modul edu3093 bm2014 (16 okt 2014).pdf

132
(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1 TAJUK 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA 1.0 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa; termasuklah Integrasi Nasional, Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan, Kepelbagaian Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Gejala Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa. ii. Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional. iii. Menerangkan pendemokrasian pendidikan . iv. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan pendemokrasian pendidikan. v. Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO. vi. Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO. vii. Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan. viii. Mengenal pasti ciri ciri dalam kepelbagaian budaya. ix. Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. x. Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia. xi. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial dalam Masyarakat. xii. Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.

Upload: has-ismail

Post on 26-Dec-2015

965 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

1

TAJUK 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1.0 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa;

termasuklah Integrasi Nasional, Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak

Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan, Kepelbagaian

Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

dan Gejala Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan

membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran

pendidikan semasa tersebut.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa.

ii. Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional.

iii. Menerangkan pendemokrasian pendidikan .

iv. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi

nasional dan pendemokrasian pendidikan.

v. Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO.

vi. Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO.

vii. Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam

pendidikan.

viii. Mengenal pasti ciri –ciri dalam kepelbagaian budaya.

ix. Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

x. Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.

xi. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial

dalam Masyarakat.

xii. Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.

Page 2: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

2

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3 Pengenalan - Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan

kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi

sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan

kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi

penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar

seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan

dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa

cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia

ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu

pantas di peringkat global.

Isu Dan Cabaran Pendidikan

Semasa

Integrasi Nasional Pendemokrasian Pendidikan

Tonggak Pendidikan UNESCO Globalisasi dalam Pendidikan

Kepelbagaian Budaya Pengaruh Perkembangan

Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Gejala Sosial

Konsep

Isu Pendidikan Semasa

Cabaran Kepada Guru

Cara Menangani

Page 3: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

3

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan

berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional,

pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan

gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan

mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

1.4 Integrasi Nasional

1.4.1 Definisi

Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi

nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua

penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya

dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan

bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan

nilai.”

1.4.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu,

Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah

menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan

kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi

kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian

tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik

tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah

menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi

nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara

kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni

dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai

polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan,

dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut

dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan

Page 4: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

4

Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh

Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional, 2005).

Perbincangan

Sila berbincang dalam kumpulan bagaimana Dasar Ekonomi Baru,

Polisi Pendidikan Kebangsaan, Polisi Kebudayaan Kebangsaan dan

Rukun Negara dapat membentuk negara Malaysia yang aman, damai,

dan harmoni.

1.4.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di

negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

Perbezaan dalam agama dan budaya

Polisi pecah perintah British

Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang

berbeza di sekolah

Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik

Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber

pendapatan kumpulan etnik

Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

Perbincangan

Bincangkan dengan lebih terperinci kesan dan cabaran integrasi

nasional berdasarkan aspek-aspek di atas dengan menggunakan

pengurusan grafik yang sesuai.

Page 5: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

5

1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses

menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat

membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi

jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil

oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan

yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk

menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan

kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat

bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan

seni dalam semua mata pelajaran.

Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di

sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

1.4.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang

terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah:

i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis

sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.

ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan

toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah

iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-

sama secara maksimum.

Page 6: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

6

Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti

yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang

disenaraikan di bawah:

Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik

Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan

Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum

Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial

Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik

Perbincangan

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan

sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh

Kementerian Pelajaran boleh mencapai objektif dalam membina

integrasi nasional dalam kalangan pelajar.

1.4.4.2 Konsep 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,

YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling

penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan

negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan

etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web

peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan

sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi

negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia

ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat.

Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020

menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang

membimbing kita ke arah destinasi itu.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1

Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan,

Page 7: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

7

kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan,

kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling

penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna

rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang

lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan

negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu

taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk

meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi

merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana

semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian

dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni

terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan

mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut

berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua

rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan 1.5.1 Definisi

Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan

peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan

dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar

yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan

ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan

kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-

kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang

pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey

(1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan

untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan

pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati

kualiti hidup yang lebih baik.

Page 8: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

8

1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan

Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran

untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang

pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama,

kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang

upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan

pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat

pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan

adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan

sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina

dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan

sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk

memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil.

Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk

meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan

telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta.

Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim

Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan

untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah

supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.

1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam

melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan

bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa

mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti.

Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk

menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-

sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga

Page 9: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

9

perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan

mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.

1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan

Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat

pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama

diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-

ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka

dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan

mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guru-

guru perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi

dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

Memikir

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan

sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian

Pelajaran boleh mencapai objektif dalam pendemokrasian

pendidikan dalam kalangan pelajar.

Perbincangan

Bincang dalam kumpulan faktor-faktor yang menjadi penghalang

kepada pendemokrasian pendidikan dalam kalangan murid daripada

pelbagai etnik terutama di Sabah dan Sarawak.

Perbincangan

Bincang dalam kumpulan peranan guru dalam mencapai matlamat

pendemokrasian pendidikan.

Page 10: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

10

1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO 1.6.1 Pengenalan

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO)

adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan

peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian

kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan,

sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang

dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1)

belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk

menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.

1.6.2 Belajar Untuk Mengetahui

Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting

dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana

seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran

dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk

mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan

pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang

di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan

membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar

untuk mengetahui melibatkan proses pembelajaran untuk

memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan

untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk

minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka

untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu,

guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu

pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

Page 11: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

11

1.6.3 Belajar Untuk Melakukan

Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat

melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana

akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian

dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap

dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya

perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata

lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan

pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan

profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi,

kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-

faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil.

Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk

meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa

depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal.

Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat

menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

1.6.4 Belajar Untuk Menjadi Apa

Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan

seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari

segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan

peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia

boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat

keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam

kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan

yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan

bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat

pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi

untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara

Page 12: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

12

hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan

bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber

personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan

bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil.

Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan,

pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

1.6.5 Belajar Untuk Hidup Bersama

Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting

erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan

perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia.

Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia,

prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian

sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan

menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar

belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman

dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan

para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah

dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-

pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami

perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat

yang sama.

1.6.6 Cabaran kepada guru

Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan

seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru

menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan

bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu

untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar

belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar,

memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-

ekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama.

Page 13: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

13

1.6.7 Cara guru menangani cabaran

Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan

bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan

keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga

harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran

dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global

yang penuh dengan cabaran.

Memikir

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, buat refleksi

tentang aktiviti pengajaran yang pernah anda laksanakan bagi

mencapai 4 tonggak pendidikan UNESCO.

Latihan

Bincang dalam kumpulan bagaimana tonggak pendidikan UNESCO

dapat membantu negara untuk mencapai Wawasan 2020.

1.7 Globalisasi dalam Pendidikan 1.7.1 Definisi

Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran

kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa,

sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan

peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut

Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana

ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi

bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen

dan pengangkutan.

Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa

mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk

Page 14: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

14

bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah

membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek

kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah

salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu

menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan

Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa

antarabangsa.

Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana

universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan

mereka di sini.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan

meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah

ditubuhkan.

Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi

maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.

Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.

Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.

Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.

Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang

pembelajaran yang disediakan.

Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian

yang dilakukan di seluruh dunia.

Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan

apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

Page 15: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

15

1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses

pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu

menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat

bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi

adalah seperti berikut:

Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Pentadbiran pendidikan

Pembangunan identiti pelajar

Kualiti Guru

Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang

globalisasi

Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam

aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran

Peningkatan dalam beban kerja

Sikap guru dalam pengajaran di zaman global

Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi

Pengaruh negatif kepada identiti pelajar

Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara

global

1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan

pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini.

Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan

pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada

dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar

dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk

Page 16: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

16

bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa

Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat

antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu

menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat

berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum

masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang

berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar,

di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru

untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif

penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

Memikir

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, buat refleksi

tentang aktiviti pengajaran yang pernah anda laksanakan yang

menggalakkan pelajar untuk menggunakan internet dengan

berkesan.

Latihan

Bincangkan kesan-kesan negatif globalisasi pada aspek-aspek

berikut:

Negara

Sekolah

Guru

Pelajar

Individu

1.8 Kepelbagaian Budaya

1.8.1 Definisi

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai

masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri

daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.

Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan

Page 17: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

17

budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan

kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan

rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama,

amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi

kefahaman di antara sesama kaum.

Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah

merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat

yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1)

Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat

secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik

setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap

etnik mengekspresikan budaya mereka).

1.8.2 Isu Pendidikan Semasa

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara

kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar.

Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :

Positif

Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya

Membentuk interaksi sosial yang baik

Memperkembangkan bakat

Negatif

Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan

Masalah komunikasi dan bahasa

Sukar mewujudkan persefahaman

Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

Page 18: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

18

1.8.3 Cabaran Kepada Guru

Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan

penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program

untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak

kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada

para murid di sekolah.

Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian

budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang

hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia

ialah bagaimana :

i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan

cara hidup).

iii. menghargai keunikan budaya.

iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia

bekerjasama.

v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting

mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi

nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara.

Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan

Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional

sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan

persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum,

memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-

ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi

nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.

Page 19: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

19

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk

mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan

kemesraan

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut

kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio

budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

Memikir

Mengikut pengalaman anda di sekolah, berikan satu contoh situasi

bagaimana guru anda menangani pelajar pelbagai budaya di

dalam kelas anda.

Latihan

Anda dikehendaki membentuk kumpulan bertiga dan

melaksanakan tugasan berikut: Mencari maklumat dan membuat

buku skrap/folio bertemakan warisan kesenian pelbagai kaum.

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.9.1 Definisi Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak

mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang

pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan

pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru,

Page 20: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

20

kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan

dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

1.9.2 Isu Pendidikan Semasa

Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan

dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat

akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu

penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru.

Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk

mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran

dengan berkesan?

Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan

kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti

perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika

pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru

berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana

dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

1.9.3 Cabaran Kepada Guru

Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan

teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat

daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran,

pengetahuan dan sikap.

Kemahiran Teknologi Maklumat Guru

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang

berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu,

penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia

penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan

Page 21: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

21

pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan

kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan

guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru

mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh

kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu

menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin

meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh

ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru

mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan

sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.

Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada

kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda,

situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur

lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara

sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam

bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;

Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah

berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan

TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.

Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu

alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran

serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang

kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan

komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian

pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,

Page 22: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

22

grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta pengetahuan

bagaimana komputer berfungsi. Tetapi sejauh manakah guru-guru dapat

menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut?

Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan

Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru

juga menghadapi cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda

menggunakan internet secara berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab

guru untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh

negatif internet.

Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu

pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan

data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran

lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet,

pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan

yang sesuai dengan pengajaran subjek.

Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk

menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan

teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran

dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa

teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam

erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa

hadapan.

1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru

tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK.

Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika

Page 23: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

23

Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan

guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.

prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap

dan mencukupi.

tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan

teknologi maklumat mestilah mahir.

peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan

perkembangan TMK.

hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

Memikir

Cuba anda fikirkan sejenak, sejauh manakah anda bersedia dari

aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap terhadap TMK?

Catatkan refleksi anda dan berkongsi rakan sekelas anda.

Latihan

Bincangkan implikasi positif dan negatif perkembangan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dengan

menggunakan bentuk grafik yang sesuai.

1.10 Gejala Sosial 1.10.1 Definisi

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya

yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang

itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan

pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu

membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang

menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh

menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada

Page 24: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

24

ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara

dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang

dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak

terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan

negara.

Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah

laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah

kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh

sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang

mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang

kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam

pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah

faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan

personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan

sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan pengaruh

persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan

remaja.

1.10.2 Isu Pendidikan Semasa

Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja

khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan

moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan

seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana,

penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin

meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin

serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran,

antaranya ialah:

Faktor Ekologi Keluarga

Faktor Ekologi Sekolah

Rakan Sebaya

Page 25: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

25

Media massa/Internet

Modenisasi.

Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah

menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak

ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar

untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala

sosial ini. Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam

mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan

belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

1.10.3 Cabaran Kepada Guru

Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala

sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal

pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru

perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka.

Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan

dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para

pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh

mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat

antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak

sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang

bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua

usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk

dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat

tinggi daripada insan yang digelar guru.

1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala Sosial

Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat

dirumuskan seperti berikut:

Page 26: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

26

Peranan Ibu Bapa

mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul

meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka

mengamalkan nilai-nilai agama

Peranan Guru

merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu

pelajar

mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya menarik minat murid

mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan

dengan murid yang bermasalah

memupuk nilai-nilai murni

Peranan Rakan Sebaya

menjadi role model

memberi motivasi

medengar dan memberi sokongan

Peranan Diri Sendiri

mengubah sikap negatif

yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan

dekatkan diri dengan Tuhan

Peranan Polis

penguatkuasaan undang-undang

Memikir

Sebagai seorang guru, adakah anda peka dengan gejala sosial yang

berlaku di sekolah anda? Senaraikan beberapa gejala sosial yang

berlaku di sekolah anda; kenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya gejala sosial tersebut, dan cadangkan cara-cara untuk

menanganinya.

Page 27: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

27

Latihan

Anda dikehendaki membaca artikel pilihan sendiri berkenaan

dengan gejala sosial. Seterusnya hasilkan satu penulisan kritikal

tentang artikel tersebut.

Layari Internet

Sila melayari pautan berikut untuk bacaan tambahan.

1. http://eprints.utm.my/6169/1/gejala_sosial.pdf

2. http://eprints.utm.my/12174/1/JEPC-2011-1-007.pdf

1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara 1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam Negara

Antara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti dan berkemampuan. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI

nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI

ini yang mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di

peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju

kepada pembentukan modal insan. Dalam usaha meningkatkan

pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf

66 buah sekolah sebagai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Antara sekolah yang mendapat pengiktiran adalah seperti berikut:

Page 28: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

28

Jadual 1.1 Sekolah yang mendapat pengiktiran

Sekolah Kejayaan yang dicapai

SK.Ulu Lubai,

Sarawak

100% kadar lulus dalam UPSR sejak 2006.

Sekolah luar bandar pertama di Malaysia yang mencapai

status SBT

SK. Zainab 2,

Kelantan

Tekal antara sekolah terbaik dalam UPSR.

Prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti

taekwondo dan pengucapan awam

SJK (C) Foon Yew

(2), Johor

Tekal antara sekolah terbaik dalam UPSR.

Rekod pencapaian cemerlang dalam pertandingan

akademik peringkat antarabangsa dalam Matematik dan

Bahasa Cina

SM. Sultan Abdul

Hamid, Kedah

100% kadar lulus dalam SPM.

Prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti

orkestra dan ragbi

SMK. Aminuddin

Baki, Kuala

Lumpur.

100% lulus dalam SPM bagi 5 tahun berterusan.

Rekod cemerlang dalam aktiviti kesukanan antarabangsa,

khususnya renang.

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 – 2015.

Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil

daripada pelbagai program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam

sistem pendidikan di negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang

lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan

membuat bacaan luas dengan merujuk pengkelasan sekolah yang telah

dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu;

i. Pendidikan Integrasi

ii. Pendidikan Inklusif

iii. Sekolah Kurang Murid

iv. Sekolah Kluster Kecemerlangan

v. Sekolah Jalinan Kasih

vi. Sekolah Dalam Hospital

Page 29: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

29

Perbincangan

Analisis corak pengurusan yang diamalkan di sekolah tempat anda

bertugas. Banding bezakan corak pengurusan sekolah anda dengan

mana-mana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Bincangkan dapatan ini

dengan pensyarah anda semasa sesi kuliah.

1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat Antarabangsa

Keputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia

gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia

dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem

pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian

pelajar Malaysia yang membimbangkan (moe.gov.my/en/pelan-

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013). Namun terdapat banyak

kejayaan yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding

dengan piawaian antarabangsa. Sebagai buktinya, lihat pencapaian

pelajar-pelajar negara kita dalam jadual di bawah.

Jadual 2 Contoh terkini pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa

Tahun

Pertandingan

Pencapaian

Julai

2012

8th International Exhibition for

Young Inventors, Thailand

Pasukan Malaysia memperoleh pingat

emas bagi rekacipta mereka

Genius Olympiad 2012

International High School

Project Fair on Environment,

New York

Dua orang murid berumur 14 tahun

berjaya mendapat tempat ketiga dalam

pertandingan ini

2nd International Folk Song

and Dance Festival, Georgia

Pasukan Malaysia seramai 15 orang

memenangi Diploma Emas dan Perak

5th Asian Schools Badminton

Championship, Hong Kong

Pasukan Malaysia seramai 16 orang

pemain memenangi 3 pingat emas, 4

perak dan 9 gangsa

Page 30: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

30

Tahun

Pertandingan

Pencapaian

Jun

2012

The Invention and New

Product Exposition, Amerika

Syarikat

Pasukan Malaysia memenangi pingat

emas dalam kategori reka cipta

pendidikan

4th ASEAN School Games,

Indonesia

Pasukan Malaysia seramai 200 orang

atlet memenangi sejumlah 100 pingat;

menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Mei

2012

English Speaking Union

International Public Speaking

Competition, London

Seorang murid berumur 17 tahun

muncul sebagai pemenang terbaik

Malaysia yang pertama

Okt

2011

ASEAN Primary School Sports

Olympiad, Indonesia

Sekumpulan 36 orang murid

memperoleh tempat kedua

keseluruhannya; memenangi 6 pingat

emas, 2 perak dan 3 gangsa

Julai

2011

52nd International

Mathematical Olympiad,

Belanda

Pencapaian cemerlang murid

Tingkatan 4 dengan mendapat pingat

emas pertama Malaysia. 4 orang murid

lain memperoleh keputusan yang turut

membanggakan

42nd International Physics

Olympiad,

Thailand

Seorang murid Malaysia memperoleh

pingat emas dan anugerah khas

daripada European Physical Society

Dis

2010

International Competitions and

Assessments for Schools

(ICAS)1

68 orang murid Malaysia memperoleh

94 pingat emas dan menerima pujian

pada peringkat antarabangsa

Nov

2009

World Robot Olympiad

(WRO),

Korea Selatan

Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah,

memperoleh pencapaian yang

cemerlang keseluruhan di Korea

Selatan – memenangi tempat kedua

selama dua tahun berturut-turut

SUMBER: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sukan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025).

Page 31: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

31

Perbincangan

Berdasarkan keputusan pentaksiran TIMSS dan PISA, didapati

pencapaian pelajar negara kita jauh ketinggalan berbanding dengan

negara lain. Namun, pencapaian pelajar negara kita dalam pertandingan

pada peringkat antarabangsa menunjukkan bukti yang sebaliknya.

Bincangkan mengapakah senario ini berlaku?

Rujukan Department of National Unity and National Integration. (2005). Retrieved from http:// www.jpnin.gov.my/en/isytihar_krn

Dewey, J. (1996). Democracy and education. Retrieved from http:// www.gutenberg.org/files/852/852-h/852-h.htm

Financial Times Lexicon. (2013). Globalisation Definition from Financial Times Lexicon. Retrieved from :http://lexicon.ft.com/term?term=globalisation Kiyao, R. (1981). Democratization of education: A Tanzania case. Retrieved

from http:// unesdoc.unesco.org/images/0004/000466/046603EB.pdf Collin Dictionary. (2013).

Vyas, M. K. (1993). National integration and the law: Burning issues and

challenges. New Delhi: Deep & Deep Publications.

Page 32: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

32

TAJUK 2 GURU DAN PERUNDANGAN

2.0 SINOPSIS

Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan

profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke

semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah

diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan

kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami

sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat

pindaannya pada 2002 bagi menjaga nama baik profesión serta

perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus

difahami dengan teliti oleh golongan guru demi menjayakan matlamat

pendidikan negara.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Mengetahui dan memahami peraturan-peraturan pegawai awam

(kelakuan dan tatatertib 1993, pindaan 2002), serta kepentingannya

ketika menjalankan tugas rasmi sebagai seorang penjawat awam.

ii. Mengetahui dan memahami Akta Pendidikan 1996 dan

kepentingannya kepada perkhidmatan perguruan.

iii. Mengetahui dan memahami implikasi peraturan-peraturan dan akta

pendidikan ketika menjalankan tugas rasminya.

Page 33: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

33

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

(pindaan 2002)

Pengenalan

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika

penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code

of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di

bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395

pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej

kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib

merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam

yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat

memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa

yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara

peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah

seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula

diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan

dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut:

Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan

tatatertib.

Guru dan Perundangan

Peraturan-peraturan

pegawai awam

Implikasi kepada

profesion

Akta Pendidikan

1996

Page 34: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

34

Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap

pegawai yang melakukan kesalahan

Hukuman Tindakan Tatatertib

PERATURAN 3A

Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang

ingkar.

PERATURAN 3B

Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang

diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176)

Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

PERATURAN 3C

Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan

dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil

tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang

melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal

mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar

mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai

dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4 (1)

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat

setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan

kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-

Page 35: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

35

undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh

pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut:

• Bersubahat dengan musuh negara

• Membocorkan rahsia Kerajaan.

• Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta

tindakan Kerajaan.

• Menjadi Anggota Jemaah Islamiah

• Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh:

membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan

syak yang munasabah bahawa

seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang

boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam

seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha

seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah

seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab

membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau

tekanan luar

membantah atau melawan pegawai atasan

cuai dalam melaksanakan tugasnya

PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai

Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]

Sekiranya pegawai mencapai umur persaraan pilihan. Contoh

pelanggaran peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau

menagih dadah.

Page 36: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

36

PERATURAN 9 : Menerima/ Memberi Keraian

Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian

sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas

rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9

pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli

lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti

dan lain-lain].

PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/

Pendapatan Yang Sah. Seseorang pegawai tidak boleh;

menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang

sah.

menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak

seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan

yang sah.

PERATURAN 12 : Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh

Meminjam Wang / Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius

Peraturan 13.(1)Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara

menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam

keterhutangan kewangan yang serius jika (a) agregat hutang dan nilai

tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10

kali emolumen bulanannya.

PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan

Page 37: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

37

PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya

Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku,

makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti

menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi

terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/

majalah/jurnal kecuali, penerbitan

Jabatan

Profesional

Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik

Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

PERATURAN 6 : Pakaian Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;

Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar

Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Rumusan

Guru merupakan seorang penjawat awam yang memegang

amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kerajaan. Sebagai

penjawat awam, guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi

disamping sentiasa bertindak dan berkelakuan sepertimana yang

dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang termaktub

di dalam perintah am.

Page 38: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

38

Memikir

KES TATATERTIB PENJAWAT AWAM MENINGKAT 36.2 PERATUS Utusan Malaysia 16/10/2009 SEREMBAN 15 Okt. - Kes-kes tatatertib melibatkan penjawat awam atas pelbagai salah laku meningkat sebanyak 36.2 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sejumlah 3,383 kes tatatertib direkodkan pada tahun lalu berbanding 2,159 kes pada 2007. "Perkhidmatan awam negeri mencatatkan pertambahan paling tinggi iaitu 57.62 %, pihak PBT 30% dan perkhidmatan awam Persekutuan 27.43%,"jelasnya. Mohd. Sidek menjelaskan, kes-kes tersebut membabit pelbagai salah laku seperti tidak hadir bertugas yang melibatkan semua kumpulan anggota awam. Senario itu memberi gambaran bahawa tahap integriti dan disiplin penjawat awam semakin menurun. "Peningkatan kes tersebut boleh ditangani oleh kesedaran meluas di kalangan ketua jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan," tambahnya. Pada pandangan anda, apakah punca berlakunya kes-kes tatatertib yang sedemikian dan bagaimanakah anda sebagai penjawat awam boleh membantu untuk mengurangkannya. Bincangkan.

2.4 Akta Pendidikan

2.4.1 Akta Pendidikan 1996

merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar

dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat

kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak

1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih

relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Page 39: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

39

2.4.2 Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan

mengenai pendidikan.

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi

generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang

pendidikan.

mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap

pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.

memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama.

penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui

kurikulum kebangsaan.

menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

mempertingkatkan pendidikan teknikal.

memperkukuhan latihan perguruan.

pendidikan swasta yang lebih sistematik.

memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

2.4.3 Antara kandungan Akta Pendidikan 1996

Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di

Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan

swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas

tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai

mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Page 40: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

40

seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut

kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar

untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan

menyenggara tadika.

Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik

mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama

peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana

universiti atau institusi pendidikan lain.

seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab

pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil

dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau

institusi pendidikan tinggi lain.

seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas

pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah

rendah atau menengah.

Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib

diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5

atau lebih pelajar Islam.

Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam

perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih

dahulu.

Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang

menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah

mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.

Rumusan

Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan

Kebangsaan yang di dalamnya terkandung segala pekara yang berkaitan

dengan pendidikan Negara yang bertunjangkan falsafah pendidkan

Page 41: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

41

kebangsaan. Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini

adalah amat mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang

pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian

pendidikan dan kerajaan amnya.

Memikir Kaji dan analisis kandungan seksyen-seksyen yang terdapat dalam

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang telah diperuntukkan kepada

kumpulan anda. Anda dikehendaki menyatakan implikasi pelaksanaan

seksyen tersebut sama ada terhadap murid-murid, guru-guru,

sekolah, kurikulum atau Sistem Pendidikan Negara.

Latihan 1 Bincangkan mengapakah seorang guru sebagai penjawat awam perlu untuk

mematuhi segala peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan

tatatertib) ketika menjalankan tugas rasminya.

Rehat Berehatlah seketika… sebelum anda memulakan latihan kedua

Latihan 2 Buat perbandingan di antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta

Pendidikan 1996 serta bincangkan implikasinya kepada sistem

pendidikan kebangsaan.

Layari Internet Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Page 42: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

42

Tamat Selamat Mencuba…

2.5 Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008)

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada

masyarakat. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan dan

kemajuan negara. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab

kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka

turut dijaga.

Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan

berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak

orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran,

percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak

seperti mana orang normal. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan

dengan pendaftaran, perlindungan, pemuliharaan, pembangunan dan

kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis Kebangsaan bagi OKU. Akta

ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10 Disember 2007 dan

dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga menumpukan

kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan.

2.5.1 Matlamat Akta OKU 2008

Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang

berkesan untuk menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya.

Langkah ini bukan sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga

turut menyediakan ruang untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka

dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat keseluruhannya.

Page 43: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

43

Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008

adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka

panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang

menyebabkan mereka menghadapi pelbagai halangan lalu

menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam

masyarakat.

Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang

upaya. Undang-undang ini dengan jelas menyatakan orang kurang

upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Akta ini turut

memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan

menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut:

Tempat dan Perkhidmatan

OKU harus mempunyai hak untuk akses dan menggunakan

kemudahan awam, amenity, perkhidmatan dan

pembangunan awam yang sama dengan orang normal.

Kerajaan perlu mempastikan kesemua kemudahan awam,

amenitii, perkhidmatan dan bangunan direka bentuk

mengikut kesesuaian atau mesra pengguna dengan OKU.

Pengangkutan awam

OKU harus mempunyai hak untuk akses kepada

pengangkutan awam dengan mudah. Kerajaan harus

mempastikan rekabentuk pengangkutan awam yang

bersesuaian dengan semua orang.

Pendidikan

OKU tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan

umum atas tidak keupayaan, dan kanak-kanak kurang

upaya tidak boleh dikecualikan dari pendidikan pra sekolah,

rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan vokasional

serta pembelajaran sepanjang hayat.

Page 44: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

44

Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah menyediakan

material sokongan pengajaran seperti bahasa isyarat dan

Braille.

Pekerjaan

OKU hendaklah hendaklah mempunyai hak untuk

mendapat pekerjaan dengan peluang yang saksama.

Majikan hendaklah melindungi hak OKU dengan

memberikan kesetaraan dengan orang upaya termasuk

peluang yang sama dan pembayaran untuk kerja yang

sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang

selamat dan sihat, daripada gangguan dan memulihkan

ketidakpuasan hati.

Komputer, Maklumat dan Teknologi

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK hendaklah

memastikan OKU mempunyai hak untuk akses kepada

TMK atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Kerajaan dan penyedia TMK hendaklah, bagi membolehkan

OKU mempunyai akses sedemikian dengan menyediakan

maklumat, komunikasi dan teknologi yang boleh akses,

bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan

mengikut cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan.

Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan

memudahkan penggunaan bahasa isyarat Malaysia, Braille,

komunikasi augmentative dan alternative dan semua cara,

kaedah dan format komunikasi boleh akses yang boleh

dipilih oleh orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Kehidupan berbudaya

Orang kurang upaya mesti mempunyai hak untuk akses

kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan

orang upaya.

Page 45: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

45

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk mengetahui

budaya dan bahasa sendiri, menikmati cara kehidupan

seperti orang biasa, menikmati program televisyen, filem,

teater, muzim, perpustakaan dan pelancongan.

Habilitasi dan rehabilitasi

Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan

pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah

yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang

kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan

berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, social

dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan

penyertaan sepenuhnya dalam semuaa spek kehidupan.

Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah

mengambi langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan

mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti

untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi danlatihan

bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri

melalui penyertaan aktif komuniti.

Kesihatan

Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk

memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada

perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan

kesihatan

Kerajaan hendaklah menyediakan pakar terapi

pengucapan,fisioterapidan terapi pekerjaan.

Kerajaan juga hendaklah mencegah dari berlakunya kurang

upaya selanjutnya, imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.

Perlindungan kepada Orang Kurang Upaya yang Serius

Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan dan

sokongan untuk memastikan orang yang mempunyai

Page 46: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

46

kurang upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan yang

baik selepas kematian penjaganya.

NGO yang berniat untuk menyediakan penjagaan institusi

kepada orang kurang upaya yang serius atau penjaga

kepada orang kurang upaya yang serus haruslah membuat

permohonan untuk mendapatkan insentif bagi menyediakan

penjagaan daripada majlis.

Pertolongan Ketika Kecemasan

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk dibantu setara

dengan orang upaya dalam situasi kecemasan dan berisiko

demi kemanusiaan, termasuklah ketika perang atau

kemusnahan semulajadi.

2.5.2 Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

Disamping itu, kerajaan hendaklah menubuhkan Majlis Kebangsaan

bagi Orang Kurang Upaya. Peranan majlis ini adalah seperti berikut:

Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan, organisasi dan syarikat

untuk melaksanakan pelan.

Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat kepada kerajaan

untuk memajukan meningkatkan sokongan kepada orang kurang

upaya.

Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang orang kurang

upaya.

Meningkatkan system pendidikan.

Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan ;latihan kemahiran untuk

orang kurang upaya.

Rumusan

Orang Kurang Upaya adalah sebahagian daripada masyarakat kita.

Mereka berhak untuk menikmati pembangunan negara kita dalam semua

aspek seperti pendidikan, perhubungan, TMK, perkhidmatan kesihatan,

Page 47: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

47

kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain. Tanggungjawab kerajaan

dalam membantu Orang Kurang Upaya telah ditunjukkan dalam Akta

Orang Kurang Upaya 2008 dan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang

Upaya.

2.6 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), 1997 merupakan satu

usaha kerajaan untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dan

kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada semua

warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau

kecacatan seseorang.

2.6.1 Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, memberi tafsiran;

“Murid-murid dengan keperluan khas’ ertinya murid murid yang

mempunyai cacat penglihatan atau kecacatan pengdengaran atau

masalah pembelajaran”.

2.6.2 Manakala Program Pendidikan Khas ditafsirkan sebagai;

a) suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid

yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan

pendengaran;

b) suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid

yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan

pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan

c) satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan

keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa

bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.6.3 Kelayakan untuk Program Pendidikan Khas

Semua pelajar berkeperluan khas yang boleh dididik dan mampu

mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain boleh

Page 48: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

48

diterima bersekolah sepertimana yang disebut dalam Peraturan

Pendidikan Khas 1997, Bahagian II 3(2) seksyen 41 dalam akta

Pendidikan 1996.

i. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan

keperluan khas yang boleh dididik adalah layak menghadiri

program pendidikan khas kecuali bagi murid berikut:

a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan

mental untuk belajar seperti murid biasa, dan

b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang

sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang

berat.

ii. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika

dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada

bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri

daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian

Pendidikan dan Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,

sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

2.6.4 Kurikulum

Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa

bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Rumusan

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) digubal khusus

untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dapat diterjemahkan di

dalam system pendidikan kebangsaan di mana semua warga mempunyai

akses pendidikan tanpa mengira keadaan fizikal serta latar belakang

mereka. Komitmen kerajaan juga dengan jelas dinyatakan di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 di bawah tajuk

‘kumpulan berkeperluan khusus’ khasnya untuk golongan sasar ini.

Page 49: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

49

Penambahbaikan peraturan ini juga dilakukan dari semasa ke semasa

terutamanya dengan pindaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 2013 yang telah diwartakan pada 18 Julai 2013 dan digunapakai

pada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang melaksanakan

pendidikan khas di seluruh negara.

Perbincangan

Dengan merujuk kepada bahan bacaan/laman web, bincangkan

bagaimanakah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

(2013-2025) dan Akta OKU boleh membantu dalam merealisasikan

matlamat pendidikan inklusif terhadap murid berkeperluan khas.

RUJUKAN

‘Akta Pendidikan 1996’; http://ipt.moe.gov.my.

Surat Pekeliling Perkhidmatan, Bil.1 (2008).

Surat pekeliling perkhidmatan, bil.2 (1985).

Surat Pekeliling Ikhtisas bil.5/1998, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-

peraturan akta Pendidikan 1996.

‘Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-G’ (2006), International Law

Book Service, Petaling Jaya:Selangor.

Page 50: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

50

TAJUK 3 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.0 SINOPSIS

Tekanan emosi bukan sahaja wujud dalam kalangan orang dewasa,

malah kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi. Kesan tekanan emosi

terhadap kanak-kanak lebih hebat berbanding kesan tekanan terhadap

orang dewasa, kerana kanak-kanak kurang pengalaman dan kurang

kebolehan untuk mengatasi tekanan emosi. Oleh yang demikian, tekanan

emosi dalam kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah tidak boleh

dipandang ringan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Menyatakan gangguan emosi dalam kalangan murid.

ii. Menjelaskan punca-punca gangguan emosi murid.

iii. Mengenalpasti langkah-langkah bagi menangani masalah

gangguan emosi dalam kalangan murid.

iv. Menerangkan Hak Asasi Kanak-kanak berdasarkan Konvensyen

Kanak-kanak 1989.

v. Menyatakan usaha-usaha melindungi kanak-kanak di Malaysia.

3.2 KERANGKA TAJUK

Page 51: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

51

3.3 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.3.1 Gangguan Emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan

seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi

olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud

gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan

dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan

tertentu.

Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas

tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau

masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk

mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja

termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah.

3.3.2 Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid

Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada

gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan,

kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi

dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda.

Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid

adalah:

Kurang selera makan

Loya tekak dan sering muntah

Suka menyendiri / mengasing diri

Sering sakit perut/ sakit kepala

Kemurungan

Kelihatan sedih/ kecewa

Kurang keyakinan diri

Kerap menangis tanpa sebab

Kencing malam

Page 52: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

52

Suka menggigit kuku

Cepat marah

Bertindak agresif/ impulsif

Ketakutan dan kebimbangan yang melampau

Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk

Kerap diserang penyakit

Bertingkah laku ganjil

3.3.3 Punca Gangguan emosi

Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi

dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid

boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, ,

faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.

Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa

dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.

Faktor Kekeluargaan

- Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan

perceraian kedua ibu bapa

- Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah

kewangan

- hubungan ahli keluarga tidak rapat, sering berlaku

pergaduhan antara adik beradik

- kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada

ibubapa

- penderaan oleh ibu bapa atau penjaga

- sikap ibu bapa yang pilih kasih

Perbincangan Bincangkan dengan rakan sekelas anda langkah-langkah yang boleh

anda laksanakan bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami

gangguan emosi.

Page 53: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

53

Faktor rakan sebaya

- rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh

- ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya

- ugutan dan buli rakan sebaya

- rakan sebaya yang suka menunjuk

- disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya

Faktor Guru

- guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi

- gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai

- kemahiran komunikasi guru

- guru yang kasar dan agresif

- Hubungan guru murid yang kurang mesra

- kepimpinan guru yang autokratik

Faktor sekolah

- suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif

- kurang kemudahan infrustruktur sekolah

- sikap pentadbir sekolah

- budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan

akdemik

- peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat

Faktor persekitaran

- ahli masyarakat yang materialistik

- hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat

- kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat

- diskriminasi dalam masyarakat

Aktiviti 1 Secara individu, anda dikehendaki membuat nota peta minda

mengenai punca-punca gangguan emosi dalam kalangan

murid .

Page 54: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

54

3.3.4 Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya

dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan

bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan

diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi

mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:

Berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk

mengenalpasti punca gangguan emosi

Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya

Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk

meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri

Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah

Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga

Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik

Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi

kehendak dan keperluan murid

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Fikirkan Bagaimana anda dapat membantu murid yang mengalami gangguan

emosi berpunca daripada tekanan guru di sekolah anda.

Page 55: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

55

3.4 HAK ASASI KANAK-KANAK

Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada

sesebuah negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap

optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan

kondusif.

Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada

pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu

aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.

Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20

November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-

kanak untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia.

Berdasarkan dokumen konvensyen tersebut, kanak-kanak adalah

diberi perlindungan daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi

dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai

konvensyen tersebut.

Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira

jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi,kepercayaan agama

dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak

asasi untuk membesar dan mendapat perlindung dalam kehidupan

mereka.

3.4.1 Prinsip-prinsip Konvensyen

Konvensyen ini telah menetapkan beberapa prinsip,iaitu;

Tidak ada diskriminasi terhadap kanak-kanak

Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa,

agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta,

ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya

mempunyai hak yang sama.

Kepentingan terbaik bagi kanak-kanak

Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang

terbaik bagi kanak-kanak.

Page 56: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

56

Hak untuk hidup dan berkembang

Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam

semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi,

psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.

Hak untuk Penyertaan

Kanak-kanak hendaklah dibolehkan turut serta secara aktif dalam

segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk

memberi pendapat dan pandangan. Mereka mempunyai hak untuk

didengar dan diambil peduli secara serius.

3.4.2 Definisi Kanak-kanak

Perkara 1- Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seseorang yang

di bawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya

mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

3.4.3 Hak Kanak-kanak

Hak kehidupan

Hak Perlindungan

Hak Perkembangan

Hak Penyertaan

Hak Kehidupan

Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas

seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan.

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan

hak kanak-kanak untuk hidup dipenuhi.

Perkara 6 : Semua kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk

hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan

perkembangan kanak-kanak tersebut.

Page 57: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

57

Hak Perlindungan

Hak perlindungan ke atas kanak-kanak merangkumi perlindungan

daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau

penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak tanpa keluarga atau pelarian harus diberi

perlidungan yang sewajarnya. Di samping itu perlindungan seksual,

fizikal, dan eksploitasi, pengabaian, penyalahgunaan dadah dan

diskriminasi juga merupakan hak kanak-kanak. Negara hendaklah

memberi perlindungan kepada kanak-kanak sekiranya mereka

diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga.

Perkara 3: Negara hendaklah memberikan penjagaan secukupnya

kepada kanak-kanak melalui pihak berkuasa tempatan yang

berkaitan sekiranya kanak-kanak tersebut diabaikan oleh ibu bapa

atau penjaga mereka.

Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika

perlu memantapkan semula aspek asas identiti termasuk

kerakyatan dan hubungan kekeluargaan.

Hak Perkembangan

Ibu bapa, keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab

untuk memastikan kanak-kanak berkembang dari aspek jasmani,

mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan harus

diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang dengan

lebih optimum.

Perkara 5: Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa

atau keluarga kembangan untuk memberi bimbingan kepada

kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.

Page 58: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

58

Hak Penyertaan

Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk bersuara, memberi

pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Pandangan dan pendapat mereka berkaitan dengan hal ehwal

kanak-kanak harus didengar dan diguna pakai. Mereka juga berhak

untuk menyertai aktiviti atau program persatuan dan kelab.

Perkara 12: Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk

menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua perkara

berkaitan dengan hal kanak-kanak.

3.5 HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap

Konvensyen Hak Kanak-kanak,1989 dengan mewujudkan persekitaran,

peluang dan ruang hak-hak kanak-kanak tersebut dapat dilaksanakan.

Di antara komitmen Malaysia terhadap pengiktirafan hak kanak-kanak,

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-

konvensyen berikut:

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995

Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap

Wanita: 4 Ogos 1995

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum

untuk diambil bekerja) : 1997

Layari Laman Web: http://www.scribd.com/doc/101029420/528-

konvensyen-Mengenai-Hak-Kanak-kanak-Versi-Bergambar

Baca dengan teliti perkara-perkara yang terkandung dalam

Konvensyen Hak Kanak-kanak tersebut. Kenalpasti hak-hak yang

terkandung di dalamnya. Adakan perbincangan dengan pensyarah

dan rakan sekelas anda.

Page 59: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

59

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 ( bentuk buruh

kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Hak kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak

kerajaan. Hak Kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub

dalam konvensyen Hak Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak

Perlindungan, Hak Perkembangan dan Hak Penyertaan.

Hak kehidupan

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di Malaysia mesti menyediakan

keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut kemampuan mereka.

Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif.

makanan yang seimbang dan air yang bersih.Ianya dapat menjamin

kelangsungan hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang

dan air yang bersih diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk

hidup yang positif dan aktif.

Hak Perlindungan

Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset yang sangat berharga

untuk masa depan Negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak di

Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif seperti

penderaan, pengabaian, ekploitasi dan penghambaan. Perlindungan

akan diberikan kepada kanak-kanak yang didera samada fizikal,

emosi atau seksual. Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian

oleh penjaga dan eksploitasi merupakan fenomena yang berlanjutan

dan perlu dibenteras. Kerajaan Malaysia memandang isu-isu ini

sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan Negara.

Pihak yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke

atas kanak-kanak akan dikenakan hukuman yang berat.

Page 60: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

60

Hak Perkembangan

Selaras dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia

memberi perhatian yang serius dalam perkembangan holistik kanak-

kanak yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ibu

bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada kanak-kanak

dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal

seperti ilmu agama dan nilai moral. Minat membaca dan kecintaan

kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari

kecil demi memastikan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh

dan seimbang dari pelbagi aspek.

Hak Penyertaan

Kanak-kanak di Malaysia diberi hak untuk bergaul dan bermain

dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan. Melalui bermain

mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat

meningkatkan kemahiran social mereka. Mereka boleh bergaul

bebas tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan

sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia tidak dihalang untuk menyertai

dan menjadi ahli persatuan dan kelab.

3.6 USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK

Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat

perlindungan yang sewajarnya, beberapa usaha telah dilaksanakan dan

beberapa akta perundangan telah dibentuk, di antaranya;

3.6.1 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)

Akta ini berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan ke atas

kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dari penderaan, pengabaian,

eksploitasi dan penghambaan.

Page 61: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

61

Seksyen 2 berkaitan dengan kanak-kanak yang memerlukan

perlindungan sekiranya :

Kanak-kanak yang berkemungkinan besar dicedera atau dianiaya

dari aspek fizikal, emosi dan seks.

Penjaga kanak-kanak tidak layak / mengabaikan atau tiada

keupayaan untuk menjaga dan memelihara kanak-kanak dengan

sewajarnya.

Penjaga kanak-kanak telah melakukan pengabaian atau tidak

sanggup menjaga dan menyediakan keperluan yang mencukupi

untuk kanak-kanak.

Tiada penjaga yang sanggup untuk menjaga atau kanak-kanak

ditinggalkan oleh penjaganya, tiada orang lain layak untuk

menjaganya.

Pengabaian dilakukan ke atas kanak-kanak yang memerlukan

pemeriksaan, siasatan atau rawatan.

Kanak-kanak berkelakuan yang boleh mencederakan dirinya atau

orang lain atau tiada orang lain yang sanggup menjaga dan

memperbaiki keadaan.

Terdapat pertelingkahan kanak-kanak dengan penjaga atau

petelingkahan antara penjaganya. Pertelingkahan menyebabkan

hubungan kekeluargaan terjejas dan menyebabkan gangguan

emosi kanak-kanak.

Kanak-kanak terlibat dengan mana-mana kesalahan dalam Bab XVI

Kanun Keseksaan.

3.6.2 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

Akta ini berkaitan dengan pendaftaran, penawalan dan pemeriksaa

taman-taman asuhan kanak-kanak.

Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak berumur di

bawah 4 tahun.

Page 62: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

62

Akta ini memberi jaminan kepada kesihatan, keselamatan dan

pendidikan kanak-kanak bawah 4 tahun.

Kawalan, pengawasan dan pemeriksaan dapat dilaksanakan

dengan penguatkuasaan pendaftaran taman-taman asuhan kanak-

kanak ini.

Pihak berkaitan berhak masuk dan memeriksa taman-taman

asuhan demi kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.

3.6.3 Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257)

Bagi melindungi kanak-kanak daripada didera, diabai dan

dieksploitasi,

Akta ini dibentuk untuk mengawal selia urusan pengambilan anak

angkat serta menjamin kebajikan kanak-kanak .

Peruntukan undang-undang dalam akta ini adalah sebagaimana

dikanunkan dalam Ordinan mengangkat anak 1960.

3.6.4 Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) berkuat kuasa pada 1 Ogos

2002 merupakan gabungan tiga undang-undang terdahulu iaitu

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita

dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.

Ianya merupakan undang-undang yang berkaitan dengan

pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak demi

menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.

Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta ini adalah

tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara

kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan

kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi

Kanak-kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.

Istilah kanak-kanak menurut akta ini adalah mereka yang berumur

kurang daripada 18 tahun.

Page 63: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

63

Akta ini memperuntukkan tugas dan tanggungjawab undang-

undang ibu bapa atau penjaga untuk mengambil berat keadaan

anak-anak mereka.

Di samping itu, akta ini mengenakan tugas kepada ahli-ahli

keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada pelindung jika

mereka mempunyai alasan-alasan yang munasabah bahawa

kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat

teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi

seks.

Rasional ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk

memaklumkan tentang kemungkinan seseorang kanak-kanak itu

didera adalah kerana mereka merupakan antara pihak yang dekat

dengan kanak-kanak tersebut. Mereka ini juga berkemungkinan

besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera.

Jika seseorang kanak-kanak dituduh atas apa-apa kesalahan, maka

Mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah memerintahkan supaya

ibu dan bapa kanak-kanak tersebut hadir ke mahkamah kecuali

Mahkamah berpuashati bahawa adalah tidak munasabah untuk

mengehendaki kehadiran mereka

Akta ini juga memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana

orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak,

menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-

kanak itu atau menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu

dianiaya, diabai, dibuang atau didedah hingga mungkin

menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual, maka

orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah

seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan

kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak

berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian,

penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau

Page 64: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

64

berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas dan maka

hukuman yang berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM

10,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-

duanya. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang

berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.

3.6.5 Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak

Pasukan pelindung dan pusat aktiviti kanak-kanak telah ditubuhkan

di peringkat negeri dan daerah yang bertujuan memberikan

perkhidmatan kepada keluarga atau kanak-kanak yang terdedah kepada

keganasan, seksual, penderaan dan sebagainya.

3.6.6 Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak

Pasukan ini ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri untuk

menyelia dan memantau kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-

kanak yang dirujuk di hospital.

3.6.7 Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara

Kanak-kanak di Malaysia diberi hak bersuara dan memberi

pendapat. Suara kanak-kanak didengar melalui penglibatan mereka

dalam penilaian Pelan Tindakan Negara Pertama dan merangka Pelan

Tindakan Negara Kedua. Elemen-elemen dalam Konvensyen Hak

Kanak-kanak telah diambil kira dalam merangka Pelan Tindakan Negara

Kedua.

Perbincangan Bincangkan dengan rakan sekelas anda usaha-usaha yang

telah dilaksanakan untuk memenuhi hak perkembangan

kanak-kanak di Malaysia

Page 65: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

65

1. Malia, seorang murid tahun 4 Melor yang aktif dan ceria di dalam kelas

dan diluar kelas. Tetapi sejak akhir-akhir ini, Malia didapati sering

termenung dan murung. Pencapaian dalam pelajarannya juga semakin

merosot. Apakah masalah yang dihadapi oleh Malia dan huraikan

langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi membantu

Malia untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Malia.

2. Cikgu Ahmad mendapati seorang muridnya, Jazli suka membuli,

mengejek dan mengacau rakan-rakan di kelas. Setelah disiasat, Cikgu

Ahmad mendapati Jazli tinggal di kawasan setinggan dan bapa

merupakan seorang buruh binaan. Ibunya bekerja di kilang

berhampiran dengan rumahnya.

Kenal pasti punca tingkah laku Jazli dan bincangkan hak kanak-kanak

yang tidak diperolehi oleh Jazli.

Rujukan

Lori Lite, (2014). Stress Free Kids: A Parent's Guide to Helping Build Self-Esteem, Manage Stress, and Reduce Anxiety in Children, Massachuset, USA, Adam Media.

Marion, M. (2003). Guidance of young children, 6th Ed. Columbus, Ohio: Merrill/Prentice-Hall.

Robert J. Haggerty, (1996).Stress, Risk, and Resilience in Children and Adolescents: Processes, Mechanismes and Interventions, Cambridge, UK, Cambridge University Press.

See Ching Mey dan Lee Siew Siew , (2005). Kemurungan Di kalangan pelajar: Satu Kajian Kes , Jurnal Pendidik dan Pendidikan,Jil. 20, 113–129

http://www.heartmath.org/free-services/downloads/helping-children-manage-stress.html

http://pubs.ext.vt.edu/350/350-054/350-054_pdf.pd

http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?ArticleID

Latihan

Page 66: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

66

TAJUK 4 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

4.0 SINOPSIS

Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui

profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah

meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru,

kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang

tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya

seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua

tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru

mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan

tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan

tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi,

maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang

diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Mengenal pasti punca-punca stres dan burnout

ii. Menghuraikan tanda-tanda stres dan burnout

iii. Membincangkan implikasi burnout kepada individu khususnya guru.

iv. Membezakan antara stres dan burnout

v. Membincangkan langkah-langkah mengatasi tekanan emosi dalam

kalangan guru.

Page 67: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

67

4.2 KERANGKA TAJUK

4.3 STRES

4.3.1 Konsep Stres

Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan

mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut

bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah

kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).

Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental

seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan

dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza

kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada

kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk

mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi

boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau

perhubungan.

Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat

dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji

aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru

terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,

kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Stres Burn Out Langkah-Langkah

Pengurusan Tekanan Emosi

Page 68: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

68

sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku

dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada

masalah stres dalam kalangan guru.

4.3.2 Jenis-Jenis Stres

Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami

oleh guru iaitu;

Stres ‘here and now’

Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada

sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran

atau ketika berlaku kemalangan.

Stres ‘anticipation’

Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak

balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila

guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa

dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG. Sebagai guru baharu yang

tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres

‘anticipation’.

Stres imaginatif

Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang

sesuatu yang menakutkan atau negatif. Sebagai contoh; anda tinggal

bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar.

Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat

pencuri di luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda.

Stres Reaktif

Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau

pengalaman lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah

Page 69: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

69

apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang

disayangi. Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan

menyebabkan stres reaktif berlaku.

Stres Negatif

Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa

sama ada hari, minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu

punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.

4.3.3 Punca-Punca Stres

Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan

merangkumi lapan faktor iaitu :

Gaya Hidup

a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.

b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya

barangan yang dibeli tidak diperlukan.

c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu

berehat bersama –sama keluarga.

d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.

e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

Kewangan

a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.

b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.

c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi

dan keluarga.

d. Perancangan kewangan yang buruk.

e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

Page 70: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

70

Personaliti.

a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.

b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.

c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.

d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.

e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan

kecil.

Spiritual.

a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.

b. Mudah menyalahkan orang lain.

c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah

atau dugaan hidup.

d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.

e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya

yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

Peristiwa Hidup

a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang

terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek

yang positif.

b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa

membelenggu kehidupan.

c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.

d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu

itu merasa bosan dan stres.

e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana

dan sentiasa mengalami stres.

Page 71: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

71

Persekitaran

a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga

tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.

b. Mempunyai masalah dengan jiran.

c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk

dijadikan tempat berehat.

d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang

bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.

e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.

Perhubungan

a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.

b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang

hendak dikongsi.

c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.

d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri

anda.

e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat

setempat.

Pekerjaan

a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.

b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.

c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah

membebankan.

d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.

e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran

membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.

Page 72: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

72

4.3.4 Tanda-Tanda Stres

Psikologikal

Ciri-ciri Psikologikal

Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.

Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.

Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.

Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.

Kurangnya komunikasi yang berkesan.

Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan

diri.

Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.

Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan

tumpuan.

Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.

Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku

Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku

Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka

ponteng kerja.

Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.

Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan

bahan-bahan terlarang.

Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.

Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.

Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan

diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan

hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.

Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam

memandu dan berjudi.

Page 73: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

73

Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.

Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.

Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal

Ciri-ciri Tanda Fizikal

Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan

kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.

Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan

nonadrenaline)

Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable

bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.

Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan

Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan

yang kronik.

Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan

bahagiannya.

Gangguan pada kulit.

Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan

ketegangan otot.

Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko

tinggi untuk menghidapi kanser.

Rumusan

Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Bagi

mengelakkan stres individu itu perlu mengenal pasti situasi yang

menimbulkan stres dan bagaimana individu itu boleh mengendalikannya.

Lebih banyak seseorang itu memahami tentang dirinya, maka

pengendaliannya akan lebih baik.

Page 74: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

74

4.4 BURNOUT DALAM KALANGAN GURU

4.4.1 Konsep Burnout

Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout

didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi,

keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini

menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan

stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan

seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus

melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.

4.4.2 Implikasi Burnout

Burnout akan menyebabkan individu jadi :

- pemarah

- bersifat sinis

- lemah semangat

- berasa tidak berguna

- berasa tidak berupaya

- kurang daya produktivitinya

Pernahkah anda mengalami keadaan-keadaan seperti tersebut?

Jika ya, anda mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang

mengalami burnout.

Bincang secara berpasangan langkah-langkah untuk mengelakkan

diri daripada mengahadapi burnout.

Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh

berfungsi dengan baik lagi.

Tanda fizikal

– rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan

cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.

Page 75: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

75

Tanda tingkah laku

– menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang

lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk

menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk

menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain,

mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik awal.

Tanda emosi

– berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak

berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif

dan sinis.

4.4.3 Punca-Punca Burnout Guru

Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu punca-punca yang

menjadikan seseorang itu burnout.

Antara punca-puncanya:

- berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen

- mengalami stres dalam tempoh yang panjang.

- Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru, contohnya tekanan

memenuhi target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru

kurang).

- kurangnya budaya mentor misalnya guru-guru baru biasanya

memerlukan bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun

budaya membimbing kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani

oleh pelbagai tugasan perkeranian.

- tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas,

suasana kerja yang tidak bersistematik.

Page 76: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

76

- dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk

bersosial, diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur

dan kurangnya sokongan.

- personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnout.

4.4.4 Perbezaan Di antara Stres Dan Burnout

Jadual 4.1 Perbezaan di antara Stres dan Burnout

STRES BURNOUT

Penglibatan diri yang keterlaluan Pelepasan dari melibatkan diri

Menyebablkan perasaan cemas dan

hiperaktif

Menghasilkan ketidakupayaan dan

berputus asa

Kehilangan tenaga Kemerosotan motivasi dan harapan

Mengakibatkan kegelisahan Mengakibatkan pengasingan dan

kemurungan

Kecederaan secara fizikal Terhiris perasaan

Mungkin menyebabkan maut terlalu

awal

Mungkin menyebabkan perasaan

seperti hidup tidak bermakna

4.4.5 Cara-Cara Mengatasi Burnout

Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan stres perlu

dilaksanakan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

- bengkel pengurusan masa

- bengkel pengurusan stress

- bengkel pengurusan kewangan

- latihan rekreasi dan pemakanan

- peningkatan tahap ketahanan diri

- membentuk budaya saling memahami

- membentuk suasana kerja yang kondusif

- meningkatkan kecerdasan emosi guru

- sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.

Page 77: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

77

Rumusan

Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih

memahami konsep burnout, tanda-tandanya, punca-punca yang

menyebabkan burnout, serta cara-cara mengatasinya. Guru yang

berkesan adalah guru yang dapat menangani masalah sendiri dan dapat

terus melangkah dengan melaksanakan tanggungjawab dengan

cemerlang serta membahagiakan diri sendiri.

4.5 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

Berikut ialah langkah-langkah menangani stres :

Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.

Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk

melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan

aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom

tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan

kembali.

Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat

seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan,

berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk

menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan

lebih efektif.

Page 78: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

78

Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak

diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau

pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium.

Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda

mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia

akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

Lakukan Meditasi

Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini

termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan

kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk

mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan

Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran

negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang

positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa

dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak

dapat diubah atau dicapai.

Dapatkan Nasihat

Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna

anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu

anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui

atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

Page 79: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

79

Belajar Katakan 'TIDAK'

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak.

Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk

akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah

dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.

Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau

bagaimanapun seseorang akan mengalami masalah tidur apabila

mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang

bertimbun.

Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara

ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran

secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan

boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan

meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan

perlahan.

Rumusan

Secara keseluruhannya, gejala stres adalah suatu lumrah yang

tidak boleh kita elakkan. Hal ini kerana stres adalah suatu tekanan yang

boleh memberikan manfaat kepada seseorang, namun stres juga adalah

punca kepada kegagalan dalam hidup. Sekiranya stres ini tidak dibendung

dan dihadapi dengan waras maka gejala yang tidak sihat akan menyerang

diri dan mengakibatkan kemudaratan. Oleh itu, pendekatan mudah yang

diberikan penekanan di atas terhadap cara-cara menangani stres dapatlah

membantu kita dalam meneruskan hidup untuk mencari nafkah dan

sebagainya dengan lebih baik dan sistematik.

Page 80: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

80

Rujukan

Cockburn, A. (1996). Teaching under pressure: Looking at primary teachers’ stress. London:Falmer Press

Kyriacous, C. & Sutcliffe, J. (1978a). A model of teacher stress. Educational

Studies, 4,hlmn 1-6 Mohd Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Kuala

Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mohd Taib Dora dan Hamdan Abd Kadir (2006) Mengurus Stres Selangor: PTS

Wood

Page 81: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

81

TAJUK 5 INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.0 SINOPSIS

Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan

2020 sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan

dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai

pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang

inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras

dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan. Seorang guru

masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku

dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai

strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam

menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu

menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru

masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang

inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan

penilaian yang terkini serta inovatif. Diharap dengan kemampuan guru

mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan

mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada

tahun 2020.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Menerangkan inovási dan perubahan dalam pendidikan.

ii. Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam

pendidikan.

iii. Mengaplikasi strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv. Menghuraikan pelbagai cara penggunaan teknologi dalam

Pengajaran.

v. Mengenal pasti ciri-ciri dalam perkembangan persekitaran

pembelajaran.

Page 82: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

82

vi. Menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan.

vii. Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam

pendidikan.

viii. Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif.

ix. Mengemukakan reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang

inovatif.

5.2 KERANGKA TAJUK

5.3 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

5.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)

Definisi PBL

Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi

pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan

satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui

pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap

permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses

pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi pelbagai sumber

maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan bahan

pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

STRATEGI PENGAJARAN

INOVATIF

PENGGUNAAN TEKNOLOGI

DALAM PENDIDIKAN

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN

REKABENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

REKABENTUK

RESOS

Page 83: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

83

pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka

akan turut meningkat.

Rajah 5.1 Ciri – ciri PBL

Rajah 5.2 Langkah – langkah PBL

Page 84: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

84

Kriteria Pemilihan projek PBL

Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina

kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran

bukannya pentaksiran .

Peranan Guru dalam PBL

Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai

Terapkan kaedah inkuiri – menjana hipotesis, membuat ramalan

dan menyelesaikan masalah

Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang

hendak dijalankan

Alat pengukuran informal

Aplikasi teknik pengurusan mutakhir

Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan

Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang

khusus

Apakah kelebihan PBL ?

Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik

tugasan yang dijalankan.

Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan

individu.

Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam

berkongsi idea dan pandangan masing-masing.

Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran dalam bilik darjah –

‘Uniform Sekolahku’

Page 85: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

85

5.3.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Konsep PBM

Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep

pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan

pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif.

PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah

sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal

dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan

pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja

atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja berpasukan dan

menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih

dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Apakah kemahiran yang diperoleh daripada PBM?

Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah,

pelajar akan dapat :

i. belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan

yang sebenar.

ii. menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking

skills).

iii. kemahiran menyelesaikan masalah.

iv. kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.

v. kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning

Skills).

vi. kemahiran bekerja secara berkumpulan.

vii. menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Page 86: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

86

Rajah 5.3 Ciri- Ciri PBM

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah

i. Kemukakan masalah

ii. Jelaskan hasil pembelajaran

iii. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat

iv. Sediakan bimbingan & strategi “coaching apprenticeship” dan

“scaffolding”

v. Sediakan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber

pengayaan/ pemulihan, multimedia)

vi. “Debriefing”

vii Penilaian – secara berkumpulan dan individu

Latihan

Cadangkan tiga aktiviti PBL i. _____________________________________ ii. _____________________________________

iii. _____________________________________

Page 87: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

87

5.3.3 Pembelajaran Elektronik

Konsep pembelajaran elektronik

Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau

interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara

dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini

juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk

berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat

menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui

carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan

dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri

daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server,

sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-

pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka

bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

Pendekatan Pembelajaran Elektronik

› Online learning

› Technology based learning

› Web based training

› Computer based training

› Technology enhanced learning

› Computer supported collaborative learning

Bentuk Penyampaian pengajaran dan Pembelajaran

i. Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book

ii. Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit

iii. Audio seperti rakaman audio dan podcast

Page 88: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

88

Ciri – ciri Pembelajaran Elektronik

i. mengikut kadar kendiri pelajar

ii. mengikut kehendak atau keperluan pelajar

iii. memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran

iv. Capaian lebih mudah dan luas

v. Perlukan kemahiran komputer dan internet

5.3.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)

Konsep PBLS

PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan

berbantukan power point, penerangan audio dan penyampaian-

penyampaian lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang

pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat

pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan

menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui

paparan menerusi laman sesawang.

Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi

i. Pengumuman real time

ii. Teks, html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio

iii. Buku gred real time

iv. Pautan luar (External links)

v. Ruang perbincangan maya (Chat rooms)

vi. Kuiz automatik

vii. E-mel

5.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

5.4.1 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti

pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia

Page 89: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

89

telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik

pengajaran tersebut. Antaranya ialah :

i. media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif.

Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru

untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.

ii. Internet dalam pengajaran – penggunaan emel, blog, portal dan

laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan

mengukuhkan pembelajaran.

iii. Perpustakaan Maya - E-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya

membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk

mendapatkan maklumat.

iv. Web-based learning – Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan

di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah

diakses oleh pelajar.

v. Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan

rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan

jarak jauh dilakukan.

vi. Penggunaan ICT dalam P&P -Pendekatan terbaik yang sebenarnya

ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat

membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang

munasabah (PPK, 2001).

5.4.2 Impak Teknologi Dalam Pengajaran

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

2. Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

lebih mudah, ringkas dan padat.

4. Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.

5. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Page 90: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

90

6. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

7. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan

pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.

8. Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan

pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.

Perbincangan

Cuba kongsikan pengalaman anda dalam penggunaan pelbagai

teknologi dalam pengajaran

5.5 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Memikir

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan perkembangan

persekitaran pembelajaran?

Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai

generasi internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap

serta pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam

internet. Maka persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada

bilik darjah formal kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah

persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.

Buat Nota

Membuat rujukan / carian lanjutan kepada konsep teknologi dalam

pengajaran.

Page 91: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

91

Layari Internet

Adakah anda pernah mendengar tentang istilah Personalised Learning

Environment (PLE), Virtual Learning Environment, Intelligent Learning

Environment (ITL) dan Open Learning Environment (OLE). Cari

maklumat dan fahamkannya.

Page 92: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

92

Jadual 5.1 Perbandingan PLE, VLE, ILE dan OLE

Personalised

Learning

Environment

Virtual Learning

Environment

Intelligent Learning

Environment

Open Learning

Environment

Pembelajaran

berlaku secara online

dalam pelbagai

bentuk pilihan pelajar

----------------------------

Pembelajaran

formal dan informal

boleh berlaku

----------------------------

Maklumat isi

pelajaran diperoleh

melalui pelbagai

media perisian

----------------------------

Pelajar sendiri yang

menentukan arah

dan halatuju

pembelajarannya

----------------------------

Interaksi sosial

berlaku melalui

penggunaan

pelbagai media dan

perisian sosial

----------------------------

Word processor,

E-mel, Audio,

Weblog,

Photo Sharing

Service,

Web browser-

Firefox, windows,

Instant messaging

skype dll.

Pembelajaran berlaku

secara online

sepenuhnya atau

secara gabungan

(online dan pertemuan

formal) – dikenali

sebagai blended

------------------------------

Pelajar perlu berdaftar

------------------------------

Maklumat dan aktiviti

pembelajaran

dimuatkan dalam

portal pembelajaran

dan papan buletin

------------------------------

Kawalan dibuat melalui

Learning Management

System (LMS) dan

Virtual Learning

Environment

------------------------------

Tiada interaksi sosial

Situasi penyelesaian

masalah

----------------------------

Konstruktivisme

-----------------------------

Discovery learning

Satu pendekatan

pembelajaran yang

memberi fleksibiliti dan

pilihan kepada pelajar

terhadap ‘apa’, ‘bila’,

‘kadar’, ‘di mana’, dan

‘bagaimana’ mereka

belajar

-------------------------------

e-learning

-------------------------------

menggalakkan

pemikiran yang

berbeza dari pelbagai

perspektif

-------------------------------

menyediakan

pembelajaran sendiri

dan memberikan

autonomi kepada

pelajar

-------------------------------

Media elektonik

(pangkalan data,

tutorial komputer,

video dll), media cetak

(buku teks, artikel

jurnal), atau manusia

(pakar, ibu bapa, guru,

rakan sebaya)

Page 93: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

93

Latihan

Dapatkan maklumat lanjut melalui internet ciri-ciri yang membezakan persekitaran pembelajaran maya dan persekitaran pembelajaran personal.

Rehat

5.6 REKA BENTUK RESOS

5.6.1 Konsep Reka Bentuk Resos

Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis

bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional

seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti

bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual,

pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.

Tujuan Reka Bentuk Resos

Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka

bidang ilmu.

Pembelajaran berpusatkan murid.

Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.

Meningkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan

keseluruhannya.

Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang

sesuai dan tidak menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara

kerana pakar komputer yang menghasilkan bahan P&P tidak mahir

dalam aspek pedagogi.

Page 94: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

94

Rajah 5.4 Jenis reka bentuk resos

Model Reka Bentuk Resos

1. Model Berorientasikan Bilik Darjah

Guru merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan

menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik

darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model

Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan

model Dick dan Reiser (1989).

2. Model Berorientasikan Produk

Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van

Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model

Bergman dan Moore (1990).

Jenis Reka Bentuk Resos

Berasaskan Teknologi ICT

Bukan Berasaskan

Teknologi ICT

Bahan 2-D e-buku e-majallah e-portfolio

Blogs and Forums

Bahan 3-D

Page 95: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

95

3. Model Berorientasikan Sistem

Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI

(1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model

Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).

Peringkat Reka Bentuk Resos

Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka

bentuk resos pengajaran yang sesuai haruslah dipertimbangkan.

Peringkat reka bentuk resos ialah:

1. Analisis Murid - Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum,

kompentensi khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-

ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar

belakang sosioekonomi.

2. Nyatakan Objektif - Menyatakan objektif dapat membantu guru

dalam merancang resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan

bahan adalah berdasarkan kebolehan murid, dan objektif

pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada

murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara

kelas. Justeru penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai.

Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu

dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut :

beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan

penyediaan bahan

sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang

menggunakan bahan yang dipilih

sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif

sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat

dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid.

Page 96: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

96

3. Penglibatan murid - Aktiviti yang boleh dijalankan untuk

melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan

sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah

berkumpulan.

4. Penilaian - Nilai dan semak adalah penting untuk melihat

keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkah-

langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian

meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan

objektif.

Ciri-Ciri Rekabentuk Resos

Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)

Mempunyai identiti kebangsaan

Menepati arahan dan kurikulum

Bersesuaian dengan pencapaian murid

Hiasan berpada dan ketepatan teknik

Kelebihan Reka Bentuk Resos

Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran

Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai

Sumber

Sumber maklumat mudah diperolehi

Menjimat masa

Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang lebih bersistematik

Murid dan guru tidak jemu

Page 97: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

97

5.7 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai

kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam

pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi

membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan

memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau

sikap. Ia merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian

i. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar .

ii. Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar

dengan pelajar mahupun antara satu kelas dengan kelas

yang lain.

iii. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek

tersebut dengan subjek lain.

iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang

rendah pencapaiannya.

v. Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.

vi. Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah

pengajaran.

vii. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

Pentaksiran Pembelajaran

Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku

seperti yang dirancang selain membantu guru merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan manfaat

kepada guru dan murid dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.

Page 98: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

98

Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran

A. Pentaksiran Prestasi

Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa

yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran.

Proses ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau

menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang

baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya

dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali

sebagai pentaksiran autentik.

Kelebihan pentaksiran prestasi.

i. Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar

ii. Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan

Penilaian

iii. Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu

berdasarkan pemerhatian secara berterusan.

iv. Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan

pelajar.

v. Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh

maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar.

vi. Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih bermakna.

Komponen-komponen pentaksiran prestasi:

i. Senarai semak perkembangan

ii. Portfolio pembelajaran

iii. Laporan pembelajaran

Ciri-ciri pentaksiran prestasi

i. Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik

ii. Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran,

Page 99: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

99

pengetahuan dan integrasi KBKK.

iii. Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan

laras bahasa yang betul perlu digunakan

iv. Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan

berasaskan produk

v. Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam

melaporkan tugasan

Tugas guru dalam pentaksiran prestasi

i. Tentukan matlamat tugasan

ii. Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit

iii. Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world)

iv. Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi

membimbing pelajar.

v. Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual

vi. Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan

tepat.

B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio

Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan

pembelajaran. Penyediaan portfolio merupakan antara keperluan dalam

pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio yang sistematik mengandungi

ciri-ciri berikut:

CRADLE iaitu:

Collecting - mengutip

Reflecting - refleksi dan catatan jurnal

Assessing - penaksiran

Documenting - mendokumentasi

Linking - perkaitan

Evaluating – penilaian

Page 100: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

100

Ciri-ciri Portfolio yang sistematik

i. Komprehensif: Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai

ii. Terancang dan sistematik: Mengandungi perancangan yang baik

sebelum dilaksanakan.

iii. Bermaklumat: Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna

kepada guru.

iv. Dibuat khusus: Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.

v. Autentik: Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan

autentik pelajar.

Prosedur pentaksiran portfolio

i. Kenal pasti tujuan dan fokus

ii. Rancang isi

iii. Reka bentuk analisis

iv. Sediakan tatacara penyampaian

v. Kenal pasti prosedur pengesahan

vi. Laksanakan model pentaksiran

C. Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang

telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan

memantau perkembangan dan kemajuan pembelajaran mereka

berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran.

Langkah-langkah pentaksiran kendiri:

i. Membuat refleksi pengalaman yang lalu

ii. Mengingat semula apa yang telah berlaku

iii. Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari

iv. Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil

v. Menentukan hala tuju akan datang

Page 101: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

101

Strategi pentaksiran kendiri

i. Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh.

ii. Kemahiran menyoal secara berfokus - pelajar diminta membina

soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

iii. Pengurusan grafik - bentuk visual yang dapat membantu pelajar

menstruktur pemikiran mereka dalam bentuk diagram.

iv. Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang

dialami.

v. Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya.

vi. Senarai semak - untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan

tindakan pelajar semasa proses pembelajaran.

vii. Portfolio digital – penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran.

viii. Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah - menggunakan pelbagai

aktiviti penaksiran untuk pembelajaran.

D. Pentaksiran Berasaskan Komputer

i. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir

dan disemak oleh komputer.

ii. Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.

iii. Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat

maklum balas secara langsung

iv. Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer

berdasarkan aras kesukaran soalan

v. Electronic votting system membolehkan guru membuat

pentaksiran selepas pengajaran dan pembelajaran selesai

vi. Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan

cepat dan tindakan susulan dapat dibuat.

Page 102: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

102

Fikirkan

Bagaimanakah pentaksiran masa kini yang inovatif berbeza

dengan penaksiran tradisional?

Tamat

Rujukan

Jarvela, S. (2006). Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning

Capacity. Persinalising Education – ISBN-92-64-03659-8© OECD 2006.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Atan (2007). Tahap kesediaan guru Sains

dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007;

45-60.

Page 103: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

103

TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.0 SINOPSIS

Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan

mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan

inovatif. Sebagai pendidik, guru harus memahami peranan dan bersedia

dalam menghadapi perubahan ini. Mereka seharusnya memahami

kepentingan inovasi dan mengadaptasikannya dalam rutin harian. Ini

adalah kerana inovasi dan perubahan akan memberi impak dalam setiap

aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan

meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai

panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju

perubahan yang berlaku.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

i. Menjelaskan kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan

kepada negara

ii. Menganalisis ciri-ciri pengurusan inovatif dan strategi perubahan

iii. Menyatakan contoh-contoh pengurusan inovatif dan strategi

perubahan

6.2 KERANGKA TAJUK

Page 104: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

104

6.3 Pengenalan

Inovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa.

Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada perubahan

organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam konteks

pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan harus

bergerak dan sedia berubah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek

inovasi dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan.

Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan yang

berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai golongan

pendidik, bagaimanakah anda sebagai guru harus mengadaptasikan

perubahan yang berlaku ini ?

6.4 Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau

pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam

kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu

lebih baik yang mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala

perubahan pula merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi

perlu sentiasa melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai suatu

keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai relevan dan

diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang

Teknologi Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer riba

telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan

zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam dunia

pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan

Page 105: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

105

data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat inovasi pada

hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu;

Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.

Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan

bantu mengajar yang pelbagai & kreatif

Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.

Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.

Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan

kecekapan tenaga pendidik.

Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar

untuk belajar

Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang

dikemukakan di bawah.

“......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan (capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan”. (Ucapan YAB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri Pelajaran Malaysia)

6.5 Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan

Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah

daripada sedia ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa

“hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam”. Dalam merealisasikan

sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku

berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam

kalangan kita lebih suka mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia

semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini

dengan senang hati demi kecemerlangan.

Page 106: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

106

Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus

berlaku kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa

sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke

semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya

diamalkan dalam sektor korporat kini mula digunakan dalam organisasi

pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan

pengisian markah secara online mula diperkenalkan di sekolah-sekolah.

Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hingga kini terlalu banyak

perubahan yang berlaku.

6.5.1 Strategi Perubahan

Antara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah:

• Strategi Kekuasaan

Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk

memaksa ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang telah

ditetapkan. Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan balik.

Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam waktu atau cap jari

(thumb print). Bagi memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan

tindakan disiplin diamalkan.

• Strategi Pujukan

Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran

interpersonal bagi menyakinkan kumpulan sasaran atau ahli-ahlinya.

Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan teliti dan

dapat diterima oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan

kertas atau elektrik dalam organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk

melakukannya. Jadi, kejayaan dan pengamalan budaya ini bergantung

kepada sejauh mana seorang ketua sebagai agen perubahan berjaya

mempengaruhi orang bawahannya.

Page 107: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

107

Strategi Pendidikan Semula

Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi

atau berfikir sejenak tentang tindakan yang telah diambil dan sejauhmana

tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh,

kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat

refleksi tentang implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau

elektrik kepada organisasi itu sendiri. Banyak baik atau buruk ?

Strategi Memudah Cara

Dalam kes ini kumpulan sasaran akan menentukan rancangan yang

dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menyediakan sumber-

sumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa

tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan

perubahan yang dirancang. Contohnya, guru di kelas Pendidikan Khas

Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran menulis; maka

pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

Analisis strategi pengurusan inovasi dan perubahan yang berlaku di

sekolah tempat anda bertugas. Analisis strategi yang kerap diamalkan

dengan menggunakan Plus, Minus dan Interesting.

6.6 Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan Pendidikan

Seiring dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan

telah berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang

dianggap sesuai pada masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi

dengan perkembangan semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang

mampu berdaya saing, maka dasar yang baru perlu diadaptasi dalam

sistem pendidikan di negara kita. Amalan adaptasi itu merangkumi aspek-

aspek berikut:

Page 108: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

108

6.6.1 Latihan Perguruan

Pembentukan modal insan guru bergantung yang berkualiti

bergantung kuat pada sistem latihan perguruan. Antara perubahan dalam

latihan perguruan ialah menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut

Pendidikan Guru.

Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan

Pada tahun 2004 27 nama maktab perguruan dan 1 English

Language Teaching Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan

Guru selepas dinaik taraf.

Pada tahun 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab

Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang

boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed.

pada 13 Julai 2005

Pada tahun 2006 pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan

kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan

IPG melaksanakan Program Pensiswazahan Guru seperti Program

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), latihan

praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus

Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.

Pada tahun 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun

Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut

Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan

Guru Malaysia (IPGM)

Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM

dengan BPG. IPGM akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan

manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam

perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM

manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM (Profesional Keguruan).

Page 109: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

109

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan Kepujian

Program ini dibuka kepada bakal-bakal guru ini terdiri yang

daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini

dipilih oleh BPG berdasarkan beberapa temu duga dan ujian. Pelajar yang

lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG.

PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan

untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem

pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah

IPGM. Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000

orang pelajar. Mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama

tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti

program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini

bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan

ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8

semester di IPGM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah

yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan

ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan

kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri

seperti berikut:

Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan

bersepadu.

Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistik

akan diberi fokus.

Page 110: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

110

Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani

cabaran sebagai pendidik.

Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning)

dan pengalaman klinikal (clinical experience).

Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan

kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global

berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All

(EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for

Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan

UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil pembelajaran yang hendak

dicapai sepanjang selama empat tahun pengajian adalah dari segi:

Etika Profesional

Pengetahuan dan Kefahaman

Kemahiran Intelek

Kemahiran Praktikal

Kemahiran Kebolehpindahan

Penghayatan dan Amalan Nilai

Layari Internet

Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk

Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan

Kepujian atau layar laman web

http://www.edu.my/download/panduan_pismp.pdf

Perbincangan

Bandingbezakan bentuk latihan perguruan yang anda alami dengan

Program PISMP pada hari ini.

Page 111: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

111

6.6.2 Program Pensiswazahan Guru

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian

Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di

IPG menggunakan mod Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah

(LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada hujung

minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; mendapat gaji

penuh; tidak dikenakan yuran pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda

Pendidikan di akhir pengajian. Program PGSR merupakan satu saluran

utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke

peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperoleh membolehkan mereka

dilantik ke gerd DG 41.

Layari Internet

Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk

Buku Panduan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI atau layar laman web

http://www.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PRA3105.pdf.

Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Pihak KPM bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi

(EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru

yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015)

melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG). BPG telah

dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat KPM

bagi pelaksanaan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010

telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RMKe-10.

Sasaran KPM adalah untuk memastikan bahawa 60% guru sekolah

Page 112: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

112

rendah dan 90% guru sekolah menengah adalah terdiri daripada guru-

guru siswazah menjelang tahun 2015. Semua PPLD yang berumur di

bawah 47 layak memohon dan mengikuti PPG. Dianggarkan jumlah guru

yang akan mengikuti program ini hampir 100,000 orang yang terdiri

daripada 8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang guru sekolah

menengah.

PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan

menggunakan mod pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh

pengajian akan memakan masa antara tiga tahun setengah hingga empat

tahun. Pelajar-pelajar program ini ditempatkan di Institut Pendidikan Guru

Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 40% dan

Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 20%. Penganugerahan ijazah

akan diberikan oleh institusi pengajian masing-masing.

Layari Internet

Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk

Buku Panduan Program Pendidikan Secara Jauh Di Peringkat Ijazah

Pertama bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

(PPLD) atau rujuk

http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/template/BUKU_GA

RIS_PANDUAN_PPG2013.pdf

6.6.3 Kurikulum Transformasi

Dalam bahagian perbincangan akan berfokus pada Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan pada tahun

2011. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan

semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada.

Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa

Page 113: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

113

bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Secara ringkas bentuk KSSR ini

dapat dirumuskan seperti berikut:

Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat

tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui

(learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar

untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk

membentuk peribadi (learning to be).

Prinsip KSSR berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan

saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu

bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep

ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,

mengira dan menaakul. Pada Tahap I, pengajaran dan

pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Pada Tahap II,

penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran

4M.

Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan

mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai

Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga

cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan

dan Masalah Pendengaran.

Dalam memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang

baharu telah ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,

serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Page 114: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

114

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Kandungan dan

Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu

tempoh dan tahap persekolahan.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan

transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian

pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik.

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan

merangkumi:

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Perbincangan

Pelaksanaan KSSR masih dianggap pada peringkat pemulaan. Sebagai

seorang pelaksana dasar di sekolah, bincangkan sejauh manakah

kurikulum ini dapat membentuk murid-murid yang seimbang ?

6.6.4 Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang

mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah

dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya

kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional

yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya

saing di persada antarabangsa. Rasional penubuhan SBT adalah untuk

mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik, menghasilkan murid

cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah dalam sistem

pendidikan di Malaysia.

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Page 115: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

115

Pelajaran Malaysia (KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga

proses saringan. Untuk memahami proses saringan itu, anda diminta

merujuk laman web berikut:

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf.

Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan

kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu:

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula

dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam

peperiksaan awam.

Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau

instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam

semua dimensi

Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering

personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri,

organisasi dan komuniti.

Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari

dalam dan luar negara dengan menggunakan piawaian

antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and

Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student

Assessment (PISA).

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.

Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada

di dalam negeri atau pada peringkat antarabangsa.

Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam

dan di luar negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan

bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Page 116: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

116

Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti

dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam

membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran,

proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir

juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan

hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.

Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat,

mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kaedah pengajaran

yang berteraskan ICT dan hands-on. Mereka seharusnya

membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada

peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke peringkat

antarabangsa.

Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi

peningkatan diri sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi untuk

pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti

sekolah.

Perbincangan

Sila layari

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf.

Berdasarkan maklumat tersebut, laksanakan aktiviti perbincangan

bersama-sama dengan pensyarah anda tentang implikasi SBT kepada

pemimpin sekolah, guru dan murid-murid.

6.6.5 Sekolah Bestari

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka

semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran,

pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi ledakan

Page 117: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

117

zaman maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf

yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap.

Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian

berubah. Secara ringkasnya ciri-ciri di Sekolah Bestari ialah

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar,

kesinambungan dan reflektif. Kurikulum di Sekolah Bestari

dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial,

holistik, global dan terbuka. Amalan ini menggalakkan pembelajaran

holistik, membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap

pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat

dan keperluan pelajar yang berbeza-beza.

Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu

kelas fizikal untuk belajar pada aras yang berlainan dalam mata

pelajaran yang sama. Pelajar akan dibenarkan terus ke aras yang

lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa.

Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan

akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan

menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme.

Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan

penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan

semula data yang banyak.

Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan

sekolah tentang perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan

yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria

tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang

prestasi pelajar. Penilaian juga menggunakan bahan pengajaran

dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

Page 118: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

118

Layari Internet

Bagi memahami dengan lebih jelas Konsep Sekolah Bestari anda

diminta merujuk laman web

http://www.scribd.com/doc/71317341/Sekolah-Bestari

6.7 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 6.7.1 Latar belakang

Bagi memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan

meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah

memperkenalkan suatu mekanisme iaitu Standard Tinggi Kualiti

Pendidikan (STKP). Selepas dua pelaksanaannya berlaku

penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai Sistem Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini memberi

peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran

yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an

adequate standard of teaching is developedand maintain in educational

institutions).Pelaksanaan SKPM – Sekolah diperincikan dalam tiga

dokumen iaitu:

SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)

SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)

SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah

6.7.2 Prinsip-prinsip SKPM

SKPM–Sekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara

terancang berasaskan potensinya.

Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting

dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

Page 119: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

119

Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan

pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan

sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus

berdasarkan teori dan amalan pengurusan berkesan.

Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori

pembelajaran, kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan

pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.

Perancangan dan proses membuat keputusan program-program

pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.

Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,

Pejabat Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah

merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.

Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan

mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.

Layari Internet

Bagi memahami dengan lebih jelas Konsep SKPM anda diminta merujuk

laman web http://www.scribd.com/doc/3227456/-SKPM-standard-kualiti-

pendidikan-malaysia

Memikir

Setelah mengkaji dan memahami konsep SKPM, bagaimanakah anda

merealisasikan hasrat ini semasa aktiviti pengajaran ?

6.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)

6.8.1 Latar belakang

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia

melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh

dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Page 120: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

120

yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam konteks

standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan

aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi

keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta

masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

6.8.2 Objektif Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan

Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada

pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang

pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan

murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan

sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan

datang.

3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang

komprehensif merangkumi perubahan penting dalam

Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan

tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi

perkhidmatan awam.

6.8 3 Aspirasi Sistem Pendidikan

1. Akses

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada

prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.

2. Kualiti

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran

antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3. Ekuiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar,

sosioekonomi, gender) menjelang 2020.

Page 121: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

121

4. Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan

nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

5. Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut

peruntukan sedia ada.

6.8.4 Aspirasi terhadap Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah

berasaskan aspirasi alsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah

menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid. Pelaksanaan

pelan ini adalah merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi

tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai

persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi.

PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi

asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini.

Setiap murid akan mempunyai

… sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Rajah 6.1 Aspirasi murid

Pengetahuan

Kemahiran

Berfikir

Kemahiran Memimpin

Kemahiran

Dwibahasa

Etika dan Kerohanian Kerohanian

Identiti

Nasional

Page 122: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

122

Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai

sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi

setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.

Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh

tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan

geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang

kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan

pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka

menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.

Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk

penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang

diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk

mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks

akademik.

Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk

memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat

penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid

mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal

dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri

kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi

empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,

dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Page 123: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

123

Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai

bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap

minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan

persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia

dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu,

Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain

sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap

murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan

dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak

membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam

situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem

pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang

dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,

diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan

berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama

atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri

setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi

aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti

nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat

diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar

Page 124: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

124

memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati

kepelbagaian.

Perbincangan

Buat perbincangan dalam kumpulan mengenai langkah-langkah yang

boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi memenuhi ciri-ciri utama

aspirasi setiap murid.

6.8.5 Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara

Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan

bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat

Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-

kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti,

ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi

semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu

diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan

perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain

merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah

melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi

atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan

semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti

bertaraf antarabangsa.

Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa

Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari

bahasa tambahan.

Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Page 125: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

125

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion

pilihan.

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di

setiap sekolah.

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan

penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia.

Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian

Kementerian.

Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta

secara meluas.

Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam

secara langsung.

Layari Internet

Dengan merujuk laman web http://www.moe.gov.my/v/pelan-

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025 anda dikehendaki

membuat nota peta minda mengenai anjakan utama transformasi sistem

pendidikan negara.

Rehat

6.8.6 Urutan Anjakan Transformasi

Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem

pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan

dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan

gelombang tiga.

Page 126: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

126

Rajah 6.2 Gelombang transformasi Gelombang 1 (2013-2015)

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem

dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah

peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru

sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah

dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru

besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif).

Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada

pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti

sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi

membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian

akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah

Page 127: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

127

mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara

inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:

Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru

secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).

Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih

menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.

Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan

kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model

pembelajaran pelbagai mod (blended learning).

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang

bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.

Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris

melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS,

dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran

pelbagai mod (blended learning).

Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk

mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.

Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan

kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan

khusus untuk memacu prestasi sekolah.

Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan

standard kemasukan bagi guru baharu.

Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi

untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan

untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan

sekolah.

Page 128: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

128

Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin

terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi

meningkatkan prestasi sistem penyampaian.

Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah

melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan

program vokasional yang lebih baik.

Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui

peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.

Gelombang 2 ( 2016-2020)

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan

perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan

perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula

semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua

410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya

baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk

menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1,

dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha

menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai

untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan

semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran

setanding dengan standard antarabangsa.

Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui

kempen dan kerjasama.

Page 129: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

129

Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan

kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa

tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran

bahasa secara menyeluruh.

Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus

seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas,

dan berkeperluan khas.

Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh

dan pembelajaran terarah kendiri.

Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi

penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai

merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.

Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi

serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan

semula profesion keguruan.

Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun

semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan

kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.

Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan

kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke

universiti.

Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian

pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan

pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard

minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada

Page 130: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

130

meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan

rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada

model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model

kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat

Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan

kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan

pencapaian yang lebih tinggi.

Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan

penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan

untuk mempelajari bahasa tambahan.

Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan

berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan

standard pembelajaran secara berterusan.

Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan

rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling

membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan

setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard

profesional.

Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi

dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi

kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua

sekolah.

Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi

melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.

Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan

sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan

pilihan persekolahan.

Page 131: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

131

Memikir

Cuba fikirkan, apakah impak pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada :

Murid

Guru

Pemimpin sekolah

Ibu bapa

Rumusan

Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan

mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan

inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus memahami

peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal ini

disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap

aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan

meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai

panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju

perubahan yang berlaku.

Rujukan Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan

Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting Highlands : Pp 18 – 20

Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya

manakah yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 02(13). IAB. Genting Highlands. Pp 01 – 11.

Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan

Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Page 132: modul EDU3093 BM2014 (16 OKT 2014).pdf

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

132

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006-2010”. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my.Tarikh capaian 17 hb Februari 2007

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum baru sekolah rendah:

Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Falsafah Pendidikan Negara”.

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Misi Pendidikan Negara”

http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986). Buku Panduan Am. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamed Nor. (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:

Flo Enterprise. Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT.

Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025