refleksi individu edu3093

3
REFLEKSI INDIVIDU Syukur kepada Tuhan atas anugerahnya yang telah menyertai saya serta rakan-rakan yang lain sepanjang proses kami menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) untuk semester ini iaitu semester lapan. Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya timba dan perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih tidak lupa diucapkan kepada Encik Rajendran A/L K. Subramaniam selaku pensyarah bagi subjek EDU 3093 ini atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sesungguhnya, saya tidak dapat nafikan bahawa sepanjang berusaha menyiapkan tugasan ini, saya mengalami sedikit masalah dari segi memahami kehendak soalan. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan melalui bantuan dan kerjasama yang pada dari pensyarah bagi subjek ini serta rakan-rakan yang lain turut tidak ketinggalan dalam usaha membantu saya dengan menjelaskan sebaik mungkin tentang kehendak soalan bagi tugasan. Dari situasi ini, saya belajar untuk menghargai rakan-rakan saya dan pensyarah saya kerana mereka telah banyak membantu saya. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan ini telah banyak menyumbang ke arah pengetahuan baru kepada saya. Dari segi

Upload: valleriejirum

Post on 26-Dec-2015

880 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI INDIVIDU edu3093

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU edu3093

REFLEKSI INDIVIDU

Syukur kepada Tuhan atas anugerahnya yang telah menyertai saya serta rakan-rakan

yang lain sepanjang proses kami menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek

Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) untuk semester ini iaitu semester lapan.

Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya timba dan perolehi

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih tidak lupa diucapkan

kepada Encik Rajendran A/L K. Subramaniam selaku pensyarah bagi subjek EDU 3093

ini atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha kami menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

Sesungguhnya, saya tidak dapat nafikan bahawa sepanjang berusaha

menyiapkan tugasan ini, saya mengalami sedikit masalah dari segi memahami

kehendak soalan. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan melalui bantuan dan

kerjasama yang pada dari pensyarah bagi subjek ini serta rakan-rakan yang lain turut

tidak ketinggalan dalam usaha membantu saya dengan menjelaskan sebaik mungkin

tentang kehendak soalan bagi tugasan. Dari situasi ini, saya belajar untuk menghargai

rakan-rakan saya dan pensyarah saya kerana mereka telah banyak membantu saya.

Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap

kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan

ini telah banyak menyumbang ke arah pengetahuan baru kepada saya. Dari segi

kekuatan, saya mendapati bahawa sumber rujukan dan tunjuk ajar sama ada melalui

internet, buku-buku, rakan-rakan sekelas mahu pun pensyarah mata pelajaran amatlah

baik dan tidak sukar untuk saya dapatkan. Ini secara langsung memudahkan saya

mendapatkan maklumat, pendapat sehingga memudahkan serta melancarkan lagi

proses penyiapan kerja kursus ini. Kekuatan kedua pula adalah dari segi konsep

kendiri yang positif yang sedaya-upaya diterapkan dalam diri saya. Apa yang telah

berlaku adalah, pada mulanya saya sangat buntu untuk memulakan tugasan ini

khususnya dari segi memilih artikel akhbar yang ingin dikupaskan. Namun begitu, saya

dengan sedaya-upayanya menekankan kepada diri saya sendiri bahawa saya boleh

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU edu3093

mengatasi perasaan buntu tersebut dengan berbincang bersama rakan-rakan sekelas

yang lain tentang tugasan yang akan dibuat. Dalam masa yang sama, apabila

berbincang dengan rakan-rakan, secara tidak langsung saya dapat belajar dan

mengupas idea saya terhadap beberapa isu yang turut dikemukakan oleh rakan-rakan

yang lain di samping dapat memahami dan menghayati bersama tentang kod etika

keguruan. Ini menjadikan pemikiran saya mula bersedia untuk melaksanakan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah.

Dari segi kelemahan pula, saya merasakan bahawa pengurusan masa saya

sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah agak lemah di mana tempoh masa yang

diambil untuk mencari artikel akhbar yang bersesuaian adalah terlalu lama dan panjang

sehingga menyebabkan saya lambat menyiapkan tugasan individu yang melibatkan

penulisan esei. Apa yang berlaku, saya terlalu cerewet memilih topik artikel akhbar

yang ingin digunakan. Terlalu banyak artikel akhbar yang dipilih menyebabkan diri saya

sendiri keliru dengan untuk membuat keputusan dalam memilih artikel akhbar yang

ingin dikupaskan. Sebagai cadangan penmbahbaikan, bagi pendapat saya, saya

seharusnya mencari satu artikel akhbar yang bersesuaian dengan kehendak soalan

dan cukup memadai sekiranya menjumpai dua jenis artikel dan dari artikel tersebut

pikirkan isu yang paling mudah difikirkan dan dihuraikan bagi membantu kelancaran

menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan serta diri sendiri dapat memahami tugasan

yang dilaksanakan tersebut.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur dan bertuah dengan tugasan

seperti ini kerana telah banyak mengajar dan memupuk perasaan tanggungjawab serta

ingin mematuhi kod etika keguruan dalam diri saya dan secara tidak langsung boleh

saya amalkan ketika mengajar di sekolah nanti dalam usaha menjadikan diri saya

seorang guru yang serba boleh dan berwibawa.