebut. Antara manfaaat-manfaat tersebut termasuklah saya dapat membiasakan diri walau berada di mana tempat sekalipun, semangat bertolak ansur dan gigih berusaha bagi mencapai kejayaan. Saya juga telah mengalami beberapa peristiwa indah dan pahit semasa mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah saya ikuti.Pada hari pertama, saya berasa agak kurang selesa tidur di dalam khemah. Hal ini demikian kerana keadaan permukaan khemah yang tidak rata. Namun, saya dapat juga membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Walaupun khemah yang saya huni terpaksa dikongsi dengan rakan-rakan yang ramai, saya dapat menerima keadaan tersebut. Melaluinya, saya dapat belajar bahawa bukan semua tempat kita boleh mendapat kesenangan. Kita perlu belajar untuk hidup dalam keadaan yang kurang selesa.Selain itu, saya juga dapat belajar bertolak ansur dengan ahli kumpulan saya. Hal ini melibatkan penerimaan dan penolakan idea-idea daripada setiap ahli kumpulan. Oleh itu, secara tidak langsung saya dapat belajar menerima pendapat yang diutarakan orang lain. Sikap sabar juga dapat dipupuk apabila kita dapat menerima dan menghormati idea orang lain.Seterusnya, saya juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran semasa mengikuti perkhemahan tersebut. Antaranya adalah kemahiran membuat darah. Aktiviti membuat darah merupakan antara aktiviti yang menarik minat saya. Hal ini demikian kerana saya tidak mengetahui langsung cara-cara membuat darah. Setelah membuat aktiviti tersebut, barulah saya tahu bahawa ibu sirap perlu dicampur dengan kopi bagi mendapatkan darah yang sebenar.Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti memasak. Saya dapati bahawa kesemua peserta sama ada lelaki ataupun perempuan pandai memasak dan selalu ke dapur. Hal ini dapat dilihat melalui cara-cara mereka memotong, membasuh dan memasak. Daam aktiviti ini, kami telah dibahagikan kepadaa tiga kumpulan. Kami juga telah dibekalkan dengan bahan-bahan mentah seperti mee kuning, bihun, telur, sos, kicap, udang kering, cili kering dan lain-lain. Kami telah memasak mee goreng dan bihun goreng yang amat sedap. Aktiviti malam kebudayaan telah diadakan pada malam terakhir perkhemahan dan melibatkan semua unit beruniform. Walaupun berasa penat dan letih, aktiviti malam kebudayaan amat meriah dengan penyertaan oleh semua peserta dan pensyarah. Sebelum mengadakan aktiviti tersebut, kami telah menjalani perjumpaan bagi membuat persiapan awalsupaya aktiviti malam kebudayaan dapat berjalan dengan lancar. Majlis penutupan menjadi agenda terakhir dalam program perkhemahan kali ini. Ketua Jabatan GERKO, Puan Rohaya telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Program Perkhemahan Unit Beruniform 2014. Saya amat gembira menyertai perkhemahan ini walaupun menghadapi beberapa masalah. Saya juga berasa amat bertuah kerana berpeluang menimba pengalaman yang berharga ini. Sekian, terima kasih.