laporan intership siap.docx

Upload: nuwa-ainun

Post on 06-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A(MAKLUMAT DIRI)

A01

BIODATA PELAJAR

BIODATA

NAMA : ZAINUL HASHIM BIN JENAL

NO.K/P : 820317-06-5309

NO MATRIK : g611ttmtee5309

ANGKA GILIRAN : 2011092360134

OPSYEN: MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

KUMP : MATEMATIK E

TEMPAT BERTUGAS : SK CHINI 1 DAN 4

PENGALAMAN MENGAJAR : 11 TAHUN

AMBILAN : JUN 2011

A02

SURAT PENGENALAN DIRI

A03

SALINAN BORANG KEHADIRAN INTERSHIP

BAHAGIAN B(MAKLUMAT PROJEK INOVASI)

B01

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DARAB TIANG

PENGENALAN Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif dimana kaedah atau cara yang baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Penemuan inovasi adalah untuk menangani masalah bagi meningkatkan sistem pendidikan. Inovasi dalam pendidikan yang merupakan usaha untuk mengubah proses pembelajaran, perubahan dalam situasi belajar yang menyangkut soal kurikulum, tempat mengajar dan belajar, mutu profesionalisme guru dan juga hasil daripad pengurusan pendidikan. Maka dengan ini adalah sepatutnya sistem pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, untuk mencapai hasrat yang dicitakan, terdapat pelbagai aspek di dalam bidang Pembaharuan (inovasi) diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi, tetapi dalam segala bidang termasuk bidang pendidikan khususnya pengetahuan dan aplikasi dalam pengajaran. Pertimbangan dalam melakukan perubahan pembelajaran yang tepat dan sesuai dengan sistem adalah sekolah yang aktif, komunikatif, inovatif, efektif dan menyenangkan. Kurikulum sekolah mencantumkan dengan jelas tujuan pendidikan yang akan dicapai. Sekolah juga mempunyai rencana yang baik, disertai dengan program yang seimbang dan organisasi yang terancang ditujukan untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh anak didik. Sekolah mempunyai program yang dimaksudkan untuk memberikan ketrampilan pada anak didik. Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas masing-masing, ia akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau universiti. Maka dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program akademik di peringkat sekolah bergantung kepada guru dan pentadbir dan pengetua yang profesional. Profesional yang efektif bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.

OBJEKTIFi. Murid dapat menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan nombor empat digit dengan nombor dua digit.Ii Murid dapat menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

KUMPULAN SASARAN

Saya telah memilih murid kelas 4 Bestari, Sekolah Kebangsaan Chini 1 dan 4, Pekan, Pahang sebagai kumpulan sasaran. Kelas ini merupakan kelas kedua daripada 3 buah kelas yang berada di tahun 4. Secara umumnya prestasi murid-murid di dalam kelas ini adalah sederhana. Namun dalam konteks subjek Matematik, ada di kalangan mereka yang terlalu tinggi tahap kefahaman dan sebilangan kecil sederhana pencapaiannya. Di sini menunjukkan ada perbezaan kualiti kefahaman dan penguasaan di antara seseorang murid dengan murid yang lain.

KOS PENYEDIAAN BAHAN INOVASI

Anggaran perbelanjaan bahanBILJENIS BAHANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Mounting board3 kepingRM 4.90RM 14.70

2.Plastik pembalut1 paketRM 5.00RM 5.00

3.Gam kayu1 tinRM 8.00RM 8.00

4.Kertas warna1 plastikRM 3.00RM 3.00

5.Penyangkut1 bijiRM 2.00RM 2.00

6.Gunting besar1 buahRm 5.00RM 5.00

JUMLAH BESARRM 37.70

Di sediakan oleh :

____________________Zainul Hashim Bin Jenal(Pelaksana Program Internship)

B02 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

B03

LAPORAN PROJEK INOVASI

NAMA : ZAINUL HASHIM BIN JENALNO. KP :820317065309PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUNAMA SEKOLAH :SK CHINI 1 DAN 4NAMA PROJEK :DARAB TIANGTEMPOH PELAKSANAAN:4 MINGGU

OBJEKTIFi. Murid dapat menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan nombor empat digit dengan nombor dua digit.Ii Murid dapat menyelesaikan soalan pendaraban melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.iii. Murid dapat menggunakan peralatan/ kaedah Darab Tiang sebagai sumber penyelesaiaan masalah darab.

STRATEGI PELAKSANAAN

Inovasi yang akan dijalankan iaitu Darab Tiang. Bagi pembinaan alat ini , 3 keping mounting board pelbagai warna digunakan. Ini bagi menarik minat murid kerana penggunaan warna yang berbeza-beza dan ceria membolehkan murid berasa teruja dengan alat yang diperkenalkan guru. Mounting board tersebut dipotong dalam bentuk tiang secara menegak. Sebayak 5 tiang didirikan dan 1 tapak melintang barada di dibawahnya. Tiang-tiang tersebut dilekatkan menggunakan gam kayu di atas sebuah mounting board yang lain. Kelihatan bentuk ini dalam pandangan 3 dimensi yang menarik minat murid. Setelah itu, 3 set nombor dari digit 0 sehingga 9 dibina menggunakan kertas warna dan dibalut. Ini bagi membolehkan ianya tahan dalam jangka masa yang lama. Saya juga membuat tempat gantungan pada bahan ini bagi membolehkan ianya digantung semasa sesi pengajaran di dalam kelas. Alat ini sememangnya dibina begitu besar kerana memudahkan murid melihatnya biarpun berada dalam jarak yang jauh.

Bahan Inovasi DARAB TIANG

PENGGUNAAN BAHAN INOVASI

Langkah 1 ( Kenal Pasti Soalan)

Langkap pertama adalah mengenal pasti soalan yang diberikan . Tujuan mengenal pasti soalan ialah bagi menentukan bilangan angka pada soalan tersebut. Sebagai contoh adalah seperti berikut :

321 x 62 =

Langkah 2 ( Bina Tiang )

Langkah yang kedua ialah membina tiang. Bilangan tiang yang hendak dibina adalah berdasarkan bilangan digit bagi sesuatu soalan. Sebagai contoh 321 x 62 memerlukan binaan tiang yang lebih daripada 3 batang. Tiang tersebut adalah berbentuk seperti di bawah .

Berdasarkan soalan, peserta kajian akan membina tiang dalam bilangan tertentu. Mereka tidak boleh membina tiang yang sedikit berbanding jumlah digit bagi sesuatu soalan. Ini kerana bilangan tiang yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kesukaran untuk memasukkan nombor.

Langkah 3 ( Masukkan Nombor)

Langkah ke empat ialah memasukkan nombor. Bagi langkah ini, setiap kali mendapatkan jawapan bagi hasil darab, peserta kajian perlu melengkapkan hasil darab menjadi dua digit. Sebagai contoh, 4x2 hasilnya ialah 8. 0 perlu ditambah kepada hasil tersebut supaya menjadi 08. Bagi 7x1 hasilnya akan menjadi 07. Hasil jawapan ini akan ditulis di antara tiang-tiang tersebut. Berbeza pula bagi hasil darab yang mempunyai 2 digit. Contohnya 6x3 hasilnya ialah 18 ataupun 7x9 di mana hasilnya ialah 72. Kedua-dua hasil ini tidak perlu ditambah dengan 0 kerana hasilnya sudah menunjukkan nombor dua digit. Contoh perkiraan seperti di bawah.

7 x 1 = 7 7 x 9 = 42

0 7 6 3

Contoh : 321 x 62 =

0 6 0 4 0 2 1 8 1 2 0 2

Langkah 4 ( Jumlahkan )

Langkah ke lima ialah menjumlahkan semua nombor di dalam ruangan di antara dua tiang. Peserta kajian perlu menambahkan nombor-nombor tersebut sebagai contoh 6+0+2+0 = 8. Bagi nombor yang melibatkan pengumpulan semula, nombor yang berada di dalam rumah Puluh akan dipindahkan ke ruangan bersebelahan sepertimana pengumpulan semula bagi operasi tambah biasa.

0 6 0 4 0 2 1 8 1 2 0 2 1 9 8 6 2

REFLEKSI

A) KEKUATAN PROJEK

Projek yang telah dilaksanakan merupakan suatu inovasi baru dalam menyelesaikan soalan melibatkan pendaraban. Inovasi ini sebenarnya boleh digunakan sejak murid berada di tahap satu lagi. Cuma yang membezakan penggunaanya ialah ianya perlu diolah mengikut kemahiran matematik. Tahap satu melibatkan pendaraban sehingga 10000 sahaja. Tiang yang perlu dibina tidaklah terlalu banyak kerana bilangan digit adalah sedikit. Tahap dua pula memerlukan murid membuat tiang mengikut bilangan yang sepatutnya.Penggunaan alat ini juga sebenarnya kurang berisiko kepada murid untuk melakukan kesilapan. Ianya mudah untuk digunakan dan susunan nombor adalah tidak menyerabutkan. Ini seterusnya dapat membantu murid untuk memperolehi markah maksimum dalam peperiksaan bagi tajuk pendaraban. Dalam pada itu juga teknik penggunaan Darab Tiang ini juga adalah amat pantasjika dibandingkan denagn penggunaan kaedah tradisi iaitu bentuk lazim. Murid sering melakukan kesalahan meletakkan nombor di tempat sepatutnya. Berbanding Darab Tiang ianya begitu senang dan pantas apabila menggunakannya. Kos pembuatan bagi sebuah model ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Ianya adalah lebih baik sekiranya diperbanyakkan dalam bentuk mini dimana setiap murid boleh mengguna dan mengendalikanya. Penggunaan visualisasi ini juga begitu member impak kepada murid untuk meningkatkan ingatan mereka.B) KELEMAHAN PROJEK

Projek inovasi yang dilaksanakan ini juga mempunyai kelemahan tersendiri. Hasil buatan daripada mounting board sebenarnya tidaklah terlalu kukuh jika dibandingkan dengan buatan daripada papan lapis. Penggunaan secara kerap sebenarnya boleh merubah bentuk model tersebut kerana keadaannya adalah lembut dan mudah rosak. Apa yang dapat saya perhatikan, perubahan warna adalah yang ketara. Kesan jari murid-murid sudah kelihatan apabila saya membenarkan mereka mengguanakan alatan tersebut. Bagi saya biarlah alatan tersebut berubah bentuk namun yabng lebih penting kemahiran dan penguasaan murid dalam pendaraban makin bertambah.Dalam pada itu juga kelemahan bahan ini juga adalah penggunaan warna yang perlu dipelbagaikan bagi menarik lagi minat murid yuntuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Model yang lebih besar sepatutnya dibuat bagi menampakkan impak sehinngga penglihatan murid paling belakang. Nombor yang saya sediakan adalah agak kecil dan harus dibina dengan saiz yang lebih besar .

B04

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Penggunakan kaedah Darab Tiang ini boleh diubahsuai agar dapat digunakan secara meluas bermula dari tahap 1 terutamanya tahun 3 sehinggalah murid tahun enam. Selain dari itu, cadangan lain yang boleh dilakukan ialah dengan membuat penambahbaiakan penggunaan unsur-unsur pelbagai warna yang boleh menarik minat murid. Dalam pada itu juga, kaedah Darab Tiang ini perlu diperbanyakkan dalam bentuk mini di mana kesemua murid boleh menggunakannya. Apabila murid memegang dan merasa bentuk itu sendiri, pemahaman dan penghayatan murid akan dapat diperolehi dengan lebih cepat. Kemahiran yang ingin disampaikan kekal diingati dalam fikiran murid itu sendiri. Cadangan tindakan yang seterusnya ialah menerapkan elemen teknologi maklumat dan komunikasi semasa menggunakan bahan atau kaedah kaedah Darab Tiang. Ini membolehkan pendidikan Matematik dapat dikembangkan mengikut perkembangan teknologi semasa. Malahan, pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat membantu para guru untuk membuat penerangan dengan lebih jelas agar dapat memudahkan lagi kefahaman murid.Terdapat pelbagai cara penambahbaiakan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan kaedah Darab Tiang pada masa akan datang.

BAHAGIAN C(AMALAN REFLEKSI)

C01

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU PERTAMA ( 23-27 MAC 2015)Saya dan rakan-rakan PPG Ambilan 2011 telah dipanggil untuk menghadiri taklimat Insternship dimana kami dikehendaki menjalankan satu program di sekolah, dipantau dan dinilai oleh seorang mentor yang dilantik oleh sekolah. Saya telah menghadiri taklimat tersebut seterusnya Guru Besar telah melantik En Kamaruzaman B Halipah sebagai mentor saya di sekolah. Walaupun agak terkejut kerana terpaksa melalui program ini, saya cuba untuk berfikiran positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi kewibawaan dan keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal bergelar guru siswazah. Pengalaman menjalankan program-program sebelum ini saya jadikan panduan kerana bagi menjayakan sesuatu program amat memerlukan pengalaman mengurus dan memimpin. Kelemahan Kami tidak diberitahu daripada awal kursus bahawa kami akan menjalani latihan praktikum. Saya amat terkejut kerana kami diberitahu agak lewat iaitu semasa saya sedang sibuk untuk persiapan kelas tahun 6 . Tambahan pula kami telah mempunyai 3 tugasan dan satu satunya adalah tesis untuk disiapkan. Perjumpaan dengan mentor, En Kamaruzaman B Halipah berkenaan Pelaksananaan Insternship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Saya amat beruntung kerana En Kamaruzaman telah sudi memberi tunjuk ajar. Saya telah berbincang tentang jenis program inovasi yang sesuai untuk dilaksanakan pada waktu yang terdekat tanpa mengganggu tugas saya sebagai guru yang mengajar di kelas peperiksaan. Beliau menasihati saya agar memikirkan program yang dapat dijalankan Saya bersetuju dengan saranan beliau dan memutuskan untuk membuat projek inovasi berkaitan pendaraban.

MINGGU KEDUA ( 30 MAC 3 APRIL 2015)Pengajaran makro untuk matapelajaran matematik tahun 4. Tajuk yang saya pilih pendaraban. Saya telah menggunakan bahan inovasi, bendamaujud dan kad perkataan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Dengan bantuan rakan sekerja iaitu cikgu Kamaruzaman mengambil rakaman sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman saya dan makmum balas daripada rakan sekerja saya telah mendapat kekuatan dan kelemahan pengajaran tersebut. Penyampaian pelajaran yang menggunakan bahan inovasi iaitu Darab Tiang dalam pengajaran dan pembelajaran telah menarikperhatian murid-murid. Dengan menggunakan alatan tersebut murid lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana murid dapat melihat gambaran sebenar. Murid lebih berminat untuk belajar kerana mereka boleh memegang bahan tersebut. Murid lebih bersemangat dan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, set induksi yang menggunakan teknik penceritaan telah menarik perhatian murid-murid. Seterusnyamenyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Semua murid mendengar penerangan guru dan melibatkan diri dalam pengajaran. Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Ini bermakna semua memahami isi kandungan yang disampaikan. . Pengajaran yang digunakan oleh saya adalah berpusat kepada murid-murid. Murid cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan melibatkan semua murid dan murid diminta memberi pendapat dan cadangan.

MINGGU KETIGA ( 6-10 APRIL 2015)

Pengajaran saya pada minggu ini adalah berkaitan tajuk bahagi. Sebelum memulakan pengajaran,saya meminta murid mengutip sampah di atas lantai dan meluruskan meja sebelum kelas bermula. Saya mengimbas kembali pembelajaran hari semalam. Saya meminta mereka duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Murid diberi soalan untuk di jawab di dalam kumpulan dan ketua perlu membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas. Saya menggalakkkan mereka supaya berbincang sesama mereka dan bertanya kepada saya jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan. Kebanyakan murid dapat memahami apa yang ingin sampaikan. Namun begitu saya akui terdapat 3 orang murid yang masih lagi tidak menguasai kemahiran operasi bahagi.Murid tersebut perlu diberi pengajaran secara individu bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran pembelajaran pada hari ini. Sebagai penutup, saya meminta tiga murid secara rambang untuk menyimpulkan pengajaran pada hari ini. Sekurang-kurangnya mereka akan bersikap lebih berani dan yakin untuk membuat pengucapan dihadapan sahabat-sahabat mereka.

MINGGU KEEMPAT ( 13-17 APRIL 2015)

Minggu keempat merupakan minggu terakhir program intership yang telah dilaksanakan di sekolah. Minggu ini juga merupakan minggu pengakhiran praktikum bagi saya. Pengajaran di sekolah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Guru pembimbing dan juga guru besar telah banyak membantu sehinggalah saya berjaya menyudahkan program tersebut. Hasil inovasi yang dibuat perlu diperbanyakkan dalam bentuk mini supaya setiap murid di dalam kelas tersebut dapat menggunakannya. Projek inovasi ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya sebagai pendidik. Ini kerana apabila hadirnya sesuatu benda yang baru ianya menjadi daya tarikan untuk murid mengembangkan kemahiran dan bakat mereka. Hasil apa yang telah dibuat oleh guru mampu membina ingatan yang kukuh di dalam diri murid tersebut. Apapun saya bersyukur dengan adanya program intership seperti ini dapat juga saya berhubungan dengan rakan -rakan seperjuangan yang lebih berpengalaman bagi berkongsi maklumat dan pandangan. Melalui mereka jugalah perbagai inovasi yang boleh ditonjolkan demi memartabatkan dan memperkukuhkan kemahiran di dalam diri murid-murid.

D01

MAKLUMAT TAMBAHANPROJEK INOVASI PdP

D02

RAKAMAN VIDEO (CD)