refleksi intership

8
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MINGGU PERTAMA TARIKH : 31 MAC 2015 MASA : 8:30- 9:30 pagi TAJUK : TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 000 Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti kumpulan dilaksanakan serta mereka berjaya mencapai objektif pengajaran yang telah dicapai. Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini bertumpu kepada operasi tambah dalam lingkungan 10 000. KEKUATAN Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Saya dapat menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran pada hari ini tercapai dan sesi pengajaran berakhir dengan semua murid berjaya menjawab soalan yang diberikan semasa sesi lembaran kerja. Murid sangat bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan iaitu ketika mereka dikehendaki untuk menyelesaikan set soalan yang diberikan. Kebanyakkan daripada murid ingin mendapatkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru malah mereka juga membantu kawan yang lemah untuk menyelesaikan masalah. Murid berasa sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan malah mereka meminta agar pengajaran dan pembelajaran seterusnya melibatkan aktiviti permainan yang lebih banyak. Disini saya merasakan bahawa kekuatan aktiviti di dalam proses pembelajaran sangat membawa impak yang besar. Murid seronok belajar malah dalam pada masa yang sama objektif dapat dicapai. KELEMAHAN Kelemahan utama yang saya kenal pasti adalah dari segi kawalan kelas.Murid- murid Tahun 3 Cemerlang ini sangat kuat bercakap kerana bilangan mereka yang ramai iaitu tiga puluh dua orang. Ada dikalangan mereka yang merasakan operasi tambah senang dan mereka mampu menjawab soalan yang diberi. Ini menyukarkan untuk mengawal mereka untuk tidak bercakap kerana mereka pantas membuat kerja yang diberikan. Saya juga merasakan aktiviti perlu dipelbagai dan divariasikan mengikut aras supaya dapat mengekang murid yang

Upload: intan-nurbaizurra-mohd-rosmi

Post on 02-Feb-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Intership

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

MINGGU PERTAMA

TARIKH : 31 MAC 2015

MASA : 8:30- 9:30 pagi

TAJUK : TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 000

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.

Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti

kumpulan dilaksanakan serta mereka berjaya mencapai objektif pengajaran yang telah

dicapai. Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini bertumpu kepada operasi tambah dalam

lingkungan 10 000.

KEKUATAN

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar. Saya dapat menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Secara

keseluruhannya, objektif pembelajaran pada hari ini tercapai dan sesi pengajaran berakhir

dengan semua murid berjaya menjawab soalan yang diberikan semasa sesi lembaran kerja.

Murid sangat bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan iaitu ketika mereka dikehendaki

untuk menyelesaikan set soalan yang diberikan. Kebanyakkan daripada murid ingin

mendapatkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru malah mereka juga membantu kawan

yang lemah untuk menyelesaikan masalah. Murid berasa sangat seronok dengan aktiviti

yang dijalankan malah mereka meminta agar pengajaran dan pembelajaran seterusnya

melibatkan aktiviti permainan yang lebih banyak. Disini saya merasakan bahawa kekuatan

aktiviti di dalam proses pembelajaran sangat membawa impak yang besar. Murid seronok

belajar malah dalam pada masa yang sama objektif dapat dicapai.

KELEMAHAN

Kelemahan utama yang saya kenal pasti adalah dari segi kawalan kelas.Murid-murid Tahun

3 Cemerlang ini sangat kuat bercakap kerana bilangan mereka yang ramai iaitu tiga puluh

dua orang. Ada dikalangan mereka yang merasakan operasi tambah senang dan mereka

mampu menjawab soalan yang diberi. Ini menyukarkan untuk mengawal mereka untuk tidak

bercakap kerana mereka pantas membuat kerja yang diberikan. Saya juga merasakan

aktiviti perlu dipelbagai dan divariasikan mengikut aras supaya dapat mengekang murid

yang berada di kumpulan yang pandai tidak mengganggu konsentrasi murid yang lemah.

Page 2: REFLEKSI Intership

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Justeru itu, saya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan sistem token berkumpulan

pada sesi pengajaran saya pada masa akan datang. Saya berharap agar mereka akan lebih

mendengar kata apabila sistem token berkumpulan digunakan. Hal ini bagi mengelakkan

‘bintang’ mereka ditolak. Saya juga cuba untuk mempelbagaikan soalan yang berbentuk

aras tinggi dan sesuai dengan semua tahap. Pada masa akan datang, saya berharap agar

dapat menyelesaikan masalah kawalan kelas dengan lebih bersikap tegas agar murid lebih

mendengar kata dan memberikan sepenuh perhatian kepada sesi pengajaran.

Page 3: REFLEKSI Intership

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

MINGGU KEDUA

TARIKH : 7 APRIL 2015

MASA : 8:30- 9:30 AM

TAJUK : TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 000

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.

Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti

kumpulan dilaksanakan serta berjaya mencapai objektif pengajaran yang telah disasarkan.

Pada minggu ini , saya bertumpu kepada tajuk yang seterusnya iaitu operasi tolak dalam

lingkungan 10 000. Operasi tolak tidak mendatangkan kesukaran kepada murid pandai

tetapi masalah bagi murid yang lemah. Namun begitu, ianya boleh diatasi dengan latihan

dan pemahaman di dalam konsep.

KEKUATAN

Alhamdullilah, saya telah dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pengajaran Tahun 3

Cemerlang pada hari ini dengan lancar. Saya telah melakukan sehabis baik untuk

pengajaran ini agar semua murid dapat memahami konsep tolak, mampu menjawab soalan

dan latihan yang diberi dan dalam pada masa yang sama merasa seronok dengan

pengajaran yang saya lakukan. Walaupun demikian, saya sedar masih banyak yang perlu

saya tambahbaik dalam pengajaran pada masa akan datang dan banyak kelemahan yang

perlu diperbaiki agar pengajaran lebih efektif. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti pada

minggu ini adalah aktiviti yang dirancang semasa set induksi dan fasa perkembangan dapat

menarik minat murid untuk belajar topik pada hari ini. Saya dapat perhatikan bahawa murid-

murid berasa teruja apabila mereka mampu mempelajari konsep tolak menggunakan

Abakus. Mempelajari Abakus adalah di dalam salah satu standard pembelajaran yang perlu

dipelajari oleh murid. Saya dapati pengajaran menggunakan Abakus banyak membantu

murid dalam operasi tolak. Syukur kerana pengetahuan sedia ada mereka mengenai

Abakus sejak darjah dua lagi. Maka, semasa mereka di darjah tiga penggunaan Abakus

tidak menjadi satu masalah kepada mereka.

KELEMAHAN

Page 4: REFLEKSI Intership

Kelemahan yang perlu saya baiki pada pengajaran akan datang adalah dari segi

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Selain itu penerangan lebih teliti

perlu semasa pengajaran mengenai Abakus agar sesuai dengan tahap murid-murid saya.

Pada masa yang sama ‘eyecontact’ semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

perlu dalam memfokus kepada murid. Saya agak kurang prihatin dengan murid-murid saya

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana untuk menghadapi murid seramai

32 orang dan menumpukan perhatian kepada setiap orang di dalam kelas memang agak

sukar. Namun sebagai seorang guru, perkara itu tidak boleh di pandang remeh. Ini kerana

murid di dalam kelas berhak mendapat layanan sama rata oleh semua guru. Bagi mengatasi

masalah ini, saya cuba untuk mengecilkan kuantiti murid dengan mengumpulkan mereka

kepada beberapa kumpulan kecil. Ini memudahkan saya bergerak ke setiap kumpulan dan

memberi perhatian kepada murid yang bermasalah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang perlu saya lakukan adalah dari segi perancangan yang

telah tersusun dan sistematik. Nilai yang saya nyatakan di dalam buku Rekod Pengajaran

Harian juga perlu ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,saya

perlu bersikap lebih prihatin dan tegas semasa mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran . Aktiviti yang dirancang perlu menepati kehendak 5 fasa di mana murid

digalakkan untuk membuat penerokaan. Selain itu saya juga akan cuba untuk

mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan sumber bahan

bantu mengajar yang pelbagai di dalam kelas.

Page 5: REFLEKSI Intership

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

MINGGU KETIGA

TARIKH : 14 APRIL 2015

MASA : 8:30- 9:30 AM

TAJUK : DARAB

REFLEKSI RPH MINGGU KETIGA

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.

Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti

kumpulan dilaksanakan serta telah memahami objektif pengajaran yang telah diajar. Tajuk

minggu ini bertumpu kepada topik darab. Topik yang agak sukar kerana sesetengah murid

sukar menghafal darab dengan baik. Namun, sebagai seorang guru itu tidak boleh dijadikan

alasan bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

KEKUATAN

Saya telah merancang beberapa jenis aktiviti bersesuaian bagi membantu murid memahami

topik darab dengan lebih baik. Penggunaan kad gambar dan aktiviti permainan banyak

membantu murid semasa topik ini diajar. Murid berasa seronok kerana mereka memahami

konsep bahagi. Malah ada juga yang mampu untuk menghafal sifir dengan baik. Tambahan

lagi saya telah mengadakan sistem ganjaran bagi mereka yang boleh menghafal sifir. Setiap

kali sebelum topik diajar, masa lima minit akan digunakan untuk bertanyakan sifir secara

rawak. Bagi mereka yang mudah untuk menjawab, bintang akan diberi dan dikumpul hingga

di akhir topik darab. Keseronokan murid dapat dirasai apabila mereka berlumba untuk

menjawab. Murid yang lemah juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian.

KELEMAHAN

Namun begitu terdapat kelemahan yang dikenal pasti. Antaranya saya perlu mencari kaedah

bersesuaian kepada murid yang merangkumi semua tahap kebolehan. Apa yang dapat

diperhatikan apabila aktiviti permainan dijalankan murid lemah takut untuk mengambil

bahagian dan mereka bertindak pasif. Untuk pengajaran seterusnya, penglibatan murid ini

menjadi fokus utama yang perlu saya titikberatkan.

Page 6: REFLEKSI Intership

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya akan memastikan bahawa pada masa mendatang, semua murid akan mengambil

bahagian dalam setiap aktiviti dan sistem kumpulan akan ditambahbaik. Dalam sistem ini,

murid pandai akan menjadi pembimbing kepada murid yang lemah. Dengan ini, semasa

aktiviti dijalankan semua murid dapat mengambil bahagian.

Page 7: REFLEKSI Intership

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

MINGGU KEEMPAT

TARIKH : 21 APRIL 2015

MASA : 8:30- 9:30 AM

TAJUK : BAHAGI

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.

Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti

kumpulan dilaksanakan serta telah memahami objektif pengajaran yang telah diajar.

KEKUATAN

Syukur alhamdulilah sesi pengajaran dan pemudahcaraan pada hari ini dapat dijalankan

mengikut jadual.Bahan-bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru dapat

memudahkan murid memahami konsep bahagi dengan baik. Selain itu, penglibatan murid

pada sesi pengajaran dan pemudahcaraan pada hari ini juga baik. Murid dilihat berminat

dan teruja untuk menjawab soalan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang. Murid tidak

takut untuk cuba menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Murid dilihat teruja apabila

video mengenai topik pengenalan bahagi dimainkan. Murid tertarik untuk melihat video

tersebut dan bergerak mengikut lagu pergerakan di dalam video. Murid juga seronok

menyanyi bersama-sama sekaligus pemahaman konsep dapat dilakukan dengan baik.

KELEMAHAN

Terdapat beberapa aspek kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Aspek pertama ialah dari segi kawalan kelas.

Guru mendapati murid-murid tertentu gemar melakukan sesuatu yang dapat menarik

perhatian guru. Dengan itu, langkah pelaksanaan yang dirancang sukar dilakukan dengan

baik dan teratur. Akibatnya, pengajaran guru sedikit terganggu. Murid juga asyik menyanyi

sehingga terlupa bahawa konsep nyanyian itu hanyalah sebagai pengenalan kepada

konsep. Guru juga perlu lebih bersedia dan mempunyai pelan sampingan sekiranya berlaku

masalah ketika tayangan video. Ini kerana sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran

untuk berjalan dengan lancar.

Page 8: REFLEKSI Intership

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai langkah penambahbaikan, saya akan memastikan murid yang mempunyai masalah

pembelajaran diberikan latihan yang berbeza supaya mereka tidak bosan dalam pengajaran

dan pembelajaran dan saya perlu lebih bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan.