assigmen edu3093

38
Isi Kandungan: 1. 0 PENGENALAN........................................................................................2 2.0 DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.......................................3 3.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.........................................6 4.0 KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.......................................... 8 5.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN.................................. 11 5.1 Cabaran Pendidikan Bertaraf Dunia...................................................13 5.2 Cabaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).................................. 17 5.3 Cabaran Perubahan Sistem Pendidikan............................................ 19 5.4 Cabaran Perkembangan Profesionalisme Guru................................. 20 5.5 Cabaran TMK dalam pendidikan......................................................21 5.6 Cabaran Melahir modal insan yang berintegriti............................. 22 6.0 CADANGAN LANGKAH MENGHARUNGI DAN MENGATASI ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN..........................................23 6.1 Perkembagan Profesionalisme Keguruan.........................................23 6.2. Peranan Institusi Keluarga Dan Sekolah........................................... 29 6.3 Perubahan Kurikulum Dan Sistem Pendidikan.................................29 RUMUSAN...................................................................................................32 PENUTUP....................................................................................................33 BIBLIOGRAFI...............................................................................................35 REFLEKSI TUGASAN...................................................................................36 ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN 1 | Page

Upload: noridzmamohamad

Post on 07-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Isi Kandungan:

1. 0 PENGENALAN22.0 DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN33.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN64.0 KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN85.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN115.1 Cabaran Pendidikan Bertaraf Dunia135.2 Cabaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)175.3 Cabaran Perubahan Sistem Pendidikan195.4 Cabaran Perkembangan Profesionalisme Guru.205.5 Cabaran TMK dalam pendidikan215.6 Cabaran Melahir modal insan yang berintegriti226.0 CADANGAN LANGKAH MENGHARUNGI DAN MENGATASI ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN236.1 Perkembagan Profesionalisme Keguruan236.2. Peranan Institusi Keluarga Dan Sekolah296.3 Perubahan Kurikulum Dan Sistem Pendidikan29RUMUSAN32PENUTUP33BIBLIOGRAFI35REFLEKSI TUGASAN36

ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

1. 0 PENGENALAN

Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Ia merupakan kepentingan bagi seluruh masyarakat. Dalam pembangunan negara peranan sistem pendidikan merupakan faktor penyumbang utama. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. (Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia,2001)Dalam proses merealisasikan visi dan misi pendidikan negara, guru memainkan peranan yang penting. Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasiyang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Hal demikian inilah yang menjejaskan reputasi profesion perguruan yang satu ketika dahulu dipandang tinggi dan mulia. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).Selain itu dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan masa kini. Sistem pendidikan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

2.0 DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi sering dikaitkan dengan istilah dunia tanpa sempadan. Adakah ini bermakna globalisasi akan menghapuskan persempadan sesebuah negara? Hakikatnya globlisasi hanyalah pengurangan atau pengapusan beberapa sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap transaksi yang merentas sempadan negaranya.Situasi ini menjadikan modal,perdagangan,teknologi dan manusia bebas bergerak seolah-olah tiada sempadan negara yang menyekatnya.Globalisasi menjadikan jarak geografi bukan lagi faktor penghalang untuk sesebuah negara saling berhubung sama ada dari segi ekkonomi,sosial atau poitik.Globalisasi juga dikaitkan dengan sifat keterbukaan sesebuah negara terhadap negara lain.keterbukaan sesebuah negara untuk menerima dan meniru kemajuan yang dicapai oleh negara lain mampu menjadikan negara tersebut lebih berdaya saing dan berdaya maju.Sekatan dan halangan melalui pelbagai peraturan akan membantutkan pembangunan sesebuah negara.Globalisasi dianggap sebagai pemangkin kemajuan bagi sesebuah negara.Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero dunia.Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) pula telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).3.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

4.0 KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Sejauh manakah globalisasi yang semakin menular ini membawa kesan positif kepada pembangunan negara kita?Golongan antiglobalisasi menganggap globalisasi sebagai suatu bentuk penjajahan baharu oleh kuasa-kuasa besar dari segi politik,ekonomi dan sosial.Negara-negara kecil akan kehilangan jati diri kerana perubahan dan pemodenan yang berlaku di sekeliling mereka akan menghapuskan nilai-nilai tradisi yang diwarisi.Contohnya di negara kita,budaya timur yang diamalkan sebelum ini telah mula dilupakan.Dari segi pergaulan,berp-akaian,pemikiran dan sebagainya telah dicemari dan dipengaruh budaya barat.Pengaruh budaya barat yang keterlaluan ini menyebabkan kita keliru untuk menilai sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah.Walau bagaimamapun,tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi telah membawa banyak perubahan positif,soaial,atau ekonomi.Dalam bidang pendidikan,pelbagai perubahan telah dilaksanakan.Tujuannya supaya tarap pendidikan dan modal insan yang dihasilkan mampu bersaing dengan tenaga kerja di negara-negara maju yang lain.Bidang sains dan teknologi diberi keutamaan sesuai dengan keperluan pasaran kerja dewasa ini. Dari segi ekonomi,negara kita telah melakukan pelbagai perubahan dalam bidang perdagangan,pelaburan langsung asing,migrasi,urbanisasi dan mobiliti tenaga buruh.Perubahan ini penting supaya negara negara kita tidak terpinggir daripada arus globalisasi.Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh negara kita menyebabkan pasang surut ekonomi negara banyak bergantung kapada keadaan perdagangan antarabangsa dan iklim politik dunia.Turun naik harga minyak dunia dan peperangan di negara lain turut mempengaruhi keadan ekonomi negara kita.Kegawatan ekonomi yang melanda Asia Timur pada Julai 1997 turut menjejaskan ekonomi negara.Pembaharuan pantabiran yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan akibat perubahan yang berlaku di peringkat global pada masa kini.Pentabiran kerajaan tanpa kertas,Dasar pandang ke Timur,Dasar penswastaan dan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam ialah antara contoh perubahan yang dilaksanaan.Walaupun era globalisasi ini memberi impak yang positif kepada sistem pendidikan setiap negara , kesan globalisasi amat dirasai oleh negara- negara yang sedang membangun dan yang mundur. Hal ini secara tidak langsung turut menyumbangkan kesan dalam sistem pendidikan negara sekarang ini. Persoalannya adakah globalisasi memberi kesan yang positif semata-mata atau ia turut menyumbang kepada kesan negatif atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan positif dan negatif.Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Antara kesan positif globalisasi ialah: budaya pembelajaran sepanjang hayat. kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar. perubahan peranan guru dalam bilik darjah. peluang pendidikan terbuka luas. persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi. perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu terdapat juga beberapakesan negatifmelalui globalisasi dalam pendidikan iaitu: kadar pengangguran semakin meningkat pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda perdagangan pendidikan penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKANPOSITIFNEGATIFbudaya pembelajaran sepanjang hayat.kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.menguasai kemahiran teknologi pendidikan terbukaperubahan peranan guru peluang pendidikan terbuka luas.persaingan sihat dalam pendidikanperkongsian sumbangan hasil penyelidikan.kadar pengangguran semakin meningkat.pengaliran keluar sumber manusia. meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.perdagangan pendidikan.penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani.berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber.pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Justeru itu, biarpun globalisasi mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Sebagai seorang pendidik, pemilihan yang tepat perlu dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai positif dapat diperkembangkan dan unsur negatif dapat dielakkan.

5.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan.(Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada cabaran-cabaran seperti berikut:

5.1 Cabaran Pendidikan Bertaraf DuniaSektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu : Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.Pendidikan Bertaraf Dunia juga merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :5.1.1 Penghijrahan pensyarah (brain drain)Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.Hal ini memberi ancaman kepada pendidikan di negara kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. 5.1.2 Dominasi Gender Dalam Profesion KeguruanKeunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang.

5.1.3 Peperiksaan Mengikut Keupayaan.Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

5.2 Cabaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)Keberkesanan pengajaran dan mutu penyampaian ilmu yang sempurna oleh guru-guru merupakan nadi kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam sesebuah sekolah Kemantapan penguasaan ilmu pedagogi yang ditimba di institut-institut pengajian tinggi sangat penting bagi membolehkan setiap individu yang terlibat secara langsung dalam pencarian ilmu mencapai kepuasan dan mengecapi cita-cita yang diimpikan (Mok Soon Sang. 2000). Sejajar dengan harapan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, guru sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk masyarakat berilmu sangat perlu melalui pembelajaran sepanjuang hayat.Konsep pemelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara yang berlaku ekoran dari perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi menjadi keutamaan. Justeru itu guru memainkan peranan dalam mengamal serta menerapkan konsep PSH kepada pelajar disamping memberi penekanan kepentingan PSH dalam pembangunan negara. Definisi PSH dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.Justeru itu pembangunan profesionalisme guru menerusi PSH sangat penting sekali.Pembangunan Profesionalisme guru ini sangat wajar kerana Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif mengubal dasar di mana PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, peranan guru sebagai pelaksana dasar kerajaan di peringkat akar umbi sangat diperlukan. Guru perlu melalui proses PSH bersama dengan murid-murid.Pembelajaran sepanjang hayat yang disarankan oleh kerajaan sebenarnya merupakan inti kepada pembangunan diri setiap guru di Malaysia terutamanya dalam mencapai wawasan 2020.Guru-guru hendaklah mempunyai kesanggupan untuk terus bertanggungjawab bagi menggalakan suasana keilmuan yang kondusif, perkembangan budaya, pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan individu. Mereka wajar mempunyai komitmen yang sepenuhnya terhadap nilai etika yang tinggi, keadilan, menghormati antara satu sama lain dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti), Komitmen sepenuhnya dalam perhubungan kerjasama melalui perkongsian maklumat dan penglibatan bersama dalam membuat keputusan dan komitmen sepenuhnya kepada peningkatan kualiti, kecekapan dan keberkesanan, terutamanya dalam penggunaan sumber.

5.3 Cabaran Perubahan Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks.Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan dalam era globalisasi dan bertaraf dunia. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian yang menjadi wawasan dan matlamat kementerian menjadi kenyataan.

5.4 Cabaran Perkembangan Profesionalisme Guru.

Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

5.5 Cabaran TMK dalam pendidikan

Sejajar dengan perkembangan semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengembangkan sayap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini ke dalam dunia pendidikan. TMK diserapkan ke dalam dunia pendidikan setelahkerajaan mengambilkira pembudayaan dan penguasaan TMK di kalangan pelajardi negara ini. Usaha ini dilaksanakan bagimerapatkan jurang digitalterutamanya menyediakan kemudahan komunikasimelalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.

Perubahan dasar utama pendidikan negara bagimenjanapengeluaran sumber tenaga manusiamenjadi negara majuberasaskan sains dan teknologitanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untukmelahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.

Namun begitu, kita tidak sepatutnya alpa dengan isu dan cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan ini. Isu dan cabaran ini perlu diatasi agar hasrat kerajaan berjaya dicapai. Jom kita lihat peta konsep yang menggunakansofware thinking mapini dengan lebih mendalam lagi mengenai isu dan cabaran TMK dalam dunia pendidikan ini. Tan Ai Goh (1998), penggunaankomputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantuguru mencapai objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepadapelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripadapihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaankomputer di kalangan guru dan pelajar.

5.6 Cabaran Melahir modal insan yang berintegriti

Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan menjadi amalan oleh setiap penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka. Dimana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru gagal dalam mendidik sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek semata-mata. Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi tidak bermoral, contohnya akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang selari dengan kehendak agama.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia. Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai kemajuan yang seimbang dari segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik, kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika.Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.

6.0 CADANGAN LANGKAH MENGHARUNGI DAN MENGATASI ISU DAN CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

6.1 Perkembagan Profesionalisme Keguruan

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi. Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999),Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment.

PERKEMBANGAN PROFESION KEGURUAN

6.1.1 Meluaskan Pengetahuan Guru Bersifat GlobalMeluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

6.1.2 Kemahiran ICT/TMK Dan Interaksi GlobalPerkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.6.1.3 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam sistem pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

6.1.4 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009).

6.1.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)

6.1.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

6.2. Peranan Institusi Keluarga Dan Sekolah

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.

6.3 Perubahan Kurikulum Dan Sistem Pendidikan

6. 3.1 Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.6.3.2Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.6.3.3 Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.6.3.4 Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.6.3.5 pengurusan pendidikan: Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah(School Management InformationSystem)bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. Penempatan pelajar dalam kelas. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. Pembinaan jadual waktu guru. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagaiurusanrutin yangdikendalikan pentadbir dan guru.(Rahmad Sukor, 2006)6.3.5 Memperbaiki Kualiti Sistem PeperiksaanAdalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri. Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan. Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.RUMUSAN

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.

Bagi menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai.Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

PENUTUP

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam forum pendidikan 2014 menyatakan bahawaPenerapan nilai, etika dan kerohanian dalam sistem pendidikan global adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni, selain menolak dilema pendidikan tanpa roh,. Katanya lagi Kita mahu rakyat Malaysia yang melalui sistem pendidikan mempunyai semua nilai diperlukan untuk menjadi masyarakat global'.Justeru dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif. Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.Setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020.Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya

BIBLIOGRAFI

A. Rizal, Samsudin, Mohamad Zaid dan Ashaari (2008). Sekolah Dan Masyarakat. Penerbit UTHM.Ee Ah Meng. (1999) Pendidikan Malaysia. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Modal Insan Cemerlang: Minda Kelas Pertama . Putrajaya: Bhagian Sekolah, KPM. Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah)Semester2. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd: Mariam Mohamed Nor and Rahmad Sukor Ab. Samad (2006). Teaching and Writing for ESL. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Tor Geok Hwa (2004). Mengembangkan Pemahaman Global: Cabaran Arus Globalisasi Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.Rujukan Internet: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1522&cmd=resetallBerita Harian, (2007). Pendidikan sepanjang hayat bina sahsiah diri, 16 Mei 2007.:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3SBARZdXJ Utusan Melayu (M) Bhd

REFLEKSI TUGASAN

Terlebih dahulu , saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang telah di amanahkan pada masa yang di tetapkan. Memang tidak dinafikan sepanjang proses melaksanakan tugasan-tugasan ini , wujudnya beberapa kekangan yang hadir di celah-celah kesuntukan masa dan pelbagai tugasan lain yang perlu di laksanakan sebagai seorang ibu dan pendidik. Alhamdullilah berkat sokongan, rakan rakan , ibu, suami dan anak-anak, akhirnya saya dapat menyiapkan semua tugasan yang di berikan.Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Zaharudin bin Talib yang begitu komited dan tidak jemu dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan untuk menguasai kemahiran seterusnya melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi. Sesungguhnya kursus EDU 3093 - Guru dan Cabaran Semasa ini banyak memberi ilmu dan manfaat saya kepada saya sebagai seorang guru di sekolah. Dengan Ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini akan dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengajaran saya di sekolah seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang berkualiti dan seimbang. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan pendidik kerana banyak membantu dan berkongsi idea sepanjang tempoh saya melaksanakan semua tugasan ini. Kesemua kemahiran yang dipelajari dalam kursus ini juga merupakan pengalaman yang bermakna bagi saya. Bagi menguasai dan memahami tajuk-tajuk dan kemahiran-kemahiran yang dipelajari ini menuntut saya membuat rujukan dalam buku-buku rujukan dan modul, mengulangkaji nota-nota yang diberikan, bertanya dan berdiskusi bersama rakan-rakan. Berbekalkan segala ilmu yang diperolehi inilah saya mengorak langkah dalam membuat tugasan yang diberi.Bagi tugasan kursus ini, saya dituntut untuk membuat satu esei yang menghuraikan tentang satu isu atau cabaran semasa dalam pendidikan. Dalam tugasan ini saya telah memilih untuk menghuraikan tentang isu/cabaran globalisasi dalam pendidikan. Saya memilih isu ini kerana ia mampu mencabar diri untuk melihat cabaran atau isu dalam pendidikan dalam konteks yang lebih luas. Hal ini kerana dalam tempoh 17 tahun berkhidmat sebagai guru saya sering berhadapan dengan isu dan cabaran di sekolah dan dalam bilik darjah sahaja. Dalam proses melaksanakan tugasan ini saya telah membuat pelbagai rujukan tentangisu dan cabaran globalisasi dalam pendidikan termaksuklah mengadakan sesi perbincangan bersama rakan-rakan secara maya, bertanya kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan melayari laman sesawang internet. Sesungguhnya kecanggihan teknologi masa kini banyak membantu saya dalam melunaskan tugas yang diberi ini. Hal inilah yang menjadi kekuatan dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu terdapat juga beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi terutamanya faktor masa. Sebagai guru saya mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di sekolah lebih-lebih lagi dalam situasi peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Disamping itu pelbagai tugas sebagai isteri dan ibu juga perlu di laksanakan di rumah. Hal ini menuntut saya menguruskan waktu dengan baik namun terdapat juga hal-hal yang berlaku di luar kawalan. Kesemua faktor ini telah menghadkan usaha saya dalam melaksanakan tugasan yang diberi ini dengan sempurna namun saya telah cuba untuk menghasilkan yang terbaik. Sepanjang melaksanakan tugasan ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan tentang isu dan cabaran globalisasi yang melanda negara. Disamping itu ia juga dapat membugarkan kembali nilai-nilai profesional keguruan yang ada dalam diri agar terus berfikiran positif dan berusaha untuk membentuk murid yang seimbang walaupun dihimpit dengan pelbagai kesan negatif dalam mengharungi era globalisasi terutama dalam bidang pendidikan. Hal ini turut memotivasikan diri saya sebagai seorang guru. Walaupun tugasan ini agak sukar bagi saya namun manfaat yang terkandung didalamnya sangat besar kepada saya kerana melalui pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan ini, dapat meningkatkan ilmu dan kualiti profesional dalam diri saya dan rakan-rakan. Secara kesimpulannya, kesemua tugasan yang diberi ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya terutama dalam menghayati nilai profesional sebagai guru dan mendalami isu dan cabaran semasa dalam pendidikan agar dapat menyediakan murid-murid saya untuk mengharungi cabaran globalisasi pendidikan pada masa akan datang tanpa mengabaikan peranan dan kepentingan nilai-nilai murni. Dalam keadaan dihambat masa,sokongan semua menjadi tunjang kekuatan saya dalam melaksanakan semua tugasan ini. Secara tidak langsung tugasan-tugasan ini berupaya mambugarkan kembali ilmu-ilmu yang dipelajari satu ketika dahulu. Ia juga turut menjadi langkah permulaan dalam menyediakan diri dan minda saya bagi menghadapi peperiksaan akhir kelak.Semoga dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini akan dapat menjadikan saya seorang pendidik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

33 | Page